"Sayang, sekejap", tubuh Iffah ditahan.
"Apa?"
"Saya tak tahu sama ada ini perasaan sendiri atau tidak, tapi awak seperti jauhkan diri daripada saya sejak peristiwa Farhan serang saya".
"Itu cuma perasaan awak aje. Saya baik baik dan langsung tak rasa apa apa yang terjejas pun dalam hubungan kita", lengan Huffaz yang menahannya ditolak perlahan.
"Sayang rasa macam tu?", soal Huffaz mendapatkan kepastian.
"Ya Huffaz. Semuanya baik baik. Tak ada yang berubah pun. Mungkin sebab awak sakit, saya sibuk. Jadi awak fikir saya dingin dengan awak", dalihnya. Anak mata Huffaz tak berani ditentang. Namun tangan Huffaz digapai.
Tubuh lelaki itu yang masih lemah dipimpin dan didudukkan ke katil. "Buat masa sekarang, awak perlukan rehat yang cukup. Luka awak masih belum sembuh. Ingat pesanan doktor, awak tak boleh kerap sangat bangun dan berjalan".
Huffaz patuh seraya membaringkan dirinya. Membiarkan Iffah mengemaskan kedudukan selimut. Dia senang diperlakukan begitu. Terasa seolah dirinya disayangi oleh isteri sendiri.
"Huffaz", seru Iffah tiba tiba di muka pintu bilik tidur.
Mata Huffaz yang tadi terpejam kini kembali dicelikkan. Keningnya terangkat sedikit.
"If i was a monster, would you still love me the same?", soalnya bersama pandangan redup. Sejujurnya dia takutkan jawapan yang bakal keluar dari mulut Huffaz.
"Apa maksud sayang dengan soalan macam tu?"
Iffah melemparkan senyuman lemah, "Nothing. Awak rest dulu. Saya buatkan bubur sekejap", pesannya. Wajah sedaya mungkin dimaniskan. Dia tak mahu Huffaz menanam rasa curiga padanya.
Dengan debaran, dia segera ke tandas. Melalui pantulan cermin, Iffah tersenyum sinis.
Apa yang dia rasa?
Jijik!
Tangannya sudah sedia dibasahi darah Rozana. Wajah diraup kecewa.
Allah!
Dia buntu. Jalan mana lagi yang ada baginya? Ibarat kiri duri, kanan juga berduri. Dan dia sedang menunggu masa dimamah bara api. Pilihannya tetap sama. Sama ada dia mengalah sekarang, dia tak mampu menyangkal kenyataan bahawa dia telah membunuh seseorang!
Melalui pantulan cermin, dapat dia lihat Balqiis sedang ketawa mengejek padanya.
"Kau tak akan terlepas Eyfa", giat Balqiis menghasut rasa penyesalan dalam dirinya.
Iffah menggeleng dengan laju." Aku bukan pembunuh!", sangkalnya.
"Kau pembunuh Eyfa! Jangan menidakkan kenyataan yang sahih. Aku mungkin membunuh dengan niat, tapi tangan kau yang aku gunakan! Kau patut bersyukur sebab aku hapuskan apa yang menghalang kebahagiaan kau", balas suara itu lagi.
Kini kepalanya mula rasa sakit teramat. Seolah olah ingin pecah.
"Salahkan diri kau atas apa yang berlaku! Kalau bukan kerana kau lemah, selalu dipijak, aku takkan wujud Eyfa!", jerkah suara itu lagi dan lagi.
Tak tahan dengan asakkan yang terus menerus, Iffah terus menumbuk cermin kaca di depannya. Menghalang bayangan Balqiis dari terus menjelma.
Darah menitis perlahan lahan ibarat irama yang merdu namun menyakitkan.
Pintu tandas dihempas kasar. Dia perlu segera menghapuskan serpihan kaca yang bertaburan.
Tanpa sedar, Huffaz berdiri menyaksikan apa yang berlaku sebaik pintu tandas terbuka.
"I know sayang. Naluri saya benar, ada yang tak kena. Apa yang awak sorok dari saya Eyfa", termangu mangu Huffaz berbicara sendirian.
"Ada apa ni?"
"We don't have time Raf."
"Apa maksud kau?", Syed Arafi mula bercekak pinggang. Telefon pintarnya dicengkam semakin kuat sambil menunggu jawapan daripada sahabatnya.
"Aku jumpa tempat menyorok Farhan but he is not here. Dia tinggalkan kertas. It said, sama ada dia atau Eyfa, salah seorang harus mati!"
"Dia mungkin dah tiba di rumah Eyfa. Dia check out sudah lama", sambung lelaki itu lagi.
"Tak guna! Pulang segera! Aku on the way ke rumah Eyfa. Ingat Raden, tak kira apa yang jadi, utamakan Eyfa. She was the heir", pesannya lalu menamatkan panggilan telefon.
Dia perlu segera ke tempat Eyfa. Baik Eyfa mahupun Huffaz, kedua duanya dalam bahaya.
Dalam perjalanan, tak henti henti Syed Arafi berdoa yang baik baik sahaja. Dalam pada itu nombor telefon Eyfa didail namun sayangnya tidak berangkat.
Tingkap kereta ditumbuknya geram. "Pick up Eyfa! Please!"
Sebiji ubat tidur ditaruh ke dalam air. Lalu dia mengangkat dulang itu kepada Huffaz.
"Have a drink".
"Saya tak perlu makan ubat malam ni?", soal Huffaz hairan.
"Tak perlu. Just minum air ni then awak tidur tau", pesannya sambil tersenyum. Air dihulur.
Lebar senyumannya melihat air habis diteguk oleh Huffaz.
"Saya sayang awak Huffaz. Tak kira apa terjadi saya akan sentiasa sayangkan awak", dahi Huffaz dikucup penuh syahdu.
Lelaki itu terkedu namun tersengih.
"Saya sayang awak juga", balas Huffaz. Tubuhnya direbahkan ke bantal.
"Cepat tau. Janji awak siapkan kerja cepat sikit then temankan saya tidur".
Iffah tergelak halus, "Saya janji", jari kelingkingnya ditaut pada jari lelaki itu.
Pinky promise!
Setelah memastikan Huffaz benar benar tertidur pulas, pintu bilik dikunci dari luar. Perlahan lahan jari jemarinya naik mengusap dan wajah ditekup ke permukaan pintu, " Saya minta maaf andai saya mungkiri janji. Tapi ini satu satunya jalan yang saya ada. Maafkan saya Huffaz kerana pentingkan diri", ucapnya sebak.
Cincin kahwin ditanggalkan lalu dimasukkan ke celahan lubang pintu.
Bunyi hempasan barang yang kuat mula bergema.
Iffah memejam mata sendiri erat seeratnya.
Tidak! Kali ini dia takkan biarkan Balqiis menguasai dirinya. Kerana dia sendiri perlu menyelesaikan masalah ini sendiri.
Bersama kayu besbol, dia mencari punca bunyi kuat tadi.
Namun dalam keadaan gelisah, elektrik secara tiba tiba terpadam. Rumah menjadi gelap gelita bertemankan samar samar cahaya dari lampu jalan dan bulan dilangit.
Iffah menggenggam erat pegangannya. Posisi dibiarkan dalam keadaan bersedia.
"Keluar kau Farhan! Aku tahu kau ada dekat sini! Keluar!", jeritnya kuat. Air mata merembes keluar dengan sendiri tanpa dia pinta.
Dia takut Ya Allah!
Zap!
"Argh!", kuat suara Iffah bergema sebaik pisau tajam Farhan memakan bahunya.
Sebuah tendangan kuat diberikan. Sekali gus melepaskan pegangan Farhan yang cuba menekan pisau lebih dalam.
Sebaik terlepas, laju Iffah berlari kencang ke arah biliknya sendiri. Pintu dikunci rapat.
Tubuhnya mula tersandar lemah. Pisau yang masih terpacak di bahu, terasa ingin dicabut namun dia akan kehilangan lebih banyak darah dan berakhir dengan kematian!
Tidak! Dia perlu bertahan. Bertahan untuk menepati janjinya pada Huffaz. Ya! Mereka akan bahagia. Mereka sudah berjanji untuk buka buku baharu.
Bunyi kapak dihempas ke pintu membuatkan Iffah menggigil ketakutan.
Kini Farhan sudah berjaya masuk. Dirinya dipaksa untuk gagah berdiri. Lampu tidur dicapai lalu dilempar pada lelaki itu.
Tetapi Farhan lebih cekap mengelak. Kapak ditangan lelaki itu dihayun hayun dengan laju.
Sedar Eyfa! Dirinya mula berperang dengan diri sendiri.
"Antara kau dan aku, salah seorang perlu mati. The end! Tak ada lagi masalah bukan?", ucap Farhan sinis. Lengannya yang ditembak diangkat tinggi. "Sakitlah Eyfa. Kenapa kau tembak aku?", sedikit demi sedikit jarak mereka dihapus.
Share this novel