BAB 29

Romance Completed 50320

Sebaik solat asar, bunyi ketukan di pintu menjengah. Laju Iffah menyarung tudung di kepala sendiri sebelum membuka pintu.

Terjengullah wajah tak bersalah Luth di muka pintu. Dengan baju sudah bertukar dari t shirt ke baju melayu. Lagak memang taknak keluar rumah dah ni!

"Luth...", panggilnya setelah agak lama mendiamkan diri memerhati Luth.

Kening Luth terjongket sebelah. Dia memberi sedikit laluan untuk Iffah bergerak keluar. Senang sikit nak bercakap.

"Saya nak balik Luth", 4 patah kata Iffah menggoncang hebat hati Luth.

Tak! Dia tak rela melepaskan Iffah. Bukan hanya kerana suka, tapi dia pasti hatinya ada sebab tersendiri mengapa dia berkeras inginkan Iffah disisnya, dibawah perlindungan dan jagaannya.

Dia tak buta untuk menilai keadaan Iffah saat ditemui malam kejadian, baginya ada yang tak kena. Dan semestinya kemungkinan untuk terjadi sekali lagi amatlah tinggi.

"I'm sorry, Aqiss. But i can't let you go".

"Atas sebab apa awak tak boleh lepaskan saya?", Iffah mula diasak kesabaran yang menipis. Baginya tindakan Luth sungguh tak masuk akal.

"Sebab saya taknak awak terluka. Saya taknak jumpa awak sebagai seorang doktor dan pesakit. Cukuplah malam tu saya tengok keadaan awak teruk. Saya bimbang hati saya tak mampu nak terimanya seandainya saya jumpa awak sekali lagi sebagai pesakit".

"Kesihatan dan ajal maut tu ditangan Allah Luth. Sekiranya harini awak kurung saya, percayalah satu hari nanti saya tetap akan pergi bebas".

Luth menggeleng. Menyangkal kenyataan yang terhidang.

"Demi Allah, saya sayangkan awak, Aqiss. Saya sedar saya berdosa mencintai isteri orang, tapi saya pun tak mampu nak kawal hati saya. Sepanjang bertahun tahun hidup, awak perempuan pertama yang goncang hati saya", Luthfi tidak ingin mendesak. Dia cuma ingin melindungi.

"Dan kalau benar suatu hari yang awak nantikan itu tiba, saya akan lepaskan awak dengan rela hati. Tapi buat masa sekarang biar hati saya ikutkan keinginan untuk lindungi awak", sambungnya sebak. Dia ikut beremosi melihat keadaan Iffah. Mata itu berair tanpa kata terbuah di mulut.

"Saya taknak bebankan orang disekeliling saya Luth. Awak tak faham apa rasa bila setiap orang disekeliling awak terluka dan terbeban".

"Jadi fahamkan saya", Luth berkeras.

"Sudahlah. Kita bincang kejap lagi. Saya lapar. Mama suruh awak ke dapur, makan dengan kami sekali", bicara Luth mulai lembut. Tiada guna juga dia berkeras. Apatah lagi itu bukan cara dan sikapnya. Cuma perangai degil Iffah yang memaksa dia begini.

"Saya tak tahulah nak cakap apa lagi", ucap Iffah lemah seraya berjalan pergi.

Disebalik dinding, sedari tadi Puan Sofea menyorok disitu. Mendengar segala pertikaman lidah antara anaknya dengan gadis bernama Aqiss itu.

"Mama nak kita bincang lepas ni", ucapnya seraya memunculkan diri di depan Luthfi. Dia masih terkejut dengan kenyataan yang baru didengari.

Kehadapan Huffaz,
Saya tak tahu nak bermula di mana, jadi biarlah nukilan saya ini menghuraikan segala apa yang dah terjadi. Saya akui, saya dan Farhan pernah mempunyai hubungan dan sampai sekarang hati saya masih milik Farhan. Awak tak pernah ada di hati saya. Awak cuma tempat saya bergantung, lubuk emas saya. Sejak dari awal, saya perangkap awak untuk duit semata mata. Silap saya sebab permainkan perasaan awak dan hubungan perkahwinan kita berdua. Dosa saya terlalu besar kepada awak. Jadi izinkan saya pergi jauh dari hidup awak. Leraikan semua hubungan yang pernah terjalin antara kita berdua. Saya nak hidup bebas tanpa awak.

Huffaz jatuh terjelopok atas lantai rumah sambil memegang surat untuknya. Air matanya berjuraian jatuh menitik. Buat pertama kalinya dia rasakan dirinya benar benar bodoh.

Dipersiakan perasaan seperti orang bodoh, buatnya benar benar hancur.

Matanya kini lurus memandang frame gambar Iffah dan Hajah Marina yang berpelukan.

"Kenapa?", teriaknya tertekan.

"Kenapa mesti aku?! Kenapa kau buat aku macam ni?"

Dia hampir tewas kerana cinta. Hati sejujurnya telah mula menerima dan mencintai Iffah. Tapi semua itu tidak lagi berguna. Iffah menghancurkan kebahagiaannya sekelip mata tanpa perasaan serba salah.

Sungguh kejam wanita bergelar isteri kepadanya itu. Di mana janji Iffah untuk setia mencintainya hingga akhir hayat mereka? Di mana semua tu? Bahagia yang didamba, kenapa duri yang dia terima?

Apakah semua kata kata Iffah dusta semata? Hanya untuk mengaburi mata dan hatinya?

Dan dia sewenang wenangnya menyerahkan sekeping hati rapuhnya kepada Iffah hanya untuk dihancurkan berkeping keping.

Huffaz kesat air matanya kasar dengan belakang tangan. Walaupun kakinya lemah, dia bangun jua mengorak langkah turun dari rumah Iffah, wanita yang pernah bergelar sebagai isterinya. Tapi kini tidak lagi!

Akan dia noktahkan segala yang pernah terjadi antara mereka.

Saat kakinya melangkah turun, saat ini juga dia tidak lagi mengakui Iffah sebagai isteri. Dia akan tunggu di mana satu hari nanti mereka bertemu kembali, yang keluar dari mulutnya hanyalah lafaz cerai buat Tun Iffah Balqiis.

Dia juga berjanji dengan diri sendiri untuk membalas balik segala keperitan yang Iffah tinggalkan dihatinya. Akan dia balas satu persatu. Dendamnya membara dan tak akan pernah padam selagi belum dilunaskan.

Dia berjanji! Penyeksaan ini akan Iffah rasai juga nanti!

"Maaf Aunty kalau kehadiran saya ni mengganggu".

"Tak apa. Cumanya yang Aunty tak faham, kenapa kamu ikut lelaki lain sedangkan kamu dah bersuami? Malah sedang mengandung. Kamu tak fikir akan pandangan orang? Aunty bukan nak menghakimi, tapi sebagai seorang ibu, Aunty tak mahu kamu berdua terpesong", jelas Puan Sofea. Bukan tak suka akan Iffah. Tapi dia kurang senang dengan kehadiran Iffah yang berstatus isteri orang dan bakal ibu.

"Pertama sekali, saya cuma sekadar pesakit Luthfi. Hubungan kami cukup sebatas sahabat. Kami berkenalan sebab Luthfi tolong saya. Harap Aunty tak salah faham dengan kami. Saya tak kesah Aunty nak anggap saya perempuan murah sekalipun, tapi saya taknak Aunty fikir yang bukan bukan tentang Luthfi. Anak Aunty dah terlalu baik pada saya. Saya yakin Aunty dah berjaya didik dia dengan baik".

Luthfi mengeluh mendengar kata kata dari Iffah.

"Awak tak perlu rendahkan diri awak", ucapnya dengan suara dalam.

"Aunty pun tak suka Aqiss rendahkan diri sendiri. Aunty tak nak tuduh apa apa, tapi sekurang kurangnya ceritalah apa sebab Aqiss jadi macam ni. Untuk hidup bersama, perkara yang mesti ada ialah kepercayaan dan kebergantungan antara satu sama lain", lembut teguran Puan Sofea.

Erat tangan digenggam. Dia cuba mengawal dirinya sendiri.

"Tapi kalau Aqiss tak mampu nak cerita, Aqiss simpan untuk diri sendiri. Jangan buka luka sendiri kalau tak mampu untuk dirawat. Sebab luka kita ni, orang lain tak mampu fahami dan ubati", nasihatnya. Kegelisahan Iffah buat dia yakin, wanita itu ada sebab tersendiri kerana sanggup meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada Luthfi.

"Aqiss......mangsa rogol", ucapnya dalam nafas tertahan tahan.

Puan Sofea dan Luthfi sama sama terhenyak di tempat mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience