"Apa ni Luth?", soal Iffah sebaik mencelik mata. Kini tersergam gah sebuah rumah banglo di depannya yang diyakini rumah Luthfi.
Dahtu takkan rumah dia pulak kan?
Iffah mendengus geram. Baginya Luthfi mempermainkan dirinya. Dia sudah berpakat inginkan perpisahan hari ini. Tapi tengoklah dimana mereka sekarang.
"Kejap saja. Jom masuk. Saya nak ambil barang kejap dan makan sikit. Perut dah lapar", rengek Luthfi memancing emosi Iffah reda. Muka kasihan ditadah, mahu tak mahu dia pasti Iffah akan mengalah.
"Baiklah. Janji sekejap aje. Nanti malam menjengah, saya pulak entah ke mana destinasi", rungut Iffah sebelum menyandarkan tubuh kembali ke kerusi.
"Haih, takkan taknak turun. Panas kereta kalau biar aircond pasang lama lama tapi tak bergerak", Luthfi mengenakan cobaan untuk buat Iffah turun bersama.
"Awak gila? Nak kena tangkap basah berdua?", sergah Iffah geram. Cukuplah sekali dia ditangkap sebegitu kerana khilafnya. Dan dia juga sedar, dia masih bergelar isteri kepada Huffaz selagi tiada kata putus atau surat gugatan cerai yang dia terima. Atau mungkin sudah diterima saat dia sudah dihalau dari rumah. Mungkin surat cerai itu ada di rumah Mak buat masa sekarang.
Luthfi tarik senyum nakal. "Mengarut jugak eh otak awak ni", tawanya kuat. "Takkan la saya nak ajak awak masuk kalau cuma kita berdua aje. Saya belum gila Aqiss. Kalau sekalipun saya suka awak, saya masih hormatkan awak sebagai seorang wanita dan isteri orang. Dan saya pun masih ada iman dalam dada", balasnya tenang seraya menolak pintu untuk keluar.
Iffah membontoti langkah panjangnya. Dia apa lagi, tersenyum lah melihat langkah terkedek kedek Iffah cuba menyamai langkahnya yang berkaki panjang.
Kalau dah pendek tu, memang comel sungguh!
"Assalamualaikum, Mama!", teriak Luthfi sebaik masuk ke dalam rumah.
Mendengarkan gelaran itu, terus kecut perut Iffah ditempatnya. Luthfi memang sungguh gila! Ada ke patut bawa dia ke rumah lelaki itu, dengan adanya mamanya sekali. Mampus lah Iffah!
Baju Luthfi ditarik tarik kasar hingga terbongkok jejaka tampan itu.
"Apa?", Luthfi menyoal bingung.
"Awak tak cakap pun ada mama awak!", bisik Iffah tegas. Sempat dia singgahkan penampar sulung atas belakang Luthfi.
"Aduh! Sakitlah Aqiss. Sesakit cintaku padamu", balasnya dalam tawa.
"Not funny lah awak. Saya nak pergi", Iffah berura ura pergi namun pantas terngadah saat dia berpaling, kelibat wanita anggun berbaju muslimah bersama skirt hitam sudah menghalang satu satunya laluan untuk dia keluar.
Alamak! Nasib malang! Dia yakin itu mama Luthfi!
"Siapa pulak ni? Perempuan dari ceruk mana pulak Luthfi bawak balik kali ni?", garang suara Puan Sofea mengaum.
Iffah sudah mahu terkencing sekarang. Selama dia hidup, emak emak orang kebanyakkannya tak menyukai dia. Apatah lagi mama Luthfi sebut 'perempuan dari ceruk mana pulak Luthfi bawak kali ni', maknanya dia bukan perempuan pertama yang Luthfi bawak.
Kesangsiannya mula menerjah buat Luthfi. Takut kalau kalau Luthfi dekat dengannya bersebab.
"No, wait. Awak jangan salah faham", jelas Luthfi seakan mengerti apa yang difikir Iffah. Jelas sangat kebimbangan yang dia lihat terpeta di wajah Iffah.
"Mama ni pun", cebiknya seraya menyalam penuh hormat tangan tua itu. Lantas tubuh itu dibawa ke dalam pelukan hangat lantas dicium penuh syahdu dahi Puan Sofea.
Sejuk hati yang memandang mengundang sebak di hati Iffah. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa dia rindukan belaian kasih seorang ibu. Dia merindukan susuk seorang ibu. Dia mendambakan kasih ibunya.
Diam diam Iffah mengesat air mata yang menitis.
"Siapa ni?", soal Puan Sofea kembali. Tunak dia memandang wajah manis bertudung milik Iffah. Indah mata memandang, sejuk lagi hatinya mengagumi.
Selama ini, semua perempuan yang dibawa anaknya, dari atas sampai bawah semuanya terbuka terlongo. Buat tontonan umum barangkali. Kalau asli tak apa juga, kebanyakkannya cucuk. Fake sungguh!
"Oh, kenalkan ni lah kawan yang Luth cakapkan tu, Tun Iffah Balqiis".
"Mama ingatkan lelaki yang Luth maksudkan, tapi tup tup yang muncul perempuan pulak. Ni datang dari ceruk mana pulak yang Luth upah nak jadikan kekasih sebab nak mengelak pergi janji temu dengan anak kawan kawan mama?", sergahnya agak geram. Tapi kalau dilihat sekilas, tak nampak macam perempuan jenis yang selalu Luth bawa balik. Kali ini nampak lain sikit.
"Apa mama ni?", janggal Luthfi cuba berdalih. Namun sempat ditangkap dek matanya riak Iffah yang seakan mengejek setelah dapat dijangka situasinya yang sebenar. "Ini bekas pesakit Luth. Mama boleh panggil Aqiss aje".
"Jadi inilah yang nak tumpang rumah kita sekejap tu ya?"
Dahi Iffah berkerut. Laju sahaja dia memandang Luthfi.
Apa pulak kejadahnya lelaki itu cakap macam tu dekat Puan Sofea?
"Maaf mencelah, tapi boleh saya tahu, apa maksud Puan dengan tumpangkan saya dekat sini?", soalnya penuh tenang. Dalam hati usah cakap, nak dia cakar saja wajah kacak Luthfi.
Dengan riak tak bersalahnya, sumpah rasa annoying sangat!
"Lah, Luthfi ada beritahu, kawan dia nak tumpang rumah. Ingatkan lelaki, rupanya perempuan. Tak sangka pula", balas Puan Sofea tanpa menghiraukan pandangan penuh bermakn Luthfi yang merayunya untuk diam melalui hujung mata.
Adalah tu yang disoroknya, tebak Puan Sofea.
Iffah menarik nafas panjang. Kecik besar aje Luthfi depan dia sekarang.
Perjalanan yang panjang akhirnya menemuinya ke destinasi yang ingin dituju. Setelah puas berperang dengan pemikiran sendiri, dia akhirnya memilih untuk bertemu dengan Iffah.
Mungkin betul kata Mak Long, dia sepatutnya dengar cerita dari kedua dua belah pihak. Dan dia tak sepatutnya terus menghukum isterinya. Apatah lagi dia juga yang bakal terluka.
Waktu yang sudah berganjak ke pukul 7 malam, menyukarkan Huffaz untuk melalui jalan sempit ke rumah Iffah.
Sekali sekala dia bertembung dengan pembonceng motosikal, maka terpaksalah dia berhenti atau mencari sedikit ruang untuk memberi laluan.
Sayang seribu kali sayang, disaat dia hampir tiba, kereta pulak buat hal. Berhenti tiba tiba. Untung dia tersadai berdekatan dengan kedai Pak Abu. Mungkin ada yang boleh membantunya.
Tanpa lengah Huffaz keluar dari perut kereta menuju ke dalam kedai.
"Haa Huffaz lama aku tak nampak kamu", tegur Pak Abu sebaik dia masuk.
"Saya sibuk sikit Pak Abu. Banyak kerja dekat bandar sana", alasan. Dia hanya mengelak dari bertemu Iffah. Tapi apa boleh buat, takkan dia nak buka pekung di dada sendiri?
"Ooo macam tu. Aku bukan apa, rindu jugaklah nak jumpa dengan isteri kamu tu. Lama dah dia ikut kamu ke bandar, mesti makin bergaya budaknya".
Dang! Kata kata itu bagai terhempas di dada Huffaz.
"Apa maksud Pak Abu?", soalnya walau hatinya terasa berubah rentak degupan.
"Aku bukan apa, bimbang takut rumah mak mertua kamu tu kena rompak kalau ditinggal lama lama. Budak budak kampung sini bukan boleh buat main, pantang terleka sikit habis satu rumah dirompaknya. Tapi sekarang tak adalah aku risau sangat sebab kamu dah balik, mesti bawak isteri dengan mak mertua kamu sekali. Tak adalah rumah tu gelap gelita aje", ucap Pak Abu sambil sibuk mengira barang pelanggan. Langsung tak sedar perubahan di wajah Huffaz.
Huffaz meraup kasar mukanya dengan kedua belah tangan. Dia mula resah dan bimbang!
Share this novel