Suasana kini agak tegang. Ditambah deruan angin malam yang menderu deru menampar batang tubuh mereka berdua menambahkan lagi kedinginan antara mereka.
Tiada butir bicara yang keluar, cuma sepasang mata itu galak memandangnya tak berkelip. Dia membalas pandangan itu berani.
"You, with Luth huh?", soal si dia tak percaya.
"Terpulang apa awak nak kata, no comment from me".
Farisya ketawa sinis, "Jadi lepas you buat Huffaz bertindak gila, you boleh pulak keluar bercuti dengan kawan baik dia? For real Eyfa?", nada Farisya seakan tak percaya.
"Kalau saya tahu Luth tu kawan baik Huffaz, saya pun takkan rapatkan diri dengan dia. Saya pun cuba sedaya upaya saya untuk pergi jauh dari Huffaz, awak tak tahu apa yang saya lalui. You have no right to judge me!", melengking naik suara Iffah.
"At first i tak percaya apa orang cakap pasal you. Bagi i mungkin masalah rumah tangga biasa. But bila i jumpa Huffaz dalam keadaan serabai, huru hara, i tahu nothing yang biasa. You guys really got the problems".
"Apa saja yang awak dengar terpulang awak nak percaya atau tidak. After all hidup saya bukan atas pandangan manusia, tapi Tuhan yang satu", Iffah bangun. Tak betah rasanya duduk di situ.
Buat apa lagi dia pertahankan sesuatu yang orang ingin percaya. Tiada gunanya!
"I nak percaya you Eyfa. Lepas you hadir dalam hidup Huffaz, dia berubah. Dia tak hiraukan perempuan lagi. Dia fokus pada you saja. Dan impaknya bila you pergi, he lost his world. Even i tak kenal Huffaz yang sekarang. So tell me, what happen? How come you boleh jadi pesakit i?", Farisya mendesak. Dia ingin percaya pada Iffah. Namun kalau wanita itu tidak membuka mulut, bagaimana dia ingin memberi kepercayaannya?
"Ada yang akan berubah ke kalau saya ceritakan semuanya? Huffaz takkan kembali pada saya, dan saya takkan dapat balik apa yang saya hilang!", kuat tempikan Iffah.
Pedih hatinya saat ini. Kenapa tak ada yang memahami betapa sulitnya dia berada di tahap sekarang, hanya untuk melupakan segalanya setelah banyak perkara yang telah dia hilang?
Luthfi mendekati mereka bersama Puan Sofea. Bimbang sekiranya Iffah hilang pertimbangan, kandungan wanita itu mungkin terjejas.
"Kenapa ni Sya? Sampai menjerit bagai. Sya bagitahu apa dekat Aqiis?", soalnya, tubuh Iffah ditarik ke belakang badannya.
Walaupun hati ingin marah, dia perlu bertindak tenang. Farisya itu sahabat baiknya, jika tersilap kata, ada hati yang bakal terluka.
Farisya diam. Melihat Iffah dibelakang Luthfi. Jelas dia lihat mata Luthfi memaparkan rasa kasih sayang yang dalam kepada Iffah. Hatinya sungguh sakit. Kenapa semuanya begini?
"Bagitahu Sya, apa yang jadi dekat dia? Kalau Sya tak tahu, Sya pun takkan boleh rawat dia Luth", Farisya pilih untuk diamkan perkara tadi. Biarlah Luthfi tidak tahu. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mereka semua.
"Takkan sebab tu dia boleh tertekan macam ni?", Luthfi seakan tak percaya.
"Dia menolak bila Sya tanya, Sya desak dia and end up dia menjerit. Sorry, Sya tak jangka keadaan dia teruk macam ni", kepala Farisya tertunduk ke bawah. Tak berani dia menatap wajah garang Luthfi.
Luthfi mendengus perlahan. "Kami masuk dulu, nak biarkan Aqiis berehat. Esok Luth ceritakan semuanya dekat Sya sendiri", putusnya. Tempoh hari dia sudah lihat penderitaan Iffah membuka lembaran hidupnya, takkan dia ingin meletakkan Iffah di situasi begitu lagi? Dia tak sanggup!
"Luth!", Farisya memanggil.
Hanya Luthfi yang berpaling ke belakang, langkah Puan Sofea dan Iffah sudah maju kehadapan meninggalkan mereka berdua.
"Luth ajak juga Fazz datang sini?", soalnya perlahan. Dia cuba menyembunyikan walang di hati.
"Ajak tapi dia kata busy. Tak dapat nak datang".
Sungguh jawapan Luthfi melegakannya. Namun tidak sepenuhnya...
"You love her, do you?", tajam matanya menikam wajah Luthfi. Dia berharap jawapannya tidak namun apa lagi dia mampu ucapkan melihat anggukan dari Luthfi.
Hatinya hancur!
Bertahun tahun dia menyimpan rasa satu ini pada Luthfi. Fikirnya setelah sekian lama Luthfi akan sedar, tapi tidak! Luthfi hanya menganggapnya sebatas seorang teman dan tak lebih dari itu.
Farisya tersenyum sendiri sambil membiarkan kakinya disapa air pantai yang sejuk. Tangannya memegang kasut, manakala sebelah lagi sibuk membelek foto berdua miliknya dan Luthfi.
Manis sekali senyuman Luthfi. Sayangnya bukan untuk dia. Hati dan raga lelaki itu untuk seorang Tun Iffah Balqiis.
Apa agaknya kurangnya dia? Rupa? Mungkin!
Iffah jauh lebih cantik berbanding dia.
Lagi lagi Farisya mengeluh.
"Banyak sangat mengeluh, Sya datang sini nak rest ke nak tambahkan stress?"
Farisya berkerut kening. Lantas berpaling.
Ya Tuhan!
Dia tak mampu lagi berkata apa. Terkejut yang amat! Bala apakah ini?!
"Terkejut sangat Sya tengok abang macam abang ni hantu pula", usik Huffaz. Rambutnya yang ditiup angin pantai disebak kebelakang.
"Tak, sekarang ni abang buat apa dekat sini?", soalnya cemas. Allah! Macam mana dengan Iffah? Habislah!
"Luth ajak abang, jadi abang datanglah. Takkan lah kau orang berdua aje nak rest, abang ni kena tinggal dekat KL, macam tu?"
"Bukan abang cakap abang busy tak dapat datang kan? Kenapa datang?", bukan nak rest berdua tapi masalahnya Iffah ada di sini. Huffaz kemungkinan besar akan menggila. Bukan sekali Huffaz luah padanya untuk membalas balik rasa sakit yang Iffah tinggalkan pada lelaki itu. Malah berkali kali.
"Abang tahulah Sya nak berdua dengan Luth, tapi janganlah lupakan abang. Jangan tinggalkan abang macam perempuan murah tu!", nada Huffaz tiba tiba dingin.
Sudah! Farisya mulai seram sejuk.
"Tak. Sya cuma risaukan abang, penat penat memandu datang sini, kalau jadi apa apa kan susah nanti", dalihnya. Jadi tolonglah, tolong balik!
"Lagipun abang kan abang Sya. Takkan Sya tak bagi abang ikut sama nak rest. Kerja pun banyak, mesti bertimbun kerja apa nanti, jadi apa kata kalau abang balik? Sya boleh hantar andai abang penat nak drive".
Huffaz memandang curiga. Dah kenapa Farisya seakan nak menghalaunya pula? Nak halau tapi pakai cara halus. Macam tulah gayanya sekarang. Betul betul tak menginginkannya di sini, atau ada yang disorok dari pengetahuannya?
"Sya halau abang?", soalnya berkerut kening.
"Tak adalah. Takkan Sya nak halau abang", Farisya ketawa. Dia cuba menutup gugup. Harapnya tidak terlalu jelas di mata Huffaz. Kalau tidak matilah mereka semua nanti!
Dalam hatinya terdetik, Iffah patut bersyukur dia memilih untuk melindungi wanita itu dan sanggup menipu Huffaz semata mata untuk mengekalkan keselamatan fizikal dan mental Iffah.
"Atau Sya ada sorok apa apa dari abang? Sya sorok perempuan murah tu dari abang ke?", naik seoktaf suara Huffaz.
Mata Farisya membulat. Laki bini dua dua suka tinggikan suara pada dia. Masalah apa dia orang berdua ni? Namun dia tak tipu, kecut perut sungguh dia saat ini dengan wajah garang Huffaz.
Macam mana Huffaz tahu? Atau Huffaz nampak kejadian tadi?
Share this novel