"Banyak sangat lah mama ni. Kita nak pergi seminggu aje pun. Bukan sebulan!", rungut Luthfi. Namun tetap saja dia mengangkat barang barang kepunyaan ibunya ke dalam bonet kereta. Barang Puan Sofea sahaja yang muat dalam bonet.
Barang dia dan Iffah pula terpaksa disumbat ke seat belakang.
Iffah gelak halus sebelum beg tangannya diserahkan kepada Luthfi dengan muka yang sombong, "Berat sangat, tolong angkatkan boleh?", pintanya.
Mata Luthfi membulat tak percaya. Kecil besar aje di pandang Iffah. Amboi dah mula berani nak menyakat dia nampaknya.
Sebaik dia capai beg tangan wanita itu, laju semacam Iffah menerobos masuk ke dalam perut kereta. Terkekek kekek dengan Puan Sofea dapat kenakan dia.
Luthfi tersenyum sambil menggeleng kepala. Hyper semacam ibu mengandung tu!
"Bismillahirrahmanirrahim, jom kita gerak", ucapnya sebaik membolos masuk. Lalu perlahan lahan pacuan empat roda itu meninggalkan perkarangan rumah.
Riang dia bernyanyi nyanyi kecil sepanjang perjalanan. Pelbagai topik yang mereka bualkan. Dan buat pertama kalinya dia dapat melihat senyuman ikhlas dan ceria Iffah bercerita itu ini tentang hidupnya belajar di negara orang dahulu.
Syukur dia panjatkan ke Ilahi, kerana walaupun Iffah baru tinggal bersama mereka selama 3 hari, wanita itu sudah mula memberi respons positif. Iffah tidak lagi kemurungan seperti selalu. Cuma terkadang sahaja Iffah menyendiri dengan tiba tiba. Bila disoal, hanya senyuman tipis yang dibalas.
Puas dia pujuk tapi kalau sudah Iffah tak mahu buka mulut, apa lagi mampu dia lakukan? Cukuplah bagi dia Iffah sudah mula menonjolkan dirinya yang sebenar.
"Mama tahu tak, Aqiis ada kawan nama Angel. Dia baik sangat. Jadi kalau mama nak jodohkan dengan Luth pun tak apa. Sesuai sangat. Sama padan".
Luthfi terkejut. Pantas matanya mengerling Iffah disebelah.
Wah, langsung tak ada rasa serba salah. Bukan main nak jadi pencari jodohnya.
"Luth masih selesa single Ma. So mama jangan nak kenenkan sangat Luth dengan cadangan Aqiis ni. Melalut entah apa apa", laju Luthfi balas.
Tersungging senyuman Puan Sofea. Ada ada saja perangai Luthfi dan Iffah. Dan merekalah yang menceriakan hidupnya kini. Jika dia menutup mata pun, dia sudah cukup bahagia kerana memiliki seorang anak perempuan kini.
"Kalau kamu tak mahu kami berdua jodohkan kamu, cepat cepatlah cari kekasih. Bawak jumpa mama dengan Aqiis. Biar kami nilai".
"Amboi mama. Nak nilai dulu pulak. Selalu mama suruh Luth bawa aje mana mana perempuan yang Luth rasa nak kahwin. Bawak jumpa tok kadi sekali masa bawa jumpa mama".
"Abang Luth dah gatal sangat nak kahwin ni mama. Bagi aje mana mana perempuan jadi bini dia", seloroh Iffah menyampuk mereka berdua sambil tertawa senang.
Tak sedar panggilannya telah membuatkan detak jantung seseorang itu hilang irama normal.
"Mama ambik kamu ajelah senang".
Terus mati tawa Iffah. Dia pandang Puan Sofea dengan sengih janggal.
Kini giliran Luthfi pula ketawa lepas sebaik Iffah buat wajah cemberut sambil memandangnya pula.
"Eh Sya, awal awak sampai. Ingatkan lambat lagi".
Suara perbualan Luthfi menerjah telinga Iffah. Terpisat pisat dia bangun seraya menggosok mata. Silau pula rasanya bila cahaya matahari menerobos kornea matanya.
"Haa bangun dah, jom kita keluar sayang. Dah sampai ni", suara Puan Sofea pula kedengaran. Tapi kali ini dekat berbanding suara Luthfi yang kedengaran agak jauh dan kurang jelas.
"Sampai dah mama?", Iffah mamai. Berbalam balam figura Puan Sofea dimatanya.
"Dari tadi lagi kita sampai. Jom, Luth tunggu kita dari tadi lagi".
"Kenapa tak kejut Aqiis awal awal? Kesian pula mama dengan Luth menunggu Aqiis bangun. Terbuang masa sia sia aje".
Puan Sofea tersenyum lebar. Biarlah dia biarkan Iffah tidur pulas. Tak sanggup nak ganggu lena Iffah yang nyenyak. Sejak mengenali Iffah, dia faham, terkadang Iffah akan mengalami gangguan trauma masa tidur. Sampai satu hari Iffah memilih untuk langsung tak tidur.
"Apa ajelah. Kamu tidur bukan lama pun. Sekejap sangat."
"Kalau lama macam mana? Kalau Aqiis tidur selama 2 3 jam tadi?", soalnya. Boleh pulak Puan Sofea cakap macam tu.
Sekali lagi Puan Sofea tersenyum manis, "Mama boleh tunggu anak mama ni walaupun 2 3 jam lamanya".
"Drama pulak dua orang ni. Nak tercabut lutut Luth berdiri menunggu dekat luar", muncul Luth di cermin penumpang tempat duduk Puan Sofea di belakang.
Habis lencun berkeringat seluruh wajah kacaknya menambahkan riak serba salah di wajah Iffah.
Alahai kesian!
Bunyi ketukan berkali kali menyentakkan Iffah. Laju tudung disarung ke kepala, sempat dipandang sekilas Puan Sofea yang sedang nyenyak tidur dek keletihan menempuh perjalanan yang panjang tadi.
Sebaik dia buka pintu, terus terjengul wajah kacak Luthfi yang santai berpakai t shirt brown kosong. Berganti pakaian sudah nampaknya.
"Ada apa Luth?", soalnya. Tertanya tanya jugak kemunculan Luthfi yang tiba tiba di depan biliknya dan Puan Sofea.
Luthfi senyum sejenak. Sempat lah dia cair. Murah betul Luthfi dengan Puan Sofea dengan senyuman. Tak lokek langsung. Macam mana hatinya tak terpaut untuk bersama mereka kalau dah mereka berdua memang manusia yang baik baik dan menerimanya dengan tangan yang terbuka.
"Keluar nak? Ikut saya jalan jalan", pelawa Luthfi. Bebola matanya bersinar sinar menanti balasan Iffah.
"Nak kemana? Mama pun belum bangun lagi, takkan nak tinggal mama pulak".
"Alah, mama kan letih. Awak sanggup ke ganggu mama rehat?", tanya Luthfi sengaja. Tahu sangat Iffah memang jenis yang mudah rasa serba salah.
Iffah berfikir sejenak, "Okeylah. Tunggu jap, saya tukar baju yang lebih selesa". Iffah terus katup pintu. Menghilang dari pandangan Luthfi. Macam lipas kudung dia tukar baju oversize berwarna putih dituck in ke dalam skirt hitam labuh. Tudung shawl dicapai lalu dibelit ke lehernya. Selepas memastikan leher dan dadanya terlindung kemas, akhirnya Iffah keluar.
Luthfi masih di posisi seperti tadi. Nampak macam tak berganjak pun ada mamat ni! Gerutunya dalam hati.
"Siap?"
Iffah angguk. Mereka kemudian berlalu seiringan melalui lorong bilik hotel.
Iffah tiba tiba berhenti, tertakjub.
"Masyaallah, cantiknya awak", luahnya gembira. Tak lepas pandangan pada keindahan sunset di depan mata.
Rata rata pengunjung lain juga turut mengagumi keindahan matahari terbenam di pantai tersebut. Cuaca yang tenang, berserta angin lembut menyapa mereka seakan membisikkan ketenangan dalam diri.
"Cantik sangat awak, terima kasih bawa saya ke sini", luahnya tulus.
"Saya happy awak suka dengan apa yang terhidang di mata ni".
Iffah menggeleng dalam merenungnya. Sedikit terdongak wajahnya kerana ketinggian mereka yang jauh ketara.
"Terima kasih bawa saya ke tahap ni, bawa saya ke jalan bahagia. Awak sembuhkan luka yang saya tak pernah jangka akan sembuh", kata Iffah. Matanya membiaskan rasa terharu yang tak terhingga kepada Luthfi. Tanpa Luthfi, mungkin keadaannya masih agak teruk.
"Selagi saya mampu, saya akan terus pastikan bibir awak menuntun senyum sentiasa".
Dalam menghayati keindahan matahari terbenam, tanpa sedar Iffah terpijak kain sendiri. Dirinya hilang imbangan. Luthfi cuba menolong namun tangannya pantas menarik lengan baju Luthfi tak terduga menyebabkan Luthfi juga hilang imbangan dan jatuh bersamanya.
BUK!!!
Mereka saling berpandangan dengan cemberut yang timbul. Saat itu dua duanya terletus tawa kuat. Masing masing cuai!
"Abang Luth!", suara wanita kedengaran.
"Sya!", balas Luthfi seraya membantunya bangun.
Iffah terus berpaling ke belakang saat satu figura terasa mendekati dirinya. Matanya terus membulat.
Ya Allah, dia cam benar wajah itu! Memang tak salah lagi!
Share this novel