BAB 12

Romance Completed 50320

"Sorry, aku tak sengaja". Huffaz serba salah. Apatah lagi wajah Iffah mulai pucat tanpa darah. Laju tangannya menolak lembut Iffah dari ribaan.

Iffah membatu. Masih terkejut. Kenangan pahit itu seakan filem yang diulang tayang berkali kali di dalam mindanya.

Sungguh dia jijik!

Air mata jatuh menitis laju diseka tanpa Huffaz sedar. Sakitnya biarlah dia tanggung. Kerana orang takkan faham apa yang dia lalui.

"Eyfa, kau kenapa jauh dari aku? Kalau aku ada buat salah aku minta maaf. Aku tak suka hubungan kita jadi macam ni". Jujurnya Huffaz tertekan. Seakan dia bersalah namun dia tak tahu apa yang telah dia lakukan. Terseksa apabila Iffah melayannya sedingin itu.

"Awak tak salah Huffaz. Saya cuma mahu masa bersendirian. Mungkin betul cakap awak, dari awal kita tak sepatutnya buat macam ni, saya tak patut paksa awak jadi teman lelaki olok olok saya sampai sekarang semua orang salah faham tentang kita". Iffah kecewa. Kecewa kerana tak mampu memasang impian itu lagi bersama Huffaz.

Huffaz berkerut kening. Kenapa nada bicara Iffah seakan berjauh hati?

"Kenapa kau cakap macam tu? Aku sudi terima cadangan kau. Kita sudah sampai sejauh ni dah pun. Atau kau sebenarnya tak ingin tengok muka aku? Jadi sahabat aku?". Huffaz mendesak. Entah kenapa hatinya berasa sakit menuturkan kata itu.

Iffah tidak faham ke, yang Iffah adalah satu satunya wanita selain Bonda dan Soleha yang mampu dia ikut permintaannya walaupun sulit untuk dia jalani? Masihkah Iffah tidak faham bahawa Iffah adalah orang terpenting dalam hidupnya. Sahabat yang dia akan iktiraf sehingga akhir hayatnya!

"Tak Huffaz. Tolonglah faham. Saya perlukan masa. Awak tak boleh faham lagi ke?", bentak Iffah. Air mata yang ditahan akhirnya merembes membasahi pipinya. Sakitnya! Kenapa dia perlu melalui semua ini?

Dia cuba kuat! Dia cuba melawan rasa tak terdaya, namun dia kalah. Kalah sebelum bertarung!

Dia belum bersedia untuk semua ini. Tapi kenapa perlu dia hadap? Sedangkan dia tahu semuanya bakal terbongkar dan memusnahkan masa depannya sendiri.

"Tolonglah. Beri saya masa. Awak tak berada dekat tempat saya. Dan awak tak tahu apa yang saya lalui!" Tak menunggu masa lagi, dia bangkit meninggalkan Huffaz. Tak betah berlama lama di situ.

Air matanya terlalu murah sejak kejadian buruk yang menimpa dirinya. Dan dia tidak inginkan belas kasihan sesiapa.

Dia malu diperlakukan begini, dan dia malu memperlakukan dirinya begini!

Sepanjang perjalanan, Iffah lebih memilih mendiamkan diri. Membiarkan Mak bercakap dengan Huffaz.

Biarlah, dia lebih selesa begitu. Biarkan apa saja kata Mak, yang penting dia perlu menjaga hatinya. Sudah terlalu parah lukanya merebak.

Hari ini merupakan hari bersejarah bagi Mak. Kata Bonda, Huffaz mengadakan majlis bagi meraikan kerjasamanya dengan syarikat ternama di UK. Jadi Huffaz mengajak mereka dua beranak ke KL untuk meraikannya bersama.

Pada mulanya dia menolak namun tidak sampai hati pula melihat wajah berseri Mak. Akhirnya dia mengalah.

Tapi tak disangka pula mereka perlu ke sana bersama Huffaz. Fikirnya pasti Abi akan membawa mereka. Tapi silap. Abi dan Bonda serta Kak Soleha dan pasangannya bertolak sehari lebih awal dari perancangan.

Dan dia dapat agak angkara siapa kalau tak bukan ulah Huffaz Naufal.

"Senyap aje kamu Eyfa. Kamu sakit kepala?", tegur Mak di belakang.

Iffah berpaling sedikit sambil tersenyum lemah. Dia menggeleng. Cuba membuang rasa galau di hati.

Sakit kepala memikirkan perangai Huffaz. Juga rasa takut mengingat ugutan Farhan dua hari yang lalu yang dihantar melalui pesanan ringkas kepadanya.

Ahh! Lelaki itu masih tak serik menyeksa jiwanya.

"Minum air ni. Kau nampak pucat". Sebotol air mineral yang terlebih dahulu dibuka penutupnya dihulur kepada Iffah.

Iffah memandang sebelum lambat lambat mengambilnya. Bimbang disyaki oleh Hajah Marina.

"Kalau Fazz nak tahu, Eyfa ni memang mengada ngada. Sejak kecil lagi. Kalau sakit mana dia nak mengadu dekat orang. Dia tahan sendiri sampai dah teruk baru pandai mengadu". Cerita Mak tiba tiba. Iffah hanya diam. Malas mahu menyampuk.

Huffaz senyum. Mengiyakan kata kata Hajah Marina. Sementara lampu isyarat masih berwarna merah, Huffaz mengambil peluang untuk menatap Iffah.

Benar, wajah itu tampak kurang bermaya dan pucat seakan tidak sihat.

"Nanti bila sampai, kau rest dulu dengan Mak. Aku ada kerja. Siap semua kerja aku ambil kau dengan Mak bawa pergi jalan jalan"

"Menyusahkan awak pula. Tak perlu kut. Saya boleh bawa Mak jalan jalan sendiri. Lagipun saya ada kawan dekat KL. Alang alang tu boleh jumpa dia". Iffah cuba berdalih. Dia tak mahu bersua muka dengan Huffaz. Perkara itu terlalu menyeksakan.

Tapi Huffaz tetaplah Huffaz. Kedegilan Iffah tak tertanding dengan kedegilan Huffaz.

"Tak adanya. Kau dengan Mak dah jadi tanggungjawab aku sekarang ni. Sekalipun nak jumpa kawan, biarlah ada aku sekali."

Iffah mengalah. Tubuhnya kembali bersandar pada kerusi kereta.

Hajah Marina pula tersenyum dibelakang. Nampaknya sudah ada calon untuk dia amanahkan Iffah untuk dijaga apabila dia sudah tiada nanti. Tenang hati tuanya buat seketika.

"Puteri Angel Tasneem!", seru Iffah teruja. Hampir menitik air matanya memeluk sahabat yang lama dia tinggalkan. Boleh dikatakan bertahun tahun lamanya mereka tidak bersua.

Angel turut senyum terharu dan menyalami Hajah Marina sebaik pelukan mereka dirungkai. Huffaz pula lebih selesa menunggu di kereta. Katanya biarlah mereka ada privasi 'Women Time'.

"Makin cantik kau sekarang Iffah. Tengok Mak kau pun cantik. Baru aku tahu dari siapa kau warisi muka helok macam ni", puji Angel. Wajahnya tak lekang dari senyum. Meruntun hati Iffah dalam diam.

"Ada ada aje kau ni. "

"Eh jomlah, mak cik, Eyfa kita ke dalam. Aku dah tempah meja makan untuk kita bertiga".

"Mak masuk dulu boleh? Eyfa nak cakap sikit dengan Angel. Nanti ada orang tunjukkan jalan. Mak masuk je. Lepastu bagitahu nombor meja", pesannya. Syukurlah Mak tidak banyak soal, hanya angguk dan masuk.

"Asal?", soal Angel melihat wajah sebak Iffah sebaik kelibat ibu sahabatnya hilang dari pandangan mata.

"Aku tak tahan" Terus melorot jatuh tubuhnya di atas tanah. Laju tangan Angel cuba menampung.

Iffah teresak esak. Hanya Angel tempat untuk dia bersandar selain Afiqah. Sahabat mereka yang satu lagi.

Dia tidak kuat lagi. Perasaan ini seakan akan membuak ingin keluar. Dia benar benar ingin melepaskan segala yang terbuku di dada. Agar jiwanya sedikit ringin dari beban yang dipikul.

"Kau kenapa ni? Janganlah nangis. Allah, Eyfa" Angel cuba menariknya dari terus duduk di atas tanah.

"Ak..aku dirogol", luahnya tersedu sedan. Suasana hening seketika. Tangan Angel jatuh ke sisi.

Tak percaya. Angel cuba mencari kejujuran di sebalik mata Iffah. Nyata mata itu tidak menipu.

Perlahan lahan Angel melurut kebawah. Air matanya bercucuran. Namun tubuh bergetar Iffah didakap kemas. Angel cuba menyalurkan kekuatan walaupun hatinya dimamah rasa sakit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience