BAB 59
“Eyfa!”, suara Syed Arafi menyentakkan Iffah yang elok ingin menikam dada Farhan. Lelaki itu sudah separuh mati dikerjakannya. Jelas dada itu berombak perlahan lahan seakan sukar untuk menghirup udara.
Melihat wajah Huffaz turut berada di situ, serta merta menghentikan segala perbuatan Balqiis.
“Stop Eyfa. Ini bukan caranya untuk balas balik apa yang dia sudah lakukan pada kau. Berhenti sebelum keadaan jadi lebih teruk”, nasihat Syed Arafi berlalu bagaikan angin. Matanya hanya terpaku pada wajah kecewa Huffaz.
Adakah lelaki itu menyesal menyayanginya yang tidak ubah seperti seorang iblis? Tiada lagikah sisa cinta padanya setelah dia menonjolkan sisinya yang satu itu? Adakah kini semua peluang untuk mereka berdua bahagia sudah ranap sekelip mata?
Memikirkan kenyataan yang satu itu buatkan dia pantas menukar ekspresi dingin, “Semuanya sudah terlambat Raf. Aku sudah terlanjur mengotorkan tangan aku dengan darah. Dan kau takkan mampu halang aku walau bagaimana cara sekalipun”.
“Tak Eyfa, semuanya masih belum terlambat. Kemari pada aku Eyfa. Jauhkan diri kau daripada Farhan. Aku janji aku akan uruskan semua masalah ni”.
Tertawa Iffah dibuatnya dengan kata kata Syed Arafi.
“Bukan itu caranya Raf. Kau mungkin lupa, agaknya aku Balqiis, bukannya Eyfa. Aku uruskan masalah aku sendiri dan aku akan tanggung atas apa yang aku lakukan. Lagi pula tiada apa yang perlu aku risaukan lagi. Aku akan dapat kebahagiaan yang aku inginkan selepas bunuh Farhan”.
“Kau lupa tentang Huffaz ke?”
Kepala ditoleh kepada Huffaz. Lelaki itu hanya mematung memandang ke arahnya yang diselaputi darah. Itu pandangan jijik barangkali.
“Dia jijik pada aku Raf. Don’t try to hide it. Paling penting, aku bukan Eyfa yang cintakan Huffaz separuh mati”, katanya penuh dingin.
Syed Arafi cuba bergerak selangkah namun laju sahaja Iffah mengacu pisau. Sedia untuk mengambil sebarang tindakan sekiranya Syed Arafi berani menghalangnya. “One step closer Raf, aku akan pastikan leher kau terkelar!”
“Kau tak pandai menipu Balqiis. Baik Eyfa atau Balqiis, dua dua kongsi perasaan yang sama pada Huffaz. Kau juga sayangkan suami kau. Jika tidak kenapa sampai sekarang kau masih biarkan dia bernyawa sedangkan dia salah satu antara orang yang menyeksa perasaan Eyfa?”
Balqiis menggeleng pantas. Menafi kenyataan yang dia sendiri tahu kebenarannya.
“Sayang nak tinggalkan saya sendiri?”, setelah lama berdiam diri, kali ini Huffaz membuka mulutnya. Hati lelakinya bagai direntap pergi melihat penderitaan yang mengubah wanita itu pergi. Kemana perginya isteri dia yang lemah lembut dan sopan itu?
"Sayang sendiri tanya saya, adakah saya akan cintakan sayang walaupun sayang bukan lagi seperti yang dulu. Yes, i do sayang. Saya akan tetap sayang dan cintakan awak, Tun Iffah Balqiis sampai akhir hayat saya. Jadi tolong, hentikan semua ini. Datang pada saya sayang", pujuk Huffaz. Dia semakin mendekati Iffah. Syed Arafi pula berjaga jaga untuk bertindak sekiranya Iffah tiba tiba menyerang Huffaz.
"Betul ke semua tu Huffaz?", redup pandangan ditala ke wajah suaminya. Air matanya jatuh menitis tanpa dipinta lagi.
Huffaz angguk bersama air mata yang bergenang di tubir mata sendiri. Tangannya dihulur, meminta isterinya untuk menggapai tangannya.
"Kita buku buka baru, kita bahagia bersama. Lupakan semua dendam yang ada ya sayang?"
Iffah memandang sambil terdiam. Wajahnya diraup perlahan dengan tangan yang dipenuhi darah Farhan.
Iffah kembali tersedar. Kini dia pula mengambil alih tubuhnya sendiri.
"Datang pada saya sayang. Hold my hands..."
Kini suaminya berdiri tepat dihadapannya. Dia cuba gagahkan diri untuk bangun dengan rasa takut yang mencengkam saat menyedari tubuh Farhan ditindihnya.
Sebaik sahaja Iffah bangun, terus tubuh itu dipeluk kejap oleh Huffaz. Dia menarik wanita itu jauh daripada Farhan.
"I love you sayang, i really do", ucap Huffaz bersama kucupan syahdu pada dahi Iffah. Jatuh jua air mata lelakinya di hadapan wanita itu.
"Maafkan saya Huffaz, maaf...", pinta Iffah teresak esak. Rasa serba salah mencengkam dadanya kuat. "Saya pendosa..."
"Shuuu...", jari Huffaz ditekap ke bibir Iffah. Menghalang wanita itu meneruskan kata katanya.
Syed Arafi hampir menangis terharu ditempatnya. Dialah saksi sadisnya sebuah hidup Tun Iffah Balqiis. Melihat sepupunya sendiri kembali ke jalan yang benar buatkan dia sedar, wanita itu akhirnya layak bahagia bersama lelaki pilihannya.
"Not so fast!", teriak Farhan. Entah dari mana datangnya kekuatan, lelaki itu berlari ke arah dia dan Huffaz bersama kapak ditangan.
Dikala Huffaz dan Syed Arafi tergamam, Iffah segera menolak tubuh suaminya kebelakang sedikit sebelum dia berlari menolak tubuh Farhan.
Sepenuh tenaganya kapak ditahan menggunakan sebelah tangan manakala seluruh anggota tubuhnya dikerah untuk melawan kudrat lelaki Farhan.
Farhan terundur kebelakang sehingga ke koridor. Tanpa mampu menghalang lagi kedua dua tubuh itu jatuh dari tingkat 2.
"Sayang!", teriak Huffaz kuat. Dengan cemas, laju dia berlari ke halaman rumah diikuti Syed Arafi.
"No sayang!", sekujur tubuh Iffah dan Farhan sama sama tergeletak di atas tanah yang mulai dipenuhi cairan merah.
Huffaz tak mampu lagi mengawal tangisnya. Menggigil seluruh tubuh saat dia menghampiri Iffah.
"Sayang...", pipi isterinya disentuh perlahan. "Wake up sayang...", pipi itu ditepuk berkali kali.
Hatinya memohon supaya mata itu terbuka, namun tidak. Wanita itu diam terkaku.
Tubuh Syed Arafi jatuh melutut disisi Huffaz. Terkejut!
Sekelip mata sahaja perkara itu terjadi sehingga mereka berdua tak mampu berbuat apa.
Menggigil tangan Huffaz memeluk erat tubuh wanita kesayangannya.
Tuhan, dia berharap ini semua hanyalah mimpi. Bangunkanlah dia daripada mimpi ngeri ini. Dia mahukan isterinya!
"Macam mana keadaan 2 pesakit yang tiba tadi nurse?", terjah Raden sebaik sahaja kelibat nurse kelihatan. Susuk tubuh Huffaz dan Syed Arafi tampak sayu sahaja menanti kabar yang bakal mereka dengari.
"Pesakit lelaki yang tiba sebentar tadi kini sudah stabil. Cuma akan dipantau dari masa ke masa. Tapi pesakit wanita masih dirawat. Hentakan batu yang kuat dikepala pesakit membuatkan pesakit mengalami pendarahan beku dikepala. Buat masa ini, pesakit masih dibedah", ulas nurse itu sebelum kembali ke dewan bedah.
Tubuh Huffaz jatuh lemah ke kerusi. Syed Arafi pula cuba menahan tangisnya.
Raden diam membuang keluh melihat dua jejaka itu.
ok, nk tamat dah. mungkin dalam 1/2 bab lagi atau mungkin terus epilog. author masih berkira kira untuk happy end or sad end kan dua ketul ni. sbb perancangan asal, memang sad ending. sbb tu utusan rindu dari putera hati. sbb huffaz rindukan sosok iffah yang dah meninggal. tapi bila fikir balik, author blh juga happy endingkan dua ketul tu. cuma author masih fikir lagi. hahah saja je bagitau sbb nk reader tertanya tanya macam mana ending dia. Yes, author akui both ending sedang dipertimbangkan 50 50 dan bukan lagi mengikut rancangan asal. berdoa sajalah author lembut hati nk happy endingkan mereka berdua.
Share this novel