BAB 43

Romance Completed 50320

Air minuman disisip penuh ketertiban. Melilau lilau mata dia larikan ke sekeliling restoran. Pura pura tak nampak sebenarnya akan Luthfi yang masih setia pandang wajahnya.

Malang sungguh nasib bila perlu bertembung serentak dengan Huffaz dan Luthfi. Agaknya takdir pun sedang ketawakan dia.

"Kenapa awak hilangkan diri selama ni? Puas saya cari, awak ke mana sebenarnya?", soal Luthfi serius. Air minuman Iffah ditolak ketepi hingga terlepas hujung straw dari bibir wanita itu.

Terkejut Iffah dengan tindakan spontan Luthfi hingga dia memandang tidak percaya.

"I ask you Aqiis, where have you been all this time? Tahu tak mama risau gila bila malam itu awak tak pulang. Saya hampir hampir report polis tahu tak?"

Iffah menghela nafas. Ini yang dia lemah. Mama! Dia rindukan wanita seperti sosok ibunya itu. "Saya pergi sebab saya mahu Luth", jelas Iffah tanpa putar belit lagi. Betul la. Sejak dari awal lagi, rancangannya hanya untuk bersama mereka buat sementara. Tiba masa dia pergi jua. Cuma kepergian dia terlalu awal saja.

"Awak perlu faham, saya tak mahu bebankan awak dan mama. Sebab saya bukan tanggungjawab awak dan mama. Saya, bukan sesiapa Luth".

"You are someone, part of my family. Our family", tegas Luthfi.

"Saya berterima kasih sangat sebab awak selalu ada dengan saya, terima saya sebahagian dari keluarga awak, tapi ini bukan tempat saya Luth. Saya nak hidup berdikari. Saya ada keluarga saya sendiri", Iffah cuba memujuk. Dia mahu Luthfi faham, dia tak akan lagi terus bergantung pada seseorang dan menjadi lemah.

Dia serik sudah!

"Baiklah Aqiis. Saya terima keputusan awak tapi if you need anything, saya sentiasa ada." Luthfi mengalah juga akhirnya. Sudah itu putus Iffah, dia tak mampu lagi untuk menghalang.

"So how's life? Cerita pada saya tentang your little angel".

Iffah memandang lurus ke arah Luthfi dengan ukiran senyuman hambar di bibir.

"Ayah, kita nak pergi mana ni?", soal Nufael petah. Dia yang berada di pangkuan Huffaz asyik bermain dengan tangan berurat lelaki itu.

Selesa! Dia ada ayah!

Huffaz tersenyum sebelum tunduk memandang Nufael. "Kita pergi jalan jalan".

"Kenapa tak bawa ibu sekali? Nanti ibu merajuk", kanak kanak itu masih lagi bermain dengan tangannya namun mulut itu masih bertanya.

Perlahan lahan tangan Huffaz naik membelai rambut Nufael. Menikmati keadaan mereka begitu. Beginikah hidupnya jika Iffah setia dan hanya cinta padanya? Agaknya beginikah masa depan mereka?

Ada anak bersama? Bahagia?

Dalam fikirannya kusut ada satu tangan memintal mintal tali leher miliknya hingga tertunduk Huffaz dibuatnya.

Bersama sengihan comel, Nufael mencucuk pipinya.

"Ayah termenung eh?", usik si kecil. Galak jari kecil comel itu menyucuk nyucuk pipinya.

Huffaz kemudian menolak lembut kecil jari jemari itu.

"Nufael nak apa? Bagitahu ayah, nanti ayah belikan", ujarnya tiba tiba. Biarlah Nufael menjadi tempat dia melampiaskan kasih sayangnya.

Dia ingin mempunyai anak, tapi untuk mencintai, itu terasa agak mustahil baginya. Kerana pintu hatinya seolah olah sudah tertutup rapat sejak 4 tahun yang lalu. Kesakitan yang Iffah tinggal, merobek hatinya yang tulus mencintai.

"Nufael nak ayah kahwin dengan ibu, boleh?", tanpa ragu ragu soalan itu ditanya. Alah, budak kecil, tidak faham sangat erti kahwin, yang dia tahu, kahwin adalah dia, ibu dan ayahnya hidup bersama.

Mata Huffaz terjegil luas. Lain yang dia cakap, lain pula yang Nufael minta. Susah pulak tu permintaan dia.

Sehinggakan pemandu di hadapan menahan gelaknya dari terhambur. Kesian sungguh dia lihat wajah pucat Huffaz nak menjawab.

Lain macam sungguh permintaan anak angkat majikannya itu!

Dua pasang kaki yang berjalan itu mula berhenti sebaik ditahan seseorang. Tanpa niat untuk membuka mulut, Huffaz menarik Nufael ke depan.

Enggan sekiranya soalan perihal Nufael dibangkitkan.

"Abang!", jerit suara itu geram bila mana Huffaz mengabaikannya. Sengajalah tu! Laju dia berlari anak mengejar Huffaz dan kanak kanak yang tak dikenali itu.

Dengan drastik, Farisya merentap lengan Huffaz hingga lelaki itu tertarik sedikit kebelakang diikuti si kecil berambut brown itu.

Terkebil kebil kedua duanya memandang dia. Dia tak buat salah okey!

Huffaz memandang Farisya seolah olah wanita itu masalah terbesar dalam hidupnya.

Betul lah tu! Sekejap lagi gunung berapi nak meletus!

Selesai membuat sarapan, Iffah mula mengatur langkahnya ke pintu. Membiarkan Hawa dan Nufael yang sedang menikmati sarapan mereka. Begitulah kebiasaannya.

Dia lebih gemar untuk mengikat perut. Satu satunya kasut yang dia ada disarungkan ke kaki.

Iffah bangun dalam keadaan tidak sudinya untuk ke tempat kerja.

Sungguh dia tak ingin melihat wajah Huffaz. Rasa macam nak sembam ke tanah. Biar lelaki itu sedar langit tinggi ke rendah?

Berani sungguh Huffaz mengugut dia semalam melalui panggilan. Sungguh biadap!

"Hawa! Aku gerak dulu!", laungnya sambil menoleh pada dua manusia di meja makan. Dia melambai kecil ke arah Nufael sebelum keluar.

Baru sahaja kakinya melangkah keluar, telefon mula berdering. Iffah sempat mencebik saat melihat nama si pemanggil.

Haih, mengganggu betul! Tak boleh ke biarkan hari harinya berlalu dengan tenang?

Dengan malas dia meleret butang hijau. Telefon ditekapkan ke telinga.

"Apa lagi yang Puan Sri tak puas hati dengan saya?", semburnya sebaik panggilan bersambung. "Cukuplah Puan Sri. Saya penat nak melayan Puan Sri. Saya ini bekerja, bukan macam Puan Sri. Tak bekerja pun harta Puan Sri tak meluak. Tujuh keturunan pun tak habis".

"Eyfa...."

"Stop calling me Eyfa! Eyfa sudah lama mati!", pintas Iffah kasar. Naik turun dadanya menahan rasa. Tak suka langsung bila dipanggil Eyfa. Eyfa itu wanita lemah! Dan dia tak ingin menjadi lemah!

"I'm sorry sayang. Mak Ngah tahu, Mak Ngah salah. Bagi Mak Ngah peluang nak tebus kesalahan itu", rayu Puan Sri Arasyaf di hujung talian.

Namun kata kata itu ibarat kaca yang menghempas hati Iffah. Senang sungguh manusia, berbuat salah, kemudian cuba untuk meminta maaf dan kembali lagi sedangkan lukanya masih berdarah.

"Saya tak pernah ada Mak Ngah. Mak dan ayah saya anak tunggal! Dan saya tak perlukan simpati dari Puan Sri. Saya tak pernah hamak dengan hak milik Puan Sri!", bergetar suara Iffah. Dia cuba menahan rasa sakit dan tangisannya dari pecah.

"Jadi berhenti ganggu saya!", ucap Iffah seraya mematikan panggilan.

Buat seketika dia terdiam di tempatnya sebelum kedua dua bahu itu mula terangkat dengan sedu sedan yang menyayat hati.

"Aqiis?"

Suara itu!

Iffah mengangkat pandangan bersama sisa air mata yang masih berjuraian.

Di saat dia kesusahan, menderita, sedih dan lemah, hanya insan itu yang ada, tiada yang lain.

Hanya orang itu yang sanggup menghulurkan tangan padanya saat dia ditampar realiti yang kejam.

Mengapa?

Kenapa dia?

Tanpa mampu ditahan lagi, kakinya pantas berlari memeluk erat Luthfi bersama tangisan yang semakin menjadi jadi.

Dibalik dada, Luthfi dapat mendengar rintihan sayu Iffah.

"It hurts..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience