BAB 34

Romance Completed 50320

Luthfi tersandar lemah sebaik keluar. Keluhan berat terlepas dari bibirnya.

"Apa jadi? Is she okay?", soal Huffaz. Sedari tadi dia menunggu dari luar. Sengaja dia ciptakan privasi. Tak mahu ceroboh privasi orang yang tidak dia kenali itu.

"Dia pengsan and bleeding. Mostly because stress, i guess. Tak ada penyebab lain lagi yang aku boleh fikirkan".

"She's gonna be okay bro".

"Well i hope so. Dia perlu kuat untuk anak dia. Lepas apa yang jadi, aku hormat dia sebab masih mampu teruskan perjuangan hidup dia", tanpa dipinta dia meluah. Entah mengapa, ringan mulut ingin bercerita.

"Suami dia ada perempuan lain ke? Aku nak tanya kau tadi tapi tak terluah pula", sedari tadi lagi persoalan itu berlegar legar dikepalanya, namun saja tak terluah di mulut. Huffaz tak mahu dicop busy body!

Luthfi membuang keluhan. "She's been through hell, but not with her husband. Aku jumpa dia dulu waktu pertama kali dia datang check kesahihan kandungan, waktu tu aku fikir suami dia ada kerja. Bila aku sahkan dia mengandung, her whole face turn pale. Dia macam nak menangis but she hold it. Rupa rupanya anak itu hasil dia kena rogol".

Huffaz tergamam.

"Later, aku jumpa dia dekat bus station dalam keadaan hujan, dia menangis seorang diri. Aku pelawa nak hantar dia balik, dia tolak. Bila aku paksa, baru dia ikut. At that time, aku fikir mungkin dia kecewa atau mungkin dia dan suami tak nak ada anak dalam masa terdekat, rupa rupanya tak."

"Suami dia tak tahu? Macam mana boleh kahwin?", soal Huffaz seakan tak berpuas hati dengan nasib yang menimpa wanita malang itu.

"Dia silap percaturan bila dia ikut saja arahan orang. She made a big huge mistake. Which did not end well for her. She lost her everything. The day i found her bleeding, itulah hari sama mak dia meninggal. Selepas dia sedar, semuanya berubah. Dia berputus asa. Hidup untuk anak dalam kandungan. Dia lost when everything she have, been gone without goodbye".

Terpejam mata Luthfi. Kenapa rasa sakitnya sehingga ke dada?

Begitu juga Huffaz. Dadanya disapa debaran kencang.

"She's had enough. She can't take anymore pain".

"Itu ujian manusia Luth. Sekalipun kau cuba yang terbaik, andai Allah takdirkan ujian itu untuk dia, we've got nothing untuk halang."

Huffaz cuba menasihat lembut. Dia tak buta menilai dalamnya rasa kasih Luthfi pada wanita yang dipanggil Aqiis itu.

Luthfi bukan sembarang lelaki yang mudah jatuh suka, namun sekali sayang, sampai mati Luthfi jaga perasaan nan satu itu tanpa cela.

"Aku tak menidakkan takdir Tuhan untuk dia. Aku hanya berharap untuk dia terus bertahan dalam keadaan macam sekarang ni untuk sementara waktu. She do really need a bit of peace in her heart", Luthfi berjeda.

"Kau pandang aku macam tu, kenapa?", soal Huffaz pelik.

"Aku dapat emergency call tadi"....

"Then? Not my problem dude. Aku datang sini nak rest okey?", sedikit melenting suara Huffaz. Jangan kata apa yang ada di mindanya ini benar!

"Kau jaga dia untuk aku, can you?"

Benar sekali apa yang dia telah.

Luthfi gila! Apa kejadah dia nak jaga Aqiis tu?

"Kau memang gila!"

"Please, only this time. Aku betul betul diperlukan dekat hospital sana and she do really need something here. Lagipun Isya ada. Aku upah Isya untuk tolong dia".

Berkerut kerut kening di wajah kacak Huffaz. "Asal aku tak tahu menahu langsung ni?"

Dan wajah kacak sahabatnya hanya mampu tersengih.

Dan ketahuilah duhai sekalian manusia, itu bukan satu petanda yang

Huffaz mengeluh. Seawal 7 pagi dia terpaksa terpacak di depan bilik seorang wanita. Tak pernah terfikir dek akal buat kerja ceng gini!

Ini semua kerana Luthfi! Baik punya kawan. Habis hancur plan dia nak bersantai santai melepas tekanan kerja. Alih alih terpaksa jadi penjaga tak berbayar.

Tersangatlah bagus! Tak sangka dia berkawan baik dengan Luthfi!

"Balik KL nanti memang aku cekik mamat biul tu!"

KLAK!

Huffaz terdiam. Ternaik bibirnya menguntum senyum kepada Puan Sofea.

"Assalamualaikum auntie, selamat pagi", mesra wanita ayu itu disapa. Cover sebab baru lepas mengutuk anak dia.

"Waalaikumussalam Fazz. Nak jemput Aqiis ya?"

"Ya auntie".

'Nak jemput tuan puteri seorang tu lah. Dah nya anak auntie tinggal macam tu aje. Sayalah yang terpaksa bersusah payah menjaga anak orang', sambung Huffaz. Cukup sekadar dalam hati. Gila kau dia nak cakap macam tu?!

"Mana d...", terus terkatup bibir sebaik wanita lengkap berpurdah berdiri tegak di belakang Puan Sofea.

Huffaz mengecilkan mata. Apakah?

Dengan sepasang mata manja nan indah bak mutiara milik si dia menimbulkan sedikit debaran di dada.

Kau jangan buat hal Huffaz! Ini pujaan member sendiri! Syaitan, jaga jarak please....!

"Aqiis gerak dulu mama. Ada apa apa nanti Aqiis call okey?", pesannya sebelum tangan tua itu dikucup berlapiskan kain yang menutupi separuh dari mukanya.

Sebaik menutup pintu bilik, Aqiis ambil nafas sebaik mungkin. Risau takut tergolek depan Huffaz. Dia kira bernasib baik sebab sempat melihat susuk Luthfi dan Huffaz beriringan semalam. Barulah dia tahu kenyataan bahawa Huffaz adalah sahabat baik Luthfi.

Gila! Kecil sungguh dunia ni agaknya!

"Aqiis right?", penuh berkarisma suara garau itu bertanya.

Aqiis tertelan liur sendiri.

"Well yes i do really look like Luth that is why you bother to ask right?", sindir Aqiis. Sengaja nak berlagak tenang.

"Easy girl, i'm just asking to confirm it", balas Huffaz tenang juga. Malas diambil pusing. Lagi cepat mereka bertolak, lagi cepat juga kerja mengasuh anak orang ini selesai.

"Jom", pelawa Huffaz senada. Wajahnya sungguh dingin. Malah lebih dingin berbanding di awal perkenalan mereka dahulu.

He's changed! And that because of me!

Sebak cuba ditahan, sambil kaki pendeknya cuba melangkah menyaingi langkah kaki panjang seorang Huffaz Anafi.

Sepanjang mereka berjalan ke bilik Farisya, selama itu juga kejanggalan mengambil tempat. Antara mereka, tiada satu pun yang ingin berbicara. Baik Iffah yang tenggelam dalam rindu yang menggebu dan Huffaz yang hanya fokus untuk segera beredar usai tugasnya selesai.

Namun seketika suara Huffaz memecah keheningan antara mereka berdua.

"Kalau kau dekati Luth semata untuk harta, you better watch out. This is my warning, kau better berambus kalau betul dari awal niat kau hanya untuk permainkan perasaan dia".

Langkah Iffah tiba tiba terhenti. Matanya naik menikam pandangan Huffaz.

"I've met a lot of women like you. Acah acah play victim, diam diam mengikis", sambung Huffaz. Dan kata katanya itu benar benar melukakan hati Iffah.

Jadi Huffaz benar benar tidak menyisakan satu pun kepercayaan pada seorang Eyfa sedangkan selama perkahwinan mereka, masih berbaki kenangan yang agak manis walau Huffaz menikahinya secara terpaksa.

Sekarang Iffah rasa macam nak tergelak. "Jadi, awak cuba samakan semua perempuan atas muka bumi ni sama? Kaki pengikis? Kaki penyondol? Perempuan murah? Then how about ibu awak, i bet she's a women, so she must be one of us right?", lantang Iffah membidas sehingga merubah wajah Huffaz.

Sah sah lelaki itu bengang bila dia petik ibu bagai, tapi ada dia kesah? Huffaz sudah agak melampau tadi. Hanya kerananya, Huffaz seolah ingin menyamakan semua perempuan atas muka bumi ni!

What a bullshit is that?!

"Listen here, saya taknak jadi kurang ajar and saya taknak create any problem, we both here datang nak tenangkan fikiran dan masalah masing masing. So step away from trouble. We both taknak bergaduh, especially we don't know each other. Simply to say, awak jangan sesuka hati jump into conclusion sendiri and not to worry, i mean no harm toward Luth", panjang lebar dia memberi penerangan. Kadang letih juga asyik kena tuduh macam ni. Rasa sungguh tak berguna diri sendiri bila tak mampu mempertahankan hatinya yang terluka kerana mulut orang.

Huffaz mendengus. Egonya sedikit tercalar dengan gadis genit itu, "Whatever it is, if anything happen, i will find you for sure and it won't be good", keras amaran dari Huffaz.

Iffah menatap geram. Eii dia ni kan...! Memang jerk!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience