LAST SPECIAL CHAPTER

Romance Completed 50320

Huffaz mengerling sekilas wajah cemberut Iffah dihadapan cermin solek. Diam-diam senyumannya terukir, cuba untuk tidak mengekek dihadapan Iffah yang kian dikuasai perasaan geram. "Sudah-sudahlah tu sayang. Kesini dekat dengan Qalbi", ujarnya sebaik tubuh sang isteri berpaling ke arahnya. Akhirnya setelah sekian lama Iffah menumpukan perhatian pada diri sendiri, kini sepasang mata bening itu mula menunjukkan fokus pada dirinya pula.

Dengan wajah masam, Iffah mendekat. Duduknya dilabuhkan namun belum sempat punggung mencecah tilam katil, lengan sasa Huffaz cekap menariknya jatuh ke atas ribaan lelaki itu. Tangan kasar itu naik mengelus pipinya lembut.

"Kenapa masam sangat muka ni? Tak cantik dah sayang Qalbi ni".

Mata Iffah membulat besar, "Oh jadinya Qalbi rasa sayang ni dah tak cantiklah? Tak sayang dah ni?", soal Iffah bersama wajah memerah.

Terlepas tawa lembut dari bibir Huffaz. Hidung mancung Iffah ditariknya geram. "Mengarut betul sayang ni. Sampai bila-bila pun sayang tetap cantik di mata Qalbi. Sampai akhir nafas Qalbi pun Qalbi akan tetap sayangkan sayang. Hanya nama sayang yang terpahat dalam hati Qalbi sampai akhir hayat Qalbi".

"Qalbi...."

"Eh sayang janganlah nangis. Qalbi ada sakitkan hati sayang ke?", cemas Huffaz sebaik melihat mutiara jernih mengalir membasahi pipi isterinya. Dari suasana romantik terus bertukar emosi.

Huffaz mengeluh sebelum ketawa. Emosi ibu mengandung ni jangan dibuat main sangat. Pernah sekali sewaktu Iffah mengandungkan kembar, isterinya hampir bakar rumah mereka hanya sebab Huffaz balik kerja lewat 2 minit.

"Qalbi, sayang nak peluk", pinta Iffah masih dengan sedu sedannya.

"Kenapa sedih sangat ni?", soal Huffaz namun tetap saja tubuh itu dipeluk kemas. Senyuman manisnya terukir sebaik lekukan perut memboyot Iffah jelas terasa.

Alhamdulillah setelah sekian lama derita yang dihadapi isterinya, akhirnya ada sinar bahagia. Mereka dikurniakan sepasang kembar yang kini berusia 2 tahun. Ditambah pula hadirnya insan kecil ini tanpa disedari. Tahu-tahu perut isterinya sudah membesar.

"Tapi kan Qalbi, sayang teringin sangat nak pakai dress tu pergi majlis kahwin Raf. Masalahnya dress tu dah mengecil", rungut Iffah tak berpuas hati.

Huffaz ketawa perlahan, "Dress tu mengecil yer sayang. Alahai dress pun, pandai mengecil dah sekarang. Kesiannya dekat isteri Huffaz ni yer", usai mengucapkan kata-kata tersebut, dia ketawa lebih kuat.

"Qalbi ni main-main. Sayang betul-betul bengang ni. Sudahlah tak ada guna cakap dengan Qalbi, nanti makin teruk sayang kena bahan", Iffah merajuk. Kakinya yang sedikit membengkak itu dilunjur ke bawah, bersedia untuk pergi jauh dari suaminya sendiri.

Huffaz laju menahan. "Okey Qalbi tak usik dah."

Iffah menjeling tajam. Boleh percaya sangatlah tu...

"Nanti majlis kahwin Raf, sayang pakailah baju yang Qalbi beli semalam. Cantik apa, sesuai untuk baby kita yang tengah membesar ni", perut itu diusap lembut sebelum Huffaz melabuhkan ciuman penuh hangat buat penghuni rahim wanita kesayangannya itu.

Semalam, dia ke mall atas urusan kerja, boleh pula terbeli satu dress untuk ibu mengandung buat Iffah sementelah hatinya terpaut membayangkan cantiknya isterinya mengenakan dress tersebut.

"Tapi nanti kita tak sedondonlah Qalbi", masih lagi Iffah tak berpuas hati. Dia ni bukan apa, senang panas punggung sekarang sejak nama Huffaz makin hangat dipasaran oleh kejayaan yang disandang lelaki itu. Dia turut berbahagia tapi yang panas punggung tu sebab tak lekang wanita di luar sana cuba menggoda suaminya itu. Apa ingat senang ke nak goda Huffaz? Dia perlu waktu yang lama kut nak tawan hati lelaki itu takkan la senang-senang sahaja dia ingin membiarkan wanita lain menggoda Huffaz. Sini, langkah mayat dia dulu!

