BAB 20

Romance Completed 50320

"Kau yakin tak nak ke hospital ni?" soal Huffaz masih cuba meyakinkannya sejak tadi.

Dia bukan apa, salahnya juga. Satu lagi alasan, jika dia ke hospital maka terbongkarlah segala yang dia sorokkan sebelum ini. Dia belum sedia untuk hilang segala galanya. Hilang orang orang yang tercinta apatah lagi Huffaz sedang cuba untuk mencintainya.

"Saya okey. Kita balik ajelah. Lewat sangat ni. Kita pun belum solat lagi"

"Kita singgah masjid" putus Huffaz. Jari jemari Iffah digenggam sambil dia memandu pergi dari kawasan pantai. Entah mengapa dia sukakan keadaan itu. Seolah olah dia dekat dengan hati Iffah. Mungkinkah cintanya sudah mula berputik? Tak terlalu awal kah? Atau itu cuma kekeliruannya? Entah, tapi yang pasti Huffaz ingin tangan itu selamanya di genggamannya.

"I love you Huffaz"

"You already said it earlier"

"Saya akan ucap perkataan tu sampai suatu saat nanti awak akan balas ucapan saya balik. Sampai saat tu saya tahu segala penantian saya berbaloi" ucap Iffah mengeratkan lagi tautan tangan mereka.

Huffaz adalah segala galanya bagi dia. Cinta pertama dan terakhir. Itu tekadnya. Biarlah Huffaz menjadi lelaki kedua di dalam hidupnya selepas ayah. Walaupun perpisahan menanti mereka, Iffah masih ingin teguh mencintai Huffaz, putera hatinya.

"And i will protect you Eyfa. Aku janji, aku akan buat apa apa sahaja untuk kau, untuk hubungan kita berdua"

Iffah memegang perut.

Dengarlah anak. Mungkin bukan ayah yang sebenar, tapi inilah pelindung kita buat sementara waktu. Maafkan aku kerana tak mampu beri yang terbaik.

"Jom solat" ajakan Huffaz menyentakkan Iffah.

Iffah membuka kelopak mata. Boleh pula dia terlelap sekejap tadi.

Sebuah masjid berwarna putih berdiri gah di hadapannya. Iffah dan Huffaz berjalan masuk ke dalam sebelum berpisah antara zon wanita dan lelaki.

Usai solat, Iffah memilih untuk terus berteleku sambil memegang senaskhah al quran. Perlahan lahan dia memulai bacaan surah al fatihah sebelum diikuti surah al ikhlas sebanyak tiga kali sebelum diakhiri surah al mulk. Perasaan Iffah tenang biarpun air matanya mengalir di pipi.

Quran ditutup dan dikucup syahdu sebanyak tiga kali. Tiada tanda Iffah ingin berganjak dari tempatnya.

"Assalamualaikum"

Iffah menoleh perlahan. Terlihat wanita berusia 50an bertelekung penuh tersenyum di sisinya.

"Waalaikumussalam. Maaf, saya mengganggu ke?" soal Iffah. Takut dia ada mengganggu mana mana pihak sedang dia diulit perasaan tadi.

Wanita itu kemudian senyum sebelum menggeleng. "Tak adalah. Saja datang tegur, nampak anak ni macam khusyuk sangat"

Tersenyum hambar, khusyuk? Ya khusyuk menghitung dosa yang tak terkira.

"Anak ada masalah ya?" tebak wanita itu. Dalam pandangannya menembus sanubari Iffah.

"Kita kalau ada masalah, sebetulnya mengadu pada Allah. Tapi kalau betul tak mampu tanggung seorang diri luahkan pada sesiapa yang kita percaya. Hidup ini memang penuh dugaan nak. Allah beri kita ujian untuk menguatkan akidah dan pegangan kita. Sedih, silakan tapi jangan terlampau berlebihan. Suka, silakan, hidup kita ini berhak untuk kita bergembira."

Iffah diam. Cuba mencerna ayat ayat itu. Dia sedang terkapai kapai ketika ini. Dibawa arus ombak yang kuat.

"Anak mengandung? Berapa bulan?" pandangan matanya jatuh pada perut Iffah. "Dari tadi perasaan anak kerap sangat pegang perut" jelasnya lagi.

"Sebulan" balas Iffah sepatah. Pandangan turut jatuh ke perut sendiri.

Tiba tiba ada tangan yang menyentuh. Iffah tersentak namun membiarkan sahaja. Sentuhan itu terasa sehangat sentuhan Hajah Marina. Rindu pada wanita itu kian menggebu gebu di hati.

"Semoga Allah beri kekuatan pada anak untuk tempuhi segala ujian dari Dia. Suatu hari nanti, jangan pernah berputus asa kalau anak ditakdirkan jatuh tersungkur. Sebab Allah uji kerana sayang pada umatNya. Makcik pergi dulu. Ada hal pulak selepas ni. Assalamualaikum" wanita itu bangun pergi.

Iffah termangu di situ. Mengapa kata kata itu ibadat amaran? Amaran untuknya bersedia pada sesuatu di masa akan datang.

Huffaz memandang asyik Iffah yang comel berbaju kartun hello kitty mengambil tempat duduk di sebelahnya. Bersama itu Iffah letak semangkuk bertih jagung disertai segelas besar air coca cola.

"Cerita apa kita nak tengok? Awak jangan pasang cerita seram pulak. Kalau tak memang saya melalak kejap lagi sebab terkejut" Iffah memberi amaran.

Huffaz tersengih. Macam tahu tahu aje. Terus dia batalkan niat yang satu itu.

"Kita tengok movie Kungfu Hustle ajelah nak?" cadang Huffaz. Setia dia menanti balasan Iffah.

"Okey. Best ke?"

"Kau kena tengok sendiri. Ini cerita legend kut. Tak boleh sembarangan cerita. Nanti tak syok" gelak Huffaz perlahan. Movie kemudian dipasang. Mereka berdua asyik menonton hingga tak sedar jam mula menunjukkan jam 3 pagi.

Iffah menguap menahan kantuk yang bermaharaja lela. Dikerling sekilas Huffaz yang bangun menutup televisyen. Senyumannya tercarik sebelum dia mendepa tangan. "Huffaz".

"Apa?"

"Carry me like a bride!" pinta Iffah. Dia memasang wajah comel bersama kerdipan mata meminta belas.

Huffaz tergelak, "Buruk rupa kau macam ni" komennya. "Kau nak aku yang kurus keding ni angkat kau yang macam gajah betina ni? For real?"

"Saya 53kg je. Jangan memandai tokok tambah".

Huffaz buat muka tak percaya, "Serius? Tak nampak 53kg pun. Nampak macam 103kg adalah".

"Angkat saya please? Tak larat ni" pujuk Iffah. Dia benar benar sukar untuk bergerak buat masa ini. Rasa nak tidur sangat sangat!

Akhirnya Huffaz angkat jua Iffah masuk ke dalam bilik wanita itu.

"Just a small favour, can you sleep here with me right now?" pintanya mengharap. Langkah Huffaz mati dipertengahan jalan. Lurus mata memandang lengannya digenggam jari jemari Iffah.

"It's okay kalau awak taknak. Saya tahu awak tak selesa dengan saya. Kalau macam tu goodnight." Selimut ditarik menutupi mukanya. Enggan membiarkan Huffaz melihat wajah kekecewaannya.

Kenapalah dia mengada ngada sangat? Huffaz cuba nak sayangi diri dia pun dah kira baik. Tapi dia pulak buat hal. Tak reti bersabar sungguh!

"Sleep tight dear" sebuah kucupan diterima. Iffah mengeraskan badan. Terkejut.

Huffaz dengan selamba menarik badannya ke dalam pelukan hangat sebelum sekali lagi dahinya dicium penuh syahdu. Iffah menahan air mata.

"Bila aku cakap, aku nak cuba cintai kau, that's mean i do really wanna do it. Aku akan cuba keluar dari zon selesa aku. Kau faham?"

Iffah angguk. Tangannya mula membalas pelukan Huffaz.

Selesa, kehangatan inilah yang dia sering idamkan selama ini. Berada di dalam kehangatan seorang Huffaz Naufal.

"If one day, dunia tak percayakan saya, will you be there for me?" soalnya tiba tiba. Entah mengapa dia diburu rasa tidak enak. Dia takut sekiranya apa yang dia cuba sembunyikan, terbongkar.

Elusan dikepala Iffah terhenti. Huffaz merenungnya dalam. "I will. Tapi depend, kau tahu aku tak suka menangkan apa yang salah. Which means kalau sekalipun kau wanita paling aku sayang, salah tetap salah. Aku tak akan menangkan perkara yang salah" tenang ucapan Huffaz. Bak hirisan pisau di hati Iffah.

"Baguslah. Tindakan awak betul" sokongnya dalam sebak. Siapa diri dia untuk menidakkan fakta hujahan Huffaz. Salah tetap salah. Dia mungkin takkan sesekali mendapat kemaafan Huffaz sekiranya lelaki itu tahu apa yang sudah terjadi.

"Esok kita balik kampung Bonda" ujar Huffaz tanpa diduga.

"Kenapa? Ada apa apa yang saya tak tahu ke?"

"Lusa sepupu aku nikah. Jadi esok kita bertolak balik Terengganu dengan Bonda. Bonda dengan Abi dah sampai KL petang tadi. Dia orang menginap dekat hotel".

"Pulak dah. Kenapa tak ajak datang rumah kita aje? Kesian Bonda dengan Abi terpaksa duduk hotel. Bukan selesa sangat pun" rungutnya tak puas hati. Rasa macam menantu tak berguna.

"Hey chill. Bonda dengan Abi yang nak stay dekat hotel. Katanya taknak ganggu privasi kita berdua. Maklumlah pengantin baru kan?" usik Huffaz. Pelukan semakin dieratkan. Iffah hanya membiarkan. Dalam kepalanya ligat memikirkan sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience