BAB 14

Romance Completed 50320

"Kau nampak cantik malam ni Eyfa." Puji Huffaz masih tak lekang dengan senyuman. Wajah Iffah ditatap penuh kasih.

Iffah agak tidak selesa walaupun tika ini mereka berdua telah duduk di meja yang disediakan. Lagi tak selesa bila dia berada di meja hadapan bersama Huffaz serta Puan Sri Ichinta dan Tan Sri Arsyaf, merangkap ibu dan ayah kepada Angel.

Manakala Hajah Marina dan Angel duduk bersama keluarga Hajah Dhea selang satu meja dari mereka.

"Kau dahaga? Nak aku ambilkan air?" suara penuh maskulin itu menyapa halwa telinga Iffah dekat.

Terkejut Iffah dibuatnya!

Rapat jarak antara mereka. Hampir hampir hidung mereka berlaga tadi.

Mamat ni memang nak kena. Kalau sehari tak buat jantung dia berdetak laju memang tak sah gamaknya!

Mahu tak mahu Iffah cuba beriak tenang ketika matanya bertembung mata Puan Sri Ichinta. Kepala ditunduk sedikit bersama satu senyuman nipis.

"Jauh sikit. Saya tak selesa awak dekat sangat macam ni. Apa pulak kata orang yang pandang nanti" kata Iffah perlahan. Hanya mereka berdua sahaja yang mendengar.

"Biarlah orang pandang. Lagipun semua orang tahu kau ni girlfriend aku. And one more thing..." Huffaz berjeda. Sekali lagi dia mendekatkan jarak.

Iffah mengundur kepalanya kebelakang. Ini kejap lagi ada jugak tangannya naik menghempuk kepala Huffaz. Tak faham bahasa agaknya bila dia cakap dia tak selesa.

"Kau belum jawab lagi soalan aku, kau dahaga ke? Kalau dahaga aku nak ambil air" sambung Huffaz santai. Jarak antara mereka dijauhkan. Bimbang pula Iffah fikir yang bukan bukan tentangnya padahal niatnya hanya untuk mengusik.

"Ikut suka hati awaklah" dengus Iffah seraya mencebik. Geram bila hatinya seakan masih tidak mahu diam. Asyik berdetak laju semacam.

Haih, macam mana agaknya jika satu hari nanti dia kehilangan Huffaz? Jika hatinya terus terusan begini, dia pasti hal itu tidak akan berakhir dengan baik.

Huffaz bangun berjalan ke arah meja santapan yang disediakan. Malas mahu membawa masalah kepada hati sendiri, Iffah pilih untuk mendengar apa yang diucapkan oleh pengacara di atas pentas.

Tak lama kemudian Huffaz kembali bersama segelas air oren dan sepotong kek red velvet. Pinggan dan gelas itu ditolak pada Iffah.

Iffah pandang Huffaz pelik. "Apa ni?" soalnya perlahan.

"A cake and a glass of orange juice" balas Huffaz tenang.

"Saya tahulah..."

"Oh i thought you don't know" perli Huffaz sebelum tertawa senang melihat wajah cemberut Iffah. Gembira hatinya melihat Iffah seakan sudah okey. Kembali ke habitat asal!

Seraya itu... PAP!

"Aduh! Sakitlah princess. Tangan kau tu halus, pedihnya tak terkata" bidas Huffaz sebelum pehanya digosok gosok perlahan.

"Saya tanya elok elok kan? Apa ni? Kenapa awak pandai pandai ambik? Saya tak sukalah kek. Awak pun tahu kan? Sengaja aje dia ni! And lagi satu, awak kena sampuk ke yang dari tadi lagi panggil saya princess? Mambang apa rasuk awak ni? Mambang api? Mambang air? Mambang tanah?" panjang berjela Iffah membebel.

Huffaz tayang riak bersahaja. Puan Sri Ichinta dan Tan Sri Arsyaf pula tersenyum senyum dengan karenah mereka.

Mereka terlebih dulu makan gula dan garam hubungan percintaan.

"Makan ajelah. Kau nampak tak ada tenaga. So aku ambiklah benda manis manis. Nak harapkan kemanisan aku ni tak mampu sangat nak tambah energy kau"

Iffah menjeling tajam. Sweet memang sweet sampai nak termuntah dia rasa.

"Awak jangan ngada ngada eh. Ada jugak orang makan nasi awak makan penumbuk kejap lagi" keras Iffah memberi amaran. Mukanya usah dikata, merah bak udang bakar. Tak mampu dia angkat muka memandang pasangan suami isteri di depan mereka. Rasa nak sorok wajah bawah meja aje. Lagi selamat and paling penting lagi tenang tanpa memandang wajah Huffaz.

"Aku panggil kau princess sebab kau memang nampak macam princess malam ni, kan auntie?" soal Huffaz tiba tiba.

"Betul lah apa yang Huffaz katakan tu Eyfa. Kamu cantik sangat malam ni. Selayaknya seorang puteri untuk puteranya" balas Puan Sri Ichinta. Tak dia menidakkan kecantikkan gadis muda itu. Sesiapa yang memandang pasti terpukau.

Kening Huffaz terjungkit tinggi, " See auntie pun sokong aku. Kau aje yang tak percaya diri".

Iffah tersipu. Bertambah merahlah mukanya. Kalau mukanya rentung, memang ini kerja Huffaz. Asyik membuatkan dia malu. Cukuplah mereka berdua aje yang berbahas topik ini. Ini tidak, dia pergi angkut Puan Sri Ichinta sekali. Malulah dia!

"Why? Sakit kaki?" soal Huffaz. Bukan apa, cara Iffah berjalan sudah pelik. Tempang semacam! Pulak tu sekejap kekanan sekejap kekiri. Tak stabil sangat!

Iffah angguk perlahan. Rasanya kakinya sudah melecet. Pedih mencengkam setiap langkahnya. "Heels ni tinggi sangat. Dekat dalam tadi pun banyak berdiri" rungutnya manja. Tanpa sedar okey! Sebab dia betul betul kesakitan.

"Buang heels tu" arah Huffaz senada.

Mata Iffah buntang.

Amboi sedara, mentang mentanglah kaya, boleh dia suruh Iffah buang aje kasut tumit tinggi itu. Tak ke membazir namanya tu?

"Dekat luar sana tu banyak lagi orang yang tak pakai alas kaki. Awak pula senang senang suruh saya buang. Membazir lah"

"Aku tak suruh kau buang dalam tong sampah. Aku suruh kau buang heels tu dari kaki kau" balas Huffaz.

"Then saya nak pakai apa? Jalan kaki ayam atas lantai hotel ni?" tanya Iffah geram.

"Lain kali dengar sampai aku habis cakap boleh tak? Ini belum apa apa kau dah menyampuk. Aku suruh kau buang heels tu sebab aku dah bagitahu PA aku supaya bawa kasut untuk kau. Kejap lagi dia sampai. Aku ni belum bodoh lagi tak nampak yang kau tahan sakit sejak dalam dewan lagi. And paling penting aku tak kejam sangat nak biar kau berjalan kaki ayam dekat sini" ucap Huffaz. Kedua tangannya diseluk ke dalam kocek seluar. Dia bersandar malas pada dinding laluan hotel yang mereka lalui. Iffah ikut turut bersandar. Saling berhadapan.

Heelsnya sudah ditanggalkan. Sedikit lega. Biarpun rasa pedih masih berbekas.

"Lapik kaki kau" Huffaz menolak kasut miliknya pada Iffah. Kakinya yang berbalut stocking hitam dibiarkan begitu sahaja.

"Kotorlah kaki awak nanti" tolak Iffah lembut.

"Kaki aku ni kaki lelaki. Tak diherankan pun kalau kotor. Kau tu perempuan. Jagalah kaki kau, jangan bagi kotor" lembut Huffaz berkata. Dengan itu dia melutut menyuakan kasutnya pada Iffah. Tersengih kecil dia apabila kasut itu membaluti kaki Iffah.

Besar sangat untuk sepasang kaki kecil Iffah. Perbezaan saiz yang jelas ketara. Comel pula dimatanya.

Iffah pula terkedu di situ. Hatinya agak tersentuh dengan keprihatinan yang Huffaz tunjuk. Kenapa Huffaz buatkan dia semakin hanyut dalam arus kasih sayang ini? Dia bimbang dia terus lemas tak berdaya sedangkan dia tahu itu cuma mimpi ngeri. Iffah diasak ketakutan dengan perasaannya sendiri saat ini.

Layakkah dia menggapai bahagianya? Atau perlukah dia berputus asa atas apa yang sepatutnya tidak layak untuk dia miliki?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience