BAB 36

Romance Completed 50320

"Kesini sikit kalau rasa taknak cepat mati", tegur Huffaz kasar bila mana Iffah semakin jauh masuk ke dalam air laut. Suka sungguh wanita itu memercikkan air dengan kakinya.

Huffaz terasa menggigil sendiri. Tak sejuk ke minah tu main air malam malam begini? Agaknya kulit beruang kutub yang dia pakai.

"Awak taknak join saya?", tanya Iffah. Mata cantiknya tak lekang memandang ombak kecil yang menerpa sepasang kaki miliknya. Sesekali dia tersenyum manis.

"Aku tak ada masa nak jadi budak budak macam kau", balas Huffaz. Kasut Iffah ditangannya dipandang lama. Kecil, detik hatinya. Malah saiz kasut itu agak sama dengan seseorang.

Laju Huffaz menggeleng. Tak mahu dirinya terus dibayangi oleh Iffah.

Gila! Kau datang sini nak lupakan dia, Huffaz. So stop thinking about her!

"Awak!"

Huffaz berganjak ke belakang saat dirinya diterpa Iffah. Bukan apa, takut tersentuh. Walaupun dia tahu Iffah bukan mahu menerpa tubuhnya, tetap saja dia tak selesa. Baik dia atau Iffah, sama sama menyandang status suami dan isteri orang!

"Kau dah kenapa?", malas sahaja bunyinya.

Iffah tergelak halus. Pasrah benar Huffaz hendak layan dia. Nampak sangat tak ikhlas.

"Jom la masuk dalam air sekali, please", bersungguh sungguh Iffah memujuk. Hujung lengan hoodie Huffaz ditarik tarik lembut.

"Setakat paras kaki aje", pintanya lagi. Gaya tak mahu berputus asa.

Huffaz mengeluh kesal. Ini yang lemah ni! Tak pernah lagi dibuatnya main air malam malam begini, air laut pula tu! Nanti habis melekit kakinya menyentuh air masin itu.

"Huffaz, kali ini je".

"Memang tak akan ada lain kali pun", tertahan tahan nada Huffaz. Mengalah, Huffaz menyinsing seluarnya ke atas sedikit sebelum kasutnya ditanggalkan.

Sejuk oi!

Sempat dia menangkap mata Iffah menjadi sepet sebaik dia menapak ke dalam air. Sukalah tu! Aku juga yang menderita!

"Puas hati?"

"Puas sangat sangat!", riang Iffah menjawab.

"Kenapa kau ikut aku tadi and macam mana pula pasal alahan strawberi aku?"

"Nothing. Saya sebenarnya terdengar perbualan awak dengan Isya. You looks miserable when you leave. Saya risau, so saya ikutlah awak. While for alahan awak, Luth ada cakap dekat saya. That's it", jelasnya. Tipu sunat sekali sekala tak apa kan? Demi kebaikan kut, dan demi hati mereka berdua.

Huffaz diam. Seolah olah cuba mencerna setiap patah jawapan yang diterima.

"Kau tak perlu buat macam tu", dingin Huffaz.

"Why?"

"Kau mengandung Aqiis. Dan tugas aku untuk jaga kau sepanjang kita dekat sini bukannya membahayakan kau. Tindakan kau ikut aku tadi, apa apa boleh jadi. It is dangerous. I'll be dead meat if Luth knows".

"Well if we both shut our mouth, he will not know kan?"

Huffaz mengecilkan matanya. Boleh tahan nakal juga si pendek ni!

"Sorry awak", ucap Iffah tiba tiba.

"Sorry for w..."

SPLASH!

Huffaz terbata. Sejuk mencengkam tubuhnya saat air pantai menyentuh kulit mukanya.

Tajam dia memandang Iffah. Ini dah lebih ni! Siap kau!

SPLASH!

"AHAHAHA sejuk lah Huffaz", teriak Iffah sambil berlari anak menjauh dari Huffaz yang galak menyimbah air pantai ke badannya.

Kasar betul laki dia bergurau! Dia simbah sikit aje. Sekali tangan lelaki itu simbah dia memang basah habis kepala dia. Tak aci! Tangan dia besar. Tangan Iffah pula kecil.

"Awak, pagi tadi kan saya dengar receptionist tu cakap ada restoran seafood baru buka dua hari lepas dekat dekat dengan hotel kita ni".

"And then?", soal Huffaz malas malasan. Adalah tu akal Iffah ni. Makin hari makin menjadi jadi pulak. Setiap kali habis sesi bersama Farisya mereka akan lepak bersama sama. Ada saja tempat Iffah heretnya ikut.

Dia pula hanya mampu pasrah!

"Kita pergi nak?"

"Kalau aku cakap taknak pun kau akan paksa juga kan?"

Sepet mata itu tersengih sengih padanya. Kadang kala geram juga dia nak melihat wajah disebalik purdah itu, namun dia sedar batasnya.

"Bolehlah awak?"

"Fine. Kau tak nak ajak aunty Sofea?", soal Huffaz sambil membetulkan jaket kulit berwarna hitam di badannya. Hari ini dia memakai tshirt tanpa kolar berwarna putih bersama jeans hitam.

Bagaikan berpakat, Iffah kebetulan memakai tshirt putih bersama kardigan dan skirt hitam. Tudung pula dia hanya menyarung bawal hitam. Gaya santai dan pastinya selesa.

"Saya dah ajak. Tapi mama sibuk pula dengan kelab persatuan baru dia. Mentang mentang jumpa kawan dekat sini, selalu sangat dia tinggalkan saya", adunya tak berpuas hati.

"Suka hati kaulah. Jom kita gerak".

"Makan banyak banyak biar berbaloi aku memandu datang sini", ujar Huffaz sebaik makanan mereka sampai.

"I know lah Huffaz. This is Aqiis tau!"

Mengada!

Buat seketika mereka sama sama membisu menikmati makanan yang terhidang.

Tanpa sengaja lengan Iffah tertolak sedikit minumannya hingga tumpah terkena baju. Kalut dia mencari tisu.

Tshirt putih kut! Air pula sirap! Bagus sangat! Tersangat sangat bagus!

Melihat kesukaran Iffah mencapai tisu, tangan panjangnya dihulur menarik beberapa helai tisu sebelum diserah kepada Iffah.

"Tahu tangan tu pendek, lain kali mintalah tolong. Ini tidak, terkapai kapai entah pape", bebelnya.

"Bebelan awak tu tak membantu tahu tak?", geram Iffah dibuatnya.

"Tunggu sini, aku mintak kain nak lap meja ni. Kau jangan merayap pergi tempat lain", Huffaz bangun sebelum melangkah pergi. Meninggalkan Iffah sendirian di situ.

Aduh, tak boleh jadi. Banyak sangat yang tertumpah atas baju. Nak taknak Iffah pergi jua ke tandas. Larangan Huffaz tadi bagai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Memang tipikal isteri derhaka! Bebelnya pada diri sendiri.

BUKK!!

Iffah tergamam saat tubuhnya melayang ke dalam pelukan seseorang. Kuat dan kejap!

"Sorry cik, saya tak sengaja", pohon remaja yang melanggarnya tadi. Nak cakap kuat tak kuat, hampir hampir roh dia terbang keluar tadi. Tapi tak sempat!

Iffah kemudian mengangguk sebelum laju menolak lembut gerangan penyelamatnya.

"Terima ka...."

Iffah terkedu!

Allah!

Mata hazel cair itu naik menghunus matanya seolah olah tertanya tanya.

"Are you okay miss?"

Suara itu, walaupun telah garau, dia masih cam. Dia belum bodoh lagi menilai siapa yang berada di depannya kini.

Syed Arafi berkerut kening. Bila diamati lama lama, macam familiar pula mata wanita itu.

"Kita pernah kenal?", soalnya tak terduga. Fikirnya suara hati tapi terkeluar pada mulut pula.

Bagaikan tersedar dari mimpi, Iffah tundukkan pandangannya sebelum menggeleng lemah.

Tak tipu tapi hatinya benar benar sakit melihat wajah itu. Wajah yang telah membuang dirinya suatu masa dahulu, tak akan mungkin dia lupa!

"If you say so, saya pergi dulu. Lain kali hati hati", pesan Syed Arafi.

Namun ketahuilah, pesanan itu lalu ibarat sindiran di pendengaran Tun Iffah Balqiis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience