BAB 19

Romance Completed 50320

Iffah tersenyum manis sambil membelek senarai barang yang perlu dibeli. Sesekali dia menjeling Huffaz dari ekor mata yang sedang menolak troli.

Lelaki itu segak memakai tshirt putih, sedondon dengannya. Tak rancang, hanya kebetulan!

Tapi Iffah bahagia! Pagi ini saja, dia sudah menjamah keindahan ciptaan tuhan sebaik mencelik mata. Huffaz elok terlena di sofa berdekatan katil biliknya. Lagi dan lagi dia terpesona! Boleh jadi gila!

"Banyak sangat ke barang yang nak beli tu?" tegur Huffaz nenyaingi langkah mereka.

Aduh janganlah buat macam tu. Iffah rasa macam nak lompat bintang sekarang ni! Bahagia sangat sangat.

Mereka ibarat pasangan sejoli yang sedang diulit kebahagiaan tak terkata!

"Tak adalah banyak. Tapi boleh tahan jugalah."

"Kenapa susah susah nak cari bahan mentah?"

Iffah berkerut kening memandang Huffaz.

"Untuk masak lah and kenyangkan perut kita berdua. Takkan nak simpan buat koleksi pulak. Awak ni kan..."

"Tak perlu susah susah masak. Kita makan luar aje. Aku bukan selalu sangat ada masa dekat rumah. Tambahan pula sekarang ada projek besar, memang aku lebih banyak tidur dekat pejabat. So kau tak perlu masak sangat. Kalau kau perlukan duit, inform aku".

"But still, tugas isteri tu untuk melayan suami. Dan dengan layanan means saya kena jaga setiap perkara macam jaga rumah, jaga perut awak and jaga maruah saya sebagai isteri dan awak sebagai suami saya" ucap Iffah namun perkataan maruah itu seakan tersekat di kerongkongnya. Laju tangan mencapai buah buahan berdekatan.

"Awak suka buah apa?" ligat tangan kecil itu memerhati buah epal di tangannya. Huffaz tersenyum sendiri. Perangai Iffah persis Mak Mak yang sedang meneliti kualiti barang. Comel!

"Apa apa sahaja except strawberry. One small bite can kill me for sure". Muka Huffaz serius. Terus sahaja Iffah letak semula buah Strawberi yang baru diambil.

Tak jadi! Takut baru bergelar isteri, tup tup berubah title janda. Haru hidup.

"Awak memang alergik teruk dengan strawberi? Dari kecil lagi ke?" soal Iffah prihatin. Sambil itu buah epal dan anggur dimasukkan ke dalam troli. Tanpa sengaja menyentuh tangan Huffaz dek dia leka memerhati buah buahan yang lain.

Huffaz diam. Iffah terkedu.

Kau ni tangan, memang cari nahas. Elok elok la sikit. Kan Huffaz dan tenung kau tajam tu. Desis hati Iffah. Tangannya ditepuk perlahan. Melepas geram.

"Aku tak tahu. But masa umur 12, Kak Soleha tak sengaja bagi aku makan strawberi and everything turn to dark for me. Aku bangun aje memang terbaring atas katil hospital" sambung Huffaz. Tanpa diduga tangan Iffah dicapai lalu digenggam erat. Sebelah tangannya lagi menolak troli.

Iffah terpana. Matanya lurus memandang tautan kemas jari jemarinya di dalam dakapan hangat jari jemari Huffaz yang jauh lebih besar. Hampir hampir tangannya hilang disebalik tangan Huffaz.

"Aku tak tahu apa perasaan aku. But deep inside, i can tell you, yang aku nak lindung kau selalu. Jangan terlalu mengharap pada aku, supaya kau tak terluka. I can't promise cause i'm not the guy yang sweet talk to women, tapi satu yang aku pasti, aku akan try belajar terima dan sayang dekat kau. Just give me time". Bersama itu satu kucupan syahdu singgah di tangan Iffah.

Sebak ditahan. Ya Huffaz. Awak terlalu baik. Terlalu baik untuk saya, tangis hati Iffah.

Iffah tahu Huffaz bukanlah lelaki untuk dipersiakan tapi untuk diperjuangkan. Dan selama dia masih bergelar isteri kepada Huffaz, selama itu juga dia akan perjuangkan cintanya demi sekeping hati milik Huffaz. Walau dia tahu akibat yang bakal menimpa nanti. Jadi biarlah, biarlah dia bahagia untuk sementara waktu.

Biarlah pelangi indah ini menghiasi hari harinya sebelum ribut taufan menimpa.

Iffah tersenyum manis memeluk lengan sasa Huffaz. Menyalurkan rasa bahagia yang dia rasa.

"I love you, since the beginning" ucapnya perlahan. Badan Huffaz mengeras dapat dia rasakan.

Terlepas tawa kecil. "Saya nak stop but keadaan jadi macam ni. I guess i will love you till the end of my breath".

"Kau tahu aku still tak cintakan kau kan?"

"I know but i will make you fall for me. For sure!" yakin Iffah. Pelukan di lengan Huffaz semakin dieratkan. "Cause you were the best thing ever happen to me!"

"Awak, saya nak aiskrim boleh?"

Huffaz menunduk memandang Iffah di dalam pelukannya. Suasana pantai pada waktu petang menenangkan jiwa mereka berdua.

"Mana ada aiskrim waktu waktu macam ni" balas Huffaz sebelum menoleh pada matahari yang kelihatan cantik. Perlahan lahan ingin tenggelam.

"Ada. Saya nampak dekat parking seberang jalan tadi. Alah kejap aje. Bolehlah?" pinta Iffah. Mimik muka sengaja dimanjakan. Dia sedang craving gila dah. Baby dalam perut ni tak sabar sangat nak rasa nikmat aiskrim yang sejuk tu!

"Fine. Tapi sekejap aje. Jom"

Iffah melepas pelukan. "Awak nak kemana?" soalnya pelik.

"Teman kau beli aiskrim la."

"Taknak. Saya nak pergi sendiri. Awak tunggu aje dekat sini. Lagipun dekat aje. Tak jauh sangat pun" kata Iffah sebelum meninggalkan Huffaz sendirian.

Hailah isteri siapalah yang mengada ngada sangat tu, rungut Huffaz sebelum tersenyum nipis. Dari situ dia memandang Iffah melintas jalan ke gerai aiskrim.

Teruja sangat gayanya sambil hujung tudung dipintal pintal tak sebar menanti aiskrim.

Sebaik selesai membeli aiskrim Iffah memandang Huffaz. Lambaian kecil dihadiahkan bersama senyuman manis.

Tanpa menoleh kiri dan kanan Iffah melintas. Oleh kerana jalan yang agak sempit, Iffah bertindak melulu tanpa sedar sebuah kereta bergerak laju sebelum merempuh bahagian sisi perut dan kaki kanannya. Iffah kesakitan sebelum hilang imbangan. Tubuhnya berpusing sebelum melayang untuk jatuh.

PAP!

"Allah!"

Satu erangan suara wanita menerjah pendengaran Iffah. Namun kerana kesakitan yang dirasakan Iffah cuma mampu bergolek jatuh dari tubuh wanita yang menyambutnya itu. Terbatuk batuk dia sambil memegang perut. Masih senak walau dia sempat elak perutnya berlanggar kuat dengan kereta tadi.

Huffaz meluru laju memangku Iffah.

"Maaf encik. Saya tak sengaja" seorang lelaki keluar dari kereta Myvi kuningnya meminta maaf. Terbias ketakutan di wajahnya.

"Dah tahu ini tempat keramaian, kenapa bawak laju sangat? Otak tu letak dekat mana? Punggung?" soal Huffaz geram. Laju jantungnya berdegup. Ditambah lagi ada mangsa lain yang cedera. Pemandu itu kemudian menunduk ke bawah. Rasa serba salah.

"Cik okey?" soalnya pada wanita yang cuba menyelamatkan Iffah tadi.

Hawa menggeleng lemah cuba untuk bangun. "Saya okey. Lain kali hati hati. Kalau ada apa apa, boleh hubungi saya" sekeping kad dihulurkan sebelum dia berlalu pergi.

Iffah cuba mengatur nafas sendiri di dalam pangkuan Huffaz. Tangan memeluk perut sendiri. Hatinya menjerit kesakitan yang tak mampu diluahkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience