Pintu dikuak oleh seseorang.
Iffah memandang Huffaz bersama kerutan di dahi. Selamba itu sahaja lelaki tersebut menerjah biliknya tanpa izin. Mentang mentanglah sekarang mereka menetap di rumah lelaki itu. Sesuka hati sahaja dia terjah.
Huffaz mengambil tempat duduk bersebelahan Iffah di atas katil.
“Eh eh! Jauh sikit! Kita tak halal!”, larang Iffah menolak bahu Huffaz menggunakan begnya. Tercegil mata dia memandang Huffaz yang sedang tersengih.
Apa lelaki itu fikir lawak ke?
“Kau selesai dah kemas barang?”, Huffaz menyoal lembut. Wajah Iffah ditatap lembut sebelum perlahan lahan dia mengambil beg di tangan Iffah sebelum disimpan di dalam almari.
Melalui pantulan cermin almari, dia membuang pandang pada isterinya itu.
“Kalau aku dah selesai kemas pun kenapa? Ada masalah dengan kau ke?”
Huffaz tersenyum nipis. Garang sungguh Iffah versi yang ini.
“Aku cuma nak bawa kau dengan bonda keluar makan. Dah lama aku tak pulang ke rumah ni, jadi barang dapur memang tak ad”, lembut suara Huffaz berbicara. Matanya redup memanah Iffah. Mengingat kembali kata kata makian dan cacian serta kekasaran yang dilemparkan buat isterinya benar benar merobek kembali hati Huffaz.
Namun semua itu ditutup dengan senyuman nipisnya sekarang. Dia cuba berlagak tenang walhal perkahwinannya bila bila masa sahaja menunggu masa untuk roboh sekiranya Iffah kembali sembuh.
“Aku sentiasa akan menunggu kau Eyfa…Selamanya”
“Gila!”, balas Iffah. Lain macam sahaja bunyi kata kata Huffaz padanya. Macam ada maksud yang tersirat. Malah hatinya berdegup agak kencang setiap kali bertentang mata dengan lelaki itu.
Apa kena dengan dirinya ini?
Buat seketika suasana sepi. Iffah memandang Huffaz bagai nak telan. Adakah lelaki itu mahu berdiri di dalam biliknya sehingga dia selesai menukar baju? For real?
“Huffaz…”, meleret sekali nada suara Iffah bersalut kegeraman. Lelaki itu tak faham atau buat buat tak faham?
“Kenapa?”
“Kau memang akan berdiri dekat sana sampai aku selesai tukar baju huh?”
“Kalau kau tak kesah, I don’t mind”, balas Huffaz selamba. Bahu lebarnya diangkat tanda dia okey.
“Lelaki gatal tak sedar diri. Keluar kau sebelum patah kaki kau aku kerjakan”, tegas Iffah dengan amarannya.
“Iyalah, nak keluarlah ni. Dasar kedekut. Nak intai sikit pun tak boleh”, rungut Huffaz perlahan.
“Apa dia kau cakap?”
“Eh tak ada apalah…”, laju Huffaz membalas.
Iffah sekadar menjuling matanya ke atas. Meluat sangat dengan perangai Huffaz yang entah siapa itu. Tapi hatinya tak mampu menipu, dia agak selesa berada dekat dengan Huffaz. Seolah olah ada magnet yang menariknya.
“Kau tak nak beli jajan?”, soal Huffaz sebaik mereka melalui rak dipenuhi makanan segera. Matanya tajam memanah Iffah yang sedari tadi asyik bermain telefon. Sedikitpun perhatian wanita itu tertuju padanya sedangkan Hajah Dhea meninggalkan mereka berdua untuk ke tandas.
“Tak nak… Buat apa membazir? Makanan semua cukup lengkap dah”, balas Iffah masih lagi melekat pada telefon ditangan. Sedari tadi lagi dia cuba meneka kata laluan telefon pintarnya namun masih tak berhasil.
Haih, apa kejadahlah yang dia gunakan sebagai kata laluan ni?
“Bukan perempuan suka ke makan banyak banyak? Terutamanya jajan or benda manis manis ni?”
“Not all of women love it. Dan aku termasuk golongan tak suka. Aku tersangatlah tak suka membazir sesuatu benda, especially time. Time worth so many things.”
Huffaz angguk tanda faham. Sudah itu kata Iffah dia tidak ingin memaksa wanita itu.
“Oh ya! Aku kerja apa? Dekat mana?”
Huffaz memasang muka santai. Dalam hati usah dikatakan lagi, hampir sahaja jantungnya melompat keluar kerana terkejut. Takkanlah dia nak cakap Iffah bekerja sebagai cleaner di syarikatnya dengan kelulusan tinggi yang dimiliki wanita itu. Sah sah tak masuk akal.
“Kau bekerja sebagai secretary aku”, bohong Huffaz. Apa apa sajalah asalkan bukan cleaner.
“I see, so aku ni kenalan kau jugalah ya? Kita rapat ke? That’s why kau jaga and lawat aku masa dekat hospital tempoh hari kan?”, tebak Iffah seraya memandang wajah tampan Huffaz yang segak mengenakan baju t-shirt putih sedondon dengan blousenya yang juga berwarna putih.
Serentak itu Huffaz menghentikan langkahnya.
Iffah yang tidak menjangkakan tindakan Huffaz itu berpaling menghadap lelaki itu. Wajahnya seakan meminta jawapan kepada soalannya dan alasan mengapa lelaki itu berhenti secara mendadak.
Sudah kenapa nak berhenti mengejut ni? Dia ada ucap sesuatu yang tidak kenakah?
“Kau masih tak faham ke Eyfa siapa aku? Dari segi perlakuan aku sepanjang masa ni?”, soalnya redup melihat sepasang mata bundar Iffah. Mata indah itu telah berkali kali mengalirkan air mata kerananya. Betapa ingin sekali dia mengucup mata itu sebagai tanda betapa dia menyesal akan kata kata dan tindakannya yang mengasari Iffah selama ini. Tak patut dia menampar Iffah waktu malam kejadian. Kini dia dihantui perasaan bersalah.
Tanpa sedar bibirnya melepaskan keluhan berat.
“Penting sangatkah hubungan kita untuk aku ambil peduli?”, balas Iffah seakan tidak faham mengapa Huffaz memperbesarkan masalah itu. Baginya hal sebegitu sedikitpun tidak penting.
“Penting sangat Eyfa. Kau menjadi tanggungjawab aku!”, keras suara Huffaz seraya memegang erat pergelangan Iffah yang berjalan ke depan, mendahuluinya.
“Wait, ini sudah lebih! Tak perlu kut sampai nak sentuh atau pegang aku”, Iffah merentap tangannya dari terus dipegang Huffaz. Apa lelaki itu gila? Rasanya sudah pernah dia tegah untuk jangan sesuka hati menyentuhnya tapi macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja gayanya.
“Aku dah cakapkan, jangan sesuka hati sentuh! Jadi part mana yang kau tak faham ni?!”, kuat suara Iffah berbunyi. Sedikit sebanyak menarik perhatian pelanggan lain.
“Kita bincang dekat rumah”, putus Huffaz meninggalkan Iffah di situ. Dia bimbang dia tidak mampu mengawal dirinya. Dan dia tidak ingin melukai Iffah. Cukuplah dia menghancurkan hati wanita itu dahulu. Dia tidak ingin kerana egonya, peluang yang diperolehi ini musnah begitu sahaja. Dia perlu bersabar menghadap Iffah kerana sejak kehilangan memori, Iffah berubah menjadi kasar dan keras kepala. Jika diikutkan kepala mereka berdua, habislah rumah tangga mereka.
Iffah memandang tajam belakang tubuh Huffaz yang sasa. Saat ini hatinya sedang membara. Huffaz seakan cuba untuk mengawal dan mengongkongnya seolah olah dia ini patung. Lelaki itu memang tak guna!
Dalam menahan amarah, perhatian Iffah teralih saat telefon pintarnya berdering.
‘Hawa’ kenalan yang terpapar itu mengejutkan Iffah.
Siapa pula ni? Gerutu hatinya sendiri. Tidak berfikir panjang, Iffah mengangkat panggilan itu dengan sorotan mata yang masih memerhati susuk tubuh Huffaz yang mulai hilang dikalangan pelanggan yang lain.
Baginya, mungkin Hawa itu salah satu kenalannya bukan? Jika tidak, mengapa dia menyimpan nombor wanita tersebut?
“Hello?”
Assalamualaikum readers tersyg sekalian. Author dah officially comeback dengan bab terbaru URDPH. Exam author bakal berakhir esok but jari jemari dah gatal nak publish. Hahahah. Insyaallah 30/2 author akan start update balik and cuti 2 3 hari sebelum daily update. izinkan saya cuti untuk esk yer. Author perlukan rehat dahulu.. Lots of love for my readers. Happy reading❤️
Share this novel