BAB 38

Romance Completed 50320

4 TAHUN KEMUDIAN

Iffah menekan loceng rumah beberapa kali. Dalam pada menunggu, tangannya mula menarik narik baju yang dirasakan agak mengganggu tubuh badan.

Wajah tua yang terjengul membuatkan Iffah berhenti akan perbuatannya. Senyuman manis wanita itu tak langsung disambut namun dia menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat.

Puan Khadijah mengerti. Sudah terbiasa dengan sikap beku wanita itu. Sejak pertama kali bersua, tak sekalipun wajah itu menarik senyum namun tidak juga wanita itu berkurang ajar.

"Nufael nak balik dah?", tegur Puan Khadijah sebaik kanak kanak berusia 3 tahun itu terkekek kekek di dalam dukungannya.

Nufael angguk kecil.

Bijak!

Nufael bertukar dukungan. Terkekek kekek anak kecil itu menyapa pelukan hangat sang ibu.

"Terima kasih Puan. Saya pulang dahulu. Assalamualaikum".

"Waalaikumussalam", balas Puan Khadijah perlahan sambil mata memerhati langkah Iffah yang agak tidak bermaya.

Kasihan pula dia rasa.

"Sekejap Aqiis!", laungnya agak kuat. Tersentak batang tubuh 2 beranak itu.

Seraya itu tubuh badannya dilolos ke dalam rumah membiarkan pintu rumah terbuka. Dalam beberapa minit, Puan Khadijah kembali bersama mangkuk tingkat.

"Saya ada masak lebih sikit. Ambil lah. Aqiis mesti penat baru balik kerja".

"Tapi..."

"Ambil aje", pesannya. Tahu Iffah agak serba salah.

"Terima kasih Puan. Ada masa nanti saya akan balas segala budi baik Puan", ucapnya agak sebak. Sungguh tak terhitung rasanya jasa Puan Khadijah dalam membantu dia sejak mengenali wanita itu.

Yang lain hanya mencemuh dan memandang dia serong. Walaupun hakikatnya dia bersedia, tapi tetap saja rasa sakit itu mencengkam sanubari. Hanya Puan Khadijah satu satunya yang sanggup membantu baik dari pelbagai segi.

Pandangan yang agak berkaca itu ditala ke arah Puan Khadijah.

Dan bibir tua itu hanya menguntum senyum.

"Pulanglah. Kesian Nufael. Mengantuk sangat dah tu. Tadi pun hampir terlelap lepas saya mandikan. Alhamdulillah juga demam dia dah kebah sedikit".

Iffah menjatuhkan pandangan pada si kecil yang sudah terlentok di bahu. Kesian, anak itu sering sahaja mendambakan perhatiannya, namun kerana kekangan masa untuk bekerja, jarang sekali dia dapat meluangkan masa bersama.

Dia kemudian mengangguk kecil kepada Puan Khadijah sebelum beredar pergi.

"Asal kau termenung dekat sini? Nufael dah tidur?", Hawa melabuh duduk bersebelahan dengannya.

Iffah hanya menjawab dengan anggukan sahaja. Mulutnya bagaikan terkunci.

"Kenapa ni Aqiis?", lagi lagi Hawa bertanya. Pelik dengan tingkah Iffah. Begitulah keadaannya sekiranya wanita itu dilanda masalah. Memendam!

"Kalau ada problem, ceritakan pada aku. Aku sudi dengar cerita kau", pujuk Hawa masih tak berputus asa.

Siapa sangka pertemuan singkat mereka di pantai dahulu ketika Hawa menyelamatkan dia dari jatuh tergolek kerana dilanggar akhirnya mempertemukan mereka sekali lagi sebagai seorang sahabat.

"Aku mungkin akan hilang kerja", luah Iffah akhirnya. Sedih sungguh. Selama 4 tahun dia bekerja keras untuk menyara anaknya, namun kini punca pendapatan dia semakin berisiko.

"Apa yang jadi?"

"Kilang tu ada masalah kewangan and end up, dibeli oleh orang. Kilang tu nanti akan diubah suai balik. Kami diberi tempoh sampai minggu depan aje Hawa. Macam mana ni? Pendapatan aku Hawa"...

"Aku kan ada. Sementara kau cari kerja, biar aku tanggung kita bertiga", Hawa memberi jalan penyelesaian.

Namun tidak dapat menghilangkan keresahan di hati Iffah. "Aku tahu kau pun tak cukup duit, Hawa. Aku taknak susahkan kau."

Hawa senyum seraya memeluk erat bahunya. "Kita akan hadapi benda ni sama sama. Jadi kau jangan risau sangat. Cukup aje gaji aku untuk kita bertiga, Insyaallah".

Iffah sandarkan tubuh pada Hawa. "Aku penat Hawa. Everytime aku cuba bangkit, aku akan jatuh balik".

"Itu tanda tuhan sayangkan kau. Dia uji kau untuk jadi perempuan yang tabah".

"Tabahkah aku Hawa? Berkali kali ujian datang, berkali kali juga aku salahkan takdir", nafas dihela lembut. Dia cuba mengawal perasaan sendiri.

Tapi mampukah dia? Terus begini? Sejak dia pergi, hati ini sentiasa merindui.

"Aku rindu keluarga aku. Tersangat sangat rindu. Setiap saat, setiap minit, setiap jam, aku rindukan mereka".

"Then, pergi jumpa mereka Aqiis", potong Hawa. Entah apa la yang Aqiis ni takutkan sangat. "Sampai bila bila Huffaz takkan mampu nak halang hubungan yang dah terbina antara kau, Luth dan Puan Sofea. He has no rights untuk campur tangan".

Tertahan tahan saja nada Hawa. Memang sejak dari awal lagi, dia kurang menyukai Huffaz. Setelah berjumpa Iffah lagilah rasa tidak suka itu bermaharajalela. Huffaz ibarat red flag yang bergerak. Tahu menyakitkan hati saja.

Dan Iffah lah yang selalu tersakiti!

"Mudah untuk dicakap, tapi tak mudah untuk dilakukan. Mungkin persepsi mereka dah berubah sejak aku tiba tiba larikan diri tanpa jumpa mereka. They might hate me".

Hawa mencebik. Geram betul dengan perangai Iffah yang suka berputus asa.

"Woi sundal, ada orang nak jumpa kau. Entah lelaki kaya mana pulak mencari kau ni", sindir salah seorang pekerja.

Iffah cuma diam. Sudah terbiasa. Telinga mula kalis mendengar setiap tohmahan, tapi tidak hatinya.

Iffah pergi untuk menemui gerangan yang ingin berjumpa dia. Entah siapa. Dia tak pasti. Sebelum ini, belum ada sesiapa lagi yang ingin menemuinya.

Agak penasaran namun Iffah cuba kuatkan langkah kakinya. Tak mungkin Huffaz bukan? Sudah 4 tahun dia menyepi, jadi mustahil lelaki itu menjejakinya kembali. Tak mungkin!

Saat tiba, matanya tak lekang disapa susuk tubuh lelaki berumur dalam sekitar lewat 30an. Sut kemas tersarung pada tubuh itu buatkan jantung Iffah mengepam laju.

"Cik Tun Iffah Balqiis bukan?", sapa lelaki itu.

Iffah angguk namun mata melihat pada tangan yang sudah bergerak membuka pintu penumpang dari kereta mewah.

"Silakan, Puan muda".

Buat seketika nafas Iffah terhenti di situ.

"Eyfa sayang..."

Iffah lap kasar air mata yang jatuh. Laju dia menepis tangan yang cuba menyentuh lengannya.

"Eyfa..."

Suara itu memanggil lagi. Ahh persetankan Eyfa! Sudah sekian lama dia matikan Eyfa!

"Apa yang Puan nak?"

"Eyfa ikut balik, jom".

"Cakap jelah, tak payah pegang", sekali lagi tangan direntap.

"Eyfa jangan macam ni", rayu suara itu lagi.

"Macam mana Puan? Hidup saya, saya tak kacau Puan so saya harap Puan tak kacau saya. Macam mana Puan hancurkan hati saya waktu tu, macam tu jugalah hancurnya hubungan antara kita!"

"I'm sorry", mata Puan Sri Arasyaf berair.

"Maaf Puan takkan kembalikan apa apa! Puan dah buang saya dan Mak saya, jadi kami pergi. So tell me why? Why fucking bother bila Puan yang buang kami?", tinggi nada Iffah. Rasa yang terbuku di dada seakan terluah sedikit.

"Mak Ngah minta maaf Eyfa. Mak Ngah terlalu pentingkan diri".

"Baguslah kalau Puan dah sedar", potong Iffah. "Sejak abang Puan mati, sejak itu kami putuskan hubungan dengan Puan. Saya dah anggap tiada apa apa yang jadi beberapa tahun yang dulu. Jadi Puan tak perlu takut untuk hilang segala publisiti dan kekayaan Puan semata sebab kami!"

"We are nothing!", sambung Iffah kasar.

Puan Sri Arasyaf menggeleng bersama air mata yang kian merembes laju.

"Pulanglah Puan Sri ke tempat Puan. Sini, bukan tempat yang layak untuk Puan", usai menyudahkan kata, Iffah berlalu pergi. Enggan menatap wajah ibu saudaranya.

'Mak dan Ayah anak tunggal' sematkan dalam kepala Eyfa macam tu.

Matanya terpejam saat kata kata Mak kembali segar dalam ingatannya.

Dulu dia terlalu kecil untuk memahami, betapa terlukanya hati Mak saat menuturkan kata kata itu. Betapa sedihnya Mak apabila wanita yang sudah dianggap adik sendiri itu membuang mereka berdua tanpa belas.

Dan detik itu juga, tiada lagi Mak Ngah dalam hidupnya!

novel ni memang bnyk watak. sorry tau kalau confuse. so siapa Iffah ni sebenarnya? hahahahahaha apa apa pun enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience