BAB 7

Romance Completed 50320

"Sakit lagi ke?", soal Huffaz menghulurkan sepaket kecil ais yang sudah dibungkus.

"Awak tengok ni, rasanya sedap ke?", bidas Iffah kembali sambil mendongakkan kepala, memperlihatkan benjolan kecil berwarna merah di dahi kirinya. Paket ais dirampas kasar. Geram. 2 kali dia dikejutkan dek Huffaz. Sudahlah kaki dia lembik, memang senang sangat nak hilang imbangan.

"Kau tu yang kuat sangat termenung. Aku cuma tegur saja saja je. Tak tahu pulak kau bagi reaksi macam tu".

Aik! Kita pulak yang salah! Ada ke patut kesalahan tu letak atas bahu dia. Padahal terang lagi bersuluh, Huffaz yang bersalah dalam hal ni.

"Tak nak pergi klinik ke Eyfa?", soal Kak Soleha disamping suaminya.

Iffah sekadar tersenyum sebelum menggeleng. "Ini kejap je. Esok lusa hilang lah", jawanya menyedapkan hati semua. Alah benjol sedikit macam tu kecil punya hal lah. Masa kecil, lagi teruk dia lebam sana lebam sini.

Kenapa?

Haa sebab dia suka memanjat. Last last jatuh lepas tu nangis. Ayah dia pula datang pujuk baru dia diam. Nak buat macam mana, kata Mak, ayah nak anak lelaki tapi keluar dia pula. Jadi semua perangai lasak dan nakal sebati sudah dalam dirinya.

"Kau okey ke tak?", soal Huffaz lagi. Kali ini kamu berdua sahaja di pondok. Kak Soleha sudah beransur pergi bersama suaminya. Rasa janggal pula.

"Kenapa awak asyik tanya soalan sama?"

"Sebab kau nampak tak okay", ringkas jawapannya. Iffah tersenyum.

"Apa yang tak okay nya?"

"Muka kau. Macam muka ayam hilang telur aku tengok. Kau okay ke tak sebenarnya? Kalau tak okay baik kau balik rumah. Kesian tetamu nak hadap muka tak siap kau", katanya. Mata Huffaz lurus memandang pemandangan sawah padi begitu juga Iffah. Dua duanya leka dengan keindahan ciptaan Tuhan.

"Tak ada apa apa. Saya cuma teringatkan seseorang", jawabnya jujur.

Kening Huffaz terjungkit. Tertanya tanya.

"Arwah ayah saya. Saya teringatkan susuk terakhir dia. Masa tu kami buat majlis kesyukuran sebab saya dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Awak tahu tak dia bagi saya baju kurung moden warna putih. Cantik sangat. Tapi waktu tu saya leka, sebab terlalu ikutkan kawan kawan yang sakan berjoli beli handbag baru saya mengamuk. Saya minta dia belikan handbag baru, hari tu juga. Bila tengok keadaan saya tak henti mengamuk, ayah keluar ke pekan nak beli apa yang saya nak. Tapi takdir Tuhan, itu kali terakhir saya bersama dia. Ayah kemalangan dirempuh kereta dari arus bertentangan. Ayah menghembuskan nafas terakhir, dan saya koma".

"Kau pun terlibat?"

"Sedihnya iya. Saya sempat tengok ayah saya dalam keadaan berdarah. Dia cuba gapai tangan saya, tapi dia tak mampu. He gave me one last smile sebelum dia tutup mata. Dan hari itu adalah detik terbesar penyesalan dalam hidup saya. " Luahnya. Dia tak tahu kenapa senang sangat dia meluah kepada Huffaz tapi rasa percaya itu tertanam dengan sendiri. Sedikit sebanyak rasa beban yang ditanggung seakan berkurangan.

"Dia seorang ayah yang hebat", komen Huffaz sambil melihatnya.

"Yes, indeed he was the best ever father in this world", sambungnya dalam membalas renungan Huffaz.

Disaat itu jantung mereka berdua berdetak laju. Huffaz keliru dengan perasaannya.

"Awak pun hero", ucapnya tiba tiba.

"Aku? Hero? Kenapa kau cakap macam tu?"

Pelik! Sejak bila dia jadi hero ni?

"Sebab awak selamatkan saya dulu. Dalam kata lain, awak gatal tapi baik". Iffah ketawa.

Huffaz telan liur kesat. Libang libu hatinya. Andai perkara sebenar terbongkar, agak agaknya apa yang bakal terjadi?

"Kau sure taknak makan benda lain dah? Itu aje? Nasi goreng kampung dengan teh tarik? Betul betul sure ni?", soalnya meminta kepastian. Bukan boleh harap sangat dengan Iffah. Nanti tengah elok makan dia pergi tambah order. Makan macam membela. Tapi tubuh still tak berubah. Pakai apa entah budak tu.

"Hello, excuse me. Awak ingat saya ni apa? Gajah? Mulut tu ada juga saya cilikan kejap lagi". Geram. Iffah mencebik tak puas hati. "Ni mesti tak ikhlas nak belanja. Dah lah, saya balik makan dekat rumah saja. Susah payah pulak awak nak belanja saya yang makan tak ingat dunia ni. Habis nanti duit awak yang berkepuk kepuk tu. Iyalah, kalau hilang kawan tak apa. Hilang duit tu masalah besar", sindirnya. Punggung acah acah diangkat mahu beredar.

Lekas Huffaz halang. Hujung baju yang dipakainya ditarik.

Dengan senyum colgate, dia duduk kembali. Sejak kejadian di rumah Hajah Dhea, Iffah dan Huffaz semakin rapat. Mungkin sebab sekepala. Masing masing boleh tahan perangai gila gila tu. Memang menjadilah mereka.

"Muka kau kalau merajuk buat aku tak tahan" , ujar Huffaz sebaik dia duduk kembali.

"Kenapa? Aku cute sangat eh?", usiknya dalam nada bergurau. Tapi sekejap je terus sirna senyumannya.

"Taklah. Hodoh sangat. Buat aku rasa nak lempang", selamba jawab Huffaz.

Panas habis satu badan Iffah. Mulut lelaki tu kan memang buat dia berapi. Selamba badak je dia dikutuk. Tak tahu ke zaman sekolah dulu dia ni golongan pelajar perempuan yang paling digilai. Tiba tiba terimbau pula zaman nostalgik.

"Merajuk lagi lah tu. Aku cakap awal awal. Aku malas pujuk. Perut aku ni tengah nak melahap. Memang tak ada masa nak melayan kau".

"Tak ada masa, lain kali jangan ajak orang lepak kalau nak palau member. Sakit dia rasa sampai sini", perlahan kata Iffah. Tangannya naik melekap di dada. Feeling saja lebih!

"Makan!", arah Huffaz sebaik makanan tiba. Pandangan dari orang sekeliling mereka abaikan. Bukan tak tahu satu kampung sibuk bergosip tentangnya dan Iffah sedang hangat bercinta. Benda macam tu dia tak ambil pusing. Biarlah orang kampung dengan persepsi mereka, lambat laun khabar angin tu lesap jua.

"Awak tak balik KL ke? Syarikat awak dekat sana siapa handle?", soal Iffah memecahkan keheningan mereka berdua.

"Lambat lagi kut. Sebab kau pun tahu aku still tak dapat projek dekat sini, but it's okay la. Boleh aku spend masa dengan family lebih lama. Tapi still aku handle company guna fon je lah. Kalau bab tandatangan dokumen penting ke apa, semua orang kanan aku yang akan sign dengan izin aku. Biasalah hidup bekerja zaman sekarang, teknologi maju".

Iffah mengangguk. Sisa makanan di dalam pinggannya dihabiskan sebelum dia bangun ingin membasuh tangan di sinki yang disediakan.

Dari meja makan, Huffaz memerhati tubuh Iffah yang semakin menjauh sebelum tiba tiba tubuh genit itu dilanggar kuat.

Teranjak ke belakang, belum sempat berpaut, Iffah jatuh terduduk atas lantai bersimen kedai makan tersebut.

Dengan terkejut Huffaz berhenti makan sebelum meluru ke arah Iffah. Muka gadis itu berkerut manahan sakit.

"Kau apa hal? Jalan pakai lutut ke?", jerkahnya dalam nada tertahan. Kesian tengok keadaan Iffah yang sedang kesakitan. Membara rasa amarah dalam hati. Jika diikutkan hati lelakinya, memang dia tumbuk terus gerangan yang merempuh Iffah. Bukan dia buta tak nampak lelaki itu sengaja merempuh Iffah.

Farhan tersenyum seringai. "Alah, chill la kawan. Dia jatuh je pun. Lain la kalau jatuh dalam pelukan aku?", ucapnya diikuti siulan dan tawa nakal rakan rakannya di meja belakang.

Memang sah mereka sengaja!

Huffaz cuba tahan sabar. "Sekali lagi kau buat benda macam ni depan aku, siap kau. Aku tak teragak agak nak pecahkan muka kau!". Keras amaran yang diberikan. Dengan keadaan berlapik dia papah Iffah bangun. Sebotol air mineral dicapai untuk membasuh tangan Iffah. Usai membuat bayaran terus dia ke kereta.

Tak toleh langsung ke belakang. Takut amarah dia tak dapat dikawal.

Dari jauh Farhan memerhati sambil tersenyum sinis. Tunggulah, ada masanya dia akan ketawa sepuas hatinya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience