BAB 51

Romance Completed 50320

Hajah Dhea menatang dulang penuh berhati hati ke meja makan. Dia mengeluh melihat wajah ketat Iffah. Wanita itu kini lengkap berpakaian serba putih dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam. Anggun namun wajah itu memaparkan riak masam sahaja.

Niat hati untuk menegur terus terbatal sebaik anak bongsunya muncul bersama wajah dingin.

Huffaz duduk bersama lagaknya sebelum menyuap makanan ke dalam mulut. Bukan dia tak perasan pandangan panas Iffah padanya. Tapi sengaja dia buat buat bodoh. Malas sudah dia nak bertekak dengan isterinya itu. Makin ditegur, makin menjadi pula perangainya.

“Huffaz singgah rumah ke waktu lunch nanti?”, soal Hajah Dhea. Matanya sempat menangkap reaksi meluat Iffah dihujung mata. Apa nak jadilah dua orang ni agaknya, seorang ke utara, seorang lagi ke selatan.

“Tak pasti lagi bonda. Tengok keadaan dahulu. Dah lama Huffaz tak masuk office, jadi banyak kerja yang tergendala”, terang Huffaz.

“Tak perlu pun. Tak ada yang hingin nak tatap muka tak seberapa handsome tu”, gumam Iffah perlahan tapi jelas di pendengaran Huffaz. Saja aje dia nak menyakitkan hati Huffaz. Semua sebab lelaki itu tidak membenarkan dia untuk kerja.

Habis apa yang dia nak buat selain kerja? Duduk rumah hadap dinding memanjang, macam tu? Huh, tak ada life langsung. Sambil menyumpah seranah dalam hati, tangannya sibuk mencarik carik roti bakar menjadi kepingan kecil sebelum disumbat dalam mulut.

Setiap perlakuan Iffah diperhati Huffaz dengan santai. Tahu sangat yang Iffah masih tidak berpuas hati dengan keputusannya. “Huffaz pergi dulu Bonda”, tangan tua itu dikucup penuh hormat sebelum dia menghulur tangan kepada Iffah. Tapi sengaja pula wanita itu buat tidak Nampak huluran tangannya.

Bagi Iffah pula hatinya masih sakit. Tambahan lagi, walaupun Hajah Dhea sedia maklum kepadanya tentang status sebenar dia dengan Huffaz semalam, dia masih ego. Selagi lelaki itu berkeras tidak ingin mengakui hubungan mereka, selagi itu dia tetap dengan sikap keras kepalanya. Lagipula dia merasakan ada yang tidak kena dengan hubungan mereka.

“Salam suami kamu tu Eyfa,” tegur Hajah Dhea lembut.

Nak taknak Iffah sambut jua huluran itu secara tidak ikhlas. Genggam pun sipi sipi sahaja. Jelas sungguh kena paksa.

“Lain kali salam tangan suami tu biar ikhlas yer sayang?”, tutur Huffaz sedikit mengusik seraya menggosok perlahan kepala Iffah yang dibaluti shawl. Dia berjalan meninggalkan ruangan itu dengan senyuman kecil. Sempat dia tangkap wajah merona merah Iffah saat dia memanggil wanita itu sayang. Dibalik keras kepala Iffah, sikap wanita itu masih tidak berubah. Dia berharap semoga yang baik baik sahaja dalam hubungan mereka berdua.

“Eyfa keluar lama ke?”, soal Hajah Dhea sebaik Huffaz keluar dari rumah.

“Tak pasti lagi bonda”.

“Bonda bukan apa, cuma risaukan keselamatan kamu. Sejak Eyfa sedar dari koma ni, bukannya Eyfa ingat siapa kawan siapa lawan. Buatnya orang itu cuba nak buat jahat, kita tak tahu”, nasihat Hajah Dhea lembut. Risau pula dia ingin melepaskan Iffah keluar berjumpa seseorang yang dikhabari sahabat wanita itu. Dengan keberadaan Farhan yang entah di mana, lagilah Iffah berada dalam bahaya.
“Tak ada apalah Bonda. Bonda janganlah risau sangat. Eyfa boleh jaga dirilah. Inikan Tun Iffah Balqiis Binti Araisy. Tak ada apa punya”, ujar Iffah yakin. Andai sahaja dia tahu apa yang bakal menantinya nanti.

Hajah Dhea mengeluh. Walaupun hati tuanya berat sekali untuk melepaskan Iffah keluar, dia terpaksa juga. “Iyalah, dekat luar nanti jaga diri kamu baik baik. Ada saja yang tak kena, segera hubungi Huffaz. Ini, ambil telefon Bonda. Telefon kamu tak boleh unlock password lagi kan? Jadi guna yang Bonda punya dulu”.

Iffah tetap ambil telefon Hajah Dhea biarpun telefonnya sudah boleh dibuka. Biarlah buat masa ini dia diamkan diri untuk mencari siapa dirinya yang sebenar.

“Semoga urusan kali ini berjalan lancar dan tidak tertangguh lagi ya Dato’”, Huffaz tersenyum hambar mendengar kata kata ibarat perlian itu.

“It will Tan Sri. I minta maaf atas tindakan kurang profesional I sebelum ni. That time my wife accident. I lost my everything Tan Sri”, ucap Huffaz tenang. Langsung tidak malu untuk mengungkapkan alasan mengapa dia sungguh tidak terurus ketika kemalangan Iffah.

“Oh, you sudah berkahwin? I tak tahu pula. Selama ni jejaka hangat dipasaran rupanya dah kahwin. Kecewalah perempuan dekat luar sana agaknya bila tahu Dato’ Huffaz Anafi kesayangan dia orang ni sudah berpunya”, Tan Sri berseloroh dalam terkejut dengan perkara yang baru sahaja dia dengar. Haih, melepas jua angannya untuk menjodohkan Huffaz dengan anak perempuannya.
“Ada ada sahaja Tan Sri ni. Alhamdulillah, I dah kahwin lama dah. Almost lima tahun. Wife I jenis yang low profile, that’s why I tak dedahkan sangat pada umum”.

“I see. Untunglah wife you dapat husband yang kaya, caring pulak tu”, giat pula Tan Sri Rasheed menokok tambah tanpa sedar kata katanya menyambar Huffaz ibarat petir.

Tak mampu menyorokkan wajahnya, lukisan senyuman hambar elok terukir di wajah Huffaz.

Usai sahaja perbincangan mereka tamat, Huffaz memilih untuk menenangkan dirinya di kafe itu. Kepala mula mengimbas sekali detik detik kehancuran hubungannya dan Iffah malam itu ibarat tayangan yang terus berulang ulang. Ia terus menghantuinya sehingga kini. Sekilas dia membuang pandang pada tapak tangan sendiri yang sanggup menampar wajah mulus itu.

Dengan itu Huffaz meraup wajah sendiri. Tertekan! Semakin dia cuba menolak, semakin kuat rasa bersalah dia sebagai seorang suami yang tega menghakimi maruah seorang isteri dengan mata kasar. Malah, dia bertindak mengasari dan mendera mental Iffah selama bertahun tahun. Adakah masih layak dia bersama wanita itu andai takdir kembali menamparnya ke alam reality sebaik ingatan Iffah kembali pulih?

Iffah berjalan lemah menuju bangku yang terletak beberapa meter dari pandangan manusia yang lain. Sebaik berjumpa wanita bernama Hawa tadi, fikirannya mula bercelaru. Tangan mula menggapai telefon pintar di dalam beg. Galeri dibuka. Satu persatu gambar yang ada ditiliknya.

Pantas kepalanya menggeleng dengan fikiran negatif di dalam kepala sendiri. Tak mahu terus menerus dibayangi kisah silam yang tidak pasti, dia kembali menyimpan telefon.

KRAK!

Entah dari mana bunyi itu datang, mengejutkan Iffah yang terleka. Ketakutan mula menguasainya saat satu susuk berpakaian serba hitam muncul dari arah belakang tempat duduknya. Dia segera bangun lalu berlari anak ke arah jalan raya. Firasatnya kuat menjerit amaran bahaya. Bunyi tapak kaki semakin menghampiri hampir sahaja membuatkan jantungnya melompat keluar apatah lagi cengkaman kuat jelas terasa dilengannya.

Serentak itu…

PON! PON! PON!

Allahuakbar! Iffah memejam matanya sendiri. Nyaris sahaja dia digilis lori. Situasi itu seakan pernah berlaku kepadanya, sontak itu, mata yang terpejam kini terbuka dan pandangannya naik memandang lelaki yang erat memeluk batang tubuhnya yang lemah.

“Are you crazy, sayang?!”, keras nada suara Huffaz bertanya. Wajahnya benar benar tergaris kerisauan. Andai selangkah dia terlambat, dia bakal kehilangan Iffah buat selama lamanya.

Melihat kebisuan Iffah yang masih terkejut, tak sampai hati pula Huffaz ingin memarahi wanita kesayangannya itu. Sebaliknya dia memeluk erat Iffah lalu menyembamkan wajah isterinya ke dada bidangnya, cuba menenangkan jiwa yang sedang kacau itu.

“Shuuu, I’m here sayang. Don’t be afraid. Nothing will happen”, dan tanpa sedar tangan Iffah mencengkam erat kot Huffaz.

“Not again. I’m not gonna lose you again sayang…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience