Iffah masih menangis teresak esak mengenangkan apa yang berlaku. Sewenangnya maruah diri ini dirampas tanpa belas. Tanpa sedikit pun rasa serba salah dalam diri. Maruah seorang Tun Iffah Balqiis dirampas penuh kejam.
Iffah menatap jijik tubuhnya di pantulan cermin. Masih berbekas gigitan memerah bersama lebam yang mulai membiru. Kesan pergelutannya semalam. Dalam cubaan menyelamatkan diri. Sekali lagi Iffah teresak esak sebelum jatuh terduduk.
Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Betapa hancurnya diri Iffah dikala ini. Dia mencengkam rambut sendiri sebelum direntap kasar. Cuba mengatasi rasa jijik dengan kesakitan. Namun yang tinggal hanyalah rasa penuh jijik yang tak berkesudahan.
Untuk seketika Iffah hilang kawalan, pisau poket di atas almari hiasan dia capai. Dengan tangan yang terketar ketar Iffah nengelar lengan sendiri. Berkali kali!
Allah!
Dia hilang pertimbangan. Kewarasannya lenyap dibawa rasa kecewa dan jijik yang bersatu.
Bagaimana dia hendak berdepan dengan dunia yang penuh kejam ini? Bagaimanakah perasaan Mak jika tahu apa yang terjadi kepada dirinya? Akankah Mak membenci dia seperti mana dia juga membenci diri sendiri? Bagaimana pula dengan Huffaz?
Angannya musnah serta merta!
Allah mengapa kejamnya takdir yang tersurat buatnya? Mengapa semua harus jadi begini?
Iffah menangis tiada berkesudahan. Laungan azan subuh mula berkumandang. Membuatkan Iffah meraung bagai dirasuk.
Masih diterima atau tidak ibadahnya jika sudah kotor? Bermacam perkara menerjah fikiran Iffah.
Bersama kesakitan, Iffah membawa diri sambil membiarkan titisan darah dari lengannya menitik membasahi lantai.
Ketahuilah, rasa sakit itu tidak sesakit apa yang dia tanggung kini.
Usai solat subuh, Iffah memilih untuk duduk berteleku memegang quran. Helain demi helaian dibaca dengan iringan air mata yang mengalir menuruni pipi.
Iffah cuba bertenang. Mengawal dirinya dari terus hanyut melayan rasa yang mencengkam pelusuk dirinya.
'Ya Allah, kuatkan lah diri ini menahan cabaran yang mendatang. Berilah diri ini secebis kekuatan', pohonnya dalam tangisan. Dia bukanlah perwira, bukan juga wanita yang patut dimuliai tapi dia hanyalah pendosa yang diberi dugaan sebegitu berat. Dia kecewa namun untuk terus meratapi, itu hanyalah sia sia. Maruahnya tidak akan pernah kembali lagi.
"Kalau kau berani buka mulut, aku akan sebarkan video kita berdua semalam. Ingat tu!", nyaring suara Farhan menerjah gegendang telinga Iffah sebelum tangan kasar itu naik menunjal kepalanya yang masih teresak.
"Allahuakbar!" Iffah berderu deru menyedut nafas.
"Allah, kamu kenapa Eyfa? Terkejut Mak dengar kamu bercakap dalam tidur tadi. Sudah bangun. Jangan terus terusan tidur atas sejadah tu. Mari ke dapur tolong Mak", laung Hajah Harina. Maklumlah bilik Iffah bersebelahan dengan dapur.
Dia bangun tanpa menyahut. Dengan langkah longlai, Iffah berjalan ke dapur. Dia tersenyum memandang Hajah Marina.
Cuba berlagak kuat. Walaupun hakikatnya diri ini sudah begitu rapuh. Tunggu masa untuk tumbang.
"Ya Allah kenapa pucat aje ni? Kamu tak sihat ke Eyfa?" Tangan tua itu naik melekap pada dahi Iffah. "Panasnya!" Terkejut Hajah Marina.
Iffah senyum nipis seraya menolak lembuh tangan Maknya. Terasa tidak layak ibunya bertindak menyentuhnya yang kotor.
"Eyfa okay aje Mak. Jangan risau. Bukan tak biasa kalau Eyfa demam. Nanti baik dengan sendiri lah kalau telan ubat sekejap lagi", dalihnya. Dia mengambil sayur dari peti sejuk lalu berlalu untuk membasuhnya di sinki.
Hajah Marina memerhati. Sedikit walang hati tuanya. Sudahlah semalaman dia bermimpi Iffah meminta pertolongan dalam keadaan menangis. Ingin sahaja dia merempuh balik tetapi keadaan hujan lebat langsung tak mengizinkan dia berbuat demikian. Sudahnya dia diulit rasa tidak enak.
"Eyfa tak apa apa masa Mak tak ada semalam?", soalnya tiba tiba.
Iffah tersentak. Tubuhnya sontak mengeras kejang. Hampir saja tubuhnya tumbang.
Ya Allah, dia tidak kuat!
Dia kemudian menoleh, menatap dalam anak mata Hajah Marina, "Iffah baik baik saja Mak. Tak ada apa yang nak dirisaukan", ucapnya. Namun mata tak dapat menipu. Ingin ditangisi namun dia tak boleh. Kesedihannya pasti membawa berjuta kesedihan pada Hajah Marina.
Jauh disudut hati, Hajah Marina rasa ada yang tidak kena melalui pandangan mata sang anak. Namun dia tidak pasti. Dia hanya mampu berdoa yang baik baik sahaja.
Seminggu berlalu sejak peristiwa kelam itu. Dan Iffah benar benar berubah laku. Dia lebih gemar mendiamkan diri. Tiada lagi gurauan mesra seperti dulu. Tiada juga kenakalannya yang mencuit hati Hajah Marina.
Dan nyata Hajah Marina dipenuhi kebimbangan dengan perubahan drastik anaknya.
Iffah kini lebih banyak terperap di dalam bilik dan jarang bercakap. Sampai buntu Hajah Marina bertanya apakah dia baik baik saja. Namun jawapan sama meniti di bibir Iffah sebaik soalan itu diajukan. Ya, dia baik baik sahaja.
Bunyi hon dari luar menyedarkan Hajah Marina. Dia kemudian bangun melihat gerangan di luar. Buat seketika senyumannya melebar melihat Huffaz segak berpakaian kot hitam menghampiri dirinya.
Tiba tiba hatinya terdetik, mungkin saja Iffah murung kerana Huffaz pulang ke KL. Dan kini kembalinya Huffaz mestilah membahagiakan Iffah.
"Eh Huffaz, budak bertuah. Masuklah", jemputnya gembira. Huffaz cuma tersenyum senget sebelum mengekori langkah Hajah Marina ke dalam rumah.
"Iffah ada tak Mak? Fazz nak jumpa dia. Ada benda nak bagi dekat dia", ujar Huffaz sebaik melabuh duduk. Penatnya masih belum hilang. Nak buat macam mana, sebaik selesai urusan di KL terus dia memandu pulang ke sini untuk berjumpa Iffah. Rindu dengan telatah wanita itu yang sering menceriakan hari harinya.
"Ada, sekejap Mak panggil dia. Budak tu semenjak kamu pergi KL memang terperap dalam bilik aje dia. Rindu boyfriend dia ni haa"
Wajah Huffaz mendadak berubah.
Boyfriend?
Andai saja orang tua itu tahu apa yang terjadi antara mereka. Huffaz menelan liur kesat.
"Eyfa! Nak! Huffaz datang nak jumpa kamu, keluarlah", laung Hajah Marina sedikit kuat namun masih menjaga suaranya kerana kewujudan Huffaz. Tersengih sengih dia pada jejaka itu.
Sebaik itu bunyi kuakan pintu kedengaran. Terjengul wajah pucat Iffah disebalik daun pintu lengkap bertudung sarung.
"Kamu baru bangun tidur ke? Haih macam manalah nak sembuh kalau asyik tidur memanjang. Sudah, pergi sana Huffaz nak jumpa kamu", sempat lagi Hajah Marina membebel sebelum menolak tubuh itu ke ruang tamu.
Pada mulanya Huffaz agak terkejut melihat perubahan mendadak Iffah yang sedikit cengkung. Malah tubuh itu mula susut bersama bibir yang pucat tanpa darah. Sedikit tidak terurus namun wanita itu masih jelita.
Iffah duduk tanpa kata dengan jarak yang jauh tanpa memandang Huffaz.
Pelik tingkahnya di mata Huffaz.
"Eyfa, aku dah balik ni. Aku bawa kau ole ole dari KL" sebungkus kotak sederhana besar ditolak atas meja. Iffah tidak menyambut kerana jarak yang jauh. Dia cuma melihat dan mengangguk.
"Terima kasih", ucapnya perlahan.
Huffaz berasa pelik namun cuba bertingkah biasa sebelum meminta diri. Memang niatnya hanya untuk menghantar hadiah jadi selesai sudah apa yang ingin dia lakukan. Tambahan lagi Iffah seolah tiada mood. Jadi dia pilih untuk pergi. Biarkan gadis itu tenang.
Sebaik Huffaz pergi dihantar oleh Hajah Marina, Iffah mengambil kotak hadiah tadi lalu dibawa ke dalam bilik.
Bahunya mula terhinjut hinjut. Esakannya cukup perlahan. Namun mendayu dayu.
Tak!
Dia tak sanggup berdepan dengan Huffaz dalam keadaan dirinya begini. Dia tak mampu!
Share this novel