BAB 30

Romance Completed 50320

"Allah! Macam mana?", kata kata Puan Sofea terbata bata tak percaya.

Iffah diam mengesat air matanya yang mengalir. Sungguh dia malu dan hina untuk memandang Puan Sofea dan Luthfi. Sebab itu dia lalukan pandangan ke luar jendela.

"Nama panggilan sebenar saya Eyfa, bukan Aqiis. Saya cuba cipta identiti Aqiis untuk lupakan semuanya, hidup, bahagia, derita dan kesengsaraan saya. Saya pernah rasa hidup bagaikan tak bertuhan. Saya alpa. Saya cuba menidakkan takdir yang dah tersurat. Mungkin malam awak jumpa saya dekat kaki lima itu, Tuhan nak tunjuk pada saya mana salah dan silap saya selama ni. Bila saya terlampau kejarkan cinta, yang akhirnya cumalah sia sia", kemas erat Iffah menggenggam tangan sendiri. Sebak menceritakan pekung sendiri di dada. Namun biarlah, hatinya memilih untuk percayakan dua beranak itu.

"Habistu mana jantan yang buat awak macam ni? Dia yang jadi suami awak?", soal Luthfi tak tertahan.

"Nama suami saya Huffaz, dialah cinta pertama dan mungkin terakhir saya. Tak bermaksud saya ingin bersama dia tapi cukuplah dia lelaki terakhir menghuni hati ini. Saya lelah. Untuk jawab soalan awak, nope. Huffaz bukan lelaki yang rogol saya. In fact kami berdua mangsa keadaan. Saya dirogol sebelum kahwin dengan Huffaz. Dan end up Farhan hasut saya untuk pergunakan Huffaz sebagai kambing hitam bila dia tahu saya mengandung. Dalam keadaan terdesak, saya tak ada pilihan Luth, jadi saya terima cadangan dia. Saya bekerjasama dengan dia untuk perangkap Huffaz". Kata kata Iffah terhenti. Kerana saat ini sakitnya sedang menerjah. Sakit dari segala perbuatan masa lalunya.

"Sesal?", sambil tersenyum tawar dia menantang berani Puan Sofea dan Luthfi lalu berkata, "Saya sesal! Saya nak sangat pergi tinggalkan Huffaz masa tu. Tapi Farhan dah bagi saya amaran, once saya terima cadangan tu, tak ada lagi jalan keluar atau berpatah balik. He want to kill me Luth. Sebagai perempuan, saya lemah, saya bodoh sebab terus biarkan dia pijak maruah saya".

"Allahuakbar, manusia zaman sekarang sungguh kejam. Apa yang merasuk lelaki tu sampai sanggup rosakkan kamu sampai macam ni? Hingga huru hara seluruh hidup kamu?",soal Puan Sofea sambil mengucap tak sudah.

"Huffaz tahu tak pasal benda ni?", celah Luthfi.

"Tak. Saya tak pernah ceritakan dekat dia".

"Kenapa awak tak terus terang dekat dia?", Luthfi kegeraman.

"Kalau awak dekat tempat saya, mampu ke awak bagitahu orang yang awak cinta yang awak ni dah kotor, lepastu perangkap pulak dia atas khilaf sendiri? Macam tu ke Luth?!", tangis Iffah makin menjadi jadi.

Puan Sofea lekas menghampirinya. Mengusap ngusap bahunya.

"Tenang Luth", ujarnya lembut. Dia tak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Emosi Iffah sebagai ibu mengandung mudah terbawa suasana. Kalau terlampau tertekan lain pula jadinya.

"Habis macam mana Aqiis boleh sampai tahap ni?", dalam kelembutan Puan Sofea bertanya.

"Farhan perangkap saya Aunty. Dia masih berdendam atas perkara yang saya sendiri tak pasti. Sepanjang kami kahwin, Farhan harap saya diceraikan sebab kebenaran yang saya tak suci bakal terbongkar tapi tak! Sebab sepanjang perkahwinan, Huffaz tak pernah sentuh saya. Jadi Farhan perangkap saya, dia reka cerita tentang hubungan kami. Dia buat seolah saya nikahi Huffaz semata demi duit sedangkan saya cintakan dia. Malam tu, malam Huffaz halau saya dan Mak balik kampung kami. Tak ada sesiapa percaya cakap saya".

Menitik air mata Puan Sofea mendengar cerita yang meruntun hati itu.

"Mak kamu dekat mana?"

"Fa...Farhan bunuh Mak saya", teriak Iffah. Kemudian teresak esak tak terkawal.

"Malam awak jumpa saya terbaring lemah tu malam yang sama Farhan datang rumah. Cuba nak rogol saya sekali lagi. Tapi Mak cuba selamatkan saya. Tap...tapi Farhan tikam Mak. Saya nak tolong. Tapi saya tak mampu. Mak pergi semua sebab saya! Mak mati sebabkan anak tak guna macam saya!"

"Ya Allah, mengucap Aqiis sayang", lembut Puan Sofea usap dada Iffah. Menenangkan gelora di hati anak muda tersebut. Terlampau banyak kedukaan yang dilalui hingga merobek hati Iffah sekejam ini.

"Farhan buang mayat Mak dalam laut. Mak tenggelam depan mata Aqiis".

Lagi lagi Luthfi terkejut. Dia saling berpandangan dengan mamanya melihat Iffah yang sudah terkulai lemah dibahu Puan Sofea.

"Morning, dah bangun pun sleeping beauty sorang ni", tegur Puan Sofea sebelum sibuk mencedok nasi ke dalam pinggan sebelum dihidangkan ke atas meja.

Dia meletakkan 3 pinggan ke atas meja berserta tiga gelas kaca di samping.

Iffah membalas sapaan Puan Sofea dengan senyuman hambar sebelum duduknya dijatuhkan ke kerusi di meja makan.

"Ada apa ni Aqiis?", soal Puan Sofea, terkejut tiba tiba tangannya disambar oleh Iffah.

Erat pegangan itu seolah tak menginginkan dia pergi. Nak tak nak dia duduk disamping Iffah. Tangan yang lagi satu membalas pegangan erat mereka. Membelai lembut tangan kasar Iffah.

Sebak yang Iffah rasakan dengan sentuhan penuh kasih itu. Serasa dirinya tak layak diperlakukan sedemikian rupa.

"Aunty tak jijik dengan Aqiis? Aunty masih benarkan Aqiis berkawan dengan Luth?", walau takut tapi itulah persoalan persoalan yang menerjah fikirannya setelah menceritakan semua kisah hitam hidupnya. Dia takut tidak dapat diterima oleh Puan Sofea. Takut yang teramat!

Namun sebaliknya Puan Sofea tersenyum penuh kasih. Menatap ke dalam anak mata Iffah. Seolah menyalurkan rasa kasih sayang buatnya.

"Siapa Aunty nak menghukum Aqiis? Aunty ni bukan sesiapa. Dan Aunty tahu Aqiis tak salah. Apa pun kisah silam Aqiis, semua tu dah lepas. Aqiis cuba nak berubah lebih baik dan melupakan semua tu dah cukup baik. Yang paling penting Aunty kagum dengan kamu, kamu seorang yang kuat sayang. Aunty percaya, baby pun rasa ibu dia kuat. Kuat untuk menempuhi segala rintangan, kan?", perut bulat Iffah yang mula menunjukkan bentuk dipegang.

"Aunty dan Luth akan tetap disamping kamu. Jadi tetaplah tabah", kata kata semangat itu diterapkan pada diri Iffah. Dia faham tak mudah untuk Iffah berdiri di sini, dihadapannya setelah apa yang terjadi. Jadi memang tak dapat disangkal lagi yang Iffah sungguh kuat. Walau dalam kerapuhan, diri itu masih kuat untuk bangkit dari keterpurukan.

"Terima kasih Aunty", walau dalam tak percaya, Iffah senang. Dia terlalu gembira. Namun jauh di sudut hati dia takut kegembiraan ini bersifat sementara.

"Mulai sekarang, panggil Mama. Mama ni dah lama teringin nak ada anak perempuan. Tunggukan si Luthfi tu, memang kempunan lah Mama nak ada menantu", selamba tutur kata Puan Sofea. Tak sedar dia akan Luthfi yang sedang berdiri di belakangnya.

"Amboi Mama. Mengata Luth tak pandang kiri kanan nampak?", sergah Luthfi sejak sekian lama memerhati mereka.

"Memang betul pun apa Mama kata kan? Kamu tu dah jadi bujang terlajak. Tak laku!"

Luthfi ketawa lepas seraya duduk. Masih tak lepas dia menangkap momen Puan Sofea memeluk erat bahu Iffah.

Indah sungguh pemandangan ini. Detik hati kecilnya.

"Sudah, jom kita makan", pelawa Luthfi. Sempat dia berbalas pandangan dengan Iffah. Menghantar satu pandangan penuh makna.

Dia janji, tak akan ada lagi yang mampu melukakan Iffah selagi dia masih ada!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience