BAB 58

Romance Completed 50320

"Kenapa aku Farhan?", dalam ketakutan, dia memberanikan diri bertanya.

Apa salahnya pada lelaki itu selama ini? Apa yang dia lakukan sehingga takdir menghukumnya sebegini?

Mana silapnya?

"Silap kau tak sebesar mana pun Eyfa. Masalahnya ialah aku. Aku benci lihat kau bahagia, tersenyum sedangkan kau tolak cinta aku dahulu. Kau jatuhkan maruah aku depan kawan kawan aku".

Iffah menahan esaknya. "Disebabkan itu ke aku layak mati? Layak dilayan begini? Kenapa perlu aku!? Kenapa?!", tempiknya tak tertahan. Sakit sangat didada hingga dia menepuk dada sendiri kuat.

Ayahnya meninggal kerana dia! Salah dia! Huffaz terperangkap dalam rasa serba salah kerana perangkap yang dia sendiri cipta! Farhan bertindak begini juga kerananya.

Allah! Sakitnya sungguh menyesakkan dada. Tangisannya ibarat tiada henti sebaik kembali terhambur.

"Percayakan aku Eyfa. Kesakitan kau akan hilang bila aku bunuh kau. Kau dah tak perlu hadap dunia yang kejam ni", hasut Farhan lagi.

Iffah menggeleng. Jika tadi dadanya yang sakit, kini kepalanya pula berputar putar sehingga dia membuat tindakan gila. Kepala sendiri dihantuk kuat pada dinding. Berkali kali, tanpa henti.

Tubuhnya seakan dirasuk. Darah yang mengalir keluar tidak sesakit apa yang dia tanggung selama ini.

Farhan yang tergamam cuba mendekat namun terhenti bila mana perbuatan Iffah turut sama berhenti. Tubuh itu diam kaku melekat ke dinding.

"Eyfa! Woi! Kau jangan nak main main dengan aku lah betina!"

Senyap. Tiada balasan daripada Iffah.

"Kau silap Farhan, aku tak selemah yang kau sangka!", serentak itu laju tubuh Farhan diterkam sehingga genggaman kapak terlepas daripada tangan lelaki itu.

Pergelutan antara mereka tercetus. Tubuh Iffah yang menindih Farhan makin ditekan sehingga menyesakkan dada Farhan untuk bernafas. Malah leher lelaki itu dicekiknya tanpa belas kasihan.

Sekelip mata Iffah yang lemah hilang berganti jiwa Balqiis yang meronta ronta untuk keluar.

"Jika ada yang perlu mati saat ini, orang itu pastinya engkau!"

Terbatuk batuk Farhan dibuatnya, saluran pernafasannya mula dirasakan semakim sempit. Dengan kudrat yang masih ada, Farhan menendang tubuh kecil itu menjauh.

Tubuh Iffah terpelanting kebelakang. Namun senyuman sinis masih bergayut dibibirnya. Dengan keadaan merangkak, laju dia kembali mendapatkan Farhan.

"Kau gila Eyfa!", kapak yang terlepas cuba digapai namun tindakan Iffah laju menendang kapak itu membantutkan niatnya.

Laci meja solek diselongkar Iffah sebelum dia kembali bersama sepucuk pistol.

"Shuhhhh...diam sikit. Suami Eyfa tengah tidur", mengekek dia ketawa melihat wajah cuak Farhan.

"Aku janji, sekejap aje. Kalau aku bunuh kau, kau tak perlu nak hadap dunia yang kejam ni", dia memulangkan paku buah keras.

"Tak! Kau yang perlu mati!", seraya itu Farhan bangun menuju ke arahnya.

BANG! BANG!

"Argh!". Lelaki itu jatuh melutut menahan sakit di kedua dua pehanya.

"Kau layak terima segala penyeksaan dari aku atas perbuatan kau selama ni Farhan!", tubuh yang sedang melutut itu ditendang kuat.

"Ka...kau gila".

I see!

Iffah tersenyum mengejek. Masih berani untuk berkata kata lagi rupanya lelaki tak guna itu. Ingatkan dekat nak mati ni insaf juga, tapi tak!

"Bunuh aku dan kau akan meringkuk dalam penjara".

"Tak perlu cuba untuk provok aku Farhan. I don't give a damn about anything! Kau rasa, siapa yang bunuh isteri kesayangan kau tu hurm?", balasnya pula. Menambahkan cuak pada wajah Farhan yang mulai berubah pucat kerana kehilangan darah.

"Kau memang gila! Betina sundal!", jerkah Farhan tak tertahan. Bukan amarah yang diterima melainkan tawa penuh mengejek Iffah.

"Dengar sini baik baik, aku Tun Iffah Balqiis tak gentar pada apa apa pun. Dan aku tak kesah apa jadi sekalipun selepas aku bunuh kau!"

Wajah Farhan dicengkam sebelum kuku tajamnya membenam mata kiri lelaki itu tanpa perasaan simpati.

Bunyi erangan nyaring Farhan seolah olah melodi indah dipendengaran Iffah. Semakim kuat erangan yang terhasil, semakin rancak keterujaan yang menguasai dirinya.

"Kau tunggu sekejap. Aku ambil hadiah istimewa untuk kau untuk raikan kehilangan mata belah kiri tu", ujarnya sebelum berjalan keluar dengan bersenandung.

Dipeluang yang ada, Farhan mengengsot untuk mencapai kapak di bawah katil. Nafasnya mulai tidak teratur sebaik bunyi bersenandung kembali mendekat.

Sedikit sahaja lagi. Hujung mata kapak itu sudah menyentuh jarinya namun...

"Argh!!!"

"Buat apa tu?", soal Iffah sebaik mengangkat kakinya yang memijak lengan Farhan. Lengan itu kemudian dihentak dengan kuat menggunakan kepala lututnya.

Cis. Ada hati rupanya untuk melawan.

"Terima takdir kau Farhan. Apa yang kau mulakan, diakhiri juga dengan kau", penuh bersahaja nada suaranya berkata namun tangan sudah ligat membelah lemon yang diambil sebentar tadi kepada dua.

Dia memandang Farhan bersama lirikan penuh lembut dan licik.

Lalu lemon tadi diperah ke dalam mata kiri yang sudah luka bercucuran darah.

Farhan menggelepur sakit dan pedih yang teramat. Terasa nyawanya ingin putus dengan kesakitan yang penuh berbisa itu.

Raungan demi raungan silih berganti.

Dan dia, seorang Balqiis masih belum puas menyeksa manusia yang mencipta derita buat seorang Eyfa itu.

"Aku akan pastikan, kau sendiri yang akan merayu untuk segera dibunuh", bisiknya dalam tawa. Pipi Farhan lantas ditampar perlahan lahan saat mata itu hampir terpejam keletihan.

Sebaik enjin dimatikan, tergopoh gapah Syed Arafi ke arah pintu utama. Tanpa sebarang halangan, pintu itu dengan mudahnya dibuka.

Mulutnya berdencit sebal.

Apa kau cuba buat ni Eyfa?

Pantas dia berlari ke tingkay atas saat telingan menangkap bunyi erangan bersahutan tawa.

Saat berpapasan dengan pintu bilik bersebelahan tangga, bunyi ketukan kuat kedengaran sebelum pintu itu dirempuh dari dalam.

Terperanjat Syed Arafi buat seketika sebelum dia mencuba untuk membuka pintu tersebut.

"Sayang, open this door please", rayu Huffaz disebalik daun pintu.

"Ketepi Huffaz! Aku nak tendang pintu ni!", teriak Syed Arafi kuat. Menggunakan tenaganya, pintu ditendang sekuat hati.

"Mana isteri aku?", terjah Huffaz sebaik pintu terbuka. Sedikitpun dia tidak mempersoalkan siapa lelaki di depannya walaupun wajah itu agak tidak asing.

"Aku rasa dekat bilik sana", balas Syed Arafi lalu menarik Huffaz mengekorinya.

"Kau dah kenapa?"

"Dia masukkan ubat tidur dalam air aku", terang Huffaz.

"Kau sudah baca apa yang aku hantar?"

"Jadi kaulah yang hantar report kesihatan mental Eyfa?"

Syed Arafi angguk sebelum tiba tiba langkahnya mati di depan pintu yang sudah berlubang.

Terkejut. Tergamam. Semuanya bercampur menjadi satu buat dua jejaka itu saat mata dihidangkan dengan Iffah yang sedang menindih tubuh Farhan yang jelas berdarah teruk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience