BAB 25

Romance Completed 50320

"Dekat sini ke boss?"

"Ya, buang je dia dekat sini", arah Farhan acuh tak acuh. Matanya ralit memain telefon. Iffah cuba meronta ronta saat jasad kaku Hajah Marina dibuang ke dalam laut.

Dia melihat dengan jelas jasad ibunya dicampak ke tebing tinggi sebelum bunyi percikan air terhasil kuat. Tidak dapat tidak, hanya air mata dia berbicara. Suaranya tenggelam dek kain yang disumbat ke dalam mulut.

Kenapa ya Allah? Kenapa harus begini. Dia tak kuat. Dia inginkan Mak!

Farhan tiba tiba mencengkam dagunya kasar, "Kau tengok tadi kan mayat Mak kau? Dan kau perlu tahu apa yang jadi dekat dia, semuanya salah kau", kasar Farhan tolak dagu Iffah kebelakang. Air mata Iffah sungguh murah baginya. Langsung tak terkesan di hati.

"Aku dah kira baik tak rogol Mak kau jugak. Kira aku ni cukup bagus sebab bunuh dia dari terus ada anak murahan macam kau".

Satu aje yang ingin Iffah gambarkan pada Farhan, lelaki itu syaitan! Memalingkan wajah ke sisi, dia tak mahu pandang wajah Farhan.

Iffah pasrah, dia akan terima takdirnya jika sudah begini pengakhirannya. Dia tidak lagi mengharapkan apa apa. Cukuplah dia kehilangan Mak dan Ayah. Dia sudah penat mencintai dan menyayangi.

Setelah agak lama perjalanan yang diambil, dalam kesamaran malam, beberapa lelaki bertubuh tegap mencampak kasar tubuh Iffah ke luar van.

Hanya air mata yang menitis menandakan impak kesakitan yang dia rasa saat tubuhnya mendarat kasar pada jalan raya. Pasti tubuhnya terdapat i dia pakai.

Allah!

Iffah hanya mampu mengucap panjang dengan kesakitan yang dialaminya sebelum pandangannya kabur serta merta.

Luthfi kerling jam sekilas. Sudah beberapa jam mereka di sini. Namun kelibat manusia masih lagi kelihatan. Ada yang tidur. Ada yang bercakap mengalahkan speaker. Ada juga yang hanya memerhati. Selebihnya makan makanan yang diberi di satu sudut.

Luthfi menghela nafas berat.

"Aik, belum apa apa dah mengeluh, asal? Nak balik?", tegur Raziq. Rakannya itu duduk bertentangan dengannya bersama dua bungkus makanan. Lama juga mereka di sini tanpa sempat menjamah makanan.

Luthfi diam tak membalas. Matanya mencerlung tajam pada Raziq. "Kalau bukan sebab Felicia memandai sertakan aku dalam aktiviti keperimanusiaan ni, mesti aku dah best landing atas katil sekarang", rungutnya. Tangan pula ligat membuka bungkusan. Lapar ni! Sejak tadi layan orang aje. Diri sendiri pun terabai.

"Relaks la. Lagipun kalau kau balik, bukan ada bini tunggu pun kan. Kau tu sendu. Hidup bujang terlajak", sindir Raziq.

"Aku baru cecah umur 30, masih muda lagi. Aku ni awet muda. Bukan macam kau, awet tua. Tapi bab mengayat perempuan nombor satu. Dasar buaya tembaga!"

Raziq ketawa kuat. Tahu Luthfi stress sekarang. Mana taknya sebaik habis shift lelaki itu terus diseret ke sini. Lagi teruk, shift Luthfi yang seterusnya bermula jam 5 pagi. Sedangkan sekarang sudah 2 pagi. Memang nasib malang sungguh. Dan dialah penyumbang kemalangan tersebut. Dia yang sengaja nak perdajalkan Luthfi. Suka benar tengok member sendiri merana.

"Siapa yang buaya?", soalan Felicia terus menghentikan tawa Raziq. Dia berpaling sambil meneguk liur kasar.

"Sayang!"

Felicia cuma angkat kening.

"Jom duduk. Biey suap sayang makan meh", dalihnya.

Luthfi yang memerhati hampir termuntah. Menggelikan!

"Sebelum aku sumbat tapak kasut dalam mulut, baik kau stop Raziq. Ada juga yang mati katak karang!", ugut Felicia. Stress sungguh dia ada tunang yang menyampah begini. Perangainya, nauzubillah...

"Nak sweet sikit pun tak boleh", rajuk Raziq. Terjuih bibirnya ke depan. Badan pula disendeng pada Luthfi.

Tapi cepat Luthfi tolak. Geli!

"Kau okay ke ni Luth? Kalau kau nak balik, pergilah. Orang lain boleh cover kau. Lagipun dah selesai tugas kita dekat sini. Cuma tunggu nak balik sekejap lagi", Felicia bertanya. Kesian juga melihat wajah kepenatan Luthfi. Kalau bukan sebab Raziq yang paksa dia tulis nama Luthfi, tak adanya dia tulis. Tugas ini sepatutnya dijalankan secara sukarela. Bukan paksa rela!

"Kau ni pun, dari tadi makan aje kerja. Orang buat kerja, kau sibuk makan", sembur Felicia pada Raziq. Kepala lelaki itu diketuk menggunakan botol air di tangannya. Dari tadi lagi dia tengok Raziq asyik melantak. Entah bela saka ke apa?!

"You ni garang sangat la sayang. Dah i lapar, i makan lah".

"Suka hati kaulah! Malam ni kau balik drive sendiri. Kereta aku Fia guna. Balik nanti aku tumpang Yura".

"Alaa, sayang...i tak drive harini. Kan pagi tadi datang kerja dengan sayang", cebik Raziq. Nak menangis. Balik jalan kaki ke dia nanti?

"Not my problem Raziq".

Luthfi hampir tergelak di situ. Melihat karenah dua makhluk itu sering kali menggeletek perutnya. Tak kering gusi lah jawabnya dengan perangai gedik Raziq, lawan pula perangai dingin Felicia.

Hidup dia berwarna warni sebab mereka lah!

Seketika suasana sunyi antara mereka saat seorang gelandangan berwajah cemas menghampiri. Nafas lelaki tua itu agak tidak teratur. Malah peluh menitik jatuh dari dahi tua itu seakan tiada henti.

Mereka bertiga terus memakukan pandangan kepada gerangan yang datang mengejut itu.

"Kenapa ni pak cik?", soal Felicia tenang.

"De...dekat sa...ssana ada orang berdarah!", ucap lelaki tua itu setelah menggigil dengan kuat.

Mereka bertiga apalagi, terus memecut ke arah yang ditunjukkan. Cemas usah dikata saat mereka menjamah susuk seorang wanita terbaring meniarap dibasahi darah.

Namun sebagai seorang doktor yang profesional, Luthfi mengetuai mereka dengan tangkas. Nadi dikesan.

Masih ada, namun terlalu lemah! Melihatkan pula pada cecair merah yang keluar dari alat sulit wanita itu, tak salah lagi, wanita itu mengandung!

"Mangsa bleeding teruk ni, call ambulans Felicia. Kau pulak Raziq, drive kereta aku. I'll go with her", arahnya. Tubuh wanita itu tanpa agak agak dicempung.

Sekejap sahaja ambulans tiba, kebetulan kerana jarak hospital yang dekat sahaja. Luthfi bawa tubuh lemah itu ke dalam dengan berhati hati sebelum diletakkan ke atas tempat yang disediakan.

"Dia tak bernafas dengan baik Doc, her breath fading away", ucap petugas. Luthfi segera mengambil tempat untuk melakukan cpr.

Di dalam hati dia benar benar berharap semuanya akan okey walaupun wanita itu kehilangan sungguh banyak darah. Risikonya sekarang, bukan setakat bayi yang dikandung sahaja terancam tapi malah ibu juga akan terancam.

Luthfi menghembus nafas lega sebaik keluar. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia menyaksikan keajaiban begini.

"Macam mana Luth?", Felicia tiba bersama Raziq.

"She's strong enough", balasnya pada Felicia bersama senyuman.

"Maksud kau?"

"We lost her a few minutes ago, surprisingly she come back to life after 2 second", terangnya. Dia masih lagi tak percaya, namun jika itu yang tertulis, siapa dia untuk menidakkan keajaiban Tuhan.

"Thank God, Luth she's fine. Baby pulak?", soal Raziq.

" Macam mak dia, anak dia sama kuat. Tapi aku nak sedikit penjelasan dari dia. For now aku nak balik rest. Bila dia sedar kau orang berdua call aku", mintanya. Dari tadi mata menahan kantuk. Letih sungguh hari ini. Terasa longlai habis satu badan Luthfi. Serasa mahu tertanggal.

"Ok. Nanti aku pantau dia. Bila dia sedar, aku call kau", balas Felicia sebelum berlalu pergi. Ada hal yang perlu dia uruskan.

Luthfi termangu seketika sebelum beredar. Namun dalam minda dia tak dapat buang wajah yang berlegar legar. Walaupun sekali pertemuan mereka tak semudah itu dia melupakan semua itu.

Agak lama dia ambil masa untuk mengecam, tapi kini dia yakin, itu adalah wanita sama yang pernah menjadi pesakitnya dulu. Itulah gadis yang dia hantar pulang! Memang tak salah lagi! Itu wanita yang sama!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience