Iffah cuma tersenyum janggal saat Luthfi menarik selimut menyelimuti tubuh badannya. Bukan dia tak nampak telinga Luthfi merah sejak dari kejadian tadi.
Serba salah pula dia.
"Awak okey?", soal Iffah.
Luthfi memandang terpinga pinga, "Ah, saya okey".
"Thanks".
Dalam segan, Luthfi menarik narik tudung sarung di kepalanya. Tidak kasar. Cukup sekadar ingin bergurau.
Iffah menepis lembut dengan lengannya yang berlapik. Sebelum mereka berdua ketawa.
"Awak rest dulu. Nanti saya jumpa awak semula bila awak dah discharge", pesan Luth. Sekuntum ros putih disebalik kot doktor miliknya diambil lalu diberikan pada Iffah.
"Sematkan satu perkara dalam kepala awak, jiwa awak sesuci mawar putih ni. Secantik dan seharum ibarat sekuntum bunga yang sedang memekar".
Iffah tergelak senang, "Mulut manis. Bimbang pulak saya kalau kejap lagi saya kena hurung dengan semut".
"Mulut saya manis dengan awak aje. Dengan perempuan lain, tak!", tegasnya. Walau dia tahu hakikatnya Iffah tidak menganggap kata katanya serius.
"Fazz, kesini kejap", panggil Mak Long.
Huffaz kemudian mendekat tanpa membantah. Dia kemudian menjamah raut wajah tenang Mak Long yang seakan ingin menyampaikan sesuatu kepadanya. Entah apa dia juga tak pasti.
"Kamu taknak cari isteri kamu dekat kampung sana?", serius Mak Long. Sejujurnya dia tidak senang dengan tindakan Huffaz yang seperti mengambil mudah hubungan perkahwinan.
Dia faham Huffaz kecewa dan masih berada dalam frasa sedih dan terkejut, namun tanggungjawab sebagai seorang suami itu wajib ditunaikan. Jika benar Huffaz sudah tak sanggup galas tanggungjwab yang satu itu, ada baiknya dilepaskan anak orang itu. Bukan malah menyeksa isteri sendiri.
Huffaz mengeluh buat kesekian kali, "Huffaz tak tahu apa nak buat Mak Long", jujurnya. Selepas kejadian hitam itu, Farhan ada mengaku padanya tentang banyak perkara. Malah aib yang selama ini tertutup juga terbuka. Segala kemurahan Iffah satu persatu terbongkar.
Tak dia sangka Iffah sanggup memerangkapnya untuk berkahwin dan ingin merebut harta yang dimiliki saat dia sudah mula buka hati untuk terima kehadiran Iffah sepenuh hati.
"Mak Long sebagai orang yang lebih banyak rasa masam manis kehidupan, rasa Huffaz patut jumpa isteri, minta penjelasan dia. Jangan hanya dengar sebelah pihak".
"Penjelasan apa lagi Mak Long, semua bukti dah ada".
Mak Long menggeleng perlahan. Mungkin kecewa dengan kata katanya.
"Kadang kadang apa yang terhidang depan mata tak semuanya betul Fazz. Sebab hati manusia ni kita tak boleh jangka", nasihat Mak Long lembut. Sebagai seorang anak sulung, dia sering mengajar diri sendiri untuk sentiasa tenang di apa jua situasi.
"Maksud Mak Long?", Huffaz tak faham. Matanya lurus melihat Mak Ngah dan Rozana yang berjalan masuk ke dalam rumah sambil diperhati Mak Long. Seakan ada yang cuba disampaikan.
"Setiap benda yang ada dalam hati manusia, kita tak boleh jangka. Sebab tu kita diajar untuk bersabar dan rasional. Dalam situasi macam ni, Huffaz tak layak menghakimi isteri sendiri tanpa penjelasan dia hanya sebab kata kata orang asing. Hidup ini ada jatuh bangun, tapi jangan sampai kita jatuh terduduk sebab hilang sabar dan pedoman".
Tangan digenggam erat. Huffaz mengalih pandang ke sawah padi yang terbentang. Dia diasak kekeliruan.
"Tapi dia khianat Fazz. Kalau betul dia tak salah, kenapa dia tak jelaskan betul betul pada Fazz. Dia cuma cakap dia tak salah, dia difitnah. Fazz bukan nak menuduh, tapi dah banyak perkara tak elok yang Huffaz dengar".
"Dengar saja kan? Huffaz tak tahu kebenarannya. Mak Long cuma mampu berharap Huffaz tak akan menyesal di kemudian hari. Sebab hati wanita ni, bila sekali terluka, sukar untuk dibaik pulih. Ibarat cuba cantum gelas kaca yang pecah berkecai. Sukarnya usah dikata", ujar Mak Long seraya bangun. Tanpa berpaling dia melangkah pergi.
Biarlah Huffaz sendiri renung renungkan kata katanya. Dia tiada hak untuk berkata lebih. Itu hidup Huffaz dan Iffah, apa jua keputusan yang diambil mestilah dari kedua duanya tanpa campur tangan orang lain.
"Eh Luth", Iffah disapa kejutan. Dengan penampilan santai Luth berbaju t-shirt putih bersama seluar slack hitam, sungguh memikat hati mana mana wanita.
"Aqiss, jom", penuh gentleman, pintu Honda Accord miliknya dibuka untuk Iffah. Wanita itu agak terpinga pinga.
"Jom saya hantar awak pergi mana awak nak pergi", ucapnya merungkai kekeliruan Iffah.
"Eh tak mengapa. Saya boleh naik teksi. Berlambak aje dekat depan sana", tolaknya lembut. Tak mahu menyusahkan Luthfi apatah lagi lelaki itu baru tamat bertugas.
Pada mulanya dia fikir Luthfi sekadar ingin mengucapkan salam perpisahan. Rupa rupanya ada agenda lain.
"Just for this time. Saya cuma nak luangkan masa bersama awak, only for a minutes", luah Luthfi. Merah juga telinganya. Malu! Ini kali pertama dia bersikap bergini terhadap perempuan! Ibu mengandung pulak tu! Bini orang!
Aduh Luthfi benar benar sudah jatuh ke dalam perangkap cinta Iffah tanpa Iffah sendiri sedar.
Iffah akhirnya mengalah. Dia pun masih belum sembuh. Memang agak tidak larat untuk berjalan ke stesen bas depan sana semata mata untuk menahan teksi.
Sebaik masuk, Iffah terimbau pula kenangan lama, sewaktu pertama kali dia naik bersama Luthfi dulu. Dia juga menangis bagai nak rak bersama lelaki itu. Entah apa takdir mereka, yang pastinya Luthfi selalu ada di waktu terburuk dan terlemahnya.
Secara spontan, Luthfi memajukan badan ke arahnya.
Iffah sudah terperanjat. Laju badannya bergerak kebelakang.
KLAK!
"You look cute when you're nervous", usik Luthfi selepas memasang tali pinggang keselamatan padanya.
Senyum Luthfi rapat ke telinga. Senang lah tu dapat mengusik Iffah.
"Such a playboy", komen Iffah dengan nada penuh sarkastik. Cuba menutup rasa malu yang dirasai. Pipinya serasa hangat lain macam.
Luthfi tergelak sebelum memulakan perjalanan mereka bersama basmalah dan doa menaiki kenderaan.
Diam diam tingkah Luthfi diperhati Iffah penuh kagum. Tanpa sedar dia bersyukur dapat bertemu insan sebaik Luthfi disaat dia memerlukan seseorang untuk bergantung.
"Saya tahu saya handsome Aqiss. But don't stare at me like that, creepy", dalam fokus memandu dia mengucap kata. Sempat dia mengenyit mata pada Iffah.
Bibir Iffah tercebik meluat. "Mengarut".
Luthfi ketawa lepas. Sudah menjadi satu tabiatnya untuk selalu tersenyum dan ketawa selepas berkenalan dengan Iffah. Hari harinya berubah senang dan ceria dengan kehadiran Iffah. Jadi katakan bagaimana dia ingin melepaskan kepergian Iffah dengan rela hati?
"You always make my day brighten".
"Apa awak cakap? Saya tak dengar sangat", soalnya. Suara Luthfi agak perlahan sehingga tak mampu dia tangkap di pendengaran.
"Kalau awak mengantuk, tidurlah. Saya nak singgah satu tempat kejap. Dah sampai nanti saya kejutkan".
Iffah yang memang diulit kantuk hanya mengangguk beberapa saat sebelum dijemput lena. Belum mengetahui apa yang bakal menantinya nanti sebaik dia mencelik mata kelak.
yg mana konfius nama ayah Eyfa ni author mintak maaf. first buat nama ayah dia author lupa. so author letak nama haji ibrahim dekat bab 6(dah diubah). nama asalnya yg author letak ialah haji araisy. so kalau ada yang tersasul lagi di bab lain mohon mengerti. Author tk sempat nk check satu persatu. Kalau tak ada tersasul dah alhamdulillah lah jwbnya. btw happy reading❤️
Share this novel