BAB 49

Romance Completed 50320

Silauan dari cahaya lampu di luar membuat Iffah terjaga. Dia yang masih bertubuh lemah duduk bersandar di kepala katil buat seketika sebelum bangkit dari katil.

Sempat matanya menjeling Hajah Dhea yang sudah tertidur di sofa berdekatan katil.

Tiada niat untuk membangunkan Hajah Dhea, dia cuma berlalu dengan senyap.

Niatnya cuma satu, untuk menghirup udara segar biarpun jam menunjukkan tepat waktu 3 pagi.

Iffah duduk termenung pada salah satu bangku yang disediakan di koridor.

Sejuk! Sekujur tubuhnya langsung tidak dibaluti kain lain melainkan baju hospital yang nipis. Namun dia tidak peduli. Sejak sedar, ada sesuatu yang membelenggu fikirannya tanpa henti. Namun perkara itu masih tidak diketahuinya.

Larut dalam ketenangan yang indah itu, tanpa sedar dia menjamah sekujur tubuh yang tidur mengiring di atas bangku berdekatan. Jaraknya cumalah beberapa meter sahaja. Jadi dengan jayanya, Iffah dapat melihat sekujur tubuh itu sedang menggigil halus.

Bila diamati, wajah itu berkerut kerut kesejukkan. Tanpa Iffah sedar, kakinya dengan sendiri berjalan mendekati tubuh yang sedang tidur mengiring itu.

Lelaki!

Iffah terkejut. Ini adalah lelaki sama yang menyapa kornea matanya saat pertama kali dia sedar. Lelaki asing yang membawa rasa aneh pada dirinya. Saat mata mereka bertembung, ada satu rasa aneh menjentik tangkai hatinya.

Oleh sebab kasihan, Iffah memutuskan untuk membangunkan lelaki itu.

"Encik...", tiada balasan. Lelaki itu nyenyak dalam tidurnya biarpun berkerut seribu di wajah.

"Encik, Encik tak boleh tidur di sini." Iffah masih tidak berputus asa. Kini jari telunjuk pula dikuis kuis pada bahu Huffaz.

Sayangnya Huffaz langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi padanya. Iffah mulai cuak.

"Encik jangan bergurau. Tak lawak. Sumpah, tak lawak", Iffah bertukar cemas bila semakin kuat goncangan pada tubuh itu, namun masih tiada reaksi yang ditunjukkan.

"Tolong! Bon...", mata Iffah terbuntang saat ada satu tangan melekap ke mulutnya.

Panas!

Iffah memandang Huffaz tidak percaya. Seberaninya lelaki itu menyentuh dia.

"Lepaslah. Kau tak tahu halal haram ke?", sembur Iffah sebaik menepis tangan Huffaz. Kecil besar aje dia pandang lelaki itu yang masih berbaring lemah. Bibir Huffaz jelas berwarna pucat, tapi ada dia kesah?

"Jangan bising. Nanti Bonda terjaga".

"Siapa Bonda kau? Sesuka hati 'Bondakan' Bonda aku?"

Huffaz tidak menjawab, sebaliknya dia bangun dari perbaringan. Pandangan tajam Iffah dibalas dengan santai.

"Kenapa kau keluar? Dekat luar ni sejuk. Kau tu belum sembuh lagi", ucap Huffaz.

Iffah mencebik. Tak dia hiraukan langsung tentang apa yang diperkatakan lelaki asing padanya itu. Kakinya pantas berjalan kembali semula ke pintu wad. Tak betah berada di situ. Berdua duaan pula dengan lelaki entah sesiapa itu.

Waktu pertama kali mereka bertembung mata, dia sedikit hairan. Bila disoal pada yang lain, 'Siapakah itu?', jawapan mereka hanyalah keluarga.

Keluarga siapa? Dia? Semestinya tidak mungkin! Keluarga Hajah Dhea? Sejak bila pula? Tak pernah pula dia perasan sebelum ini.

"Eyfa!"

Iffah pusing dengan wajah cemberut terpeta, kedua tangan pula naik memeluk diri sendiri.

"Aku tunggu kau sembuh. Aku janji aku tak akan sia siakan peluang kali ini lagi."

Kata kata seakan berbaur janji dan sumpah itu langsung tak dapat difahaminya. Peluang apa pula ni?

Betul betul malas melayan, Iffah kembali menyambung perjalanannya. Sekali lagi terbata apabila suara tadi kembali memanggil.

"Eyfa, sekejap!"

Apa lagilah lelaki itu mahukan. "Apa dia lagi? Aku tak kenal kau lah. Tak payah nak bercakap bagai".

Huffaz cuma sengih disembur olehnya sebelum mengangkat kedua dua belah selipar hospital yang dia tanggalkan sebentar tadi.

Habis cuak mukanya. Cuak sebab malu.

"Kalau nak cepat sangat pun, pakailah dulu selipar ni", Huffaz menghampiri lalu berlutut menyuakan selipar pada kakinya.

Iffah cuma patuh menyarung semula selipar bak patung. Terpana sekejap. Sebelum cepat cepat dia sedar. Dia merengus lalu pergi.

Malu yang amat!

Pagi pagi lagi Iffah sudah cemberut masam. Apa yang tak masamnya kalau pepagi lagi dah kena hadap muka lelaki semalam.

"Kita balik dengan lelaki ni ke Bonda?", jarinya naik menuding tepat ke wajah Huffaz. Membulat mata lelaki itu. Halah, ada dia kesah?

"Iya sayang, kita balik dengan Huffaz. Kak Eha ada kerja sikit. Abi pula ada mesyuarat kampung".

"Tapi macam mana kalau dia ada niat tak baik? Muka macam dia ni Bonda, susah sikit nak percaya. Muka penyangak. Depan depan baik. Belakang kita dia hisap darah", bebel Iffah. Atas bawah atas bawah aje dia pandang Huffaz yang masih tegak tersenyum dihadapan muka pintu wad.

"Saya makan nasi, minum air. Saya tak hisap darah pun", sampuk Huffaz.

"Eh sibuk pulak kau menyampuk", marah Iffah.

"Sudah, sudah. Kita gerak sekarang. Nanti lewat pula sampai KL", Hajah Dhea cuba menenangkan keadaan.

"KL? Buat apa ke KL?", soalnya bingung. Hajah Dhea dipandang pelik. "Kita buat apa nak pergi KL Bonda? Lagipun Eyfa nak jumpa Mak. Eyfa rindu", luahnya sebak. Sejak dia sedar, Mak langsung tidak datang menjenguk. Kata Bonda, Mak terlalu sibuk menguruskan sesuatu. Entah apa, dia pun tak pasti.

Hajah Dhea terkedu. Mata mula bertembung dengan Huffaz. Kedua dua mereka terkelu seketika.

"Awak tak ingat sangat kut, awak dah mula kerja dekat KL sana. Mak pun dah mula buat bisnes kuih. Itu yang Mak sibuk".

Iffah menjeling Huffaz tajam.

"Mak saya, bukan Mak awak!", dengus Iffah kasar. Kakinya dihentak hentak keluar dari wad. Bukan kerana sakit hati, tapi kecewa. Dia langsung tidak mampu mengingati apa apa pun.

Dia benci dirinya sendiri! Kenapa kepalanya kosong. Yang ada cumalah memori ketika dia kecil.

"If you sad, let the tears out"...

Suara yang dekat itu mengejutkan Iffah. Dia mengesat mata yang hampir menitiskan air mata.

"Tun Iffah Balqiis Binti Syed Araisy, isn't?", sehelai sapu tangan dihulur. Wajah itu tak lekang dari tersenyum.

"Siapa?", soal Iffah pula. Sapu tangan yang dihulur langsung tak bersambut. Dia cuba mengecam wajah di hadapannya kini.

"Takkan tak kenal? Aku sedih kalau kau tak kenal aku", ujar suara itu lagi. Kini air mata Iffah yang jatuh tanpa disedari, dilap menggunakan sapu tangan itu.

Iffah diam. Perlakuan itu, sama persis akan...

"Tak mungkin..."

"Apa yang tak mungkin?", balas lelaki itu lagi. Kini dia mula tergelak halus melihat reaksi Iffah.

"Kau, Syed Arafi!"

Makin lebar senyuman Syed Arafi bila mana namanya disebut oleh Iffah.

"Glad to hear that you still know me".

"Eh besarnya kau sekarang. Aku tak cam tadi", ucap Iffah. Kini bibirnya mula menguntum senyuman manis.

"Aku gembira kau masih mampu senyum melihat aku walaupun ini cuma sementara", kata Syed Arafi perlahan. Cukup hanya dirinya sendiri yang dengar.

"Apa kau cakap?"

Syed Arafi tersenyum lantas menggeleng. Lalu muncullah Hajah Dhea dan Huffaz dari arah belakang Iffah.

"Aku pergi dulu Eyfa. Nanti aku akan cari kau semula. Aku janji", pamit Syed Arafi tergesa gesa beredar.

"Siapa tadi?", Hajah Dhea menyoal lembut.

"Sepupu Eyfa", balasnya sebelum bergerak ke depan.

"Bukan ibu bapa Eyfa anak tunggal ke Bonda?", soal Huffaz hairan.

Hajah Dhea cuma angkat bahunya tanda kurang jelas. Nampaknya masih ada yang belum selesai...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience