BAB 60

Romance Completed 50320

Cinta hadir dalam keadaan penuh tak terjangka. Seperti kisahnya dengan Iffah. Siapa sangka, dari benci, timbulnya rasa sayang walaupun dia cuba menidakkan perasaan tersebut.

Kerana serai, bermulanya takdir antara mereka berdua. Kerana hasad dengki orang, berputiknya cinta untuk Iffah dalam keadaan yang dia sendiri tidak jangkakan.

Benar, cinta itu indah. Tidak pernah terdetik di hatinya untuk disayangi oleh wanita sehebat Tun Iffah Balqiis. Seorang wanita yang tabah, kuat dan sabar. Malah, tanpa disangka cintanya berputik dan bercambah mekar tanpa dipinta untuk wanita itu sehingga kini. Perasaan itu utuh walaupun dia diuji.

Bermula dari rasa menyampah yang ditanam akhirnya bersulam menjadi cinta yang mendalam. Saban hari cinta dia berkembang mekar.

"Assalamualaikum sayang, saya datang ni", Huffaz cuba menahan sebak. Batu nisan milik isterinya dijamah tanpa jemu. Seolah olah dia sedang melihat wanita itu berbaring sambil tersenyum padanya.

"Genap sebulan sudah sayang pergi tinggalkan saya. Seronok ke dekat sana sayang? Awak pergi tinggalkan saya sendiri dekat sini. Saya terseksa sayang. Tapi saya cuba kuat untuk awak. Untuk cinta kita", diam. Dia kalah lagi. Esakkan Huffaz berlagu agak kencang.

Serasa seperti baru semalam, wanita itu menghembuskan nafas terakhirnya.

Kematian Iffah berpunca dari darah beku yanh ada dikepala dan kehilangan darah yang terlalu banyak. Fikirnya dia masih ada peluang untuk tebus segala dosanya pada Iffah dan hidup bahagia.

Tapi dia silap. Kerana hasad dengki makhluk bernama manusia, mahligai ciptaan mereka musnah. Dan dia tidak lari dari dipagut rasa sedih dan menyesal.

Andai sahaja dahulu dia tidak bertindak melulu. Pasti keadaan tidak akan jadi seperti ini.

Ratapan Huffaz semakin menjadi jadi setelah sekian lama dia menatap batu nisan milik isterinya.

"Saya terseksa tanpa awak, Eyfa. Kenapa awk perlu tinggalkan saya? Kenapa awak perlu memungkiri janji kita untuk hidup bahagia? Saya ingin kita hidup bahagia, mempunyai anak bersama, tapi mengapa awak pergi sayang? Kenapa awak sanggup tinggalkan saya sendiri?", ujarnya lagi sambil menahan tangis. Semakin lama semakin kabur pandangannya bila mana air mata seakan tidak ingin berhenti.

"Awak menang sayang. Saya kalah dengan cinta awak. Saya rapuh untuk bertahan tanpa kehadiran awak".

Bibirnya diketap kuat. Huffaz menundukkan kepala rapat pada tanah kubur. Memeluk kubur itu tanpa segan silu. "Saya rindukan awak..."

Setelah sekian lama, Huffaz menegakkan badan, air matanya dihapus menggunakan lengan kemeja kerjanya.

"Anak...", tiba tiba bahunya disentuh perlahan.

Huffaz mengangkat pandangan ke arah gerangan yang menegur.

Kelihatan seorang pak cik tua sedang memegang sebatang penyapu sambil tersenyum. Pekerja di tanah perkuburan itu barangkali, fikir Huffaz. Senyuman pak cik itu dibalasnya lembut walaupun dia masih berduka.

"Ada apa ya pak cik? Saya mengganggu ke?", sopan Huffaz bertanya. Risau sekiranya ratapan dia mengganggu pak cik itu untuk bekerja.

Namun soalannya dibalas gelengan dari pak cik tersebut. Sebaliknya pak cik itu menghulurkan sebotol air padanya. "Minumlah nak. Tenangkan jiwa anak dulu", lembut sahaja nada pak cik itu.

Huffaz sekadar akur seraya mengucapkan terima kasih. Huffaz bangun dari duduk. Tidak betah lagi berlama di situ. Dia bimbang akal warasnya hilang pertimbangan.

"Anak muda!", laung pak cik tadi selang beberapa langkah dari Huffaz.

"Iya pak cik", sahutnya setelah mendekati jarak mereka.

"Jamah dahulu makanan ni. Mesti kamu lapar. Makanlah. Pak cik masak lebih hari ini".

Huffaz terkelu seketika sebelum dia cuba menolak namun setelah dipaksa, dia akur sahaja. Nasi berlaukkan sambal sotong itu dipandang lama sebelum dia telan jua bersama iringan air mata.

"Ya Allah, kamu menangis lagi?", kalut pak cik itu cuba mencari tisu untuknya.

"Selalu sangat pak cik tengok kamu kemari sejak sebulan yang lalu. Melawat siapa? Orang yang tersayang ke?", soal pak cik itu. Dia sedar, sejak sebulan yang lalu, hampir setiap hari jejaka muda itu datang meratapi seseorang. Namun baru hari ini dia berani bertanya dan menegur.

Huffaz melempar senyum kelat bersama anggukan, "Bidadari syurga saya pak cik".

Pak cik itu diam. Kelu barang kali.

"Sambal sotong ini makanan kegemaran mendiang isteri saya", tanpa dipinta, Huffaz menjelaskan keadaan sebenar. Dia kembali memaksa nasi untuk ditelan biarpun rasa berpasir di tekak.

Biarlah. Lagi pula perutnya memang kosong kerana dia bertolak awal kemari sebelum dia hendak ke pejabat. Ada meeting penting hari ini.

"Maaflah andai teguran pak cik ini dianggap macam bercakap sesuka hati aje. Tapi pak cik rasa kamu tahu, tak elok meratapi orang yang sudah pergi lama sangat. Hidup perlu diteruskan nak. Jika keadaan kamu terus begini, isteri kamu juga terseksa lihat hidup kamu begini. Cara kamu seolah olah kamu masih tidak menerima suratan takdir yang Tuhan beri. Pak cik sudah lama hidup, banyak kehilangan yang pak cik rasai, tapi itu semua lumrah hidup. Janganlah kamu terlampau bersedih sehingga boleh mewujudkan rasa untuk berputus asa dengan hidup sendiri. "

Huffaz terdiam. Jari jemarinya menguis nguis nasi. Dia akui perkara itu benar belaka.

Sebaik selesai, Huffaz bersedia untuk ke pejabat. Namun tanpa dia sangka, pak cik tadi menarik dia ke dalam pelukan. Bahunya ditepuk tepuk perlahan. Seolah olah sedang memujuk hatinya.

"Ikhlaskan semuanya dan kamu akan rasa tenang", ucap pak cik itu lembut.

"Terima kasih pak cik", balas Huffaz sebak. Terasa seperti beban di dadanya hilang sedikit buat seketika.

Enggan lagi berlama, Huffaz meminta diri lalu membolos masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan sebelum segera dia memandu keluar dari tanah perkuburan itu.

Meetingnya bakal bermula kira kira sejam lagi. Dia tidak boleh berlengah.

Berdesup laju Ferrari merah miliknya membelah jalan yang agak lenggang waktu itu.

Tautan tangan Huffaz dan Syed Arafi dilepaskan. Mereka sama sama berjalan menuju lobi.

"Terima kasih Faz atas kerjasama ni. Aku hargai sangat kau sudi tolong syarikat aku yang baru beroperasi ni", ucap Syed Arafi.

Huffaz senyum, "Bukan masalah besar pun. Lagi pula kita family. Syarikat kau pun ada potensi untuk pergi jauh rasanya".

Syed Arafi angguk sahaja. "Okey la Faz. Kita jumpa meeting Isnin ni pula".

"Aku pergi dulu Raf", pamit Huffaz sebelum hilang dari pandangan Syed Arafi.

Dari balik lif, Raden memunculkan dirinya. Bahu Syed Arafi ditepuk kuat.

"Sakitlah bangang", bentak Syed Arafi geram.

"Oh sakit, habis aku ni. Gaji aku tertunggak sebulan dah tau. Sejak kau keluar dari Araisyi Legacy ni, kais pagi makan pagi kais petang makan petang tau hidup aku. Kononnya nak hidup berdikari, tapi last last member sendiri yang merana. Ini ke kawan ha?"

Kepala Raden dikepit Syed Arafi di ketiaknya. "Nanti aku masukkan lah. Dengan kawan pun nak berkira", guraunya.

"Lepaslah weh. Bau macam ketiak basi", kepala Raden cuba dilolos keluar namun kepitan Syed Arafi terlalu kuat. Mengah jejaka itu buat seketika. "Kau jangan sampai aku keluarkan jurus aku Raf!"

Laju Syed Arafi lepas. Haa tahu takut!

"Macam mana dengan Huffaz? Macam putus asa nak hidup aje aku tengok. Hari hari dia pergi kubur Eyfa. Jenuh aku menunggu. Bila lagi kau nak beritahu kebenaran dekat Huffaz tu?", bebel Raden geram.

"Sabarlah dulu. Masalah belum settle sepenuhnya lagi kan? Nanti nanti aku beritahu Huffaz sendirilah", balas Syed Arafi. Baginya masa sekarang belum tepat lagi.

"Haa yalah. Belum tepat. Yang terseksa mengekor Huffaz itu aku. Bukan engkau! Dasar member durjana!", Raden berjalan pergi. Geram nak ditinju Syed Arafi itu. Banyak sangat yang nak dirahsiakannya.

author tak tahu tau apa rahsia raf. srs tak tahu. hahahha. ending dia masih 50 50. so jangan terlalu berharap. sekian. enjoy reading❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience