"Sakit lagi?"
Iffah menggeleng lemah. Dia membuang pandang ke luar cermin kereta.
"Aku tak faham la apa masalah lelaki tu. Main langgar kau sesuka hati. Kalau ikutkan hati, memang pecah dah muka dia sebab penumbuk aku hinggap", marah Huffaz. Dia masih tak berpuas hati melihat Iffah diperlakukan begitu.
"Dia tak sengaja", balas Iffah.
"Kau bela dia? Eh aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, yang dia sengaja langgar kau masa kau bangun tadi. Lelaki tak guna!"
Sebal! Hatinya sakit! Sejahat jahat dia, tak adalah sampai tahap menyakiti kaum perempuan. Tapi tadi Farhan dah melampau!
"Saya okay lah. Tak perlu besarkan masalah. Lagipun dia anak makcik Wati. Kalau saya hebohkan, nanti balik balik kena diri sendiri pula. Farhan tu mak bapak dia kaya, kalau jadi apa apa saya tak boleh nak lari. Biarlah dia. Sejak dulu lagi memang perangai begitu", ulasnya menenangkan hati Huffaz.
Huffaz diam. Marah barangkali kerana Iffah memilih untuk diamkan perkara itu.
Sepanjang perjalanan, masing masing membisu. Baik Iffah atau Huffaz masing masing membatu dan tenggelam dalam perasaan sendiri.
"Terima kasihlah hantar saya pulang. Jumpa lagi. Assalamualaikum". Iffah keluar dari perut kereta. Sepantas itu Huffaz memecut pergi. Perlahan Iffah mengeluh.
Salahkah dia? Dia cuma tak mahu menyusahkan Hajah Marina. Wanita itu sudah lama bersusah payah besarkan dia seorang diri selepas kematian ayahnya. Hidup mereka pula sebatang kara. Baik mak atau ayahnya dua dua merupakan anak tunggal. Jadi kalau dia terlibat masalah, siapa yang susah? Semestinya Hajah Marina.
Sambil picit kepala yang memberat dengan masalah, Iffah berjalan masuk ke dalam rumah. Handbag dilempar ke atas sofa sebelum tubuhnya dihempas di tempat yang sama. Tidurnya beralaskan handbag.
"Lambat kamu balik harini? Selalu terpacak dengan Huffaz depan pintu rumah. Kenapa harini seorang? Tak ajak dia minum minum dulu?", sapa Hajah Marina. Menggeleng dia melihat keadaan anak daranya yang seorang itu. Dengan sarung kaki tak ditanggalkan. Tudung yang senget. Kaki terkangkang. Memang tak patut dijadikan menantu. Silap silap jadi hantu!
Iffah angkat wajah sekejap sebelum menjatuhkan kepalanya malas sebaik Hajah Marina menyorong sebiji bantal ke bawah kepalanya. Cute je mak dia ni! Ini yang makin sayang ni! Walaupun anak dia ni level lahanat, tetap dimanjakan.
"Dia penat. Biasalah. Sibuk nak urus projek terbaru dia. Lagi pula Mak juga tak suka dia datang rumah selalu, Mak kata nanti orang kampung mengata yang bukan bukan".
"Memang la aku cakap macam tu. Sudah kamu berdua asyik berkepit. Mak taknak benda tak elok jadi dekat kamu. Kamu tu perempuan Eyfa, macam macam boleh jadi. Bukan Mak tak percaya dekat si Huffaz tapi kadang kadang kita sebagai orang perempuan tak sedar yang diri kita sendiri yang pancing nafsu orang lelaki ni. Itu yang Mak membebel dengan kamu. Mak tak halang dengan siapa kamu nak berkawan, selagi batas itu ada. Ke kamu ni bercinta dengan Huffaz macam yang orang kampung cakapkan tu?", tebak Hajah Marina. Serkap jarang. Sebab jarang sungguh Iffah ada kawan lelaki. Sejak kepergian suaminya Iffah lebih suka menyendiri tanpa kawan. Atau lebih tepatnya kemurungan. Tapi Iffah bukan jenis yang terlalu lemah semangat, tak lama dia bangkit dari kesedihan. Cuma satu sajalah, Iffah tak pandai berkawan. Dengan Soleha saja dia boleh bergaul. Itupun sebab sejak kecil Soleha dan Iffah rapat.
Kalau tidak, memang forever alone si Iffah ni!
"Apa Mak merepek ni? Bercinta? Iffah nak fokus jalan hidup Iffah lah. Tak ada masa lagi nak fikir pasal bercinta", ujarnya.
"Jalan hidup apa? Jalan hidup selalu tidur?", sindir Hajah Marina.
Merah satu wajah Iffah. "Bukanlah Mak. Iffah nak fokus dengan enjoy masa muda Iffah."
"Enjoy tak enjoy, kamu fikir duit turun dari langit? Eh kalau turun dari langit, rumah kita tak adanya atap nak terbang sana sini. Tengok lah jendela tu. Kalau silap sikit confirm jatuh ke bawah tanah. Mak bukan apa, Mak takut bila Mak tak ada, siapa lagi nak sara kamu Eyfa? Kita ni hidup sebatang kara. Tak ada sesiapa dah nak tengokkan kamu kalau Mak tiada nanti", tutur Hajah Marina lembut. Berharap sangat anaknya faham apa yang cuba dia sampaikan. Hati tuanya berasa gelisah sejak dua menjak ini. Seakan perkara buruk bakal terjadi.
Iffah diam ketika tangan tua Hajah Marina mengusap lembut kepalanya.
"Mak jangan lah cakap macam tu. Eyfa tak suka. Eyfa tak ada sesiapa selain Mak. Mak jangan tinggalkan Eyfa macam ayah. Nanti, Eyfa tinggal seorang diri". Perlahan dia menyusun kata. Sebak mencengkam dadanya. Terasa sungguh perit. Sungguh tak terbayang sekiranya dia hilang ibunya. Satu satunya insan yang dia miliki.
"Mak tak mampu berada di sisi kamu selalu Eyfa. Sama ada kamu atau Mak, pasti ada yang pergi dulu", pesan Hajah Marina lembut.
Iffah diam. Kematian kata.
"Kau mengaku dekat orang kampung yang kita berdua bercinta? Kau dah gila ke?", sembur Huffaz sebaik sampai. Hampir tersedak Iffah yang sedang menghirup air oren.
"Sabar boleh tak? Duduk dulu. Kita bincang elok elok", katanya santai. Penampilan Huffaz ditilik sekilas. Kacak. Lelaki itu tak pernah kurang dari segi rupa hatta memakai kain lap meja.
"Kau tahu tak, sebab kau mengaku macam tu semua dah jadi kecoh. Bonda bukan main happy lagi".
"Then, apa masalahnya?". Dia langsung tak nampak masalah disitu. Huffaz sengaja nak buat kecoh.
"Masalahnya kita tak bercinta pun. Kalau aku bagitahu perkara sebenar, aku takut Bonda jatuh sakit. Kau pun tahu keadaan Bonda macam mana!", balas Huffaz. Rambutnya disebak kasar kebelakang. Serabut memikirkan hal yang satu itu. Belum lagi ditambah soal kerja. Merimaskan sungguh!
"Then kita bercinta".
"Kau gila ke?", soal Huffaz dalam nada tak percaya. Gila agaknya Iffah ni. Buat buat lupa ke yang mereka ni tak sesuai. "Aku tak suka kau, kau tak suka aku. Bercinta celah mana pulak?"
"Berlakon sajalah. Settle masalah", katanya. Dalam hati usah dikata, sakit! Huffaz sendiri mengaku tak suka kepadanya. Perlukah dia terus berharap pada yang tak sudi? Tapi hati ini hanya menginginkan Huffaz.
"Kau memang gila!", kata Huffaz geram.
"Kalau kau taknak Bonda sakit, kita berlakon bercinta. If not we both tanggung rasa serba salah sebab buat Bonda sakit. Equal. Make choice. Take it or leave it Huffaz".
Terdengar dengusan kasar dari mulut lelaki itu. Iffah yakin Huffaz bengang dengan sikapnya. Tapi jika ini satu satunya cara yang boleh buat dia rapat dengan Huffaz, dia sanggup. Sekalipun dicop perigi cari timba. Dia tak kesah.
"Fine!"
Share this novel