"Ini maklumat yang Tuan Syed minta".
Syed Arafi menyambut huluran dari pembantunya. "Everything?", soal Syed Arafi dingin. Yang pastinya berjaya membuatkan lelaki di hadapannya menikus ketakutan dengan anggukan kecil.
Kertas itu ditilik sebelum matanya mula menajam. Satu rengusan terlepas. "Kahwin? Tapi hidup tanpa suami?", nada Syed Arafi mula kurang senang. Kaca mata di batang hidungnya ditarik. Sakit mata!
"Aku rasa mata aku tersalah nampak. Kan?", soalnya lagi. "Pelajar kelulusan harvard tapi kerja sebagai cleaner dekat syarikat suami dia? Tinggal dengan kawan? Hell what?"
"Itu semua betul Tuan Syed. Sebelum jadi cleaner, Puan Muda bekerja di kilang. Waktu itulah, Puan Sri Arasyaf berjumpa Puan Muda, tapi Puan Muda tegaskan untuk tak ada sebarang hubungan dengan keluarganya lagi."
Syed Arafi mengetap rahang sendiri. "Suami dia pulak?", walau perit untuk didengar, itulah kebenaran yang dia perlu telan. Kehidupan Iffah musnah, dan punca utamanya adalah darinya sendiri.
"Dato' Huffaz Anafi, pemilik H.A Holdings. Seperti maklumat yang tertera, mereka dah lama tak berhubung kecuali baru baru ini bila Puan Muda apply kerja di sana."
"Aku nak kau cari maklumat yang lebih padat walau ke lubang cacing sekalipun. Perkara macam ni penting. Tun Iffah adalah cucu sulung, merangkap pewaris harta keturunan Araisyi. Tak ada sesiapa yang layak atas semua kekayaan keluarga Araisyi melainkan dia. "
"Baik Tuan Syed, saya faham".
Kertas berisi maklumat Iffah kembali ditatap buat kesekian kali. Dalam diam, kertas itu dironyok tanpa perasaan.
Dia akan kembalikan Iffah semula. Hidup sebagai seorang yang layak. Kerana wanita itu sememangnya berhak atas semuanya yang menjadi milik keluarga mereka.
Bunyi desas desus mula kedengaran sebaik pembantu Araisyi Legacy keluar dari ruangan milik Tuan Syed Arafi.
Mereka saling berbisik melihatkan suasana tegang di dalam ruangan itu sebentar tadi.
"Apa jadi?" suara tertanya tanya mula pecah dari mereka.
"Dengar kata, Tuan Syed nak kembalikan semula cucu sulung keluarga Araisyi", sahut yang lain pula.
"Cucu sulung? Bukan Tuan Syed itu cucu tunggal ke?", bunyi yang lain mula keliru.
Sejak dahulu, Puan Sri Arasyaf letak jawatan, Syed Arafi lah yang menyandang jawatan pengerusi. Malah semua menyangka Syed Arafi adalah satu satunya cucu keluarga itu.
"Dari yang aku dengar, Puan Sri Arasyaf ada abang. Dan abang dialah yang patut sandang jawatan pengerusi. Tapi sayang, sebab katanya abang dia pilih untuk keluar dari keluarga selepas berkahwin dengan perempuan biasa. Hasil perkahwinan itu, lahirlah cucu perempuan sulung keluarga Araisyi yang sampai sekarang tak diketahui identiti. Khabar angin, dah meninggal. Ada pulak yang kata dia suka hidup bebas, jelajah satu dunia. Entah mana satu cerita yang betul", jelas salah seorang pekerja. Yang lain hanya mengangguk sahaja.
"Eyfa tak mahu stay sini sampai rasa okey sedikit?", soal Soleha sambil membantu Iffah mengemaskan barangnya ke dalam beg. Risau pula Soleha setelah Iffah pengsan kerana tertekan semalam.
Iffah memusingkan badannya menghadap Soleha, "Sudah tak ada tempat untuk Eyfa dalam rumah ini. Eyfa juga selesa andai kita tiada hubungan. Arwah Mak juga sudah lama pergi. Jadi Eyfa tak berharap untuk menumpang kasih Bonda dan Abi. "
Terdiam. Soleha terkelu. Namun tangannya dicapai oleh Iffah sebelum air matanya disapu oleh wanita itu.
"Eyfa tak akan lupakan kenangan kita. Eyfa cuma pilih pilihan yang terbaik untuk semua. Eyfa tak mahu ada lagi hati yang terluka. Demi Allah, Eyfa sayangkan Huffaz. Tak terdetik dalam hati untuk menipu dia selama ini kalau bukan disebabkan keadaan. Eyfa mengaku yang Eyfa perangkap dia. Tapi perasaan Eyfa tulus tiada celanya. Dan kalau inilah balasan yang Eyfa terima atas perbuatan Eyfa selama ini, Eyfa terima dengan hati yang terbuka", getaran suara langsung tidak mencacatkan luahan Iffah. Dia mahu Soleha tahu, perasaanya pada seorang Huffaz Anafi bukanlah satu kebohongan semata mata.
Ya! Dia sudah bersedia untuk melepaskan segala galanya. Huffaz bukan takdirnya lagi.
Bunyi suara menangis tiba tiba menyentakkan mereka berdua. Soleha bingkas bangun meminta diri untuk melihat keadaan diluar. Manakala Iffah pilih untuk sambung mengemas barangnya.
Namun suara tangisan itu seakan pernah didengari. Iffah cuba mengintai di balik daun pintu, sayangnya tubuh sasa Huffaz menghalang pandangannya sebelum dirinya ditolak masuk ke dalam bilik.
Tidak terlalu kasar, tapi melayang juga dia dibuatnya.
Iffah memalingkan wajah saat bertatapan dengan Huffaz. Matanya masih sembap.
"Tak sabar dah nak angkat kaki?", perli Huffaz sebaik terpandangkan begnya di atas katil.
Iffah menahan debaran dan gelisah yang berkecamuk di dada sebelum wajah Huffaz dipandang. Dia mengangguk kecil pada Huffaz. Mengiyakan soalan perlian lelaki itu.
"Saya dah nak pergi ni Huffaz", ucapnya lembut. Tiada lagi sebarang perasaan yang menghalang. Hidup ini telah mengajar dia banyak erti, kegembiraan dan kedukaan.
"Aku lepaskan dendam aku pada kau. Dan aku lepaskan kau Eyfa. Tapi kalau kau inginkan perpisahan, minta fasakh. Sebab aku tak akan ceraikan kau. Mak amanahkan kau untuk aku. Jadi aku tak akan tinggalkan kau kecuali itu keinginan kau sendiri".
Iffah tersenyum dalam sayu. "Terima kasih untuk segalanya Huffaz. Terima kasih atas kebahagiaan yang pernah kita ukir bersama", katanya perlahan. Dalam ragu ragu, dia tetap mencapai kedua tangan Huffaz. Meletakkannya di sekeliling tubuhnya sendiri.
"Untuk kali terakhir, peluk saya sebagai seorang isteri yang pernah awak ada, boleh?", pintanya.
Huffaz diam namun tangannya menarik Iffah melekap di tubuh sendiri. Dia mendengar dengan jelas esakkan isterinya itu namun dia juga tidak terdaya.
"I love you and i promise to hold the words till i die" , Iffah memejam matanya sendiri. Melayan keasyikkan pelukan hangat terakhir daripada insan bergelar suami. Kata katanya itu ibarat satu bisikan beracun buat mereka berdua walaupun hanya seketika.
"Tak semua cinta menjanjikan kebahagiaan. Sometimes you need to give up" , balas Huffaz pula. Pelukannya semakin dieratkan. Inilah kenangan terakhir mereka sebelum segala galanya berakhir.
"Saya minta maaf Huffaz".
"Aku maafkan kau", Huffaz mengucup ubun ubun Iffah. Setitis air mata lelakinya jatuh namun segera dikesat.
"Masa akan sembuhkan segalanya. One day, kita mungkin akan tersenyum melihat diri sendiri".
Iffah tersenyum mendengar kata kata Huffaz. Suatu hari nanti...insyaallah.
"Ada apa hajat Along datang kemari?", Hajah Dhea meletakkan dulang air di atas meja. Pandangannya berubah kepada ahli keluarganya yang lain. Terutamanya Huffaz yang sedang melayan Nufael.
Dia perasan kakaknya itu sedang memandang Huffaz dan Nufael, seolah olah meminta penjelasan akan kehadiran kanak kanak lelaki itu.
"Kenalkan, itu anak angkat Huffaz", beritahu Hajah Dhea lalu melabuh duduk bersebelahan Soleha dan Sumayyah serta bertentangan dengan kakaknya. Haji Ibrahim pula lebih tenang duduk di kerusi hujung bertentangan Huffaz.
Wanita itu kemudiannya mengangguk sambil melilau mata memerhati sekeliling.
"Aku dengar Eyfa tu balik sini, tak nampak batang hidung pun", ucapnya seraya menghirup air teh yang masih suam.
Pergerakkan Huffaz terus terhenti, tapi segera dia kawal. Tidak ingin menunjukkan rasa peduli.
"Kenapa nak jumpa Eyfa? Ada apa apa hal ke?", Haji Ibrahim mula mengawal keadaan. Sudah isterinya terkelu. Dialah yang perlu membuka mulut. Soleha pula lebih gemar diam.
"Aku ni bukan apa, sudah lama rasa tak senang duduk".
"Ada apa ni Long?", keluar juga suara Hajah Dhea. Mereka semua mula keliru.
"Aku bukan suka sangat campur tangan urusan orang, kau pun tahu kan Dee? Tapi tengokkan keadaan keluarga kau sekarang, aku tak sampai hati pula nak sorokkan kebenaran. Mulanya aku nak Huffaz selesaikan sendiri hal rumah tangga dia, lain pulak jadinya bila aku dengar kes semalam dari Soleha", bicaranya mula tertumpu pada Huffaz.
Gentar? Ya! Huffaz gentar. Entah apa kebenaran yang Mak Long nya bakal ceritakan itu.
"Dua hari selepas peristiwa malam itu, aku ke rumah Za. Niat cuma nak serahkan barang kahwin yang tertinggal di rumah aku. Tak sangka pula lain yang aku dengar".
"Maksud Along?", Haji Ibrahim pula menyampuk.
"Sebenarnya aku dengar Farhan dengan dua beranak itu tengah mengilai bercerita tentang kejadian malam itu. Katanya, padan muka Eyfa dapat balasan macam tu. Dan dari situ aku dengar yang Farhan rogol Eyfa sebelum kamu kahwin lagi. Lepastu Farhan paksa Eyfa jadikan kamu kambing hitam. Itu semua Eyfa buat sebab dia mengandung. Sejak awal lagi Farhan dah berpakat dengan Rozana dan Za untuk porak perandakan hidup kamu berdua. Farhan benci Eyfa sebab cinta dia pernah ditolak dahulu. Kalau kamu tak percaya, tanya pada Rozana. Sudah lunyai budak itu aku lempang sebelum ini. Ingatkan berani mengaku bersalah, tapi dia tak datang juga jumpa kamu sekeluarga. ", keluh Mak Long perlahan.
Seluruh keluarga itu bagaikan ditampar realiti.
"Kejadian malam itu memang dari awal dirancang. Berdasarkan apa yang aku amati, budak si Farhan itu memang bahaya. Sampai sekarang batang hidung dia tak kelihatan dekat kampung sejak aku kantoikan ulah dua beranak itu. " jelas Mak Long lagi. Wajahnya jelas terpeta seribu kekesalan.
Huffaz memandang tak percaya ke arah ibu saudaranya. Kenapa baru sekarang? Soalan itu seakan tersekat di kerongkongnya. Air mata pula sejak tadi mengalir.
Disaat semuanya dihambat rasa pilu, telefon Huffaz mula berdering. Tidak dapat tidak, dia menjawab juga panggilan dari Farisya itu. Dan tanpa sengaja menekan loud speaker.
"Ab...abang...", suara Farisya jelas kedengaran bergetar diiringi bunyi yang agak bising disekeliling wanita itu.
Kini mereka semua menumpu perhatian pada telefon Huffaz. Ada rasa tidak senang menjentik tangkai hati mereka.
"Kak Aqiis kekk...kemalangan", pecah jua tangisan kuat Farisya menembusi telinga setiap ahli keluarga di ruang tamu itu.
PAP!
Telefon pintar Huffaz jatuh menyembah bumi.
Nak Iffah bersama Huffaz atau Luth atau Syed Arafi? Soalan serius. HAHAHA. Atau nak Iffah mati aje? Kalau tak pilih, author akan matikan iffah. hahahaha..
Share this novel