BAB 2

Romance Completed 50320

"KAK Eha", perlahan Iffah menyeru nama wanita yang kini sedang berpeluk tubuh di atas sofa. Dia dan lelaki tadi kini berdiri berhadapan Soleha ibarat seorang pesalah.

"Kenapa Fazz kena berdiri dengan penyamun ni Kak Eha?", celah Huffaz tak puas hati. Jarinya dituding tepat pada wajah Iffah.

Sungguh terserlah keKurang ajarnya lelaki tersebut. Biadap sungguh!

Iffah menahan sakit hati.

"Sebabkan serai pun nak gaduh ke?", tegas suara Soleha mematikan pandangan maut sesama mereka. Terkejut juga dia pulang ke rumah hadap dua makhluk itu bergaduh kerana serai. Kenapalah dalam banyak banyak benda serai juga yang nak direbutkan?

"Kak Eha, Eyfa tak buat salah apa pun. Eyfa datang nak ambil serai yang Mak minta. Dia ni haa!", jarinya keras menuding, "Tiba tiba baling senduk dekat kepala Eyfa. Dia cakap Eyfa ni pencuri yang nak curi serai", adu Iffah tanpa pandang Huffaz. Puas hatinya dapat mengenakan lelaki itu.

Soleha sudah mula picit kepala. Pening melayan karenah keduanya.

Huffaz dengan lagaknya, Iffah dengan perangainya. Haih...

"Fazz tak buat apa apa. Fazz tengok dia macam pencuri jadi Fazz bertindak lah. You cannot blame me 100 percent", tegas Huffaz tak mahu beralah. Memang tak ada dalam kamus hidupnya untuk mengalah. Lebih lebih lagi terhadap perempuan.

Percakapan mereka terhenti seketika sebaik laungan salam menerjah gegendang telinga masing masing. Iffah yang memang sudah mengecam suara itu teguk liur kasar.

Matilah dia! Hajah Marina datang cari dia ke sini, itu bukan petanda yang baik. Itu petandanya dunianya bakal gelap kejap lagi. Hajah Marina, siapa je tak kenal dengan sifat lemah lembutnya bertutur tapi tegas dan garang dalam mendidik satu satunya anak tunggal yang dimilikinya. Dialah tu! Nasiblah badan. Semua salah lelaki ni! Kalau tak dia ganggu Iffah, sudah pasti hidup Iffah aman damai dan berjalan lancar.

Ini nak bernafas sesaat pun dah lupa sebab gerun dengan Hajah Marina. Buat seketika Iffah diam tertunduk sebaik ibunya melangkah masuk dengan wajah terpinga pinga. Soleha lantas menghulur tangan sebelum dicium kekura wanita sebaya dengan ibunya itu.

Hajah Marina senyum seraya duduk bersama Soleha, "Ini dah kenapa Eha? Eyfa ada buat hal pulak ke? Kali ni apa lagi masalah dia buat?" Tajam renungan Hajah Marina. Iffah menekur lantai ketakutan. Nak je dia laung atau buat perangai menjawab kalau bukan mak dia dekat sini.

"Eh tak ada lah Mak. Eha tadi nak kenalkan Eyfa dengan adik Eha ni. Bertembung dia orang masa Bonda dengan Eha tak ada dekat rumah. Nasib baik tak kena tangkap basah", gurau Soleha bersama renungan tajam pada Huffaz.

Lelaki itu masih beriak selamba. Ada juga makan kaki sekejap lagi.

"Sejak bila pulak ni kamu ada adik? Mak tak tahu pun. Bonda pun tak pernah cerita dekat Mak", Hajah Marina hairan. Lupa seketika amarahnya buat si anak. Tahulah nasib Iffah nanti.

"Tak adalah Mak. Huffaz ni adik susuan Eha. Dulu masa ayah kerja dekat Kuala Lumpur dia ambil anak angkat tapi sebab masa tu Huffaz masih bayi Bonda ambil keputusan jadikan dia adik susuan Eha sebab Huffaz pun memang dah hilang ibu ayah dia sejak lahir. Jadi memang membesar dengan kami sekeluarga. Tapi masa Eha balik sini dengan Bonda dan Abi, Huffaz stay Kuala Lumpur dengan ayah saudara Eha yang tak ada anak lepas wife dia meninggal. Sampailah sekarang dah besar panjang baru lah Huffaz ni pulang ke sini. Itu pun sekali sekala. Jadi memang Mak tak kenal Huffaz ni, terutamanya Bonda memang taknak buka dah cerita ni sebab kata Bonda yang lepas biarlah lepas. Huffaz pun dah jadi sebahagian family kami dan biarlah macam tu sampai bila bila. Bonda taknak orang bercakap perihal asal usul Huffaz", terang Soleha panjang lebar. Sesekali dia memandang Huffaz yang beradu mata dengan Iffah agak jauh dari mereka. Walaupun itu bukan darah dagingnya, tapi Huffaz ialah satu satunya adik lelaki yang dia sayang. Dan sampai bila bila tiada siapa boleh ubah kenyataan yang Huffaz ialah adiknya.

Hajah Marina mengangguk faham. Mata tuanya melurut memandang seraut wajah lelaki yang baru diceritakan. Tak mampu berdalih, segak orangnya, mempunyai kemanisan dan daya tarikan tersendiri dengan susuk lampainya. Pasti menjadi igauan para wanita di luar sana.

Namun mati senyuman Hajah Marina bila terpandang kelakuan tak senonoh Iffah yang menjelir lidah kepada Huffaz.

Allah, anak siapalah tu!

"Eyfa!", panggilnya. Laju Iffah mengangkat wajah.
"Ambil guni serai tu ikut Mak balik!", tegasnya. Sempat diselit senyuman kepada Huffaz sebelum dia beredar pergi. Iffah mencebik tak suka. Kenapa Mak perlu senyum dekat lelaki tak guna tu? Sakit sungguh hatinya.

"Kamu degil ya, Mak suruh kamu ambil serai bukan buat serai. Kesian budak budak tu menunggu nak makan. Kamu ni apa nak jadilah!", bebel Hajah Marina kuat. Badan Iffah dipukul pukul geram.

Soleha yang mendengar dan melihat aksi itu dari tingkap rumah menggeleng geleng sambil tersenyum. Bukan sekali dua perkara itu berlaku. Kerap sangat. Iffah jenis yang degil. Hajah Marina pula seorang yang tegas. Menjadilah dua beranak tu.

Yang peliknya Huffaz masih lagi memerhati disamping Soleha.

Wajah itu, tak adalah cantik sangat. Biasa biasa saja. Cukup untuk menjamu mata. Perangai pula mengalahkan pontianak. Tinggi, tak payah cakap. Kalau nak dibandingkan dengan dia yang tingginya 190 cm, Iffah ibarat kuman. Tinggi wanita itu mungkin sekitar 160 cm. Pendek! Tapi agak menarik.

"Apa yang kamu tengok? Intai anak dara orang sesuka hati je. Jangan ingat Kak Eha tak tahu yang kamu kerjanya sebelah petang melepak sambil intai anak dara orang. Nampak dengan Kak Eha, siap kamu", keras amaran Soleha. Tapi ada Huffaz kesah. Buat tak tahu adalah.

"Siapa budak pendek tu Kak?", akhirnya dia bertanya.

"Itu anak kawan Bonda. Tapi sebab terlalu rapat memang dia gelarkan Bonda sebagai Bonda and Kak Eha pun gelarkan mak dia sebagai Mak. Cantik kan?", soalnya sengaja.

Terus berubah wajah Huffaz, "Cantik ke macam tu? Macam berus toilet je Fazz tengok".

Ya Allah budak ni, selamba je dia kutuk anak orang.

"Dia cantik. Huffaz tu yang ada masalah mata. Bukan calang calang budak tu. Lepasan Universiti Harvard tapi sayang dia malas nak kerja. Sekarang menganggur dekat rumah. Rugi betul. Tapi sedikit sebanyak dia tolong jugak Mak memasak untuk budak budak Tahfiz hujung kampung sana. Dapatlah gaji. Kiranya membantu Hajah Marina walaupun banyak buat masalah. Tapi dia baik. Kalau Kak Eha tahu Fazz cuba buat yang bukan bukan dekat Eyfa, jagalah Fazz nanti. Kak Eha bagitahu Abi apa Fazz buat selama ni. Jadi jangan kacau dia", pesannya lagi sebelum naik untuk membersihkan diri. Penat masih belum hilang. Tapi dia gagahkan diri panjat tangga ke tingkat atas dan menghilang sebalik pintu biliknya.

"Eyfa, bunyi menarik". Perlahan lahan Huffaz koyak senyum. Senyum ada makna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience