"Huffaz, wait".
Mendadak tubuh itu berhenti dari membolos masuk ke dalam perut kereta.
"Apa?"
Iffah ketawa perlahan. Nada pertanyaan dari Huffaz agak menjengkelkan. Agaknya rasa meluat Huffaz padanya sudah tidak tertahan lagi.
Satu keychain berbentuk bunga teratai diserahkan pada Huffaz. Itu keychain yang paling dia sayang, dan dia putuskan untuk beri pada Huffaz.
"Buat apa dengan benda ni?", soal Huffaz namun tangannya tetap menyambut huluran keychain tersebut.
"A gift, as ucapan terima kasih sebab sudi layan karenah saya sepanjang kita luangkan masa bersama".
"Biar betul kau ni?", soal Huffaz memandang Iffah tak berkelip. Benda benda kecil and comel ni mana sesuai dengan dia!
"Eh benda benda sotong macam ni tak sesuai la dengan aku", komennya. Tak sesuai pun tetap gigih dia tilik keychain tersebut bersama senyuman kecil.
Iffah senyum dalam hati. "Ambil kalau awak nak, kalau taknak awak boleh buang".
"Bak kata orang rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari, so i will keep this".
"Macam pelik aje bunyi dia, but whatever lah. Jom masuk".
"Asal kena masuk?"
Iffah buat muka yang dia sendiri dapat bayangkan. Jengkel!
"Tadi mama cakap kan, dia nak ajak awak makan sekali, tak nak ke?"
Tengok muka blur Huffaz, memang bikin darah dia naik.
"Huffaz nak ke mana?"
"Nak ke toilet kejap aunty", beritahunya sambil tersengih.
"Kamu guna toilet tingkat atas aje. Toilet dekat bawah rosak".
Huffaz cuma angguk sebelum berlalu ke atas.
Iffah yang usai keluar selepas mengambil wudhuk terkelu. Laju dia menutup wajah menggunakan tuala kecil. Hampir hampir Huffaz nampak dia tadi!
Bodoh Aqiis! How stupid of you!
"Buat apa? Memang tak nak keluar eh?", tegur satu suara garau. Tiada sesiapa lagi kecuali dia dan Huffaz. Jadi sah! lelaki itu menegur dia.
"Saya ke?", soal Iffah. Buat seketika rasa tak tepuk aje mulut sendiri. Sah memang mereka berdua sekarang, takkan la Huffaz sindir dinding pulak.
"Tak, aku cakap dengan dinding".
Aduh! See dah kena setepek atas dahi!
"Awak nak masuk?"
"Taklah. Saja aku datang nak ukur sudut tandas ni", sindir Huffaz lagi.
Amboi kau! Galak sungguh menyindir.
Iffah buat buat pegang dada seolah olah terasa manakala sebelah tangan lagi memegang kemas tuala di muka.
Terlepas yang itu, tamatlah riwayatnya!
"Okey, masuklah. Dipersilakan tuanku. Patik pergi dulu", dengan tawa, Iffah berlalu pergi.
Huffaz pula melangkah masuk namun hidungnya dapat mencium bau yang agak kuat dan tidak asing lagi. Sekilas dia mengerling barang mandian sebelum mengendahkan semua itu.
Perasaan dia aje! Fikir Huffaz.
Dengan lengkap berpakaian t shirt berlengan panjang putih, dipadankan pula dengan seluar corak bunga bunga kecil, Iffah menuju ke dapur.
Lapar pula rasa! Lapar maggi!
Buat sementara Iffah bebas bergerak sementelah hanya dia di rumah. Sebaik Huffaz pulang, Puan Sofea juga keluar. Ada urusan katanya. Jadi tinggallah dia di sini, sendirian apatah lagi Luthfi pulang kerja sekitar jam 10 malam.
"Maggi apa ek?", tangan digoyang goyang cuba memilih maggi pilihan hati. Tapi masalahnya semua nampak sedap di mata Iffah.
Puas berfikir, satu paket maggi kari diambil dan air dididihkan di dalam periuk. Kemudian dia mencapai sotong dan sosej lalu dipotong secara kecil kecil sebelum dimasukkan ke dalam air yang mula mendidih bersama perencah.
Maggi dimasukkan, sambil itu tangannya ligat memotong daun bawang dalam saiz yang kecil.
Selesai memasak, mangkuk berisi maggi dibawa ke ruang tamu. Menonton sambil makan terbaik!
Namun langkah Iffah terbejat saat bunyi lagaan sesuatu yang kuat menerpa corong telinganya.
Laju dia meletakkan mangkuk ke atas meja ruang tamu. Dengan rasa takut Iffah beralih arah ke dapur. Pisau tajam dicapai lalu tubuhnya disembunyikan di celah celah rak perhiasan di dinding antara dapur dan ruang tamu.
Dapat dia rasakan nafasnya mulai tidak teratur ditambah lagi bayangan trauma yang menjengah.
Ya Allah, dia takut.
Ketika itu muncul 3 orang lelaki bertopeng di dapur.
Nafas Iffah mulai semput. Ya Allah! Lindungilah dia!
Entah di mana silap, Iffah tanpa sengaja menolak barang perhiasan yang menghasilkan bunyi agak perlahan. Namun pastinya semua telinga mendengar dengan jelas.
Iffah kaget saat terpandang salah seorang lelaki bertopeng yang turut memandangnya.
Kaki itu pantas ingin berlari ke tingkat atas, namun terasa rambut panjangnya ditarik kasar dari arah belakang.
Iffah tersentak ke meja makan.
Sakit! Setitis air mata mulai mengalir.
"Ada tikus rupanya. Aku ingatkan tak ada penghuni tadi", ujar salah seorang dari mereka pula.
Iffah meronta hebat saat rambutnya sekali lagi dicengkam kuat tanpa simpati sebelum tubuhnya dilempar ke arah dinding.
BUK!
Gelap! Iffah cuma mampu mendengar suara suara sumbang mentertawakan dirinya sebelum semuanya hilang.
Huffaz menekan loceng berkali kali namun tiada yang membuka pintu. Entahlah, sudah masuk 1 jam dia depan rumah Luth tapi tiada pula tanda tanda ada orang.
Hati Huffaz berdetak tidak enak. Entah mengapa, dia juga tidak pasti. Kenapa agaknya hati ini berdetak seolah ada perkara buruk yang terjadi.
Tak betah terus terusan begitu, Huffaz mendekati jendela yang masih terbuka.
"Aunty! Oooo aunty!"
"Ada orang ke tak ni?"
"Hello!"
Masih tiada jawapan. Okey! Huffaz mengalah namun matanya meliar ke arah segenap ruang sebelum pandangannya jatuh pada kaki yang berada di lantai.
"Hello! Aunty ke tu?! ke Aqiis? Aqiis?! Woi!", nada Huffaz mula berubah kasar melihat tiada tindak balas dari manusia yang sedang terbaring itu.
Gelisah mencengkam sanubari Huffaz. Laju dia berlari ke arah kereta sebelum penukul diambil. Untung saja benda itu ada dalam keretanya.
Tak kira! Dia perlu lakukan sesuatu!
sorry lama x up. chap kalini x smpai 1k. hanya 800 sbb author nk hadkan storyline dia untuk plot plot yang author dah fikirkan. so nak taknak chap ni hanya pendek. after all, happy reading
Share this novel