"Isya berhenti tepi aje, Kak Aqiis keluar beli sendiri. Isya ada nak tambah apa apa tak?", soal Iffah sebaik kereta dihentikan. Dia memandang gerai gerai di tepi jalan itu silih berganti dengan Farisya.
Untung ada Farisya baik hati ingin menghantarnya pulang ke KL. Kalau tidak, mahunya dia bersesak menaiki bas.
Mereka berhenti seketika sebaik dia menyuarakan untuk membeli sedikit makanan. Buat kudapan mereka berdua juga dalam menempuh perjalanan yang agak panjang.
Farisya menggeleng dengan soalannya. "Kak Aqiis beli apa apa pun. Isya okey aje. Lagipun Isya nak kena siapkan kerja sikit ni", telefon pintar miliknya ditayang ke udara, memberitahu Iffah dia masih ada urusan yang perlu diselesaikan.
Iffah faham sebelum berlalu keluar. Memandangkan jalan yang agak lenggang, dengan mudahnya dia menyeberang. Tidak mengambil masa yang lama, Iffah sekadar membeli apa yang patut sebelum kembali untuk melintas jalan.
Keadaan jalan raya yang mulai dipenuhi motosikal dan kereta itu membuatkan Iffah menunggu seketika.
Dari kejauhan, sebuah kereta memecut laju dari arah belakang kenderaan beroda empat yang lain sebelum bertindak memintas kereta tersebut. Tanpa sedar sebuah kereta juga sedang memecut dari arah bertentangan.
Sekelip mata sahaja, pertembungan antara pacuan beroda empat itu terjadi.
Bunyi detuman yang kuat, menyentakkan Farisya dari terus melekat dengan telefon. Terkejut dia saat melihat sebuah kereta terbabas menuju ke arah Iffah sebelum tubuh kakak iparnya itu melambung jatuh ke atas cermin kereta yang melanggar.
Darah pekat mula mengalir keluar dari tubuh Iffah menyukarkannya untuk bergerak. Malah ada serpihan kaca yang banyak menusuk setiap pelusuk tubuhnya itu.
Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Lama kelamaan mata Iffah mulai terpejam diiringi sayup sayup suara Farisya memanggilnya dengan nada ketakutan.
Sakit! Namun dia tidak berdaya menyuarakan perkara itu. Yang mampu Iffah lakukan hanyalah memejam rapat matanya sendiri. Imbasan demi imbasan kenangan indah didalam hidupnya silih berganti menerjah kotak mindanya.
"Macam mana kedaan Eyfa?", terjah Huffaz sebaik menjamah susuk tubuh Farisya di ruangan menunggu.
Tubuh kecil itu masih menggonggoi kecil bersama getaran yang bersisa. Baju Farisya pula sudah dicemari darah pekat milik Iffah.
Dan hal itu benar benar menakutkan seluruh ahli keluarga Haji Ibrahim. Melihat gelengan daripada Farisya tanda wanita itu tidak pasti, perlahan lahan tubuh Huffaz melorot jatuh, disambut oleh Haji Ibrahim dan suami Soleha.
Dua lelaki itu cuba menenangkan Huffaz yang mulai tidak terkawal.
"Bawa bertenang Faz. Insyaallah semua baik baik sahaja. Sama samalah kita berdoa untuk Eyfa", pujuk Soleha menarik bahu adiknya agar memandang tepat kematanya.
Dia faham perasaan Huffaz, malah mereka semua merasai perasaan yang sama. Baru sahaja kebenaran tentang Iffah terbongkar, perkara begini pula menimpa. Mereka langsung tidak sempat untuk meminta maaf pada wanita itu.
Iffah sudah banyak terluka dan berkorban. Malah disaat akhir kepergiannya, Iffah tidak membela dirinya sendiri. Dan itu benar benar menunjukkan betapa letih dan kecewanya Iffah untuk memperjuangkan kebenaran yang sebenar benarnya.
Hajah Dhea yang duduk di kerusi penunggu dari tadi melihat aksi anak lelakinya hanya mampu bersandar terdiam. Air matanya mengalir laju sambil memandang ke arah pintu bilik pembedahan.
'Ya Allah Rina, maafkan aku. Aku berdosa dengan kau dan anak kau. Aku abaikan amanah yang kau selalu titipkan buat aku selama ini. Aku minta maaf Rina. Aku kecewakan kau', rintih hati Hajah Dhea sayu. Mengenangkan kembali sahabatnya itu, hatinya benar benar diruntun sayu.
Suasana kembali menyepi sebaik Huffaz beransur tenang namun ketenangan itu kembali tergoncang saat kelibat doktor mula kelihatan.
Laju mereka sekeluarga menerpa ke arah doktor wanita itu.
"Alhamdulillah Puan Iffah sudah melepasi keadaan kritikal. Buat masa ini keadaan Puan Iffah akan terus dipantau dari masa ke masa disebabkan hentakkan yang agak kuat dikepala. Kemungkinan untuk amnesia itu tinggi. Jadi saya harap awak sekeluarga bersiap sedia".
Penjelasan dari doktor sedikit sebanyak melegakan hati mereka namun kenyataan bahawa Iffah amnesia itu adalah tinggi, agak merunsingkan mereka semua.
"Baiklah, terima kasih doktor", ucap Haji Ibrahim mewakili mereka sekeluarga.
Kini masing masing mampu menghela nafas lega. Tapi tidak Huffaz.
Entah bagaimana dia ingin berhadapan dengan isterinya itu nanti. Mampukah Iffah menerimanya lagi? Setelah duka dan lara yang dia beri? Dia ibarat duri yang beracun dalam hidup Iffah? Menjadi igauan wanita itu namun amatlah berbisa untuk disentuh.
Seluruh wajah diraup kasar. Huffaz bersandar lemah ke dinding hospital.
"Eyfa ada bagi apa apa reaksi tak?", Hajah Dhea meletakkan mangkuk tingkat ke meja tepi katil pesakit sebelum mengambil tempat bersebelahan Huffaz.
Lelaki itu masih tekun melakukan kerja bersama sebelah tangan menggenggam tangan Iffah. Erat!
Sudah 3 hari berturut turut Iffah tidak sedarkan diri. Malah tiada tanda tanda seolah olah wanita itu bakal bangun.
"Tiada lagi Bonda", balas Huffaz tersenyum pahit seraya menutup laptop di riba. "Bonda datang dengan Abi ke?", perhatian Huffaz mula tertumpu kepada Hajah Dhea.
"Tak adalah. Bonda dengan abang ipar kamu tadi. Katanya dia nak ke tempat kerja, itu yang dia boleh tumpangkan Bonda sekali", terang Hajah Dhea. Jari jemari tuanya mula perlahan lahan mengurut lengan dan tangan Iffah yang masih terbaring kaku.
"Kamu pulang dulu, biar Bonda jagakan Eyfa pulak hari ini", lembut Hajah Dhea memberi arahan. Namun Huffaz menggeleng keengganan.
"Eyfa isteri Faz. Jadi biar Faz yang jaga dia. Faz takkan abaikan tanggungjawab dan hak Eyfa sebagai isteri Faz lagi. Saat dia celikkan mata, Faz nak jadi yang pertama di mata dia Bonda".
Terdiam. Hajah Dhea sayu melihat keadaan anak dan menantunya. Andai sahaja dia bijak dan matang dalam menilai benar dan salah, mungkin Huffaz dan Iffah juga tak akan merana.
"Maafkan Bonda, Faz".
Huffaz memandang bondanya, "Bukan salah Bonda. Faz yang tak pandai nak jaga rumah tangga sendiri. Eyfa cuba terangkan segalanya pada Faz tapi Faz yang ego. Setiap kehadiran Eyfa, Faz tolak mentah mentah."
Dia bodoh! Menyakiti Iffah tanpa asal usul yang sahih. Sekarang, dia sendiri takut akan penerimaan Iffah padanya saat bangun. Akankah masih ada cinta untuk dipertahankan? Atau perpisahan yang menanti seperti kata putus antara mereka berdua beberapa hari yang lalu?
"Kalau Faz tahu dari awal apa yang dia lalui sebab Farhan, Faz akan jaga dia bagai nyawa Faz sendiri. Faz takkan lukakan Eyfa, Bonda. Tak akan! Eyfa nyawa Faz, tak akan Faz berani melukai nyawa Faz sendiri", luahnya.
Duhai langit, dengarkanlah luahan ini. Menangislah seperti mana hati ini menangisi nasib diri sendiri yang bodoh.
"Kita yang bertanggungjawab di atas semua penderitaan Eyfa selama ini. Faz jangan letakkan semua kesalahan atas bahu Faz sendiri. Kita sama sama ubati Eyfa ya?"
Bibir Huffaz tercarik senyuman lemah. Baginya kata kata Hajah Dhea ibarat cuba menenangkan hatinya walaupun hakikat sebenar, dia yang melukai Iffah. Dia sedar akan hal itu.
Pergerakan tangan Hajah Dhea yang tadi lincah terus terhenti saat jari jemari Iffah bergerak memberi rangsangan. Membulat matanya memandang Huffaz.
"Panggil doktor, Faz", arahnya.
Belum sempat Huffaz bangun, mata bundar Iffah mula terbuka dengan penuh susah payah. Terperit perit mata itu pejam celik menahan silauan cahaya lampu hospital.
Serentak itu, mata bundar Iffah menemui sepasang mata milik Huffaz. Bersabung menjadi satu.
"Eyfa sayang", seru Hajah Dhea.
Iffah memandangnya pula sebelum kembali menatap Huffaz yang kaku ditempatnya.
"Ss..ssiapa?", antara dengar dan tidak sahaja suara Iffah bergema kerana tekak yang perit.
Huffaz dan Hajah Dhea berpandangan sesama sendiri. Perlahan, namun jelas di pendengaran mereka.
ok nah. tak jadi update semalam sebab tertido. hehe. buat yang suruh iffah lupa ingatan, yes memang author nak buat macam tu pun. kasi huffaz rasa sikit. syabas! hahahhaha
Share this novel