BAB 23

Romance Completed 50320

"Lepas Farhan" Iffah memberontak. Sebolehnya dia cuba melepaskan diri dari cengkaman erat Farhan.

Cukup! Dia tak mahu terus lemah. Dia mahu bangkit. Tak mahu terus dipijak pijak oleh lelaki licik itu.

"Jangan garang sangat. Kau nampak seksi garang macam ni" garau suara Farhan membisik kata kata itu.

Berdiri seluruh roma Iffah. Dengan kudrat yang dia ada, dikerah sepenuhnya untuk menolak tubuh Farhan menjauh darinya.

Dia selama lamanya milik Huffaz, bukannya Farhan! Tubuh ini, selayaknya untuk suaminya sahaja!

"Kau takut dengan aku?" ejek Farhan. Menyinis.

Tangan dikepal. Bila bila masa ringan untuk dilayangkan ke muka Farhan.

Lelaki tu tak guna! Tak cukup sekali nak permainkan maruahnya. Memang spesis jahanam!

"Aku tak takut dengan kau!" ucap Iffah. Nadanya ditekan. Dengan berani dia membalas tatapan Farhan.

"Kau ni ada bakat jadi pelawak, kau tau?"

"Stop bazirkan masa aku".

"Fine", tangan Farhan melayang di udara. Tanda mengaku kalah. "Tapi kau perlu ingat Eyfa, sampai bila bila aku takkan biar kebahagiaan jadi milik kau berdua. Dan aku akan pastikan dunia kau musnah. Kau hilang segala galanya. Ingat!" ujar Farhan sambil melanggar kasar bahu Iffah.

Laju tangan menekap perut. Dia mengucap nama Allah di dalam hati. Hampir dia jatuh tadi.

"Kenapa asyik monyok aje? Tak suka datang sini?"

Dia menghadiahkan senyuman nipis kepada Huffaz yang melabuh duduk di batu dikeliling sungai.

"Bukan. Saya cuma rasa macam nak have time untuk diri sendiri. Iyalah balik KL nanti busy. Saya kan dah nak start kerja".

"Betul jugak. Aku lupa kau nak start kerja. So apa preparation? Ready dah?"

"Alhamdulillah. So far okay. Rasa bersedia. Tapi belum mula, belum tahu kan?"

"Baguslah dalam kepala dah disetkan untuk bersedia terima apa jadi. Biasalah hidup bekerja nanti banyak halangannya. Kalau tak masalah dengan orang atasan, masalah dengan kawan sekerja. Apa apa pun mental kena kuat. Sebab itu kena berazam, kita kerja ni demi rezeki. Demi sesuap nasi. Barulah kita bersemangat nak kerja." panjang lebar nasihat Huffaz. Iffah diam mengangguk angguk setuju dengan kata kata suaminya.

"Mesti rasa teruja nak mulakan life baru? Dikelilingi orang baru, persekitaran baru?"

Iffah tersenyum. Tipulah jika kata tidak. Tapi dia lebih rasa takut yang mencengkam. Sejak dulu lagi dia merupakan seorang introvert. Hanya Angel sahaja yang boleh memahaminya. Orang lain tidak mampu!

"Rasa excited itu ada, tapi biasa biasa aje."

"Betul? Mana tahu nanti terjumpa dengan lelaki handsome, macam mana?", soal Huffaz menduga. Dalam dia tenung wajah Iffah.

"Lelaki handsome?Puff", sakan Iffah ketawa. "Muka saya ni tak ada sesiapa nak. Setakat pandang sebelah mata. Entah entah jeling pun tidak", ucap Iffah.

Merendah diri sungguh. Tapi bersebab! Dia sedar siapa diri dia. Angan dia tidak tinggi. Cukup sekadar Huffaz mampu menyayangi dan menerimanya seadanya.

"You're pretty enough. No one can compare to you", Huffaz serius. Iffah ditenung penuh kekaguman.

Iffah hampir tersedak air liur sendiri dengan kata kata romantis yang dilempar kepadanya. Buang tabiat agaknya si Huffaz ni.

"Abang Huffaz...", panggilan dari Rozana mengganggu kami. Terpancar riak menjengkelkan darinya saat memandang kami bersama. Ini mesti ada yang tak kena!

Iffah menghembus nafas berat. Dengan rasa malas dia melangkah ke depan dengan perlahan. Pandangan dari Farhan sungguh merimaskan. Tak sedar agaknya lelaki itu yang isterinya cuma berada di sebelah. Geram rasanya dia nak cungkil biji mata Farhan.

"Jom sayang", Huffaz datang mengganding tangannya bersama.

"Kita cari bahan mentah dulu, biar dia orang berdua cari barang keperluan sendiri", ucap Huffaz membawa laluan ke bahagian mentah.

Beberapa perkara dibeli, sebelum berpuas hati, sempat Huffaz tariknya ke bahagian pakaian wanita.

"Kita buat apa dekat sini?", Iffah tertanya tanya.

"Makan", balas Huffaz sepatah.

"Seriuslah. Awak ni kan...", Iffah mendengus manja.

"Kau kan nak start kerja, apa salahnya pakai baju baru".

"Alah dalam almari tu berlambak lagi baju yang saya tak pakai. Jadi jangan membazir", Iffah mula berkira kira untuk beredar sebelum Huffaz menarik pergelangan tangannya. Terus melekat rapat tubuh mereka berdua.

"Kut iya pun nak bersweet bagai, tunggu dekat rumah nanti sayang", usik Huffaz.

Merah muka Iffah jadinya bila beberapa pasang mata memandang keadaan mereka yang sedang berpelukan.

"Malu dekat orang", tolaknya. Huffaz dipandang tajam.

"You're my wife after all. I can do whatever i want sayang".

"Wife sekalipun, kemesraan kita bukan untuk ditonjol kepada orang awam", Iffah berjauh hati. Dia amat tidak suka dengan apa yang Huffaz buat tadi. Perkara tu mengingatkannya kepada apa yang dialami Hajah Marina ketika berkahwin dengan ayahnya.

Hajah Marina dibenci ramai orang hanya kerana tuduhan tak berasas orang kampung terhadap ibunya. Bagi mereka, ibunya tidak layak bersama ayahnya. Yang mana sememangnya salah!

Tapi itulah pendapat orang kampung. Selamanya tak mampu diubah persepsi orang. Mujurlah sekian lama peninggalan ayahnya, ramai orang kampung yang mula endahkan kisah tuduhan tak berasas itu dan memilih untuk uruskan hal mereka sendiri.

"Sorry . Niat aku cuma nak bergurau dengan sayang. Tak tahu pula sayang tak suka", serba salah pula Huffaz. Wajah Iffah berubah sebaik dia bergurau begitu tadi. Jelas sangat wanita tersebut tidak menyukai tingkahnya.

Iffah mengeluh tanpa memandang Huffaz, "Sudahlah, jom kita pulang. "

"Kejap, kita beli pakaian dulu", halang Huffaz.

"Lagipun aku teringin nak belikan pakaian untuk kau, sebagai tanda menghargai kesudian kau terima aku sebagai suami walaupun cara kita berkahwin itu, faham fahamlah macam mana", ucap Huffaz seraya menarik Iffah. Iffah akhirnya pasrah.

"Belum siap membeli belah?"

Huffaz buang pandang ke tepi. Tersenyum dia menyapa Farhan dan Rozana.

Mata dijuling ke atas. Iffah sebal! Kenapalah makhluk dua ekor ni perlu muncul depan mereka?!!

Malam selepas hari yang panjang, sungguh badannya agak letih. Apatah lagi pening kepalanya makin menjadi jadi. Dia bernasib baik morning sicknessnya sudah hilang. Jika tidak, jenuh dia berkurung dalam rumah ni.

Dia santai berbaring di atas katil tanpa menghiraukan dentingan notifikasi yang bertalu talu masuk. Entah siapa, dia tidak peduli.

Saat ini, kepalanya sakit dan serabut. Terlalu banyak beban sarat ditanggung olehnya.

"Apa dia?", jawab Iffah malas sebaik panggilan bersambung. Dua kali sudah telefon berdering, mahu tidak mahu dia terpaksa juga angkat.

Bising!

"Apa yang kau merepek ni Farhan? Aku dah cakap stop ganggu aku. Kau juga yang letakkan perjanjian antara kita. Tak ada lagi istilah kita lepas apa yang jadi!", tengking Iffah hilang sabar. Geram melayan karenah Farhan yang seakan tak faham bahasa.

"Fine! Aku keluar!", panggilan ditamatkan. Iffah bangun menuju pintu untuk keluar. Sebaik memastikan tiada sesiapa di ruang tamu, dia menyelinap keluar menuju pondok di belakang rumah.

"Cakap apa yang kau nak cakap!", sergahnya pada Farhan. Tak mahu membuang masa sementelah ahli keluarga yang lain masih terjaga. Huffaz pula berada dalam tandas. Ini saja peluang yang dia ada.

Elok lelaki itu duduk bersandar di tiang pondok tanpa wajah bersalah.

"Duduk dulu. Kita borak borak kosong".

"Aku tak nak bazirkan masa aku untuk orang tak guna macam kau", pintas Iffah tegang. Dia kesini bukan untuk santai santai berbual, dia kesini untuk selesaikan perkara antara mereka.

"Kau tak nak tahu kenapa aku buat macam ni?", soal Farhan perlahan. Dia menggamit perhatian Iffah.

"Tak ada alasan atau sebab yang membolehkan kau buat aku macam ni Farhan!", jerkahnya kasar.

"Kau lukakan aku! Kau calarkan maruah aku!"

"Kau puncanya!", Farhan bangun. Berhadapan dengan Iffah.

"Kau masih tak sedar apa yang kau buat. Kau masih sombong!", Farhan menolak kasar bahu Iffah berkali kali.

"Dan kau masih bodoh", serentak itu Farhan menariknya jatuh ke atas badan lelaki itu yang kini elok terbaring di atas pondok. Posisi mereka sungguh mengaibkan.

"Kau memang tak faham apa yang aku cakap kan? Hubungan kita dah tamat. Aku sayangkan Rozana!", ucap Farhan tiba tiba membentak. Iffah mula terpinga pinga.

"Dasar perempuan murah! Bangun kau!", sontak itu tubuh Iffah ditarik kasar oleh sepasang tangan.

Mak Lang menariknya dari arah belakang bersama wajah bengis.

PANG!!!

Satu tamparan hinggap di pipi Iffah. Dia terkesima. Berkerut dahinya menahan sakit. Merah padam mukanya. Air mata sudah pun bergenang di tubir mata. Hanya tunggu gugur sahaja.

Tidak semena mena, sekeping gambar dilempar ke mukanya. Iffah tersentak. Entah dari mana mereka dapat, dia tidak peduli. Yang penting adalah Hajah Marina.

Dia memandang wajah kecewa sang ibu yang sedang menitikkan air mata di satu sudut tempat itu.

Share this novel

HaQiFa°
2023-11-06 16:14:21 

betul tu. Eyfa dah hilang kepercayaan orang yang dia sayang

Hawani Hashim
2023-11-05 21:59:27 

Kan elok berterus terang dr awal terutama pd mak sendiri sekarang 100%orang tuding jari ko yg salah dan hufazz xcaya pd ko dah


NovelPlus Premium

The best ads free experience