BAB 39

Romance Completed 50320

"Bos!"

Belum sempat kata kata lebih lenjut meluncur keluar terus tak jadi. Badan ditolak keluar semula sebelum pintu kaca itu diketuk beberapa kali.

Bodoh betul! Nak kena pecat gamaknya!

"Masuk!", laung Huffaz garang.

Kaca mata bulat dibetulkan sedikit. Gugup! Baru hari pertama dah buat hal terjah office bos tak ketuk. Kalau dia almarhum lepasni memang tak hairanlah!

"Bos..saya..."

"Rules tetap rules Aiden. I hate people who disobey my rules!", tajam bak helang Huffaz memanah Aiden ditempatnya.

"Saya minta maaf bos. Saya tak sengaja".

"Sengaja atau tidak, i don't care. Perhaps you lupa apa janji yang you buat sebelum jejak langkah dalam company i"...

"Want me to remind you? Hurm?", nada suara dalam Huffaz menerjah gegendang telinga Aiden begitu rapat. Malah terasa hembusan hangat itu pada seluruh tubuhnya.

Ini kalau yang straight pun boleh bengkok kalau terus macam ni! Aiden tak tahan! Rasa berdebar kalah love at first sight!

"First, Aiden! Remember and noted! If i said so, you do so. No question! No doubt!"

Oh mak kau hijau!

Tertejut titew wak! Suara Huffaz ni agaknya dulu pernah tertelan mic kut! Itu yang gegendang telinga dia macam nak pecah aje.

Aiden garu kepala tak gatal. Berpeluh ketiak kita wak!

"Second! Knock. Is it hard?"

Aiden pandang tempat lain. Aura Huffaz ni, kalau tak guna laser pun rasanya dah meletup kepala dia. Tajam sungguh pandangan lelaki itu tak dapat disangkal lagi.

"Third! Look at me when i'm talking!"

Ya Allah!

Laju Aiden pandang wajah Huffaz.

"Rules tetap rules but, memandangkan it is your first day, i will let you go. Tapi sebagai hukuman, report yang sepatutnya disiapkan minggu depan, hantar atas meja i balik nanti. Faham?"

Aiden teguk liur, "Faham Boss".

"So, apa yang you nak sampaikan sampai tak menyabar sangat tadi?", Huffaz beralih semula ke topik. Duduk kembali dilabuh ke mejanya.

"Actually, kakak Boss call saya tadi. Katanya dia call Boss tak berangkat. Mula mula saya ingat scammer tapi bila dia tengking saya macam boss tadi, memang sah lagikan nyata, dia kakak boss".

Tangan Huffaz terhenti menaip di papan kekunci. Pandangannya diangkat memandang Aiden geram.

"Kau cuba kutuk aku depan depan ke sekarang ni?"

Nada Huffaz mula kasar. Ibarat puting beliung bakal melanda.

Aiden telan liur. Dia ada salah cakap ke? Rasanya tak ada!

Oh My!

Huffaz duduk bersandar tenang di kereta Ferrari merah miliknya. Sesekali jam tangan dikerling, sudah menunjukkan tepat pukul 5 petang. Bermakna...

"Handsome!"

Huffaz berpaling saat ada satu suara melaung. Tidak lain tidak bukan, si gadis rambut bertocang dua itu berlari galak ke arahnya sebelum memeluk sepasang kaki panjang miliknya.

Huffaz tersenyum sebelum dengan mudahnya Sumayyah dibawa ke dukungan.

"Handsome datang ambil Mayyah harini?", petah anak itu bertanya.

"Iya, sebab Umi Mayyah pemalas. Kerja dating dengan Walid Mayyah aje", balas Huffaz membuatkan Sumayyah tertawa.

"Handsome jealous ke?"

Bibir Huffaz mencebik. Dia? Jealous? Kelakar!

"Handsome tak jealous pun. Handsome kan dah ada tuan puteri Mayyah yang comel ni", hidung mancung Sumayyah dicuitnya lembut.

Semakin galak Sumayyah tertawa. Namun sekejap sahaja bila mana anak kecil itu tiba tiba meminta untuk diturunkan. Huffaz cuma patuh walaupun hairan. Dibiarkan si kecil itu berlari lari mendekati seorang kanak kanak lelaki berambut dark brown dan sepasang mata yang...berwarna biru laut.

Anak mix barangkali, fikir Huffaz.

Saat itu matanya terpandangkan Sumayyah yang menghulurkan sebatang lolipop namun dengan kasar ditepis kanak kanak lelaki tersebut.

Terus terjojol biji mata Huffaz. Pantas Huffaz mendekati mereka berdua saat kanak kanak lelaki itu bertindak menolak Sumyyah dengan kasar.

"Hei!...", belum sempat Huffaz nak panggil ada tangan kecil menyekat mulutnya pula.

"Kenapa Mayyah biar dia tolak Mayyah? Itu kawan Mayyah ke? Kenapa kasar sangat?", soal Huffaz. Untung dia sempat sambut tubuh kecil itu tadi. Jika tidak, tak tahulah apa jadi.

Dengan mulut memuncung, Sumayyah berlari menaiki kereta. Langsung tak mengendahkannya.

BAM!

Ya Allah, kereta aku!

Huffaz memandang pasrah sebelum ikut masuk ke dalam kereta.

"Tell me Mayyah, what's wrong?", Huffaz cuba memujuk lembut.

"Ini semua salah handsome. Kalau bukan sebab handsome datang, dia takkan lari dari Mayyah tahu tak?"

Aik?! Dia pulak yang disalahkan. Memang perempuan macam ni ke? Semua nak dia aje yang betul.

"Tadi tu kawan Mayyah ke? Gaduh?"

"Bukan. Mayyah dengan dia sekelas tapi tak berkawan. Tapi!", nada suara Sumayyah naik meninggi, "Mayyah nak kawan dengan dia".

"Walaupun dia layan Mayyah kasar?", soal Huffaz tak berpuas hati.

"Umi dengan Walid selalu pesan dekat Mayyah, kita kena berkawan jangan melawan. Lagi lagi bila orang tu dalam kesusahan".

"Okay, and then?"

"Dia selalu kena buli dekat sekolah. Mayyah kesian dekat dia. Tak ada orang pun nak berkawan dengan dia. Kadang kadang Mayyah ada dengar kawan kawan dengan cikgu Mayyah cakap benda yang Mayyah tak faham. Bila Mayyah tanya kenapa dia orang cakap dekat dia macam tu, dia orang balas, dia orang ikut apa yang mak dia orang cakap", terang Sumayyah panjang lebar.

"Apa yang cikgu cikgu dengan kawan kawan Mayyah cakap dekat dia?", Huffaz mula tertanya tanya.

"Selalunya Mayyah dengar perkataan, dia anak haram, mak dia pelacur dan kadang kadang tu kawan kawan Mayyah panggil dia anak perempuan murah. Apa maksud perkataan tu semua handsome?", petah Sumayyah bertanya. Sejak sekian lama kata kata itu agak mengganggunya. Cuma dia tak berani meluah kepada Umi dan Walid sahaja.

Huffaz mengucap panjang dalam hati mendengar kata kata Sumayyah. Tak kesah la apa sekalipun latar belakang budak lelaki itu, sepatutnya pihak sekolah kawal dan pantau. Sekolah sepatutnya menjadi tempat menuntut ilmu, bukannya tempat membuli.

"It is a bad word princess. So princess jangan ikut suka hati bercakap guna perkataan itu ya?", pesannya lembut. Sumayyah diam sebelum mengangguk. Seolah olah masih ada yang membelenggu jiwa kecil itu.

"Anything else princess?"

Sumayyah pandang Huffaz lama. Dalam sekali renungan itu.

"Boleh tak kalau handsome tolong dia?", soal Sumayyah teragak agak.

"Mayyah dengar cikgu cakap, dia kena buli macam tu sebab tak ada ayah", sambung Sumayyah lagi.

Huffaz berfikir sejenak. Baiklah!Jika dia tolong budak lelaki itu, kiranya sekaligus menolong anak saudaranya jugalah kan, untuk keluar dari persekitaran yang negatif itu! Iyup! Brilliant idea!

"Okey, handsome akan cuba tolong", balasnya membuatkan satu senyuman manis terbit di bibir Sumayyah.

"So, apa nama dia?"

"Nufael, Nufael Araisy", tutur Sumayyah lancar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience