BAB 61

Romance Completed 50320

"Aku taknak tu taknak lah! Jangan nak paksa!", bentak wanita itu kasar. Dulang yang berisi makanan di pegangan orang didepannya ditepis kasar.

Habis jatuh bertaburan lauk pauk dan nasi ke lantai. Badannya bingkas bangun melompat ke atas katil lalu seluruh tubuh ditutup menggunakan selimut.

Wanita yang memegang dulang tadi mengeluh lemah sebelum mengutip sisa makanan yang elok mencium lantai kotor.

Allah! Rezeki, sayang sungguh. Detik hatinya. Bergegas dia keluar dari ruangan itu.

Buat seketika, cuitan halus terasa dari luar selimut.

Diam! Malas melayan.

"Woi!"

Dia tak menyahut. Bukan tak dengar, tapi buat buat pekak.

"Woi! Aku panggil ni! Oitt puteri hodoh!"

Masih lagi diam. Geram pula Shara dibuatnya. "Hoi, puteri! Aku panggil kau ni!", pekik Shara ditelinga wanita bergelar puteri itu.

Tangannya menggagau kepala wanita itu disebalik selimut. Jumpa saja, terus dia goncang kuat kuat.

Puteri membuang selimut dari tubuh. Kedua tangan Shara ditepis sebelum dia bangun tegak. Jari tengah diangkat pada Shara.

"Eh kau ni kan! Melampau!", teriak Shara sebelum tercetusnya perang antara mereka berdua. Memang selalunya begitu.

Niat Shara yang cuba berbaik selalu diakhiri perang antara mereka berdua.

Mereka berdua akhirnya ditenangkan oleh pembantu perawat jua. Baik wajah Puteri atau Shara, dua dua bercakar.

"Apa jadi pula kali ini?", soal suara garau yang tiba tiba muncul.

Shara mengerdipkan matanya beberapa kali. Juntaian rambut pun diselit kebelakang telinga.

Mula dah perangai gedik dia. Puteri menjeling menyampah.

"Macam biasalah encik, dua orang ni bergaduh", balas pembantu perawat yang bertugas sebelum beredar.

Syed Arafi diam sambil memandang Iffah di atas katil. Sepupunya itu langsung tidak memandang ke arahnya. Asyik berselubung dalam selimut sahaja. Jika dia mendekat pastinya wanita itu meracau nyaring.

"Abang nak kemana tu?", Shara bertanya saat matanya menangkap kelibat Syed Arafi yang berura ura untuk pergi.

Lelaki itu cuma tersenyum janggal ke arahnya lalu keluar tergesa gesa.

Sakitnya sehingga ke lubuk hati paling dalam tapi tak mengapa, sudah terbiasa.

"Laki aku tinggalkan aku lagi", gumamnya perlahan bersama pandangan yang ditala pada Puteri.

"Woi puteri!"

"Kau nak apa?", bentak wanita itu akhirnya. Rimas juga tau! 24 jam asyik memekak. Lama kelamaan, boleh pekak telinga dia ni.

"Laki aku tinggalkan akulah", luahnya sedih.

"Padan muka. Sudah kau gila, memanglah dia tinggalkan kau", balas puteri sarkastik.

Bantal yang ada dicapai lalu Shara humban pada wajah Puteri.

"Aku ni kan Puteri, kempunan nak peluk laki aku tu".

Puteri mencebik.

"Aku bukan puterilah! Sesuka hati aje panggil aku puteri!"

"Biarlah. Mulut aku. Dahnya aku nak panggil kau puteri, puterilah jawabnya", balas Shara tak mahu kalah. Sejak wanita itu masuk 2 bulan yang lalu, dia sering gelarkan wanita itu puteri. Mungkin kerana kecantikan yang dimiliki wanita itu.

Cantik bak puteri!

"Yang kau tu kenapa masih nak bertahan dekat hospital mental ni? Kau bukan gila pun", sambung Shara lagi. Lebihan potongan epal yang dipotong untuknya dimakan dengan penuh berselera. Dia tidak peduli reaksi Iffah yang jelas terkejut.

"Macam mana kau tahu?"

Shara tersenyum sinis dengan mulut yang penuh dengan epal. "Eh aku ni gila aje. Bukan bodoh pun. Kau tu bukan gila. Tapi buat buat gila kan?", tebak Shara lagi.

Iffah melempar alat kawalan televisyen pada Shara sebelum kembali menyorok dalam selimutnya.

"Aku mungkin gila tapi ini nasihat aku waktu aku waras sedikit sekarang ni. Aku dengar kau ada suami. Dia tengah tunggu kepulangan kau. Dan aku rasa kau seperti mengelak dari suami kau. Jadi sebagai sahabat gila kau, kembalilah jumpa dia. Jangan jadi macam aku. Sebab sibuk kejarkan harta. Last last suami sendiri terabai sampai dia mati selama seminggu pun aku tak perasaan", tutur Shara lemah. Tubuh Iffah yang mengiring dijeling sekilas sebelum dia ketawa seorang diri.

Seorang pembantu perawat lelaki yang masuk untuk mengambil dulang makanannya dipegang. "Abang pergi mana tadi? Puas Shara cari abang", tutur Shara lembut bersama nada rajuk.

Iffah pula diam menyepi di dalam selimut. Matanya cuba dipejamkan namun bayangan Huffaz seakan seakan muncul bersama senyuman. Seolah ingin menyambut dia pulang.

Tun Ifah menyedut oksigen melalui bantuan alat pernafasan. Matanya mulai kabur.

"Mak", Puan Sri Arasyaf duduk disamping ibunya itu. Rambut itu diusap usap perlahan.

