"Awak, nah!"
Sebuah mangkuk tingkat ditolak kepada Huffaz. Sambil tersengih sengih kakinya menguis kuis tanah.
Gedik semacam!
Huffaz sudah menghela nafas. Jam dipergelangan tangan ditilik, jarum jam sudah menginjak angka 12 tengahari. Masuk kali ini sudah 3 kali Iffah datang menemuinya dengan pelbagai tujuan. Tujuan pertama adalah untuk menghantar sarapan pagi. Tujuan kedua adalah untuk bertanyakan apakah sarapan yang dibuat itu sedap atau tidak. Ini pula dia datang beri lunch. Apa kena entah dengan perempuan itu? Huffaz pun sudah buntu.
"Apa pulak kali ni?", soalnya perlahan. Lebih kepada jengkel.
"Makanan tengahari. Kebetulan saya masak lebih tadi. Jadi ada baiknya saya kongsikan rezeki saya dengan awak", ucapnya sambil tersenyum manis. Wajah tampan Huffaz ditatap tanpa jemu.
Handsome, baik pula tu.
Selepas kejadian Huffaz menyelamatkan dia dari lemas, hatinya mula tak menentu. Rasa ingin bersua membuak buak memenuhi jiwa raganya. Cintakah itu? Entah. Yang pasti dia mahu Huffaz di sisinya sentiasa sebagai seorang penyelamat yang dia kagumi.
"Aku tak makan tengahari. Kau simpan saja. Atau pun kau yang makan. Aku tak ada selera", balas Huffaz. Punggung dihenyak kasar ke pondok kecil yang dibina di hadapan rumah ibu angkatnya itu.
Dalam masa yang sama, dia diasak ketakutan sekiranya Iffah mengetahui perkara sebenar tentang apa yang telah dia lakukan terhadap wanita itu.
"Kenapa awak tak makan? Awak sakit ke?". Tanpa meminta izin, Iffah turut melabuh duduk dengan kedudukan yang agak berjarak.
Risau jadinya melihat wajah Huffaz seakan gelisah. "Atau awak stress pasal kerja. Iyalah jadi boss besar ni bukan mudah. Apatah lagi jadi pemilik syarikat besar macam awak. Mesti busy memanjang kan?"
Mata Huffaz membulat. Timbul urat dilehernya mendengar bicara Iffah. "Kau tahu apa kerja aku?", soalnya dengan nada tertahan tahan.
Melihat anggukan dari Iffah cukup menambah bara di hatinya. Sesungguhnya dia amat pantang tentang identitinya. Hadir Iffah pula membolak balikkan apa yang ingin dia sorokkan.
"Kau dah kenapa hah? Kenapa sibuk sangat pasal kehidupan aku? Rimas la!", bentak Huffaz tak semena mena. Mata helangnya mencerlung memandang Iffah seakan mahu ditelan sahaja hidup hidup.
"Saya cuma kagum je dengan awak. Muda muda dah dapat gelaran Dato'. Saya langsung tak ada niat nak menyibuk hal awak. Saya tahu ni pun sebab Hariz bagitahu. Awak marah ke?"
Huffaz meraup wajah. Menahan amarah di dadanya. Jika diikutkan memang keluar sudah kata kata yang bakal menyakitkan hati Iffah sejak tadi. Untung saja dia menahan diri. Dia perlu sedar dia di sini bukan untuk main main. Dia ada misi yang perlu diselesaikan. Sebelum misi itu selesai ada baiknya dia mengelak perkara yang mungkin bakal merosak reputasi dirinya sendiri.
"Macam ni lah. Aku rasa baik kau balik. Tak manis kalau orang kampung tengok kau asyik datang sini. Apa pulak kata orang kampung nanti?".
"Tapi kita tak buat benda yang bukan bukan pun. Saya datang nak bagi lunch untuk awak. Salah ke?", soal Iffah kembali. Selagi dia tak salah selagi itu dia tetap dengan keputusannya.
Memang degil budak ni!
Huffaz berdecit sebal. Tak faham bahasa sungguh perempuan ni! Agaknya dia perlu keluarkan kata kata kasar atau tidak?
"Awak, awak dengar tak apa saya cakap ni?", soal Iffah sambil melayangkan tangannya di hadapan wajah Huffaz. Geram pula bila dia bercakap, lelaki itu pula sibuk mengelamun.
"Apa dia?", balas Huffaz malas. Sakit terasa dikepalanya seakan mahu pecah melayan karenah Iffah. Tetiba jadi baik. Atau mungkin sebab identitinya sudah diketahui. Mungkin saja!
Perempuan mana tidak gilakan hartanya? Semua sama! Kejarkan dia semata demi harta. Dasar murahan!
"Awak jom teman saya pergi kedai runcit depan tu. Mak saya minta saya belikan barang. Tapi banyak sangat. Saya tak boleh nak angkat seorang diri. Awak tolong saya boleh?"
"Dah kenapa pulak aku kena tolong kau?"
"Awak kan baik, handsome, takkan taknak tolong saya yang dalam kesusahan ni?"
Bijak budak ni! Macam macam kata dia tabur. Nak taknak Huffaz mengalah. Ada baiknya begitu. Lagi cepatlah dia boleh hilang dari pandangan Iffah.
Sepanjang perjalanan ke kedai runcit, Huffaz lebih gemar mendiamkan diri manakala Iffah pula sibuk berceloteh tentang kehidupannya yang mana sedikitpun tidak masuk ke otak Huffaz. Dia sibuk melihat telefon tanpa memberi perhatian pada Iffah.
"Awak, yang mana awak suka?", soal Iffah tiba tiba dengan dua biji gula gula berlainan jenis. Satu berperisa strawberi dan satu lagi berperisa oren.
"Both, aku tak suka", ringkas jawapannya. Mata Iffah membulat besar.
"Elok eloklah. Yang mana? Saya nak belanja ni?", gesanya seraya menyuakan gula gula tadi kepada Huffaz.
"Hurm Oren".
"Kenapa awak pilih oren? Buah favourite awak ke?"
"Aku pilih perisa tu tak menandakan aku suka. Aku alergik strawberi", ucap Huffaz. Matanya tak kalih dari memandang Iffah. Entah. Rasa tertarik pula nak pandang wajah bersih tanpa cela itu. Dia akui, walaupun tanpa hiasan make up, Iffah masih lagi menawan. Tidaklah cantik mengalahkan model tapi rupanya ada daya tarikan sendiri.
"Awak alergik strawberi rupanya. Tak apalah. Nah, ambil ni. Saya ke kaunter depan kejap", pintanya. Wajah riang tadi bertukar agak muram. Huffaz tidak pasti mengapa. Dan dia juga tidak kesah.
Belum sempat Iffah menapak pergi kedengaran suara seseorang menerjah gegendang telinga mereka.
"Dari tadi aku tengok bukan main kau melekat dengan anak teruna orang ni dah kenapa? Kau tu anak dara Eyfa oi. Bawak sedar diri sikit nak jaga maruah kau sebagai orang perempuan", bidas Wati selaku makcik bawang paling kepoh dalam kampung ni.
"Betul kata Wati ni Eyfa. Yang kamu menggedik sangat dekat si Huffaz ni kenapa? Kamu ni bekerja pun malas. Ada hati nak dekat anak ketua kampung", tokok Maziah pula selaku sahabat sehidup semati Wati. Kononnyalah!
"Biasalah Maz, kalau sudah namanya keturunan murahan macam tulah. Tengok maknya pula, sama macam dia. Perigi cari timba. Terhegeh hegeh kejar lelaki sana sini. Untung bapak kau yang bodoh tu kutip mak kau. Kalau tak, entah entah jadi pelacur!", lantang suara Wati sebelum ketawa disambut juga oleh Maziah.
Iffah menahan rasa yang terbuku di dadanya. Huffaz pula dialam kejutan.
Bukan main sungguh mulut puaka makcik berdua tu! Dia pula terasa berapi.
"Daripada makcik berdua sibuk hal saya, lebih baik makcik berdua kira amal kebaikan yang makcik dah buat. Takut tak cukup. Yelah orang tua macam makcik selalunya mati mengejut. Kesian lah kalau hidup lama pun dosa banyak, memang neraka jawabnya nanti", balas Iffah. Nada suaranya seakan tertahan tahan. Mana taknya, api lahar dihatinya seakan membuak buak ingin keluar.
Terus sahaja dia ke kaunter membuat bayaran. Tanpa meminta pertolongan Huffaz, semua barang barang diangkut sendiri. Dia terlampau malu untuk berhadapan dengan jejaka itu.
"Eh kamu berdua ni kenapa suka sangat menyibuk hal mereka dua beranak? Aku tahulah kau, Wati kecewa sebab kena tolak dengan bapak budak tu dulu. Benda yang lepas biarlah lepas. Yang kau lepaskan amarah kau pada budak tu kenapa?", sergah Pak Hassan. Geram dia dengan perangai Wati.
"Mengganggu ketenteraman kedai aku sungguh. Pelanggan aku semua lari sebab mulut kau lah, puaka! Kalau aku jadi suami kau, memang aku cerai talak 3 terus. Aku ni bukan baik macam Rizal tu. Ada bini macam ni pun masih lagi bertahan macam orang bodoh!", herdik Pak Hassan lagi. Kesian dia tengok wajah muram Iffah tadi. Kalau ikutkan hati tuanya memang dia sumbat selipar dalam mulut Wati dengan Maziah tadi.
Huffaz sekadar memerhati wajah Wati berubah merah. Kan dah kena. Siapa suruh mulut tu puaka sangat!
Share this novel