Iffah menarik narik baju milik Farisya yang kini tersarung pada tubuhnya. Ini kerana baju yang dia bawa hanyalah kurung. Macam tak kena pula nak pakai santai dalam rumah.
Udara yang bertiup tiup kencang menampar tubuh Iffah, mata terpejam. Dia menghayati suasana itu namun, Iffah tersenyum hambar. Memori dan pemandangan kampung itu jelas berbeza.
Di sini, satu satunya tempat yang dia bertekad untuk tidak sesekali menjejakkan kaki lagi setelah peristiwa itu. Masih tersemat dalam ingatan, raut wajah Mak dan Farhan silih berganti.
Setitis demi setitis air mata Iffah gugur tanpa dipinta.
"Buat apa dekat luar?"
"Eh, Kak Eha", laju Iffah mengelap air mata sendiri. Leka pula dia dalam emosi.
Soleha mengambil tempat duduk di tepinya.
"Eyfa okey?", lembut Soleha bertanya.
"Okey aje kak. Kenapa kak Eha tanya macam tu?", balas Iffah kembali. Canggung, sungguhlah canggung.
"Faz buli Eyfa ke? Kalau ya, beritahu Kak Eha. Eyfa jangan diam macam ni", nasihat Soleha lagi. Tangan Iffah dicapai lalu digenggam kemas.
"Bukan Faz saja adik Kak Eha, tapi Eyfa juga. Tak kiralah Eyfa dengan Faz cerai atau belum", tegas Soleha. Hubungan yang sedia terjalin, takkan mungkin dia putuskan hanya kerana jodoh antara adiknya dan Eyfa putus.
"Kenapa Kak Eha baik dengan Eyfa?"
Mata Soleha membulat sebelum dia tarik badan Eyfa ke dalam pelukan. "Tak kira apa jadi, baik buruk Eyfa, Kak Eha tetap terima. Sebab kita keluarga. Apa yang jadi, mungkin silap orang lain, mungkin juga silap Eyfa, malah mungkin silap Faz sendiri. Kak Eha tak layak untuk menghukum. Dan Kak Eha nak dengar dari mulut Eyfa sendiri, apa yang jadi malam tu. No! Sebelum peristiwa tu lagi. Tell me Eyfa, apa yang Eyfa sorok?"
Bukan ingin mendesak, tapi Soleha yakin, Eyfa sorokkan sesuatu. Malah apa yang terjadi dahulu bukanlah permulaan mahupun pengakhiran, melainkan itu pertengahan jalan cerita yang tak jelas. Dia kenal siapa itu Eyfa. Dan dia percaya Eyfa tidak bersalah sama sekali.
"The truth never brings back what already left", tutur Iffah perit. Mukanya disembam pada bahu Soleha. Andai sahaja waktu diputar, dia lebih rela menanggung malu berbanding hilang insan yang dia sayang dalam hidup.
"It is indeed, tapi kebenaran melambangkan keadilan yang suci. Tak kira betapi peritnya kebenaran itu, kita kena telan. Sebab in the end of the day, kebenaran itu menjadi tonggak keadilan buat seseorang. "
Iffah dongak memandang Soleha.
"Tak akan ada masalah yang selesai selagi masih ada cerita yang belum dibuka sepenuhnya Eyfa. Tak ada keadilan dalam sesuatu penghakiman tanpa cerita daripada semua pihak yang terlibat. Kak Eha berharap sangat yang Eyfa jujur dengan semua, apa yang berlaku, Mak ke mana? Eyfa dengan Faz macam mana?"
Soalan Soleha nyata menyentakkan Iffah. "Eyfa dengan Faz kenapa?", soalnya bingung. Rasanya antara dia dan Huffaz, begitu jelas apa pengakhirannya. Tiada hubungan yang berkekalan jika tiada kepercayaan.
"Semalam, bila Faz bawa Eyfa pulang, Bonda dengan Abi mengamuk. Bonda tertampar Faz sebab bawa Eyfa pulang dan beritahu yang kau orang berdua belum cerai. Mati matian sebelum ni kami fikir you both dah cerai", cerita Soleha. Sebaik pergaduhan kecil itu, sehingga kini kelibat Huffaz tidak kelihatan. Entah kemanalah adiknya pergi, meninggalkan Iffah disini.
Memang nak kena budak tu!
"Eyfa cuba pujuk Faz untuk cerai tapi Faz tolak".
"Kenapa? Sebab dia nak balas dendam dengan Eyfa?", soal Soleha. Tajam mata dia menatap adik iparnya.
Iffah menekur memandang lantai. Takut untuk mengiyakan perkara itu.
"Kalau Eyfa dah tak sanggup bersama Faz, Kak Eha tak halang. Eyfa minta fasakh. Lagi pula Faz langsung tak jalankan tanggungjawab dia sebagai suami dan Eyfa berhak untuk bebas dan bahagia", nasihat Soleha lagi. Bukan niatnya untuk menghancurkan rumah tangga adik sendiri namun jika perpisahan adalah jalan terbaik, dia tidak teragak agak untuk menyokong keputusan Eyfa.
Dia faham, bukan mudah untuk Eyfa bertahan selama ini, digantung tak bertali. Kerana itu, dia langsung tak memenangkan baik Huffaz atau Iffah. Dua duanya ada kesakitan sendiri.
"Terima kasih", perlahan tapi cukup jelas di pendengaran Soleha. Dia faham dan tidak ingin terus mempersulit hal itu. Cuma yang mampu dia harapkan ialah pengakhiran yang bahagia buat kedua dua insan yang dia sayang itu.
