BAB 11

Romance Completed 50320

Iffah mendengus kasar. Menahan sakit yang mencengkam lengannya. Kesan torehan yang hampir pulih itu kembali merah berdarah ulahnya sebentar tadi. Hanya itu saja cara Iffah mampu mengatasi rasa jijik terhadap dirinya. Dia sedar itu salah tapi dia tak mampu berbuat apa.

Air matanya sudah kering. Hampir setiap hari dia menangisi perkara yang berlalu. Betapa hina dan berdosanya dia masih hidup bahagia di dunia ini.

Selepas membalut lengannya, dia berlalu keluar. Hari ini maknya meminta pertolongan dia ke rumah Hajah Dhea untuk menghantar sedikit lauk pauk lebih yang dimasak. Lauk itu merupakan kegemaran Hajah Dhea. Jadi tidak pelik jika mak menyuruh dia kesana. Walaupun dia tak mampu berhadapan dengan Huffaz, Iffah sedar dia perlu tabah. Tak selamanya dia perlu terperuk begitu sedangkan Farhan masih hidup tenang tanpa rasa bersalah.

Namun dia tak mampu membohongi diri sendiri, kenangan pahit itu takkan mampu dia lupa.

"Eyfa tunggu sekejap ya, Bonda hidangkan makanan. Kita makan sama sama. Lagipun Mak kamu pesan dekat Bonda tadi yang kamu belum sentuh apa apa. Jatuh sakit nanti siapa susah" Nasihat Hajah Dhea sambil membawa pinggan ke meja makan. Iffah cuba menghulur bantuan tapi ditegahnya pula. Sudahnya Iffah diam memerhati Hajah Dhea yang sibuk ke sana ke sini.

Mata cantiknya kemudian beralih arah pula pada segenap ruang rumah. Tenang sungguh. Walaupun hakikatnya terasa sunyi sepi. Namun inilah kediaman yang turut menjadi tempat dia membesar. Sejak kehilangan seorang insan bergelar ayah, Mak lebih banyak meluangkan masa di luar.

Demi mencari rezeki untuk sesuap nasi masuk ke dalam mulutnya. Walaupun waktu itu Mak sendiri masih dihurung rasa pilu sebaik kehilangan suami sendiri. Dia kagum! Sejujurnya Mak seorang yang tabah. Mampu berdiri di atas kaki sendiri memeliharanya sehingga besar. Tak kurang langsung didikan Mak.

Cuma dia saja anak yang tidak tahu diuntung. Sanggup tinggalkan Mak sendiri demi sambung belajar di luar negara. Meninggalkan Mak terkongtang kanting sendiri tanpa ada yang menemani. Khilafnya di situ. Sebab itulah banyak tawaran kerja yang mengharuskan dia ke luar negeri dia tolak mentah mentah. Baginya cukuplah dia ada di sisi Mak selagi mereka berdua menghembuskan nafas di bumi yang sama.

Tapi kini angannya ranap musnah. Kerana maruah diri yang tak mampu dia jaga, dunia mereka dua beranak mungkin tergadai. Hati Mak pasti hancur kerana cuainya dia dalam menjaga diri. Lagi merunsingkan sekiranga ada benih yang bercambah di dalam rahimnya. Bagaimanakah dia jika benar itu berlaku? Bagaimanakah Mak nanti? Apakah penerimaan Bonda sekeluarga?

Iffah melelas keluhan berat namun perlahan.

"Kemari, kita makan sama. Abi dengan Huffaz sudah menunggu tu", gamit Bonda. Dia cuma menurut apabila badan ditolak jatuh ke kerusi. Bola matanya dipaku hanya pada hidangan atas meja walau menyedari beberapa pasang mata sedang memerhatinya. Biarlah, dia perlu merawat hatinya sendiri. Dia perlukan masa untuk membalas renungan itu.

"Amboi Eyfa, Abi tahu lah yang Mak kamu masak sedap tapi janganlah tunjuk sangat. Lapar sangat dah tu budak ni", seloroh Abi. Wajah tuanya melorek senyum manis. Mahu tak mahu Iffah membalas dengan senyum janggal. Teringat pula arwah ayahnya bila menatap wajah tua Abi.

Allah, rindunya.

"Pandai pandai pulak Abi. Jemputlah makan. Mak masak banyak ni" lauk kegemaran Abi dicapai sebelum diletak ke dalam pinggan lelaki tua itu. Macam mana dia tahu? Senang saja. Abi merupakan sahabat baik ayah. Dan bila dia kata sahabat baik, dua orang lelaki itu memiliki cita rasa yang sama.

Sampai terkadang dia berasa cemburu melihat bahagianya Soleha memiliki Abi sedangkan dirinya hilang susuk itu.

Huffaz masih galak memandang Iffah. Bukan tak perasan, dia sedar Iffah cuba mengelak darinya. Bila dia mesej ajak keluar Iffah sering beralasan. Malah, Iffah tidak lagi menghubunginya seperti selalu. Dan itu semua buatkan dia tertanya.

Ada yang tidak kenakah? Atau dia ada berbuat salah?

"Fazz, apa yang dimenungkan tu? Makan. Tak baik termenung depan rezeki." Teguran Hajah Dhea buatkan Huffaz sedar. Tersengih malu dia apabila ditegur. Bonda perasan dia melihat Iffah. Terjegil mata orang tua itu memberi amaran supaya dia jaga tingkah laku.

"Sorry Bonda. Huffaz terfikir pasal kerja tadi".

"Betul ke pasal kerja? Bukan pasal kekasih kamu ni haa? Kemain kamu balik haritu jumpa Eyfa dulu sebab nak bagi hadiah. Rindu lah tu", usik Abi. Disambut pula oleh Bonda yang tersenyum gembira.

"Kalau sudah berkenan, masuk meminang. Benda yang baik tak elok ditangguhkan. Kamu berdua pun dah cukup umur nak timang anak bagai", sampuk Hajah Dhea.

Huffaz tergeleng geleng sambil ketawa. "Huffaz tunggu Iffah aje. Kalau dia ok, Huffaz pun ok", balas Huffaz.

Namun hati Iffah bagai dipanah tusukan yang bertalu talu. Rasa sakit itu mencengkam sanubarinya.

Perempuan sepertinya layakkah dijadikan isteri? Jadi ibu? Paling tidak, dia ada kelayakan menjadi pelacur murahan! Dia tidak suci. Sungguh tidak layak ingin bersama dengan Huffaz.

Bagai langit dengan bumi. Walaupun Huffaz bermata keranjang tapi dia tahu Huffaz masih nenjaga batasnya. Lelaki itu bukanlah sembarangan menyentuh wanita jauh sekali ingin melakukan maksiat sebagaimana yang telah dia lakukan. Jadi dia memang langsung tak layak bergandingan dengan lelaki yang masih bermaruah itu. Sedangkan maruahnya sudah tiada.

Bukan Huffaz dan bukan juga lelaki lain. Kerana dia sudah tiada apa untuk diberi kepada insan yang bergelar suami.

"Kau mengelak dari aku Eyfa? Kenapa? Apa aku buat?", sergah Huffaz. Bonda dan Abi pula di dalam rumah.

Iffah terkejut sebelum menjauhkan diri pada tiang pondok.

"Tak. Saya tak jauhkan diri. Saya cuma tak sihat sangat kebelakangan ini". Dalihnya. Namun itu benar. Hatinya tidak sihat. Mentalnya bercelaru. Dia benar benar tidak berada dalam keadaan yang sihat. Iffah sekali lagi mengelak bila Huffaz cuba untuk bertentang mata.

Ah! Dia rindu! Tetapi siapalah dia untuk merindui lelaki sebaik Huffaz? Bukan sesiapa, dan takkan pernah menjadi sesiapa pun.

"Kau berubah Eyfa. Kau tak macam dulu lagi. Pandng aku pun tidak. Kau jijik dengan aku ke Eyfa?"

Dup! Soalan Huffaz bagaikan renjatan elektrik padanya. Meronta ronta hatinya ingin membalas, 'Bukan awak Huffaz,tapi saya yang jijik. Saya yang tak layak dipandang oleh awak', namun itu semua hanyalah di dalam hati.

Bagaimana mungkin dia berani melontarkan kata kata itu. Dia seorang pengecut yang hanya menyerahkan diri bila dihina, dicaci, malah dirogol.

Allah! Perit itu perit. Namun dia harus menerima.

"Bila kita matang, kita berubah Huffaz". lembut sahaja dia berkata. Tidak mahu merumitkan keadaan yang sedia rumit baginya.

"Aku tahu kau ada masalah. Kalau kau sudi, aku boleh jadi pendengar setia kau. Sebagai sandaran untuk kau berpaut. Kau ada aku Eyfa. Sebagai sahabat kau, aku akan selalu ada untuk kau.

'Andai kau ada pada malam mimpi ngeri tu Huffaz. Andai saja kau menjadi hero aku buat kali kedua', jerit hatinya.

"Cukuplah. Langit sudah gelap. Ada baiknya saya balik dulu. Kirim salam pada Bonda dengan Abi. "

Iffah berdiri untuk pergi namun rentapan yang agak kuat pada tangannya buatkan dia yang tak bersedia jatuh di atas riba Huffaz. Jarak mereka terlalu dekat.

Sehinggakan terasa hangatnya nafas lelaki itu. Dada Iffah berombak kencang. Bayangan ngeri itu menjengah. Wajah Huffaz silih berganti dengan Farhan. Dia ketakutan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience