BAB 35

Romance Completed 50320

Iffah memandang Farisya lama. Farisya pula menatap Iffah tanpa rasa bersalah.

Serius la? Tak lawak!

"Kak Aqiis kenapa? Taknak makan ke? Atau makanan ni tak kena dengan selera akak?", soalnya. Terselit sedikit perlian di situ. Faham benar Iffah agak tak selesa dengan pemakaian yang bertutup litup itu.

Benar dia bersekongkol menyembunyikan Iffah dari Huffaz tapi tak bermakna dia tak geram dengan perangai Iffah tika ini.

Dari terus bersembunyi, dia rasa ada baiknya Iffah bertentang mata dan menceritakan segalanya kepada Huffaz. Ini tidak! Lagi mengeruhkan keadaan.

"Makanan itu rezeki Allah. Akak makan aje apa ada. Cumanya rasa mual sedikit sekarang", jujur Iffah. Mual satu hal, Huffaz satu hal. Asyik sangat tenung dia dah kenapa? Aku back hand kang!

"Tahu sangat tak boleh makan, tapi mengada ngada order dah kenapa?", tempelak Huffaz perlahan. Tapi cukup menyentakkan dua hati perempuan di depannya.

Farisya diam memerhati perubahan gerak tubuh Iffah. Terlepas satu keluhan di bibir.

Dia tahu wanita itu terluka...

"Saya nak ke tandas sekejap", pinta Iffah seraya bangun ke tandas. Hatinya sakit!

Farisya mengeluh lagi dan lagi.

Huffaz ni buat hal betul!

"Abang dah kenapa nak cakap macam tu dekat kak Aqiis? Abang ada tak puas hati dengan dia ke?", soalnya mendongkol marah. Jangan memain. Ibu mengandung ni hati dia sensitif okey!

"Itu fakta. Abang rasa tak salah pun cakap macam tu", selamba Huffaz. Eh badak pun tak ada se'selamba Huffaz ni.

"Ikut abanglah. Isya malas nak cakap apa apa. Gaduh dengan abang bukan ada guna pun. Abang hanya akan percaya apa yang abang nak percaya. So it is useless to me to explain", haa ambik kau! Farisya geram sangat sangat dengan perangai tak semenggah Huffaz. Biarkan! Percayalah apa yang Huffaz nak percaya.

Satu hari bila dah jatuh tersungkur, dia orang pertama yang akan gelakkan abang angkatnya dulu! Noted my words!

"No komen", balas Huffaz. Berselera dia menjamah makanan di atas meja. Farisya pula yang hilang selera dek kata kata Huffaz tadi.

"How about your wife? Abang dah jumpa dia, cakap pasal cerai?", soalnya tenang mengalih topik. Steak lembut berjus disua pada mulutnya. Wajah Huffaz jelas berubah keruh, tapi ada Farisya kesah?

"Isya bukan nak menyibuk, jauh sekali nak tegur abang lebih lebih sedangkan Isya pun pendosa tapi abang sedar kan yang gantung isteri tak bertali tu berdosa. If abang tak suka then let go. She deserves her life after all".

Huffaz mendengus. Tak suka! Sakit telinga dengar semua orang membela Iffah. "Semua orang sibuk nak abang fikirkan keadaan dia? Habis, macam mana dengan abang? Ada orang fikir keadaan dan perasaan abang?"

Farisya menjulingkan mata ke atas. Bercakap dengan Huffaz memang perlu banyak kesabaran. Sebab lelaki itu degil ya amat!

"Abang terluka dengan dia, then leave her. Both of you can find each other's happiness. Why bother to hurt each other? Isya tak faham la dengan abang ni. Dulu bukan main abang cerita itu ini tentang dia dekat Isya. But bila benda jadi macam ni kepercayaan abang pada dia senang senang goyah. Goyah dah satu hal, boleh pulak abang gantung dia tanpa kata putus", Farisya berjeda. Dalam dia merenung anak mata Huffaz. Sebagai pakar dalam bidang membaca fikiran orang, dia belum buta untuk mentafsirkan bahawa masih ada rasa yang kuat Huffaz sematkan buat Iffah.

"Eyes can never lie and you can't deny that you love her, harder than you ever imagine".

"No! I'm not!", nafi Huffaz keras. Dia? Cintakan Iffah? Big no? Sekadar suka dan dia sudah pastikan rasa itu lenyap bersama kepercayaannya kepada Iffah sejak malam ngeri itu.

"She don't deserve to be love! Dan abang janji untuk balas balik apa yang dia buat sampai one day she'll come to me and beg for forgiveness!", keras sekali suara Huffaz.

Terus kejung seluruh tubuh Iffah selang sebuah meja dari kedudukan Huffaz dan Farisya. Anak matanya bergetar hebat menahan tampungan air mata yang bila bila masa sahaja mampu menitis.

Pandangan simpati Farisya padanya langsung tak berbekas di hati, malah dia benci akan pandangan simpati yang dilemparkan. Seolah olah mengejek dia lemah.

Huffaz bangun secara tiba tiba meninggalkan Farisya dan Iffah di tempat mereka.

"I'm sorry".

"Bukan salah Isya", ucap Iffah mendatar, tidak mahu kesakitannya terlalu menonjol. Tanpa kata dia mencapai beg tangan di kerusi sebelum mengejar langkah Huffaz yang semakin menjauh.

Dari tadi lagi Huffaz berjalan tanpa hala tuju sehingga tiba di destinasi pasar malam yang dipenuhi pelancong dan warga tempatan. Dan sejak dari awal juga Iffah diam diam mengekori langkah Huffaz tanpa lelaki itu sedar.

Hatinya sakit, tapi kerisauannya lebih menguasai. Susah sungguh jadi seorang yang tamak. Bodohkah dia jika dia mengatakan yang dia masih menginginkan Huffaz setelah apa yang terjadi?

Mungkin! Namun yang pastinya, bagi seorang Tun Iffah Balqiis, Huffaz Anafi lah lelaki pertama selepas ayahnya dan juga terakhir baginya. Lelaki itu ibarat seorang putera. Ya! Putera hatinya yang terasa dekat namun sukar digapai.

Asyik tenggelam dalam fikiran sendiri, Iffah tersentak saat Huffaz hampir menyuap makanan ke dalam mulut. Tak tunggu lama, laju dia berlari sebelum merampas kasar makanan itu dari tangan Huffaz.

Huffaz terkejut! Tak terjangka akan terjahan yang agak tiba tiba begitu. Berkerut keningnya memandang Iffah. Bengang pun ada. Dah kenapa curi makanan dia pula? Tak tahu ke dia lapar sebab berjalan seharian. Entah berapa jauh dah dia merayap, dia pun tak pasti.

"Kau kenapa ambil makanan aku?", soalnya kasar. Tangan cuba merampas kembali makanan dari tangan Iffah namun gagal apabila tubuh genit itu memanjangkan tangan ke belakang. Tanpa sedar seseorang sedang berlari anak ke arah mereka.

Sekejap cuma sebelum tubuh genit itu dirempuh kasar. Iffah merasakan tubuhnya ringan sahaja melayang ingin mencium jalan tar keras. Pasti sakit!Fikirnya namun pejam punya pejam tak rasa apa apa pula.

Yang dia rasakan hanyalah lingkaran kemas di pinggang rampingnya. Perlahan lahan mata dibuka.

GULP!

Allah! Ini gila! Iffah tahan cuba menahan debaran menggila di dadanya saat matanya berpandangan dengan sepasang mata indah Huffaz yang cuma berjarak 1 inci.

Indah sungguh ciptaan Tuhan! Pujinya namun laju dia menggeleng sebelum tubuh Huffaz ditolak menjauh. Iffah Balqiis! Come back to your sense! Ini hanyalah cobaan semata mata!

"Dekat sini ramai orang, lain kali hati hatilah", pesan Huffaz selamba.

"Bukan semua orang sanggup nak sambut perempuan pendek macam kau ni", sindir Huffaz. Terus pudar senyuman Iffah di balik purdah. Teruk punya perangai. Baru je hati dia berbunga bunga tapi sekelip mata Huffaz ragut kembali.

Heartless punya suami!

"Mana makanan aku?", soal Huffaz pula. Serentak itu, mata mereka berdua statik melekat ke bawah. Membulat mata Huffaz menjamah makanannya yang elok bercium dengan jalan tar.

Ini semua sebab minah pendek ni!

Kalau tahu tadi elok dia biar dua dua cium dengan jalan tar. Baru puas hati ni!

"Asal kau ni haa? Menyemak lah!"

"Sorry. Saya tak sengaja. Nanti saya belikan benda lain untuk awak".

"Tak adanya! Aku nak benda tu tapi disebabkan kau, aku tak dapat makan, tahu tak itu yang last?! Haih!", terlepas keluhan kasar dari mulut Huffaz.

"Bagus apa awak tak dapat makan. Cari nahas aje nanti", balas Iffah namun terdiam bila mata itu menghunusnya tajam.

"Awak memang tahu beli aje ke? Tak reti baca ke benda ni? Nak mati ke haa?", soalnya sebelum menunjuk ke arah banner makanan yang dibeli Huffaz. Kandungannya ialah strawberi, dan Huffaz alah dengan benda tu.

Huffaz garu kepala yang tak gatal. Malu tapi egonya masih perlu dijaga. Silapnya tak tengok apa kandungan makanan yang dia beli. Nampak sedap aje dia on terus.

Tapi kejap! Iffah dipandang tak percaya. "Macam mana kau tahu aku alah dengan strawberi? And second, are you following me the whole day?!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience