Iffah masih termenung. Makanan yang terhidang langsung tidak menarik perhatiannya seperti selalu. Dia asyik membuang pandang ke arah dada langit.
"Tak makan? Kau tak suka apa yang aku order? Nak aku tukar ke?" soal Huffaz menyentakkan Iffah kembali ke dunia nyata.
Sedar tak sedar sudah hampir seminggu dia berkampung di KL. Masih berbaki satu hari lagi sebelum dia pulang ke tempat asalnya.
Dia berkira kira sama ada ingin meluahkan saja perasaannya pada Huffaz walaupun Huffaz mungkin akan menolaknya mentah mentah. Kelak di masa hadapan, dia tidak perlu menyesali tindakan pengecutnya.
"Huffaz" seru Iffah teragak agak.
"Apa? Kau nak tukar order?" pintas Huffaz sambil mengjungkit kening.
Iffah balas dengan gelengan. Tangannya mula terasa sejuk semacam. Dia masih berperang dengan diri sendiri.
No! Dia tak boleh begini. Dia perlu luah segalanya. Dia tak mahu menanggung penyesalan. Lagi pula, walaupun Huffaz menolaknya atau memilih untuk menjauhkan diri, dia masih mempunyai kenangan mereka sebagai sahabat. Itu sudah memadai.
"Huffaz saya....."
"Apa?" Huffaz mula ternanti nanti.
Belum sempat Iffah menyatakan perasaan yang terbuku di dadanya, terasa satu lonjakan dari tekak.
"Saya pergi toilet kejap" bingkas dia bangun. Rasa loyanya sudah tidak tertahan lagi. Sebaik dia masuk ke dalam tandas, semua isi perut sudah dimuntahkan ke sinki.
Tubir mata Iffah berair. Perit dia rasakan di tekaknya seakan tidak mahu hilang. Malah mulutnya masih ingin memuntahkan sesuatu walaupun semua isi perut telah keluar.
"Allah..." Iffah tersandar lemah ke dada dinding tandas. Nafasnya agak semput dek rasa yang menjalar ke suluruh tubuhnya. Lemah. Dia seakan tiada tenaga yang tersisa.
Perlahan lahan tubuh melorot jatuh. Nafas yang hilang seakan cuba diambil namun dadanya masih terasa sempit.
"Puan? Puan okey ke?" soal seorang wanita yang dia teka sebagai pekerja di situ. Di raut wajahnya terpeta kerisauan.
Iffah mengangguk lemah. Suara sukar untuk dikeluarkan buat masa ini.
"Puan perlukan apa apa? Atau perlu saya panggil suami Puan dekat luar?"
Iffah menggeleng pula. "Awak boleh pergi. Jangan risau. Saya baik baik saja" ucapnya bersama suara serak.
Iffah bagaimanapun cuba bertahan dan kembali ke meja makan. Namun apa yang dilihat seakan menyiat hatinya dengan rakus.
Huffaz yang tersenyum manis dipelukan seorang wanita yang tidaklah seksi namun tidak memakai hijab.
Dalam debaran menggila Iffah tetap melangkah mendekati.
Huffaz yang sedar kehadiran Iffah menolak lembut wanita tadi dari memeluknya.
"Eyfa, kau okey? Lama sangat dalam toilet. Aku hampir nak cari kau".
"Ramai orang" balasnya. Sedikit walang kerana saat ini lengan milik Huffaz dipeluk erat oleh wanita tadi. Masih begitu, dengan posisi mesra. Dia tersenyum hambar membalas senyuman yang dilempar si wanita tak dikenali itu.
"Oh ya! Aku lupa, kenalkan ini Farisya. Someone special dalam hidup aku"
Dup!
Someone special? Jadi Iffah pula siapa? Bukan sesiapa. Hanya penghibur Huffaz dikala jejaka itu kesepian.
Ah! Huffaz buatkan dia makan hati. Seolah batu besar menimpa hatinya untuk Huffaz, dia kecewa. Mengapa Huffaz beri dia harapan, sedangkan sudah berpunya?
"And Sya, kenalkan ini Iffah or you can call her Eyfa. Semua orang panggil dia macam tu".
Lagi sekali hati Iffah dimamah kesakitan.
Semua orang? Pembetulan, hanya yang rapat dengannya sahaja.
Kenapa Huffaz? Kenapa perlu menyakiti dia seperti ini?
Farisya diam. Entah mengapa ada aura yang lain bila wanita yang diperkenalkan sebagai Iffah itu diam tanpa bunyi.
"Abang, she look horrible" bisiknya perlahan ditelinga Huffaz. Dan semua itu jelas terakam oleh Iffah.
"Kenapa you cakap macam tu? Tak baiklah" Huffaz menegur.
"I mean it abang. Tengoklah dia macam dalam dunia sendiri"
"You jangan tuduh macam macam Sya. You nak cakap kawan abang gila ke?"
"No! Not like that. Sya nampak macam dia ada problem aje. She look like she was lost. Her eyes telling me she was in pain. In other words, Sya predict that she is having depression"
Huffaz tergamam. Tidak percaya akan kata kata Farisya.
"Don't be so rude Sya. Abang tak suka"
"I'm not being...."
"Saya nak balik"cantas Iffah. Tak sanggup lagi dia melihat sandiwara di depan mata. Sakit mata yang melihat, sakit lagi hatinya yang menanggung. Biarlah apa mereka berdua ingin bisikkan, yang dia tahu, dia ingin segera pergi.
"Aku hantar" Huffaz segera capai telefon dan dompetnya di atas meja.
"Tak perlu. Saya dah tempah grab. Enjoy your meal. Assalamualaikum and one more, you guys nampak sepadan bersama. Eloklah dipercepatkan perkahwinan. Tak elok tangguhkan benda yang baik" ucapnya menahan air mata dari menitis. Mulutnya sendiri lancang menyakiti hatinya. Mungkin untuk sedarkan diri, dia cuma seorang perempuan yang murah.
Sepanjang perjalanan, Iffah tak mampu menahan lagi air mata dari tumpah. Hatinya kecewa teramat.
Dalam esakan Iffah masuk ke dalam bilik hotel. Kelibat Hajah Marina tidak kelihatan kerana Maknya di kediaman keluarga Hajah Dhea.
Biarlah. Buat masa ini dia perlukan ketenangan. Dia perlu bersendirian. Namun tiba tiba rasa mual kembali.
Iffah segera berlari ke tandas. memuntahkan angin. Sudah tiada sebarang isi di dalam perut yang boleh dimuntahkan.
Saat itu kata kata Angel tempoh hari berlayar di minda.
Tidak mungkin! Allah, tidak mungkin dia mengandung!
Tidak tahan dengan belenggu rasa yang satu itu, Iffah kembali capai beg tangan sebelum beredar bersama sebotol minyak angin bagi mengurangkan rasa mual.
Sebaik nama dipanggil, Iffah menapak masuk perlahan. Wajahnya ditunduk rapat ke lantai. Suasana hospital yang agak sesak buatkan dia malu. Malu jika ada yang tahu tentangnya walaupun mustahil sama sekali.
"Assalamualaikum Puan. Ada apa apa yang boleh saya bantu" ramah suara garau di depannya menegur. Iffah masih tunduk. Jari jemari bertaut rapat seakan memohon kekuatan dalam dirinya.
"Sa..saya nak check kalau saya mengandung atau tak?" ujarnya perlahan.
"Okey, sebelum tu saya nak tanya, Puan ada ambil mana mana pregnancy test atau belum?"
Iffah geleng.
"Kenapa belum? Puan boleh guna pregnancy test aje. Mostly boleh dipercayai" ucap doktor itu tenang.
"Saya tak yakin sangat. Jadi saya datang ke sini"
"Baiklah. Kalau itu kemahuan Puan. Sebelum kita mula, Puan tak mahu suami masuk sekali?"
"Tak. Saya datang sendiri. Suami saya bekerja" gugup nada bicara Iffah. Rasa takutnya mulai mencengkam.
"Baiklah, kalau begitu kita boleh lanjutkan pemeriksaan"
Iffah diam menanti bicara doktor. Dalam hati dia berdoa agar dia tidak mengandung.
Jika tidak, dia sendiri tak pasti sama ada dia sanggup terima janin yang terhasil dari penderitaannya itu. Dia takut dia akan membenci nyawa suci yang tak bersalah. Sedangkan semua yang berlaku di atas kecuaian diri sendiri.
"Tahniah Puan, Puan disahkan mengandung 4 minggu"
Zap!
Iffah angkat muka. Pandangannya bersabung dengan jejaka manis berkot putih dan bertag nama Luthfi itu.
Iffah hancur. Apa yang tak diingini akhirnya menjadi kenyataan.
Luthfi terkelu. Entah mengapa ekspresi wanita di depannya tidak seperti yang dijangkakan seperti selalu. Bahagia hingga menitiskan air mata.
Tapi wanita itu malah terlihat terluka dengan kata katanya. Salahkah dia?
Share this novel