"Macam mana boleh jadi macam ni Eyfa? Apa benda yang kau lalui? Beritahu aku Eyfa! Semua!" Angel menahan sebak. Dadanya dipukul cuba menahan tangis dari terus pecah. Untung saja Hajah Marina sudah pulang terlebih dahulu kerana Iffah ingin bermalam dirumahnya malam ini. Jika tidak, pasti hancur hati wanita itu melihat anaknya yang sedang menangis teresak esak dipangkuan Angel.
"Aku tak tahu Angel. Aku cuma balik. Malam tu semuanya okay. Mula mula bunyi bising, aku fikir itu Mak, tapi aku silap. Aku cuba lari tapi dah terlambat" pertuturan Iffah agak jelas. Dia cuba mengusir rasa sakit yang bertandang.
"Siapa buat kau macam ni?" Angel diamuk rasa sakit hati. Jiwanya meronta ronta ingin membalas dendam.
Iffah mengunci mulut. Sakitnya kian terasa. Sebaris nama itu cukup meninggalkan rasa sakit yang teramat di dadanya.
"Jangan cakap dekat aku yang dia adalah..." Angel berjeda. Mata sembabnya membulat.
Allah!
"Farhan! Lelaki tak guna tu yang dah rogol kau Eyfa? Dan kau masih nak diam? Kau gila ke?", tengking Angel. Dia bingkas bangun dari duduk. Ditatap Iffah geram.
Dia marah, tapi dia kasihan. Iffah bukan keluarga berada. Sejak dari dulu lagi Iffah dibuli oleh Farhan baik dari segi pukul atau seksual. Semuanya dia tahu. Iffah diam bukan kerana suka. Tetapi sekiranya dia bersuara, Farhan mampu membuatkan keluarga Iffah menderita kerana duit yang lelaki itu ada. Dalam erti lain, Farhan ada kuasa yang Iffah tak ada.
Puas dia ingin menolong tapi Iffah tegah. Katanya perkara itu telah berlalu sejak Iffah dan Farhan di bangku sekolah. Tapi tak dia sangka langsung Farhan masih celaka!
"Aku tak gila Angel. Kau tahu keadaan aku. Kalau aku report pun..." Iffah diam. Tak mampu sambung ayatnya.
"Kenapa kalau kau report? Kalau dia rasuah pihak polis pun, aku mampu tolong kau. Kalau bukan aku, family aku mampu Eyfa. Family aku lagi berkuasa berbanding Farhan tak guna tu!"
"Bukan itu masalah aku Angel!"
Perlahan lahan Angel melorot jatuh ke sofa.
"Aku tak mahu kecewakan Mak. Sejak dulu dia pelihara aku dengan baik. Kau rasa apa perasaan dia bila tahu aku dirogol?", soalnya sebak. Angel terdiam.
"Tapi still, kau tak boleh diamkan benda ni Eyfa" Angel paut lembut bahu Iffah. Menghadapkan wajah mereka bersama. "Kau perlu fikir masa depan. Buatnya kau mengandung, lagi kecewa Mak kau."
Kata kata Angel menghentam Iffah kuat. Bagaimana dia langsung tak terfikir kemungkinan itu. Kemungkinan sekiranya dia mengandung. Kemungkinan yang Mak akan kecewa. Kemungkinan yang bakal lahirnya anak tidak sah taraf dan tidak berbapa. Kemungkinan anak yang bakal dicaci dihina di masa hadapan.
Allah! Ujianmu ini sungguh berat!
"Aku tak mampu nak hadap semua ni Angel" pilu rintihan Iffah. Runtun hati yang mendengar. "Kenapa semua ni jadi pada aku? Apa salah aku Angel? Kenapa dari dulu semua tak suka pada aku dengan Mak? Apa salah kami? Apa salah Mak kalau Ayah lebih memilih Mak berbanding perempuan lain? Apa salah aku sampai orang rampas maruah aku?" bergetar suara Iffah meluah perasaan.
"Sabar Eyfa. Istighfar. Kau perlu kuat. Semua ini bukan salah kau" Angel cuba memujuk. Katakan saja siapa tidak rapuh melihat sahabat sendiri dianiaya.
"Aku cederakan diri aku Angel", tuturnya lemah. Pandangan dipaku ke atas lantai. Tak mampu dia angkat apabila terasa tangisannya bakal pecah sekali lagi.
Terasa dakapan hangat Angel memenuhi ruangan tubuhnya. Dia pasti Angel terkejut.
"Ingat Allah Eyfa. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Jangan sebabkan perkara ini, kau sanggup cederakan diri sendiri. First of all, aku tahu aku tak berada di tempat kau. Aku tak layak nak hakimi kau. Tapi satu yang aku nak cakap, aku kenal kawan aku. Dan dia tak lemah. Dia kuat Eyfa. Dia selalu tenang disaat orang gelisah. Dia matang. Dia baik walaupun berkali kali ditindas orang lain. Sebab apa? Sebab dia ialah Tun Iffah Balqiis, perempuan yang percaya pada Allah, percaya pada takdirnya dan percaya pada kehendak Ilahi", hujah Angel panjang. Belakang badan Iffah diusap usap perlahan. Langsung tiada gerakan dari si sahabat.
Rupa rupanya Iffah tertidur.
Tidur yang dalam keadaan pilu menyedihkan. Tertidur dikala air mata masih setia menemani. Angel berharap moga ada sinar yang menanti Iffah kelak. Sahabatnya itu perlukan kebahagiaan yang selayak layaknya.
Keesokannya Iffah memilih untuk kembali ke hotel. Dia perlu bersiap untuk acara malam ini.
"Apa ni Mak?" soalnya hairan. Sebuah kotak berbungkus elok bersama reben berada di atas tilamnya. Dia mengerutkan dahi.
"Itu hadiah pemberian Huffaz la. Dia nak kekasih dia nampak menawan malam ni. Itu yang dia sediakan semua ni" Ujar Hajah Marina merujuk pada kotak tadi bersama dengan gerangan yang tak disangka sangka. Angel tersengih di sisi Maknya.
"Kau buat apa kat sini?"
Terkejut sungguh dia dengan kehadiran Angel. Tiada angin tiada ribut, terpacak dalam bilik mereka dua beranak. Baru saja dia pulang dari rumah wanita itu pagi tadi. Sempat jugalah dia meronda KL seorang diri. Buatkan terapi bagi jiwanya yang kacau.
"Kenapa aku dekat sini?" soal Angel sambil ketawa. Jari naik menuding muka cantiknya. "Seriously babe? Kau tak tahu kekasih kau bekerjasama dengan siapa?" soal Angel lagi. Walaupun dia baru sedar dari alam lain. Maklumlah, Huffaz meminta pertolongannya menjadi MUA tak bertauliah kekasih lelaki itu. Tak dia sangka sahabat sendiri pula. Kecil sungguh dunia.
"Siapa? Aku tak ambil tahu menahu pulak dengan siapa dia bekerjasama" jujur, dari awal lagi dia tak mahu ambil tahu. Sepanjang Huffaz bercerita tempoh hari, semuanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Itu yang dia blur ni!
"Snow Holding! Babe, my Mummy's company!" luah Angel sedikit terjerit. Tersengih dia menatap Hajah Marina. Malu pula rasanya!
Buat seketika Iffah mengangguk faham.
"Then, apa kau buat dekat sini?" soalnya separa terjegil mata. Rasanya Angel masih belum beritahu tujuan sebenar wanita itu!
"Kau nampak cantik gila babe. Macam putri kayangan! Ahh! Kawan aku drop dead gorgeous!" sorak Angel. Orang yang lalu lalang sedikit tertoleh ke arah mereka.
"Banyak la kau punya cantik. Aku tengah terseksa ni" Iffah menarik narik gaun yang dipakai. Rasa melakat semacam. Tak selesa!
Malam ini Iffah mengenakan gaun kembang berwarna biru laut dihiasi shawl putih yang labuh menutupi dadanya. Make up pula menyerlahkan lagi kecantikannya yang selama ini jarang ditampal alatan make up.
Bak kata orang, naik seri!
Iffah masih terkedek kedek mengikuti langkah Angel sambil memaut lengan Hajah Marina. Takut jatuh! Heelsnya tinggi ya ampun!
"Relaks lah. Kau cantik malam ni. Confirm abang Fazz terpegun punya" riak sekali wajah Angel menutur kata itu. Bangga ada sahabat yang cantik. Biarpun dia sendiri tak kalah cantiknya. Apatah lagi berdarah mix.
Cantik pun apa gunanya kalau dah kotor. Getus hati kecil Iffah.
Saat yang sama, pintu besar utama mula terbuka. Suasana riuh dari dalam agak hening seketika. Semua mata mengalih pandang pada mereka.
Apa taknya kalau mereka lewat setengah jam dari masa yang ditetapkan.
Dari satu sudut, jejaka lengkap bersut biru laut terpaku melihat keindahan wanita yang meragakan busana yang sedondon dengannya.
"Excuse me" ucapnya sebelum beredar pergi mendekati Iffah. Senyuman manis dilorek.
"There you are, my princess"
Iffah terpaku. Mata mereka saling beradu laga. Menghasilkan detakan jantung yang lari dari tempo.
Share this novel