BAB 56

Romance Completed 50320

Bunyi tapak kasut bertumit halus mula bergema diruangan kosong itu.

Wajah basah Rozana bersama luka diangkat. Terbias ketakutan pada wajahnya sehingga menimbulkan senyuman ngeri Iffah.

Suka melihat wajah ketakutan Rozana yang selama ini gemar membangga diri dan bongkak. Lihatlah sekarang, siapa yang sedang menikmati semua ini?

Dagu Rozana dicengkam kasar, wajahnya sengaja didekatkan. "Janganlah takut sangat. Aku cuma rindukan kau", ucapnya separa berbisik.

Seluruh tubuh Rozana mula merinding. Sedaya upaya dia cuba melepaskan wajahnya dari cengkaman Iffah yang mula berentak kasar. Kuku itu dirasakan menekan kulit wajahnya tanpa belas.

Terpejam rapat mata Rozana saat darahnya mula menitik dan Iffah masih tiada tanda tanda untuk melepaskan cengkamannya.

"Sa...sakit Eyfa!", teriaknya kuat. Bercucuran air mata jatuh menitis.

Simpati?

Jauh sama sekali!

"Beg me Rozana! Sepertimana kau buat aku merayu depan semua orang!", cengkamannya dilepaskan. Perut wanita itu pula ditendang kuat.

Terus meringkuk tubuh Rozana yang diikat secara berdiri menahan senak.

"Tolonglah, lepaskan aku", rayu wanita itu.

Iffah membongkokkan badan. Pipi Rozana ditampar perlahan beberapa kali. "Mungkin kau belum tahu, so let me tell you something", duduknya mula dilabuh pada kerusi bertentangan wanita itu.

"They call me the 'other'. I'm that unwanted one! In other words, they called me psycho, honey", ucapnya sambil ketawa. Teruja melihat wajah Rozana yang mula berubah warna.

"Aku bukan Eyfa, aku Balqiis. Aku tak selemah Eyfa honey. I promise you, you will be screaming in hell", ujarnya lagi.

Rozana mula cemas sebaik Iffah mula bangun. Kaki itu melangkah ke arah satu tempat sebelum dia kembali bersama sebuah beg.

"So, shall we start?", soalnya bersama wajah yang sedang menyeringai suka. Tak sabar untuk merasai sensasi yang belum pernah dirasai sebelum ini.

Keluarga Hajah Dhea dan Haji Ibrahim santai berehat di ruang tamu. Sedang menjamu minum petang.

"Apa jadi dengan anak angkat kamu Faz?", soal Hajah Dhea tiba tiba. Terus suasana bertukar. Seakan canggung.

Haji Ibrahim memandang wajah isterinya yang sukar ditafsir.

Iffah diam sambil duduk bersilang kaki. Matanya tunak memandang Huffaz. Menanti jawapan dari lelaki itu.

Sejak peristiwa tempoh hari, mereka masih belum mendedahkan kebenaran kepada keluarga lelaki itu. Tertanya tanya pula bagaimana cara Huffaz menerangkan perkara sebenar kepada semua orang.

"Entahnya Faz. Kamu ada isteri, dia berhak untuk ambil tahu tentang anak angkat kamu", sokong Soleha.

Huffaz memandangnya. Sebaliknya dia tunduk menghirup teh. Malas untuk campur tangan.

Lelaki itu mengeluh perlahan. "Dia baik baik saja Bonda. Cumanya Huffaz belum sempat lagi berjumpa dia sejak dua menjak ni", balas Huffaz.

Iffah tersenyum sinis. Beginilah jadi lelaki yang bergelar ketua keluarga ya? Bukannya berterus terang, lain pula yang dia katakan.

Atau lelaki itu sebenarnya takut akan penerimaan keluarga? Nufael itu anak tidak sah taraf, hasil dirogol pula tu. Agaknya mereka jijik bukan?

Memikirkan itu, Iffah menghempas cawan ke meja. Tanpa kata, dia melangkah ke bilik, meninggalkan semua terpinga pinga dengan tingkahnya.

"Cari Farhan sekarang juga!", sergahnya kasar sebaik panggilan bersambung.

"Apa dia?", terkejut Syed Arafi dibuatnya. Sedang dia memasak untuk Tun Ifah, wanita itu pula menyergahnya dengan panggilan telefon tak terjangka.

"Cari Farhan! Aku tak kesah macam mana cara sekalipun! Bring him to me by this week Raf. Atau kau akan tatap susuk kaku nenda kesayangan kau!", panggilan terus dimatikan lalu dia mencampak telefon ke katil.

Mundar mandir dia berjalan mengelilingi katil, "Aku akan cari kau sampai lubang cacing Farhan! Belum masanya lagi kau mati. Kau belum rasa lagi neraka ciptaan aku!", dengan perasaan sakit hati bercampur teruja, Iffah ke dapur untuk meneguk air.

Sempat telinganya menangkap berita tentang kes jenayah yang diperkatakan oleh pembaca berita.

'MAYAT SEORANG WANITA DITEMUKAN DI BAWAH JAMBATAN DALAM KEADAAN MATA TERBELALAK, JARI DI DALAM MULUT DAN KAKI DIJAHIT DENGAN LENGAN DIJUMPAI OLEH WARGA TEMPATAN SEKITAR JAM 4 PAGI TADI. WANITA YANG DIPERCAYAI ADALAH SUSPEK MELARIKAN DIRI DARI RUMAH ITU BERUSIA 25 TAHUN. NAMA PENUH MANGSA IALAH WAN ROZANA BINTI MOHAMAD. MANGSA DIKHABARKAN TELAH HILANG SELAMA BEBERAPA HARI BERSAMA NOTA MELARIKAN DIRI.'

Dengan sendirinya Iffah tergelak halus di dapur manakala keluarga Huffaz seakan menerima kejutan di ruang tamu.

Dia memandang wajah mereka satu persatu diantara dapur dan ruang tamu dengan penuh minat. Pelbagai riak yang terbias seakan satu hiburan yang menyenangkan bagi Iffah.

"Now your turn, Farhan. I'm coming".

"Betul ke apa yang kita cuba buat ni Raf?", teragak agak lelaki itu menyoal sambil menyambut huluran sampul surat dari Syed Arafi.

"Jangan risau. Aku akan tanggung semuanya. Kau cuma perlu sampaikan sampul ini kepada Huffaz", tegasnya cuba untuk hilangkan gentar. Walau dia tahu, apa yang bakal menanti.

"Eyfa ialah pewaris sulung keluarga ini. Dia perlu dihentikan sebelum keadaan tidak terkawal. Baru sekarang aku faham, sebab sebenar kenapa Pak Long memilih untuk keluar dari keluarga. He tried to protect everyone. Untuk pastikan tempat Eyfa terjamin, aku perlu cegah Balqiis. We need to take a risk".

Lelaki di depannya angguk faham. Baginya dia sedikitpun tidak gentar. Dia sudah terlatih tapi tidak bagi Syed Arafi. Sahabatnya itu seakan cuba menempah kubur untuk diri sendiri.

"Aku cuba untuk sampaikan surat ni kepada Huffaz. Kau pula jangan lupa untuk berjaga jaga. Dia mungkin sedar ada yang tidak kena. That time, orang pertama yang dia cari, kau. Aku nasihatkan kau upah bodyguard. Orang yang ada split personality ni jangan dibuat main. Gila dia tak sama dengan orang normal Raf", pesannya. Bahu lelaki itu ditepuk sebelum dia bergegas pergi.

Tugasnya untuk mencari Farhan masih belum selesai!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience