BAB 55

Romance Completed 50320

"Huffaz dah sedar?", Hajah Dhea membantu Huffaz bangun.

Berkerut kening jejaka itu menahan sakit di bahagian perutnya. Sakitnya bukan main lagi.

Di satu sudut bilik, Iffah duduk bersilang kaki sambil memandangnya dengan datar.

Setelah puas memerah otak, satu pun dia tidak berjaya ingat, kecuali detik Farhan menghentak kepalanya sebelum dia samar samar cuba untuk bangun. Apa yang terjadi selepas itu tidak langsung melekat dikepalanya.

"Doktor pesan, supaya jangan nak lasak sangat. Kamu tu baru kena tembak", pesan Soleha. Segelas air dihulurkan pada Huffaz.

Iffah masih membantu. Malah tidak sedikitpun berganjak untuk menyapanya.

"Sayang...", panggilnya lemah.

Kini semua memandang Iffah. Mahu tidak mahu, Iffah bangun menghampirinya namun wanita itu sedikit meringis saat melangkah dengan langkah yang tempang.

"Sayang, kenapa ni?", kalut Huffaz cuba untuk turun mendapatkan isterinya.

PAK!

"Sebelum nak risaukan isteri, risaukan dulu diri sendiri", bebel Soleha geram. Mahunya luka Huffaz bertambah teruk dengan tindakan semberono lelaki itu.

Soleha kemudian membantu Iffah untuk mendapatkan Huffaz.

"What's wrong with you sayang? Ini mesti sebab Farhan tak guna tu!"

"Rest Huffaz. You need rest", balas Iffah juga datar.

Seolah olah ada yang tak kena.

Huffaz terdiam menerima jawapan dingin isterinya. Secara jujur, dia terasa hati dengan balasan itu.

Salahkah jika dia merisaukan keadaan Iffah?

Sebaik Huffaz tidur, ahli keluarga yang lain juga sudah pulang, Iffah bangun. Sempat dia mengemaskan selimut yang membaluti tubuh Huffaz sebelum kakinya dilangkah panjang ke luar.

"Eyfa".

Mata yang tadi tiada sebarang emosi kini terbias renungan dalam yang menggerunkan.

"Jumpa apa yang aku mahukan?", soalnya terus terang.

Syed Arafi berdehem. "Mengikut apa yang disampaikan, Farhan sudah larikan diri ke Thailand sekitar 1 petang tadi".

"That jerk! How i wish that i could kill him quickly!"

Syed Arafi terdiam gugup. Tak mampu dia membalas kata kata sepupunya sendiri.

"Buat masa ni, pantau segala pergerakan dia. And for Rozana, bring her to me this night. Tahulah aku apa nak buat. Berani betul perempuan tu main dengan api!"

"Baiklah", sepatah Syed Arafi membalas. Lama dia berdiam diri. Berkira kira untuk memuntahkan luahan hati sendiri.

"Kalau ada masa, datanglah lawat nenda", tuturnya jua walau ragu ragu.

"Huh? Orang tua tu? We'll see. I'll meet her once the perfect time comes".

"And one more thing, don't called me Eyfa. I'm not her Rafi! You know it better than anyone else. Remember that day aku tolak kau dalam sungai sebabkan kau rebut mainan aku, she help you from dying, but not me! Aku tak sebaik Eyfa. Jangan pernah samakan kami berdua. Eyfa terlalu bodoh dan naif. Aku pula iblis yang bertopengkan manusia", dingin sekali kata kata Iffah menusuk ke hati Syed Arafi.

"Aku takkan pernah biarkan apa apa menghalang jalan aku Raf. Termasuk kau. Eyfa mungkin sayangkan kau, sayangkan semua walaupun dia terluka. Tapi aku tak kesah. I can kill everyone that she loved just to make sure nothing hold her back. Dan aku akan pastikan semua terima balasan atas apa yang terjadi pada Eyfa, termasuk nenda dan ibu kau", keras sekali suara ditekan. Memaksudkan bahawa dia tidak main main dengan kata katanya sendiri.

Syed Arafi diam. Apa lagi yang mampu dia balas? Kata kata wanita itu benar belaka. Disebalik rindunya Tun Ifah kepada Eyfa, ada dosa pahit yang masih terpalit dan belum dilunaskan.

"Aku tahu. Aku cuma harap kau pertimbangkan semula." Kata Syed Arafi sayu.

"Mereka yang patut pertimbangkan semula apa yang mereka lakukan dahulu!", bentak Iffah kasar. Tubuh tegap Syed Arafi dihentak kuat ke dinding. Amarannya jelas mengatakan bahawa lelaki itu perlu berundur jika mahu selamat kerana dia tidak akan teragak agak untuk menghunus pisau kepada Syed Arafi.

"Jangan kau berani untuk nasihatkan aku Raf. Aku yang akan tentukan sendiri pilihan aku!", ucapnya kasar sebelum tubuh tegap itu dilepaskan.

"Buat masa ni, aku nak kau uruskan semua urusan syarikat. One day, aku akan tuntut balik hak aku dalam keluarga tu!", tanpa pamit, dia beredar pergi.

BEBERAPA JAM YANG LALU...

"Huffaz!", teriak Iffah kuat saat melihat tubuh Huffaz yang sudah tumbang bersama sedikit cair merah pekat mengalir di kepala suaminya itu.

"Tak guna kau Farhan!"

Tubuh Huffaz segera dihampiri namun belum sempat dia menyentuh tubuh itu, badannya terlebih dahulu ditarik paksa. Sanggul rambutnya disebalik tudung dicengkam kasar oleh Farhan.

Tak rasa bersalah. Lelaki itu malah tersenyum sinis.

"Liat betul nyawa kau ni kan? Bukan main susah lagi nak mati. Menyusahkan betul..."

"Argh!", teriak Iffah kasar sebaik lututnya dihiris pisau yang tajam. Terus melutut lemah dia ke lantai. Menahan rasa sakit di kepala dan kaki.

"Baru sekarang nak melutut? Kenapa? Menyesal ke?", sindir Farhan bersama tawa. Entah apa yang lawak.

Iffah merengus kasar sebaik rambutnya ditarik sekali lagi. Kali ini tanpa belas kasihan kerana tubuhnya ditarik lalu dihumban kesisi Huffaz.

Nafasnya cuba diatur. Sakit di kaki bukan main lagi. Bukan kecil luka torehan Farhan tadi. Semakin banyak darahnya keluar.

"Jangan kau berani sentuh Huffaz!"

Tindakan Farhan yang ingin mengerjakan tubuh Huffaz terus terhenti. Tersenyum licik dia menukar pula sasarannya.

Kini Iffah kembali dituju. Bersama pisau ditangan, dia sudah sedia untuk membenamkan pada tubuh lemah itu.

BANG! BANG!

Tubuh Farhan yang laju menerpa Iffah serta merta tumbang saat kaki dan lengan kirinya menerima peluru logam dari sepucuk pistol ditangan Iffah.

Terbeliak biji mata Farhan.

Iffah tersenyum sinis. Dengan lagak selamba, dia bangun berdiri seolah olah kakinya tidak sakit.

"I was looking for you everywhere Farhan. Luckily kau sendiri datang", ejeknya. Kaki naik memijak lengan Farhan yang ditembak.

Makin terbelalak mata lelaki itu menahan kesakitan.

"Apa?", soalnya. "Tak percaya?", tokoknya pula sambil ketawa geli hati.

"Go to hell Farhan!", ucapnya. Belum sempat picu ditarik, bunyi dari Huffaz menyentakkannya.

Tanpa disangka, suaminya cuba bangun dengan mata yang dipincingkan seperti orang yang kurang jelas penglihatan.

Tanpa ragu ragu...

BANG!

Huffaz ditembak.

Bukan masanya. Huffaz tidak perlu mengetahui siapa dia. Melihatkan keadaan Huffaz, Iffah membatalkan niatnya. Dia sekadar memerhati kelibat Farhan yang melarikan diri.

Tidak mengapa. Masih banyak peluang yang dia ada untuk bunuh Farhan. Buat masa ini, dia perlu menguruskan Huffaz!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience