Sejak dari awal Huffaz memasuki simpang jalan, sejak itu juga air mata Iffah seakan tidak mahu berhenti tanpa disedari Huffaz.
Dalam diam, Iffah menangis tanpa bunyi.
"Kenapa awak tak cakap awal awal nak datang sini?", soal Iffah sebaik mengawal dirinya sebaik mungkin.
Sekarang, mereka berada di kampung, tempat dia membesar dan tempat paling menyayat hati. Di sini jugalah Mak menghembuskan nafas terakhir tanpa mampu dia buat apa apa.
"Kalau saya tahu awak nak datang sini, saya takkan ikutlah!", jerit Iffah tiba tiba.
Huffaz tersentak. Serentak itu kakinya menekan brek secara mengejut. Tak percaya apabila Iffah tiba tiba meninggi suara macam orang gila.
"Kau dah kenapa? Kena sampuk?", soal Huffaz kasar. Bengang betul dengan perangai Iffah yang tidak menentu.
"Saya nak balik Huffaz! Hantar saya balik!", pekik Iffah bersama juraian air mata. Kini sudah tidak tertahan lagi. Emosinya benar benar kacau.
"Kau gila? Kita baru sampai dari jauh, kau nak aku patah balik?"
"Fine! Saya boleh pergi sendiri. Sekalipun dengan cara merangkak, saya rela!", kata Iffah lalu pintu kereta dibuka. Tanpa amaran dia meredah jalan gelap yang dibayangi kemalapan cahaya dari lampu kereta Huffaz.
Huffaz panik. Setbealt yang membelit tubuhnya ditanggalkan lalu dia keluar dari kereta. Memegang erat lengan Iffah yang seakan tenggelem dalam diri sendiri.
"Kau kenapa ni?", Huffaz memegang kedua bahu Iffah. Tangisan tanpa henti Iffah seakan menjerut lehernya sendiri
"Saya nak balik Huffaz, saya taknak datang sini", rayu Iffah lemah sebelum jatuh ke atas jalan.
Huffaz tidak sempat menahan tubuh Iffah, segera mencangkung untuk menyamai tubuhnya dan Iffah.
"Tell me Tun Iffah Balqiis, kau kenapa? Jangan buat aku risau boleh tak?", Huffaz cuba untuk berlembut. Namun tangisan Iffah bukan berhenti, malah semakin kuat.
"Mak...", luah Iffah antara dengar dan tidak ditelinga Huffaz. Suara Iffah seakan memanggil namun dalam keadaan tak terdaya.
Dia mahukan Hajah Marina! Allah! Sakitnya!
"Iffah, hei. Bertenang", Huffaz menggoncang tubuhnya namun masih tidak mampu membangunkan Iffah yang dibayangi trauma.
Semakin meresahkan hati Huffaz, wajah Iffah kian pucat bersama peluh yang keluar seakan tiada kemuncak.
"Eyfa, hei. Look at me. Ini aku, Huffaz", pipi Iffah ditampar lembut. Dia tak mahu mengalah. Keadaann Iffah benar benar kelihatan merunsingkan.
"Nak Mak...Mak...", balas Iffah sebelum lemah jatuh ke dalam dakapan Huffaz. Matanya yang dibasahi air mata itu perlahan lahan tertutup.
"Macam mana doktor?"
Doktor lelaki itu cuma mampu membuang pandang ke arah susuk tubuh di atas katil itu sebelum kembali menghadap Syed Arafi.
"Seperti yang saya sampaikan sebelum ni, keadaan Tun Ifah semakin memburuk. Tiada penyelesaian lain dah yang mampu saya lakukan. Apa yang mampu saya sarankan sekarang hanyalah, you sekeluarga ikut kemahuan dan keinginan pesakit selagi boleh. Itu untuk menyemangatkan pesakit", ujar doktor panjang lebar.
Wajah Syed Arafi tertunduk ke bawah. "I faham. Terima kasih doktor".
"Banyakkan bersabar dan bertabah. Saya pergi dulu", bahu Syed Arafi sempat ditepuk perlahan.
Kini tinggallah Syed Arafi dan Tun Ifah berdua di dalam bilik itu. Perlahan kaki Syed Arafi merapati Tun Ifah yang sedang terbaring lemah.
Selendang dikepala Tun Ifah ditanggalkan, menyerlahkan rambut beruban wanita itu. Menahan tangis, Syed Arafi membelai lembut rambut Tun Ifah.
"Rafi..."
Syed Arafi mendekatkan diri pada Tun Ifah saat bibir tua itu menyeru dirinya. "Iya nenda, Rafi ada dekat sini", balasnya.
"Ey....ffaa.....", seru Tun Ifah lagi dengan nafas tersekat sekat.
Tak mampu ditahan, air mata jantan Syed Arafi jatuh jua. Lekas dia memalingkan wajah, tak mahu Tun Ifah melihat dia bersedih.
"Nanti Rafi bawa Eyfa jumpa nenda ya?", sayu Syed Arafi bersuara. Entah iya entah tidak, janjinya tak mampu dipercayai lagi kerana seringkali dia memungkiri janji itu.
"Nen...da nnak jumpa Ey...fa".
Syed Arafi angguk dengan perasaan pilu. Sejak beberapa tahun yang lalu, kerap kali Tun Ifah menyeru tentang Iffah sebelum akhirnya Tun Ifah rebah diserang sakit jantung. Sejak itu, makin kerap dia memanggil Iffah. Betapa remuknya hati dia sebagai cucu yang tak mampu berbuat apa apa.
"Kita jumpa Eyfa. Rafi janji."
"Nenda dah tidur?", soal Puan Sri Arasyaf kepada Syed Arafi yang baru sahaja menjejakkan kaki ke tingkat bawah.
Wajah sugul anak lelakinya dijamah dengan seribu rasa di hati.
"Mama datang sini kenapa?", Syed Arafi menyoal malas. Tekaknya yang haus, meneguk air sejuk dengan rakus tanpa menghiraukan mata ibunya yang memerhati setiap gerak gerinya.
"Mama dengar apa yang Rafi cakapkan dengan nenda tadi", potong Puan Sri Arasyaf tak mempedulikan soalan anaknya.
"Then? Apa yang mama nak?", soal Syed Arafi serius.
"Mama boleh tolong Rafi cari Eyfa", terang Puan Sri Arasyaf bersama wajah yang agak ceria.
"Tolong apa? Tolong keruhkan lagi keadaan family kita? Macam tu? Lebih baik mama uruskan aje suami dengan syarikat mama tu. Rafi boleh urus masalah ni sendiri", dingin sahaja Syed Arafi membalas.
"Rafi, mama cuma nak tolong".
"Kalau mama betul nak tolong, mama cuma perlu berdiam diri. Kalau bukan sebab sikap pentingkan diri mama, keluarga kita takkan seretak dan sekeruh sekarang. Mungkin silap nenda pada awalnya, tapi mama sendiri yang menambah perisa. "
Syed Arafi mencerlung ke arah Puan Sri Arasyaf. Memang pada awalnya nenda yang salah, tapi kalau bukan sebab Puan Sri Arasyaf yang buang keluarga abangnya sendiri, mungkin masih ada peluang untuk menjernihkan kembali hubungan mereka sekeluarga.
Dan disebabkan itu, dia pilih untuk hidup dengan Tun Ifah berbanding ibunya sendiri.
"Rafi, tolonglah beri mama peluang untuk tebus kesalahan mama pada Eyfa dengan kamu".
"Rafi perlukan masa mama. Apa yang mama buat bukan sahaja patahkan hati Maklong dengan Eyfa, tapi hati Rafi juga, mama. "
"Kalau mama datang semata mata nak jumpa nenda, Rafi tak kesah. Tapi Rafi harap, mama tak masuk campur urusan Rafi", Syed Arafi memberi amaran sebelum memanjat tangga.
Tubuh Puan Sri Arasyaf jatuh terduduk di atas sofa. Dia belum buta untuk menilai, betapa sakit dan kecewanya hati Syed Arafi kerana perbuatannya yang lalu.
"Kak Aqiis dah bangun?", suara lembut yang menyapa pendengarannya buatkan matanya laju terbuka. Sinaran cahaya matahari sedikit membuatkan dia silau sebelum jelas wajah itu kelihatan di kornea matanya.
"Isya?"
"Iyalah, Isyalah ni. Takkan abang Huffaz pulak", usik Farisya sebelum punggungnya dilabuhkan di birai katil.
"Apa yang jadi ni Isya? Akak tak ingat apa apa pun", soalnya meminta penjelasan. Memorinya tentang semalam seakan lenyap.
"Akak tak ingat yang akak pengsan semalam masa abang Huffaz bawa akak datang sini?", soal Farisya pula.
Semakin berkerut kening Iffah. "Sini?"
"Iyalah. Kita kan dekat kampung sekarang ni", jelas Farisya lagi.
Membulat wajah Iffah memandang Farisya. "Ini...?", kata kata Iffah terbata. Seakan tak mampu menyambung ayatnya bila suasana bilik itu sangatlah tidak asing.
"Yes. Kita dekat rumah Bonda", sambung Farisya, mengiyakan andaian Iffah. Kesian pula dia lihat wajah blur Iffah.
Tak lama kemudian wajah yang dia kenali melangkah masuk, menatang sedulang bubur dan segelas air kosong. Wajah tua itu langsung tidak memandangnya saat itu.
Malah Hajah Dhea sekadar masuk meletakkan dulang tersebut sebelum berlalu keluar. Langsung tidak mengerlingnya walau sekilas.
Bibir pucat Iffah mengoyak senyum pahit sendiri.
Huffaz buat hal pula.... jngn kecam sangat Huffaz, nnti jadi jodoh. HAHAHA
Share this novel