"Okey, Qalbi cari pakaian warna sama dengan sayang untuk pakai ke majlis kahwin Raf esok yer?", cadang Huffaz.

Iffah memandangnya dengan wajah ceria, "Betul ni Qalbi?"

"Iya, takkanlah Qalbi nak main-main pula".

Iffah tersenyum penuh suka.

"Tahniah Raf. Kahwin pun engkau setelah sekian lama lonely", ucap Huffaz seraya ketawa.

Syed Arafi menampar geram bahu Huffaz. "Thanks sudi datang, tapi kalau tak datang pun takpe kut", balasnya tertawa jengkel.

Makin besar tawa Huffaz dibuatnya.

"Oh kenalkan ini isteri aku, Rania Adila and sayang kenalkan ini suami kepada sepupu i and yang sebelah dia tulah sepupu kesayangan i", ujar Syed Arafi setelah sekian lama mengamati wajah Iffah.

"Semoga perkahwinan kau kekal berkekalan dan sentiasa dimurahkan rezeki", ucap Iffah agak dingin. Namun dia benar-benar ikhlas mengungkapkan kata-kata itu.

"Thanks Eyfa. Ini apa kes pulak ni merajuk tengah-tengah majlis aku? Laki kau buat apa pulak ni?", soal Syed Arafi sebelum ketawa.

"Eh aku tak buat apa-apa pun", Huffaz membela diri sendiri.

"Boleh tak kau halau semua tetamu perempuan dekat majlis kau ni?", pinta Iffah langsung tak berkias. Sakit hatinya setiap kali ada yang datang menyendeng pada suaminya. Yang kenyit matalah, yang minta nomborlah, macam macam ragamnya! Tak nampak ke 3 makhluk ajaib di meja mereka ni?

"Sayang!", Huffaz terkejut seraya menepuk dahi.

"Aduhla Eyfa buat hal betul kau yer. Ini majlis kahwin aku tau. Tok kadi belum pulang lagi tu. Sebelum aku bagi madu dekat kau, behave sikit. Mak buyung sorang ni lain macam sungguh cemburu butanya", ugut Syed Arafi bersama perlian.

Iffah diam namun laju tangannya membaling tisu hingus anaknya ke muka Syed Arafi.

"Tisu hingus anak aku", ucapnya selamba sebaik tisu itu mendarat ke wajah kacak sepupunya.

"Ya allah sayang", Huffaz tak tahu harus berbuat apa. Di satu sisi dia ingin ketawa, disisi yang lain dia kasihankan wajah terkedu Syed Arafi.

"Eyfa! Kau memang gila!", dengus Syed Arafi.

"Dah aku pernah masuk hospital gila. Kau nak expect apa?", jawab Iffah berani.

Isteri Syed Arafi membantu mengelap wajah suaminya dengan wajah menahan tawa.

"Sayang sudah. Kita dekat tempat umum ni", tegas Huffaz akhirnya. Kesian pula wajah monyok Syed Arafi. Ditambah lagi ini sepatutnya merupakan hari bahagia lelaki itu.

Iffah diam. Satu persatu kuih muih disuap masuk ke dalam mulut.

Syed Arafi menjelir lidah tanda senang hati apabila Huffaz membelanya.

"Kau ni kan!", jari dituding keras kepada Syed Arafi. Kesabaran Iffah sungguh dihujung sempadan.

Huffaz menarik laju tubuh isterinya sebelum perang dunia tercetus. Dua makhluk itu bukan boleh percaya, masing masing dah bergelar suami dan ibu orang tapi perangai tak kalah anak-anak kecil.

"Ibu behave. Kesian Ayah. Nanti Ayah cari Ibu lain baru tahu nangis", sampuk Nufael tiba-tiba.

Iffah sungguh tak terkata. Serentak itu duduknya jatuh kembali ke kerusi.

Huffaz menggeleng pasrah. Haih kini rajuk Iffah beralih pada anak mereka pula. Apa nak dikata, mulut Nufael agak lancang selancang sikapnya dulu. Anak bapak sungguh!

Namun diam-diam Huffaz akui dia bahagia didampingi insan-insan tersebut. Merekalah yang menceriakan hari-harinya. Moga keluarga kecilnya ini sentiasa dilimpahi berkat dan kebahagiaan.

oke novel ni habis dahhhh. happy reading guys. love banyak ii ❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience