Huffaz menarik nafas panjang. Perasaan emosi cuba ditolak menjauh. Bahaya jika mulut bergerak lancar seiring emosi. Padah menunggu.
Setelah sekian lama berdiam diri, Huffaz melangkah merapati Iffah di kepala katil. Badannya dibongkokkan sedikit. "Puas dah kau meluah perasaan ?", soalnya tenang.
"Now listen sayang. I won't talk twice neither make this conversation long. All i can say, betul! Hubungan kita tak seperti yang lain. Kita berkahwin disebabkan kita berdua ditangkap khalwat which is your own fault. Sayang yang perangkap aku that night in order to save your ownself and your baby. Silap aku sebab pernah musnahkan hubungan kita kerana ego. Aku hukum kau tanpa siasat. I admit my fault and memang betul, aku dekatkan diri aku dengan Nufael selepas aku tahu dia anak sayang untuk balas dendam. But in the end aku sayang budak tu macam anak aku sendiri. Aku tak kesah sekalipun dia anak luar nikah. Silap aku sebab salah percaturan but i tried my best sayang, untuk pulihkan hubungan ni".
Tubuh Iffah kemudian ditarik ke dalam pelukannya. Membiarkan Iffah melepaskan tangisan hiba padanya setelah sekian lama dia membiarkan wanita itu terkontang kanting sendiri.
"Jadi tolong, beri aku peluang untuk tebus semua kesilapan aku pada sayang. Beri aku peluang untuk ganti semula masa yang aku bazirkan selama ni", bisik Huffaz penuh syahdu. Pelukannya makin dieratkan.
Tubuh Huffaz ditolak perlahan. Tanpa menoleh kebelakang, comforter kembali ditarik. Kali ini menutupi seluruh tubuhnya.
Huffaz memandang tanpa menghalang. Biarlah wanita memikirkan dahulu. Tak ada gunanya juga jika dia terus memaksa.
"Apa ni Aiden?"
Terkejut dengan nada tegas Huffaz, badannya teranjak sedikit. Kepala disengetkan melihat Huffaz yang sedang berwajah ketat dengan telefon melekap di telinga.
Apalah mimpi suaminya ambil cuti. Tak tenang jiwa dia ni.
"Have some tea", pelawanya sebaik Huffaz menamatkan panggilan. Tanpa kata dia duduk di kerusi batu, menemani Huffaz.
Lelaki itu apalagi, tersenyumlah.
"Sayang tak nak kerja?".
Iffah mencebik, "Dulu, awak juga tak beri izin saya kerja".
"Itu sebab awak masih dalam fasa pemulihan", balas Huffaz masih tersenyum. Teh panas dihirup perlahan lahan.
"Awak?", mata Iffah membulat. Telinga dia salah dengar ke? Jarang sekali, eh pembetulan, belum pernah lagi Huffaz memanggilnya awak. "Awak demam ke Huffaz?"
"What? Salah ke saya bercakap lembut dengan wife sendiri?"
Iffah terdiam. "Betul lah tu", balasnya setelah berdiam diri selama beberapa saat.
"Oh ya, tentang kerja tu, tak mengapalah. Saya lebih selesa duduk rumah. Tanaman itu, siapa yang nak menjaga dia orang kalau bukan saya?"
Huffaz tertawa. Gaya Iffah bercakap, lagaknya seperti makcik makcik yang suka bercucuk tanam.
"Then, saya takkan soal apa apa lagi. But kalau sayang nak kembali bekerja, ruang dekat pejabat tu masih ada untuk sayang. No need to worry okay?"
Kepala diangguk faham. Dia pun tak berapa nak kesah. Duit pun sentiasa masuk, apa lagi yang dia mahukan? Best apa goyang kaki dirumah?
"What about Rozana tu?", walau resah dihati tidak kelihatan, kening Iffah yang berkerut jelas menunjukkan perasaan tidak senangnya saat menanyakan perihal Rozana. Perasaan itu cuba disorok dengan lagak tenangnya yang menghirup teh panas.
"Nothing. Saya akan uruskan."
Jawapan Huffaz langsung tidak menenangkan hatinya. "Pastikan dia tak muncul lagi between us".
Dia benar benar maksudkan itu. Siapa sahaja yang suka orang ketiga bukan? Apatah lagi wanita itu banyak akal untuk menghancurkan hubungannya dengan Huffaz.
"That's mean sayang sudi beri peluang untuk kita kan?", Huffaz mula teruja.
"Don't let me change my mind Huffaz", Iffah terus beredar pergi.
Sepantas kilat Huffaz bangun mengejar langkahnya. "Wait for me sayang. Nak kemana laju sangat? Kut iya pun, bagilah hug and kisses ke tanda perdamaian kita".
"Kita berperang ke? Tak kan?"
"Alaaa, sayang..."
"Awak nampak benda ni?", pisau tajam diangkat tinggi.
"Sebelum pisau ni singgah ke muka awak, lebih baik awak bersiap masuk kerja. Geram pula saya tengok awak dekat rumah ni", bebelnya sambil lincah memotong daging ayam.
Huffaz pula sibuk memeluknya dari arah belakang. Naik juling biji mata Iffah.
Dia ni kan! Memang gamaknya sekejap lagi, pisau ini singgah juga ke muka kacak Huffaz!
"Okey fine. Saya pergi kerja. But lunch nanti saya singgah rumah ya? Kita makan sama sama?"
"Iyalah Huffaz", Iffah mengalah. Kalau tak dilayan, makin menjadi jadi pula perangai Huffaz nanti.
Selesai membekalkan makanan tengahari buat Huffaz, Iffah segera bergegas ke tempat kerja lelaki itu. Setibanya disana, masing masing masih sibuk bekerja. Sengaja dia datang awal untuk mengejutkan lelaki itu.
Mesti Huffaz gembira, fikirnya.
Baru sahaja punggungnya ingin cecah permukaan sofa berdekatan kaunter pertanyaan, sisi tubuhnya dilanggar lembut.
"Oh! I'm sorry", ucap lelaki bertopi hitam yang melanggarnya sebelum beredar.
Aneh! Nada suara lelaki itu langsung tidak kedengaran ikhlas atau memaksudkan kata kata yang keluar dari mulutnya.
"Excuse me miss, anything i can help?", soal receptionist saat melihat wajah kelunya.
"It is okey. Saya tunggu husband saya for lunch", ucapnya lalu duduk.
Entah mengapa, tetapi hatinya mula berdetak hebat. Bila diingatkan semula, wangian yang dihidu daripada susuk lelaki tadi agak familiar. Seperti pernah dihidunya, tapi dimana agaknya.
Sekilas dia membuang pandang pada lelaki yang sudah selamat membolos ke dalam lift.
"Sorry ya dik, saya nak tanya, lelaki tadi pekerja sini ke?"
"Which one ya miss? Saya tak sedar pula", balas receptionist tadi.
Alahai. Biarlah. Mungkin hanya permainan perasaannya sendiri. Baru baru ini dia kerap berfikiran negatif.
"Oh ya, kenapa staff tak keluar lunch lagi ya? Dah masuk waktu lunch hour ni", soalnya tiba tiba. Pelik juga. Dari tadi kelibat pekerja keluar untuk lunch tidak kelihatan.
"Oh, hari ini staff dekat sini ada acara sambutan untuk meraikan peningkatan jualan di peringkat antarabangsa. Jadi semua staff ditaja makan. Kebiasaannya kami sambut awal, sebelum lunch lagi."
"Wrong timing lah saya ni?"
"Miss tak ada maklum kepada husband untuk lunch bersama? Selalunya acara makan makan tamat jam 4 petang. Bukan sekadar makan, tetapi macam macam acara lagi diadakan. Saya pun baru sahaja pulang dari sana", jelasnya.
Iffah angguk sahaja. Aduhlah. Entah entah agaknya Huffaz sudah tiba di rumah. Inilah padahnya. Konon nak buat surprise, sekarang diri sendiri surprise.
"Ceo pun join ke?", meluncur jua soalan itu dari mulutnya.
"Dato' Huffaz masih ada dekat atas. Memang selalunya Dato' tidak turut serta", balasnya lagi.
Iffah terdiam. Fikirannya mula melayang. Bayang lelaki tadi kembali menjengah.
"Oh shit!", carutnya tanpa sengaja. Pantas dia berlari ke lift. Makanan yang dibekalkan ditinggalkan begitu sahaja. Huffaz lebih penting!
Dia yakin! Lelaki tadi ialah lelaki sama yang cuba mencederainya.
Share this novel