Sebulan berlalu, hubungan Huffaz dan Iffah semakin erat. Mereka mula kelihatan seperti sepasang suami isteri. Namun belakangan ini, Iffah seakan mula menyorokkan sesuatu daripada pengetahuan Huffaz.
Diam diam, terhela juga keluhan berat dari bibirnya memikirkan hubungannya dan Iffah yang agak janggal sejak beberapa hari yang lalu.
Di mana silapnya?
"Boss, ada tetamu nak jumpa", muncul kelibat Aiden.
Huffaz berhenti membuat kerjanya. Kening mula berkerut.
"I ada temujanji ke hari ni?", soalnya. Setahunya jadual dia tidaklah padat mana hari ini apatah lagi sebarang temujanji dengan mana mana pihak.
"I know Boss, tapi tetamu itu bertegas juga nak jumpa Boss. Katanya keluarga, takkan saya nak halau pula kan kalau betul dia keluarga Boss", terang Aiden dengan sengihan menayang barisan giginya. Macam meminta penampar!
Huffaz menggeleng kepala. Ada PA begini boleh buat dia mental tau. "Jemput dia masuk", arahnya ringkas.
Aiden angguk sebelum berlalu keluar.
Tidak lama kemudian lelaki itu masuk bersama susuk seorang perempuan di belakang.
Aduh, masalah apa lagi ni? Huffaz memincingkan mata memandang gerangan tak diundang dalam ruangannya ketika ini.
Tak habis masalah dekat rumah, sampai ke pejabat masalah lain kejarnya.
"Berani kau datang sini jumpa aku?", mulanya agak sinis. Pen sengaja diketuk ketuk ke meja kerja.
Kalau diikutkan hati, sudah lama penumbuk sulungnya singgah di wajah itu.
"Abang Faz, Zana minta maaf", rayu wanita itu mula mengeluarkan air mata.
Huffaz tersenyum sinis. Maaf? Ikhlaskah?
"Maaf kau tak berguna bagi Zana. Bertahun tahun aku bencikan isteri disebabkan hati busuk kau orang! Apa lagi yang kau tak puas hati?!", nada suara Huffaz mulai tinggi.
Jika tidak difikirkan Rozana itu darah daging bondanya, sudah lama dia beri balasan yang setimpal pada perempuan tak tahu malu seperti Rozana.
"Abang, Zana akui kesalahan Zana. Zana nak perbetulkan keadaan, tolonglah Abang jangan layan Zana macam ni", esak wanita itu di atas karpet pejabat Huffaz. Hilang sudah malunya untuk meraih simpati lelaki itu.
"Kenapa? Kenapa kau sanggup merangkak ke sini untuk secebis kemaafan aku? Apa kau belum puas porak perandakan perkahwinan aku?"
Rozana menggeleng dalam esakkan keras. "Tak, Zana nak minta maaf. Zana janji tak ganggu dah hubungan abang", dalam keadaan melutut, dia pantas mendapatkan batang kaki Huffaz. Rayuannya makin menjadi jadi.
Huffaz menepis tangan Rozana kasar. Tajam matanya memanah wanita itu sebelum dia bangun menjauhi Rozana.
"Pergi Zana. Selagi kesabaran aku masih ada, lebih baik kau berambus. Jangan sampai tangan aku melekat dekat pipi kau sebagaimana kau orang buat aku tampar isteri aku sendiri dahulu!"
Wanita itu bangun. Dengan esakan yang masih berlagu, Rozana memandang Huffaz. "Zana akan datang cari abang semula selagi abang tak maafkan Zana. Zana minta diri dulu".
Huffaz mendengus. Badannya dihempas kuat ke kerusi empuk sebaik Rozana pergi.
Usai membersihkan tubuh badannya, body mist disembur ke tubuh sendiri. Kemudian, rambut panjangnya dibiar lepas bebas sebelum disikat.
Kening Iffah terjungkit sebaik bunyi katupan pintu terhasil. Dia cuba berlagak selamba walau menyedari tatapan tajam Huffaz padanya.
"Aku nak mandi. Selesai nanti, kita bincang", putus lelaki itu lalu beredar ke bilik mandi.
Iffah meletakkan sikat rambut. Berdebar pula rasanya. Lihat wajah serius Huffaz, pasti lelaki itu ingin membahaskan kedinginannya sejak beberapa hari yang lalu.
Tidak senang duduk jadinya dia yang resah menunggu Huffaz selesai membersihkan diri. Tak betah, terusan begitu, langkahnya diorak ke katil, comforter ditarik merapat ke dada sendiri. Matanya dipejam, cuba mengusir debaran di dada.
"I told you sayang, we need to talk!", sedikit tegas nada suara Huffaz. Geram pula bila Iffah sudah selesa berbaring di atas katil dengan mata terpejam.
Matanya dibuka sedikit, dalam kesamaran, dia menangkap susuk tubuh Huffaz yang masih bertuala. Malah, titisan air masih menitis dari rambut melalui badan sasa berketak ketak itu.
GULP!
Uji keimanan betul! Selama ini sejak mereka berkongsi bilik, Huffaz tidak pernah bagi free show begini. Masa masa genting jugaklah dia nak bagi free show.
Badan Iffah terus ditegakkan namun matanya dikalih ke arah sudut bilik.
"Kau tak penat macam ni?", soal Huffaz memulakan bicara. Punggungnya dilabuhkan pada birai katil.
"Maksud awak?", Iffah pula menyoal perlahan. Panggilan aku kau sudah lama lenyap sejak dia menerima baik hubungan mereka. Tapi entahlah...sejak dua menjak ini, lain pula hatinya berkata.
"Kau suka kita hidup macam ni? Dingin. Jangan fikir aku senyap, aku terima segala layanan dingin kau, Eyfa. Aku cuba bersabar untuk baiki hubungan kita", balasnya lemah. Sayu sahaja matanya memandang Iffah.
"Tell me how, Huffaz. Macam mana saya nak terima segala galanya, bila awak sembunyikan almost everything yang saya patut tahu?"
"Apa maksud kau?"
Iffah tersenyum sinis. "Siapa Nufael?", seraya itu tangannya menarik laci meja di tepi katil, lalu beberapa keping gambar dilempar atas katil. "And who the hell is this girl?"
Huffaz terdiam melihat gambarnya bersama Rozana di pejabat petang tadi . Benar telahannya, wanita itu sengaja ingin bermain helah licik dengannya.
"Beritahu saya Huffaz, siapa Nufael dan siapa perempuan ni? Madu saya ke?!", tinggi suara Iffah menjerit.
"Tenang sayang, i told you. We need to talk. Kita bincang dengan tenang, aku tak mahu kita dipengaruhi emosi", ucapnya memegang wajah Iffah lembut. Wajah itu didongak untuk memandangnya.
"Nufael, anak angkat aku dan perempuan dalam gambar itu Rozana, sepupu aku".
"For real? Bukan ke awak jadikan Nufael anak angkat sebab awak tahu dia anak saya?!"
Huffaz terkedu.
"Kenapa? Terkejut sebab saya tahu. Mungkin saya patut berterima kasih pada sepupu awak sebab pecahkan tembelang awak. Rupanya selama ini, kita bukan seperti pasangan yang lain. Saya dah tahu semua kisah silam kita. Jadi awak tak perlu nak berselindung disebalik topeng munafik!"
Share this novel
terima kaseh update author