Di sudut bilik, Syed Arafi memanggung kepala. Memikirkan kata kata doktor sebentar tadi benar benar merobek jiwa raganya. Kata mereka Tun Ifah cuma berbaki masa yang singkat. Jantung wanita itu tak mampu lagi untuk menampung hayat Tun Ifah yang kian dimamah usia.

"Eyfa...", sayup suara Tun Ifah menerjah gegendang telinga Syed Arafi.

Puan Sri Arasyaf juga tak mampu membendung rasa sedihnya lagi. Tangan ibunya digenggam kuat. Dia cuba menyalurkan kekuatan buat wanita itu.

"Araisy, Marina...", seru Tun Ifah lagi dengan mata yang terpejam. Namun air matanya kian mengalir membasahi pipi dan bantal.

Syed Arafi menangis dalam diam. Sebolehnya dia menahan esakan sendiri dari meledak.

Apa guna Iffah hidup sekalipun, kesihatan mental wanita itu terjejas. Satu pun dari mereka tak diingati. Dia cuba merawat Iffag sebaiknya untuk mempertemukan dua insan itu sebelum Tun Ifah pergi dijemput Ilahi, namun nampaknya usahanya adalah sia sia.

Disaat saat akhir begini, kepergian Tun Ifah masih sama, terseksa menanggung rasa rindu dan penyesalan.

Adakah ini kesudahannya? Hidup keluarga mereka tetap sama. Terus dibelenggu dalam penyesalan. Langsung tidak diberi peluang yang menjaminkan untuk bahagia biarpun harta mereka melimpah ruah.

Apa gunanya harta? Jika bahagia itu terlalu jauh untuk digapai. Apa gunanya hidup? Jika hati mereka kian mati.

Dengan bahu yang terhinjut, Syed Arafi gagahkan jua kakinya merapati Puan Sri Arasyaf dan Tun Ifah.

Dia jatuh melutut dihadapan Tun Ifah dan Puan Sri Arasyaf. "Maafkan Raf Nenda. Maafkan Raf sebab tak mampu untuk tunaikan janji Raf. Raf minta maaf", pohonnya sebak.

Buat seketika, mata Tun Ifah yang terpejam kembali terbuka. Redup matanya memanah dua insan tersayang yang berada didepannya.

Mulut Tun Ifah terbuka, namun tiada sebarang bunyi terhasil. Wanita itu bergelut untuk mengeluarkan suara namun masih tiada hasil.

"Nenda".

Syed Arafi dan Puan Sri Arasyaf tersentak. Kedua dua mereka berpaling kebelakang. Alangkah terkejutnya mereka berdua melihat Iffah yang sedang berdiri di muka pintu bilik.

Iffah berjalan mendekat. Dia cuba untuk kelihatan tenang biarpun ketenangannya telah lama diragut pergi.

Sebak! Sedih! Gembira! Rindu! Semua rasa itu bercampur menjadi satu buatnya. Untuk melihat wajah Tun Ifah lagi setelah mereka sekeluarga dibuang oleh wanita itu amatlah tidak diimpikannya sejak dahulu lagi.

"Eyfa datang ni Nenda. Eyfa datang untuk jumpa Nenda kesayangan Eyfa", tuturnya cukup sayu. Meruntut jiwa yang mendengar.

Jari Tun Ifah terangkat sedikit. Memberi isyarat supaya Iffah mendekatinya.

Iffah membuang pandang ke arah lain sebelum melabuh duduk disisi Tun Ifah.

Ya Tuhan, janganlah engkau biarkan air mata ini mengalir. Bisiknya di dalam hati saat rasa sedih kian menghimpit dirinya.

Dia tak mahu Tun Ifah juga merasakan sakitnya kesakitan yang dia tanggung sekiranya air mata dia tumpah.

Bibir Tun Ifah bergetar kuat. Tangisannya pecah. Betapa gigihnya dia untuk berkata kata namun tiada sepatah perkataan pun yang keluar. Hanya tangisan tanpa esakan yang keluar.

"Iya Nenda. Eyfa tahu Nenda sayangkan Eyfa", Iffah berjeda. Air matanya hampir sahaja keluar. "Eyfa juga sayangkan Nenda. Mak dan Ayah pun sayangkan Nenda".

Makin kuat tangisan Tun Ifah sehingga ada bunyi yang terhasil. Dada wanita itu kian tercungap cungap.

"Maafkan Eyfa sebab tak pernah jenguk Nenda. Nenda tak marah kan?", gurau Iffah sambil ketawa dalam tangis. Tangan Tun Ifah dicapai lalu dia kucup bertalu talu kekura tangan neneknya itu.

"Kami maafkan Nenda. Jadi Nenda tak perlu risau dah. Ayah dengan Mak tengah tunggu Nenda dekat sana. Mesti Nenda suka kan?"

Tun Ifah angguk dalam senyum. Tak lepas matanya memandang Iffah.

"Nenda rehatlah. Biar Eyfa temankan ya? Kali ni biar Eyfa yang tidurkan Nenda", tubuh Tun Ifah dirangkul penuh lembut masuk ke dalam pelukannya. Iffah tunduk mencium dahi Tun Ifah berkali kali sehingga mata itu mulai terpejam rapat.

Kalimah syahadah sempat dibisikkan ketelinga Tun Ifah sebelum semakin lama dada wanita itu berhenti berombak.

Badan Tun Ifah kaku dipelukannya. Dapat Iffah rasakan badan yang mulai sejuk itu.

"Tidurlah Nenda. Tidur dengan tenang...", ucapnya sebelum mengeratkan lagi pelukan ditubuh tua yang sudah tidak bernyawa itu lagi.

Tak mampu ditahan, raungan Iffah kedengaran nyaring dipendengaran Syed Arafi dan Puan Sri Arasyaf tanpa mereka mampu berbuat apa apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience