SPECIAL CHAPTER II

Romance Completed 50320

Panggilan Aiden sedari tadi diabaikan oleh Huffaz. Pandangannya masih ditala sepenuhnya buat Melisa mengenai projek berkenaan syarikat mereka.

"You tak nak angkat ke Huffaz? Mana tahu urgent", ungkap Melisa. Masuk kali ini, sudah 10 kali telefon lelaki itu berdering.

Huffaz menggeleng bersama senyuman. Bukan dia tak tahu, mesti Aiden nak membebel perihal Iffah.

"You boleh sambung lagi. I've got plenty of time", balasnya bersahaja.

"Oh by the way, siapa perempuan tadi? Kenalan you ke?", soal Melisa. Kesian pula dia melihat wajah tadi yang kecewa dengan penolakan Huffaz. Sedangkan boleh sahaja dia membatalkan lunch bersama Huffaz namun lelaki itu pula berkeras.

"Nope. She's my wife".

Jawapan bersahaja Huffaz membuatkan Melisa tersembur air minumannya. Wajahnya berubah tegang. "I tak tahu apa yang jadi tapi you tak sepatutnya buat dia macam tu. I tengok muka dia sedih tadi, tambah lagi macam pucat aje wife you", tokok Melisa, tak berpuas hati dengan layanan Huffaz pada wanita yang berstatus isteri lelaki itu.

Lain pula bagi Huffaz yang masih disokong amarahnya. "Biasalah bila sibuk sangat kejar kerjaya sampai abaikan suami. Itu makan dia", tanpa bersalah Huffaz berkata.

Melisa tekup mulut sendiri, "How dare you Huffaz? Itu salah, Huffaz. You sebagai suami patut tegur dia elok-elok. Itu bukan caranya nak ajar isteri you".

Huffaz angkat bahu. Sedikit terpukul dengan kata-kata Melisa namun egonya masih meninggi. Tunggulah reda sikit, dia akan pulang meminta maaf pada Iffah.

Panggilan yang masuk kali ini dari Hajah Dhea mengejutkan Huffaz.

"Sorry, i kena jawab panggilan ni kejap", ucapnya pada Melisa. Wanita itu sekadar angguk, masih dengan wajah tak berpuas hatinya.

"Hello Bonda, ada ap..."

Huffaz tiba di hospital sejurus selepas menerima panggilan daripada Hajah Dhea. Seluruh tubuhnya merinding hebat. Ruangan kecemasan ditujunya.

"Abi! Macam mana keadaan Eyfa?", soalnya sebaik menjamah wajah gusar ayahnya.

"Kami belum pasti. Belum ada sebarang berita dari pihak hospital. Kamu duduk dulu Fazz. Bawa bertenang. Kita doa yang baik-baik saje", pujuk Abi. Hati tuanya terasa resah namun memikirkan perasaan Huffaz yang mungkin lebih merasai kesan dari kemalangan tersebut, dia cuba untuk berlagak kuat.

"Eyfa kuat kan Abi? Dia takkan tinggalkan Fazz dengan Fael kan? Fazz belum sempat lagi nak mintak maaf dengan dia Abi. Tolong Fazz. Fazz nak minta ampun dekat dia, Fazz dah lukakan hati dia. Tolonglah Abi, tolong cakap semua ni hanyalah mimpi. Fazz tak sanggup hilang Eyfa lagi", rayu Huffaz bersungguh-sungguh.

Runtun hati tua Haji Ibrahim dan Hajah Dhea melihat kerapuhan sang anak.

"Kita doa yang baik-baik saje Fazz. Semua ini kehendak Tuhan. Kalau sudah tiba masanya, Fazz kena lepaskan Eyfa dengan hati yang terbuka", pesan Hajah Dhea sebak. Bahu anak lelakinya itu dipaut erat, cuba menyalurkan kekuatan buat Huffaz.

Huffaz tepis pautan Hajah Dhea dengan wajah menyinga. "Eyfa nyawa Fazz Bonda. Fazz takkan lepaskan Eyfa sekalipun Eyfa mati!", tekan Huffaz kasar.

"Ya Allah! Mengucap Fazz. Jangan bercakap macam tak ada agama. Abi tak didik kamu jadi begini. Segala yang berlaku ada hikmahnya", nasihat Abi lembut biarpun dalam hati mengucap panjang.

Huffaz masih menggeleng-geleng kepala. Tangisan lelaki seakan tiada pengsudahan. Masih jelas wajah rapuh Iffah bermain di mata dan dia dengan bodohnya membutakan mata dan hati demi ego yang dijunjung tinggi.

Doktor keluar beberapa minit usai keadaan mulai tenang. Huffazlah yang pertama meluru ke arah Doktor tersebut.

"Maafkan kami. Pesakit gagal untuk diselamatkan disebabkan oleh pendarahan yang terlalu banyak. Kandungan Puan Iffah juga turut tak dapat diselamatkan".

DUM!

Guruh seakan berdentum dikepala Huffaz. "Saya salah dengar kan Doktor?Isteri saya masih hidup kan?", bahu doktor tersebut digoncang Huffaz dengan kuat. Penuh terdesak dia merayu meminta simpati.

"Tolonglah selamatkan isteri saya. Saya tak mampu hidup tanpa dia".

"Semua ni salah kamu Huffaz. Kalau kamu tak layan Eyfa begitu, Eyfa takkan meninggal", tengking Hajah Dhea penuh tiba-tiba.

"Tak!"

"Allah!"

"Qalbi!"

Bahu Huffaz ditepuk-tepuk Iffah dengan geram. Entah apalah yang dimimpinya sehingga meracau-racau bak orang gila.

"Sayang!", raung Huffaz seraya menarik Iffah kedalam pelukan erat. Makin galak raungannya tatkala tangan lembut itu mengusap pipinya.

"Hei, kenapa ni? Qalbi mimpi apa sampai beria nangis teruk sangat ni?", soal Iffah lembut.

"Qalbi sayang hanya Tun Iffah Balqiis sampai mati", bukan menjawab pertanyaan Iffah, namun kata-kata cinta yang keluar dari bibir yang masih teresak itu.

Iffah menggeleng sambil tersenyum, "Sayang tak tahu apa yang Qalbi mimpikan but you are acting strange. Qalbi sihat tak ni? Nak ambil ubat tak?"

"Sayang!", rengek Huffaz makin teresak.

"I'm sorry sayang kalau Qalbi selalu push sayang. Qalbi janji tak halang dah apa yang sayang nak buat. Buat je semua benda asalkan sayang tak drive".

"Drive? Apa kena pulak dengan drive ni? Qalbi mimpi sayang kemalangan ke? Lawak la Qalbi ni", balas Iffah masih tertawa langsung tak kesah akan suaminya yang tersebik-sebik nak sambung menangis.

"Tak kelakarlah sayang. Mimpi tu macam nyata. Sayang kemalangan lepastu sayang tinggalkan Qalbi dengan Fael", jelas Huffaz tak puas hati.

"Sudah! Mimpi tu mainan tidur. Itulah padahnya kacau sayang tidur tadi. Sekarang bangun. Qalbi dah lewat nak ke pejabat", bahu tegap Huffaz ditepuk kuat. Tubuh sasa itu cuba dibangunkan namun tidak berjaya.

Huffaz mengeraskan badan secara tiba-tiba.

"Cepatlah Qalbi. Kerja dekat office tengah menunggu tu".

"Wait, sayang ada mengadu kan cakap sayang pening dua tiga hari ni? "

"Ya, kenapa?", soal Iffah bingung.

"Jom pergi klinik. Kita check", ujar Huffaz teruja.

"Nope lah Qalbi. Sayang migrain je. Bukan sampai tahap mengandung", jelas Iffah. Bukan tak teruja tapi acap kali teterujaan mereka berakhir kekecewaan sahaja. Dia tak mahu mengecewakan Huffaz lagi.

"Belum cuba belum tahu. Jom, Qalbi pergi bersiap kejap", laju tubuh Huffaz bingkas bangun menuju bilik mereka.

"Tahniah Puan dan Tuan. Puan mengandung 3 minggu", tutur Doktor wanita bersama senyuman.

Iffah terkaku manakala Huffaz sudah melebar senyuman sampai ketelinga.

"Dengar tak sayang? Fael bakal jadi abang tak lama lagi", bisik Huffaz teruja. Wajahnya berseri-seri.

Kedua-dua tangan Iffah digenggam erat oleh Huffaz. Berkali-kali juga dia tunduk mengucup kekura tangan Iffah untuk menzahirkan rasa bahagia dan syukur.

"Terima kasih sudi bawa zuriat kita bersama sayang", sambungnya seraya mengucup kepala Iffah.

Bibir Iffah mengukir senyum bahagia. Mengingatkan apa yang pernah dia lalui, kini dia tidak perlu risau. Huffaz ada disampingnya untuk memimpin masa depan mereka bersama.

kesian Huffaz kena marah. hehehehe. masih berbaki satu lagi chapter. author nk minta maaf atas kelambatan untuk update. author just habis final exam dan akan segera masuk era sem 3 dah. maka akan lagi sibuk sebab author dah start posting ke mana-mana daerah atau negeri. takut tapi semangat untuk diri sendiri. wish me luck everyone! happy reading❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience