"Mak, Eyfa pergi dulu! Huffaz dah sampai!", laungnya kuat. Kasut sederhana tinggi dipakai. Kemudian dia membetulkan sedikit blouse berwarna baby blue yang dipadankan dengan seluar berwarna putih. Shawl pula dia memilih warna putih sepadan dengan seluar. Dalam kekalutan sempat mata menjamah Huffaz disebalik cermin kereta lelaki itu.
Alahai, kacaknya wahai orang di sana. Kalau jadi milik dia, memang tak lepas. Sayang angan sahaja. Tun Iffah Balqiis hanya mampu berangan untuk memiliki seorang Huffaz Anafi.
"Elok elok lah tu. Jaga diri. Jangan buat yang bukan bukan", balas Hajah Marina dari dapur.
"Ya Mak!", sahutnya lalu berjalan masuk ke dalam perut kereta Audi milik Huffaz.
"Hai awak", sapanya ceria.
Gila tak ceria. Crush depan mata kut. Hati ini serasa mahu melonjak kegembiraan bila mana Huffaz mesej semalam untuk berjumpa.
"Waalaikumussalam", balas Huffaz berbaur perlian.
Sontak itu Iffah ketawa malu. Teruja sangat sampai lupa bagi salam. Aduh, mana nak letak muka ni?
"Ehem! Kita nak pergi mana hari ni?", soalnya membuka bicara. Sisi wajah Huffaz ditenung penuh khusyuk. Andai dosa zina mata itu boleh nampak dengan mata kasar, memang tak terhitung sudah dosa Iffah merenung anak teruna orang sesuka hati.
Huffaz diam. Fokusnya pada jalan sampai tak langsung memberi perhatian pada Iffah. Gadis itu sudah mula tarik muncung.
"Awak marah lagi ke pasal tu? Alah, kita pura pura bercinta saja. Tak lebih. Nanti kita putus la. Macam pasangan normal. Awak jangan la fikirkan sangat. Takkan sebab macam ni, persahabatan kita goyah?"
Huffaz menjeling. "Diam boleh tak? Aku tengah memandu kan? Kalau rasa dah lama hidup tak apa. Kau boleh jalan sendiri", kata Huffaz perlahan sayup sayup kedengaran di pendengaran Iffah. Terus dia diam.
Diam geram. Dia yang ajak kita keluar, dia pulak nak melenting macam kena paksa keluar dengannya pula? Apa masalah Huffaz ni? Hormon tak menentu ke? Period?
Dengan muka ketat macam nak tumbuk orang. Wajah tampan itu sama sekali tak dihiasi dengan senyuman. Tak reti senyum agaknya lelaki ni! 24 jam muka ais dingin dia. Macam mana la dia nak hadap Huffaz lepas kahwin nanti?
Ek, melebih pula dia!
Sepanjang perjalanan, mereka ditemani bunyi yang keluar dari corong radio. Iffah leka bermain telefon manakala Huffaz fokus memandu.
"Jom", pelawa Huffaz sebaik kereta berhenti.
Dengan wajah terpinga pinga Iffah membontoti langkah Huffaz dari arah belakang sambil mengamati keadaan sekeliling yang sungguh menawan matanya.
Pancuran air yang tampak mewah dihiasi dengan laluan bertemankan pokok menghijau. Malah sepanjang laluan ditengah, air pancur mengalir tenang bersama sama lantai yang tembus pandangan. Memperlihatkan air yang mengalir.
Tiba di penghujung, dia dapat lihat projek pembinaan sedang dilakukan.
"Jadi, ini dialah projek yang awak uruskan tu? Yang awak beria sangat nak pantau sendiri?", soalnya tak percaya. Huffaz pernah menyatakan, kepulangannya adalah untuk membuat Tahfiz yang selesa dan gah buat pelajar pelajar istimewa itu. Katanya, budak yang menuntut ilmu agama perlulah diberi keselesaan dan ketenangan.
Sebab itulah bangunan Tahfiz itu dibina bertemakan, alam semula jadi. Yang mana sekelilingnya dihiasi dengan pokok pokok redup menghijau.
"Cantik kan?", soal Huffaz tanpa membalas soalannya.
"Cantik sangat. Indah. Aman dan damai. Saya pasti budak budak tu bakal suka", ucapnya teruja.
Tersenyum Huffaz mendengar kata katanya. Jadi tak sia sia usaha yang selama ini dia cuba capai. Berbaloi juga pada akhirnya.
"Duduk sana kejap", ajak Huffaz tak semena mena. Sebuah bangku berdekatan dengan kawasan air pancur tadi dituju mereka.
Iffah melabuh duduk bersebelahan Huffaz namun masih berjarak. "Tapi kenapa awak bawa saya kesini?"
"Kenapa? Kau tak suka?", balas Huffaz kembali.
Main main pulak!
"Tak, cuma pelik. Tiba tiba saja. Selalu ajak keluar lepak makan tapi harini datang sini. Itu yang saya tertanya tanya", jelasnya.
"Saja bawa kau datang. Aku nak kenalkan kau dengan tempat ni. Indah bukan? Dulu masa kecil kecil, Bonda selalu cerita dekat aku impian dia nak buat Tahfiz macam ni. Angan angan dia tapi yalah dia tak mampu nak buat. Dengan kesihatan yang teruk. Jadi aku buat ni untuk dia. Untuk balas jasa dia besarkan aku. Dan bila dah siap, aku akan buat kejutan untuk dia", luah Huffaz lirih mengingatkan betapa besarnya jasa Hajah Dhea membesarkan dia dengan penuh kasih sayang yang tak berkurang walaupun dia bukan sesiapa.
"Mungkin awak patut surprise dia masa birtday dia nanti. Bulan depan kan?".
Cadangan Iffah membuatkan Huffaz menoleh ke arahnya.
"Betul tu. Tapi aku nak bangunan ni siap dulu baru inform Bonda."
Iffah petik jari sambil tersenyum. Datang idea!
"Bagitahu awal awal la senang. Kalau Bonda ada nak tambah itu ini, lagi bagus. Kira betul betul ikut cita rasa dia", ucapnya. Huffaz kemudia angguk seakan setuju.
Memang ada betulnya kata Iffah itu.
"Okay. Aku buat macam yang kau cakap. Oh sebelum aku terlupa, aku ajak kau jumpa bukan hanya sebab nak tunjuk ni tapi sebab aku nak bagitahu yang aku akan balik KL kejap lagi. So aku ajak la berjumpa".
"Awak nak balik KL? Lama ke? Alaa, saya puas la tak ada awak nanti. Siapa nak belanja saya makan kalau bukan awak", ujarnya seakan menjauh hati. Disambut pula tawa dari Huffaz.
"Itu saja yang kau fikir. Makan makan makan saja, itu yang makin lama makin gemuk", perli Huffaz terselit tawa.
"Huffaz...", serunya mematikan tawa lelaki itu. Huffaz menoleh menyambungkan pandangan mata mereka berdua.
"Saya harap hubungan kita ni kekal sampai mati. Our friendship...means everything to me", ucap Iffah tersenyum pahit. Huffaz ditempatnya terkedu.
Sebaik dihantar Huffaz pulang, Iffah terlebih dahulu mandi membersihkan dirinya. Bunyi bising dari ruang tamu membuatkan dia senyum. Sekilas dia pandang jam yang sudah menunjukkan angka 9 malam. Malam malam macam ni pun masih lagi buat kerja. Memang tak reti duduk diam orang tua tu.
Santai berpakaian singlet bersama skirt hitam, Iffah ke dapur meneguk minuman sejuk. Kering pula tekak dia. Sambil menilik telefon pintar, dia meletakkan kembali air ke dalam peti sejuk tanpa sedar kedudukan rak pinggan di tepi. Iffah terhantuk lutut pada rak sebelum jatuh ke bawah. Sempat dia tangkap objek berupa kertas di atas lantai.
Mesti kertas yang ditampal pada peti jatuh. Seketika tangannya mengambil kertas kecil sebelum jatungnya disapa debaran maha hebat sebaik membaca tulisan yang terpapar.
'Mak ke rumah makcik Saodah. Suami dia meninggal. Mak tolong temankan dia malam ni. Kamu jaga diri baik baik, Mak tidur sana'
Iffah merasakan kakinya tak berdaya untuk bangun. Apatah lagi bunyi tapak kaki seakan hampir menghampiri kedudukannya yang sedang jatuh terjelopok di atas lantai dapur.
Kecut perut! Iffah mula menggigil ketakutkan membayangkan ada penghuni lain di dalam rumahnya.
'Allahuakbar, lindungilah dia', pohonnya tak henti henti. Iffah cuba menggelongsor menuju ke arah pintu dapur yang berdekatan dengan perlahan. Tiada hasil bunyi yang kedengaran walaupun tangisannya bila bila masa sahaja boleh pecah. Hatinya merintih meminta sekiranya ada yang datang membantu walau hakikatnya semua sia sia. Dalam kepayahan Iffah cuba mendail nombor Huffaz. Hanya lelaki itu sahaja yang mampu dia minta pertolongan.
Ibunya sememangnya tidak menggunakan telefon selain telefon rumah di ruang tamu. Iffah cuba mengucap di dalam hati ketika bunyi tapak kaki tiba tiba berubah menjadi sunyi.
Hati Iffah mula dipalu debaran tidak enak. Dia melajukan pergerakan ke pintu, namun belum sempat tiba, kakinya terlebih dahulu dicapai sebelum ditarik ke belakang. Iffah jatuh tersungkur dek ditarik kasar.
Mahu tidak mahu akhirnya tangisannya pecah apabila melihat wajah Farhan terpampang sambil tersenyum sinis. Iffah menggeleng ketakutan.
Allah, apakah ini?
Share this novel