Semua yang elok menjamah makanan tiba tiba mengalihkan pandangan saat bunyi yang agak bising menerjah gegendang telinga mereka.
Iffah langsung tidak berani mengangkat mukanya saat itu biarpun dia sedar, orang itu ialah Huffaz.
"Kemana kamu pergi sepanjang hari ni?", serang Hajah Dhea sebaik Huffaz melintasi meja makan bersama seorang kanak kanak.
Terkejut sungguh semua yang ada di meja makan kecuali Iffah yang masih menunduk.
"Meeting my son", ujar Huffaz selamba.
Muka Hajah Dhea dan Haji Ibrahim jelas berubah. Dari suasana yang damai, terus berubah panas.
Iffah ditempatnya mula panas punggung. Tak betah berada dalam situasi begini walaupun sejujurnya dia terkejut dengan kata kata Huffaz tadi. Siapakah yang bersama suaminya itu? Nak mengintai tapi dia takut.
"Apa yang Faz mengarut ni? Sejak bila pula ada anak? Tak habis dengan kes pura pura bercerai sebelum ni, sekarang tambah lagi masalah ada anak", serang Haji Ibrahim pula. Menggeleng kepala dia kepada anak lelakinya. Apa agaknya ada dalam kepala Huffaz ni?
"Anak angkat. His mom ada kerja nak buat. Jadi Faz jaga dia", jelas Huffaz sebelum mendukung Nufael yang mulai mamai mengantuk. Tepukan lembut pada belakang Nufael seakan akan mengulitnya. Tanpa menghiraukan semua mata, elok Nufael terlena di bahu lebar Huffaz.
"Sejak bila pula Faz ada anak angkat ni?", soal Soleha pula. Sakit kepala dia dengan karenah adik sendiri. Tak cukup perihal rumah tangga yang entah bila nak roboh, sibuk pula ambil anak angkat.
"Suka hati Faz lah. Lagipun semua tak sukakan tindakan Faz kan. Alang alang tu Faz tambah lagi karenah tak semenggah ni".
"Huffaz Anafi!", tegur Soleha tegas. Tinggi nadanya sebelum dia bangkit bangun. "Semarah apa pun Faz pada Bonda dengan Abi, itu tak memberi hak untuk Faz kurang ajar. After all salah siapa juga? Kalau bukan Faz rahsiakan hubungan dengan Iffah, Bonda dengan Abi takkan terluka. Faz sedar tak yang Faz dah aniaya anak orang? Gantung tak bertali, tanggungjawab entah kemana", lantang Soleha bersuara. Malah suaminya hanya diam. Tidak mahu campur urusan keluarga isterinya. Biarlah Soleha yang selesaikan sendiri.
Huffaz memandang kosong ke arah Iffah yang masih menunduk di meja makan, "Baguslah, semua bela Eyfa. Habis hati Faz ni macam mana? Semua orang pertikaikan tanggungjawab Faz selama ni. Sudah tu tanggungjawab dan maruah dia pula sebagai isteri Faz macam mana? Ada dia jaga? Perkahwinan kami pun dibina berlandaskan niat buruk dia dekat Faz. Jadi salahke kalau Faz balas balik sakit yang dia beri pada Faz?", jiwa Huffaz yang kian membara langsung tidak memberi peluang pada Iffah untuk bersuara. Pandangannya pada Iffah tajam ibarat pedang samurai.
Tak mahu, namun jatuh jua air mata seorang isteri yang dihina oleh suaminya sendiri. Bukan dia pinta semua itu, tapi kenapa semua kesalahan sering diletakkan di bahunya sahaja?
Bukan kali ini! Dia benar benar hancur!
Iffah pandang Huffaz kembali bersama air mata. Sayu pandangan matanya seolah olah kesakitan yang selama ini dia pendam meluap luap keluar.
"Awak menang Huffaz. Saya sakit dengan perbuatan awak selama ni. Saya akui semua tuduhan awak. Betul! Saya perempuan murah! Tak layak jadi isteri awak. Jangan risau, saya akan pergi. Dan tak akan tuntut apa apa hak kepada awak. Dan untuk Kak Eha, terima kasih atas pesanan petang tadi. Eyfa akan sentiasa ingat. Buat Bonda dan Abi, terima kasih sebab selama ni layan Eyfa dengan baik, anggap Eyfa macam anak sendiri sejak Eyfa kecil lagi. Eyfa tahu Bonda dan Abi terluka bila tengok Eyfa sekarang sebab iyalah, Eyfa dah conteng arang ke muka Bonda dengan Abi. Eyfa juga sedar Bonda dengan Abi layan Eyfa hari ini semua atas sebab hubungan dengan Mak. Tak mengapa, Bonda dan Abi tak perlu kesahkan Eyfa dah, sebab Mak dah lama meninggal. Dalam erti kata lain, Eyfa tak ada sebarang hubung kait lagi dengan keluarga ni. Terima kasih untuk semua. Eyfa minta diri dulu", dia berjalan melepasi Huffaz tanpa memandang wajah lelaki itu mahupun yang lain.
Tak tipu, tapi hati ini sudah terlalu sakit untuk sering dipersalahkan. Benar kata Soleha, kebenaran adalah keadilan untuk seseorang, namun dia bukan seseorang itu. Dan jika ini satu satunya jalan untuk kebahagiaan semua, dia rela.
Empat tapak dia melangkah, pandangan Iffah mulai kabur. Belum sempat dia berpaut, dunianya berubah menjadi gelap gelita.
Share this novel