"Ibu, bangunlah. Fael dah lambat ni", rengek Nufael sambil menguis nguis kaki Iffah yang masih lena.
"Sayang, Qalbi pun dah lambat nak pergi kerja ni", rengek Huffaz pula. Dengan pakaian kerja separuh siapnya. Hanya seluar slack hitam sahaja yang tersarung pada tubuh tegap itu.
"Awak berdua bersiap la sendiri hari ni. Saya penatlah", gumam Iffah perlahan. Kakinya sengaja dilarikan daripada sentuhan Nufael. Mengganggu tidurnya saja dua ketul tu.
"Sayang!"
"Ibu!"
Seru Huffaz dan Nufael serentak. Tubuh Iffah digoncang oleh mereka dengan kuat.
Dua beranak ni memang ada saja akal yang tak semenggah untuk mengharu birukan hidup seketul Tun Iffah Balqiis.
"Sayang penatlah Qalbi. Semalamkan sayang kerja lebih masa untuk projek dekat Jepun tu. Hari ni Qalbi lah pula yang siapkan Fael. Sayang tak larat".
"Qalbi yang siapkan Fael ke sekolah? Habis, Qalbi sendiri macam mana? Siapa yang nak siapkan Qalbi?"
Iffah celik mata dengan geram, "Eh elok pula selama ni sebelum kehadiran sayang, Qalbi bersiap sendiri. Yang mengada sangat ni kenapa?", bentak Iffah tak semena mena. Geram sungguh dia di pagi hari ini.
"Sampai hati sayang marah Qalbi. Sayang dah tak sayang dengan Qalbi. Tak apalah. Qalbi bersiap sendiri. Jom Fael, ayah siapkan", Huffaz menarik lengan anaknya bersama wajah mencuka.
Iffah sekadar memicit kepalanya yang sakit sebelum kembali menyambung lenanya yang terganggu sebentar tadi.
Entah mengapa sejak belakangan ini, kerap kali juga dia cepat letih dan sakit kepala. Kadang kadang sampai tak larat langsung hendak bangun.
Iffah mengerling jam sekilas sebelum mendengus kuat. Mahu tak mahu, dia bangun jua dari perbaringan lalu bilik sang anak dituju.
"Sayang dah agak dah", ucapnya saat melihat Huffaz dan Nufael yang sama sama berbaring di atas katil. Dua dua merajuk!
Buruk betul rupa bapak yang sorang tu.
"Wake up boys. Get out from the bed. Sudah lewat ni!"
Iffah menarik kaki kedua-dua lelaki yang bertakhta dihatinya itu.
"Fael turun makan sekarang. Bibik Sunti dah tunggu lama dekat bawah", arahnya.
Kini giliran dia untuk melayan karenah baby besar pulak.
"Qalbi bangun cepat. You're gonna be late. Bukan niat sayang nak abaikan Qalbi tapi Qalbi pun tahu kan yang company sayang tengah ada projek besar sekarang. Sayang just terlalu penat".
"Then sayang berhentilah", terus terpacak tubuh Huffaz duduk di atas katil. "Qalbi mampu tanggung sayang dengan Fael", sambungnya dengan nada merungut.
"Not about this again Qalbi. Company tu tanggungjawab sayang. Takkan lah sayang nak lepas tangan macam tu?", bantah Iffah. Sejak dari awal lagi pekerjaannya mula dipertikaikan oleh Huffaz. Bagi lelaki itu, dia mampu untuk menyara mereka sekeluarga namun itu bukanlah tujuan utama Iffah bekerja.
"Apa yang Qalbi bagi sebelum ni tak cukup ke sayang?", rendah nada Huffaz menyoal.
Iffah mengeluh perlahan. Sehelai baju kemeja biru gelap dicapainya sebelum dia hulurkan pada Huffaz yang setia mengekorinya sedari tadi. "Ini bukan soal duit Qalbi. Sayang tak pernah kesah untuk hidup dalam sederhana. Sayang pun membesar dalam keadaan yang bersederhana. Tak pernah terlintas pun untuk berada di tahap ni. Tapi sayang ada tanggungjawab dan amanah. Cukuplah arwah ayah dulu kecewakan arwah nenda. Sayang tak nak ulang perkara yang sama."
"Tapi sebabkan tanggungjawab sayang yang satu itulah kita tak dapat luangkan banyak masa bersama. Qalbi bukan nak merungut tapi sayang sedar kan disebabkan tanggungjawab yang tu sayang abaikan tanggungjawab yang lain?", soal Huffaz cukup lembut tapi cukup untuk menyentakkan setangkai hati seorang Tun Iffah Balqiis.
Iffah diam terpaku di tempatnya. Soalan dari Huffaz ibarat menoreh luka pada hatinya walaupun dia sedar itu adalah silapnya sendiri. Lama dia menyepi tanpa balasan sehingga akhirnya Huffaz memilih untuk meninggalkan dia sendiri.
Dia sedar lelaki itu kecewa. Namun dia juga tiada pilihan lain. Legasi yang ditinggalkan oleh datuknya adalah amanah terbesar buatnya yang menjadi sebahagian dari keluarga Araisyi. Dengan masalah baru yang timbul, lagi-lagi membuatkan kepalanya berdenyut sakit. Iffah terduduk seketika di atas lantai. Kedua tangannya naik memicit pelipis dahi sendiri.
"Ini ubatnya Puan. Puan yakin tak perlu ke hospital atau mungkin saya boleh hubungi doktor peribadi keluarga Araisyi?", seorang wanita tinggi berwajah manis berdiri dihadapannya dengan wajah berkerut cemas.
Hani, itulah pembantu peribadinya!
"Saya okey Hani. Awak tak perlu risau. Sakit kepala sikit aje ni", ucapnya cuba untuk menghilangkan kegusaran pada wanita tersebut. Wajahnya yang pucat tidak berdarah cuba mengukir senyuman tipis.
Hani membuang keluh seraya menghulur segelas air minuman tatkala dia menelan ubat tahan sakit. Dengan senang hatinya dia menyambut.
"Puan nak saya maklumkan pada Dato' Huffaz ke tentang keadaan Puan?", soal Hani serius. Telefon pintarnya sedia dikeluarkan. Bila-bila masa sahaja dia akan dail nombor suami majikannya itu dengan izin tuan punya badan.
"No need Hani. Saya ada meeting dengan husband saya kan? Alang-alang awak ubah tempat meeting dekat pejabat husband saya je. Boleh juga saya lunch sekali dengan dia", arah Iffah cuba tersenyum sumbing dek pening kepala yang menyucuk.
Hani sekadar mengangguk seraya beredar. Namun matanya masih tak lepas memandang Iffah sehinggalah pintu pejabat tertutup.
Iffah hela nafas berat. Tangannya laju mencapai beg tangan serta dokumen penting untuk dibincangkan bersama Huffaz.
"Husband saya ada tak Aiden?", soal Iffah selepas menjawab sapaan beberapa orang staff suaminya. Wajahnya yang pucat kian keruh diiringi peluh dingin dek naik lif sebentar tadi.
Aiden tersenyum lembut seraya mengangguk. Seketika, mukanya berkerut halus, "Boss ada tapi sekarang dia tetamu. Puan boleh tunggu dulu".
"Okey. Saya duduk dulu", Iffah meminta diri tetapi ditahan Aiden.
"Puan okey? Need some water perhaps? Puan nampak pucat sangat", komennya. Langkah dibuka untuk mengiringi isteri majikannya itu. "Jom saya temankan Puan".
Walau jarak sofa tidaklah jauh mana namun dia risau melihat wajah pucat tak berdarah itu seolah-olah bakal tumbang bila-bila masa sahaja.
"Thanks Aiden. Saya sakit kepala sikit aje. Jangan risau, saya dah ambil ubat tahan sakit", jelas Iffah tanpa dipinta.
"Saya ke pantri sekejap nak ambil air untuk Puan. Puan jangan kemana-mana tau", pesan Aiden seolah Iffah seorang anak kecil.
Satu senyuman kecil dilorek buat Aiden yang sering memperlakukannya seperti seorang adik.
Beberapa detik, bunyi pintu ditolak menarik minat Iffah. Dua susuk melangkah keluar dengan senyuman dan gelak tawa.
Iffah memincingkan mata namun tetap jua kakinya melangkah mendekati.
Seolah-olah sedar dengan kelibatnya, dua susuk tersebut berpaling ke arahnya serentak.
"Awak buat apa dekat sini?", soal Huffaz bersama kerutan pada dahinya. "Meeting kita lagi 3 jam", sambungnya lagi.
Iffah terkejut dengan panggilan Huffaz namun reaksinya cuba ditahan dengan senyuman lembut, "Saya singgah awal, ingat nak ajak awak lunch sekali", jelasnya bersama wajah mengharap.
"Oh you dah ada plan rupanya", wanita anggun bersebelahan Huffaz pula bersuara.
Huffaz buang keluhnya seraya membuang pandang terhadap wanita tersebut.
Tahulah Iffah. Huffaz mungkin sudah berjanji untuk lunch bersama wanita itu namun dia masih berharap Huffaz akan memilih dia.
"No Melisa. We're still going for the lunch", tegas Huffaz dengan tatapan tajam pada Iffah.
Terkaku Iffah ditempatnya menerima pandangan tersebut.
"You can wait here for another 3 hours. Be professional. Awak tak boleh terjah pejabat saya sesuka hati. I have my own job to do. Lain kali tolong ada disiplin masa. Saya takkan teragak-agak untuk tarik diri dalam projek kali ni kalau awak terus buat perangai macam ni", tegas Huffaz. Langsung tidak mengendahkan wajah terluka isterinya sendiri. Kemarahannya buat wanita itu menegah akalnya untuk bertindak waras.
Sepeninggalan Huffaz bersama wanita anggun itu dipandang penuh kecewa oleh Iffah sehingga tubuhnya jatuh terduduk ke sofa.
Aiden yang berada tidak jauh darinya memberikan pandangan penuh simpati.
"Puan...", kata-kata Aiden terbata tatkala Iffah mengangkat tangannya dengan wajah berjuraian dengan air mata.
"Saya nak balik pejabat. Rasanya masih ada dokumen yang tertinggal. Saya janji, saya datang balik untuk meeting dengan Huffaz. Saya minta diri dulu yer Aiden", tutur Iffah lemah.
Cukup meruntunkan hati Aiden. Entah apa yang berlaku antara pasangan suami isteri itu namun baginya tindakan dan kata-kata Huffaz sama sekali tidak wajar. Iffah isteri lelaki itu dan sewajarnya dijaga air muka dan maruah wanita itu sebagai seorang isteri.
Kelibat Iffah berlalu dipandang sayu oleh Aiden. Sekejap sahaja sebelum dia mengejar langkah Iffah.
"Puan, jom saya hantarkan", pelawa Aiden. Risau pula dia melihat wajah sedih bercampur pucat itu. Bimbang sekiranya yang buruk terjadi.
"Tak apa Aiden. Saya boleh drive sendiri".
Aiden geleng kepala laju namun Iffah tetap berkeras.
"Fine. Puan drive sendiri tapi saya follow belakang", putus Aiden.
Iffah cuba membantah namun tindakannya dibantah begitu sahaja.
"Tak kira apa pun. Saya tetap akan follow Puan dari belakang! Itu hak saya. Puan tak berhak nak halang apa yang saya nak buat!", ujar Aiden tenang namun tegas. Kunci kereta miliknya dicapai pantas.
"Puan drive slow slow eh. Rasa pening sangat ke terus call saya okey?", Sempat diselit pesanan buat Iffah sebelum masing-masing membolos masuk ke dalam kereta.
Jauh di sudut hati, Aiden sedikit gusar.
Perjalanan mereka normal selama beberapa minit sebelum kereta Iffah mula memecut laju.
Melihatkan keadaan jalan yang lenggang, Aiden cuba berprasangka baik. Dalam pada itu tangannya sibuk mendail nombor Iffah.
Gila! Hampir gugur jantung Aiden saat kereta yang tadi memecut kini melanggar penghadang jalan sebelum berpusing jatuh menghempas jalan raya. Brek segera ditekan.
Aiden kalut keluar dari kereta. Otaknya seakan berhenti berfungsi. Susuk tubuh penuh darah isteri majikannya itu berjaya membuatkan seluruh tubuhnya merinding buat seketika. Serpihan kaca berada di mana-mana sahaja dan wanita itu pula kaku dikerusi pemandu.
Allah! Iffah!
Share this novel