BAB 16

Romance Completed 50320

"Belum balik doktor?" sapa beberapa orang kakitangan hospital.

"Nak balik lah ni. Maklumlah saya belum ada orang rumah. Balik lewat ajelah" balas Luthfi tersenyum diiringi ketawa dari kakitangan hospital.

Dia memandu keluar kereta Honda Accord hitam miliknya dari parking hospital.

"Eh itu macam...." otaknya cuba diperah melihat wanita berbaju kurung hijau lumut yang sedang duduk di kerusi perhentian bas. Puas diperah akhirnya dia ingat.

Wanita itu, yang tanpa banyak tanya keluar selepas dia memberitahu tentang kandungannya. Nampak seperti bermasalah. Entah kenapa timbul rasa kasihan. Apatah lagi dengan cuaca hujan yang lebat bersama petir yang menyambar.

Menggerunkan baginya yang lelaki, takkan wanita itu tidak apa apa? Mahu tidak mahu Luthfi berhenti. Cermin diturunkan namun niatnya dibatalkan dek air hujan yang mula membasahi keretanya.

Ini bukan novel ekk. Dia lebih sayang kereta lagi!

Dengan beralaskan tangan Luthfi berlari keluar.

"Puan?"

"Puan?" panggilnya sekali lagi apabila tiada jawapan dari mulut itu.

Dengan berani Luthfi angkat wajah Iffah dengan jarinya lembut.

Terkedu! Mata bundar itu dibasahi oleh air mata. Hidung memerah. Pipi yang basah dek air mata yang seakan tiada henti. Tiada esakan. Hanya air mata itu sahaja yang mengalir.

"Puan okey ke ni?" pantas Luthfi segera menepis rasa pelik yang bertandang. Ingat, depan dia sekarang ni isteri orang. Tak boleh dibuat main.

Iffah masih membatu.

"Puan? Jangan macam ni. Kesian baby"

Makin laju air mata Iffah mengalir.

Sudah! Dia salah cakap ke? Aduh! Kalau tahu begini, elok dia buat tak nampak aje tadi. Boleh pulang landing atas katil empuknya.

Luthfi duduk. Tak sampai hati pula ingin tinggalkan Iffah sendirian di situ. Dia melihat terselit kedukaan di mata Iffah. Mungkin wanita itu ada kisah sendiri. Tebaknya. Dia tak berani fikir macam macam, kerana dosa fitnah itu lebih dahsyat berbanding dengan zina.

"I heard someone said, kalau kita happy, kita tangisi dengan tangisan kegembiraan. But bila kita sedih, kita perlu ketawa. Sebab itu ubat kesedihan. Tapi bagi saya, bila awak happy, ketawalah sepuasnya sampai awak rasa muak. And kalau awak sedih, menangislah sampai awak puas. Menangis tak bererti awak lemah, awak cuma perlukan masa. Perlukan ruang untuk lepaskan kesakitan yang terbuku dalam dada. So scream in pain if you feel the pain. Jangan biar rasa dalam hati awak terhalang. Menangislah sepuasnya. Tiada siapa halang" nasihatnya. Sehelai tisu diletak di atas telapak tangan Iffah.

Saat itu telinga menangkap bunyi tangisan mendayu dayu dari Iffah. Pedih bunyinya. Hati Luthfi disayat seribu rasa.

Dia kemudian memandang langit. Adakah langit juga merasai kesakitan wanita itu? Detik hati kecilnya.

Seseorang pernah berkata, tangisan tanpa suara itulah tangisan paling memilukan. Kerana tangisan itu hanya akan keluar apabila kita betul betul terluka dan menderita. Dia akui, itu benar. Suara Iffah seakan akan membuat dia pilu dan hanyut dalam kesedihan. Suara itu jelas melawan bunyi rintik hujan yang lebat.

Luthfi juga hanyut dengan rasa sedih seorang Tun Iffah Balqiis.

"Jom saya hantar Puan balik. Lagipun lewat dah ni" pelawa Luthfi sebaik Iffah kelihatan lebih baik dari tadi. Walaupun mata itu masih kelihatan sembap namun air mata sudah berhenti mengalir. Itu sudah mencukupi.

Iffah senyum lemah. "Terima kasih doktor. Tapi saya boleh balik sendiri. Maaf susahkan doktor. Saya pergi dulu" ucapnya lemah sambil bangun berjalan meninggalkan Luthfi sendirian.

Luthfi merenung batang tubuh yang semakin menjauh itu. Ada yang tidak kena dengan hatinya. Apa agaknya itu?

"No! Saya hantar Puan balik. Dengan keadaan Puan macam ni, kesian baby. Tolonglah fikir baik baik. Langit masih gelap. Bila bila masa aje hujan bakal turun balik" tegasnya. Lengan Iffah perlahan lahan dilepas. Sedar dia sudah terlanjur.

"Kenapa?"

"Kenapa apa?" soal Luthfi bingung. Tiba tiba disergah soalan begitu, tak ke pelik?

"Kenapa tolong saya, doktor tak kenal siapa saya"

"Saya kenal Puan, dan Puan pesakit saya, perlu patuhi apa yang saya cakap. Puan tak sayang baby tu ke?"

Iffah terkedu ditempatnya. Tak sangka dengan soalan itu.

Melihat perubahan air muka Iffah, Luthfi dihurung serba salah. Salah cakap lagi lah ni!

"Okey fine. Saya minta kali ni saja, Puan benarkan saya hantar Puan balik. Ini KL Puan. Bahaya. Saya janji saya cuma hantar, sumpah saya tak ada niat lain. Saya cuma tak sampai hati nak tinggalkan Puan dalam keadaan macam ni" luahnya. Gila agaknya dia mahu tinggalkan Iffah dengan emosi yang tak stabil itu. Mahunya keluar berita bukan bukan esok pagi.

"Saya ikut" balas Iffah perlahan. Dia juga penat. Segala tenaganya diperah sebentar tadi. Bibirnya mulai memucat dek kesejukan yang mencengkam.

"Pakai ni. Awak nampak pucat sangat" Luthfi menghulur selimut dari seat belakang keretanya. Tapi Iffah melamun pula.

Laju tangan menyelimuti tubuh itu. Bimbang diserang demam pula nanti. Iffah hanya membiarkan.

"Awak..." seru Iffah. Panggilan sudah ditukar.

Luthfi menoleh perlahan sebelum kembali menumpukan perhatian pada pemanduannya.

"Saya lapar" luah Iffah. Wajahnya memerah bak udang bakar walau dia tahu Luthfi tidak melihat. Tetap saja dia malu!

"Okey, kita singgah makan kejap"

Iffah melangkah lemah ke arah bilik hotel. Baru sahaja tangan mencecah tombol, terasa pautan kasar melilit tekaknya sebelum dengan kasar tubuhnya diheret ke dalam sebuah bilik. Semuanya berlaku terlalu pantas tanpa sempat dia menghalang atau melarikan diri.

"Kau ni, makin hari makin cantik. Buat aku geram aje" sinis suara itu. Iffah laju menjauh. Takut.

Farhan di depannya menyeringai senyuman jahat. Bibir dijilat geram memandang hidangan makan malam untuknya hari ini.

" Lama aku tunggu kau, baru sekarang muncul batang hidung. Kau buatkan aku tahan nafsu sendiri. Terseksa tahu tak?" bisik Farhan rapat ditelinga Iffah disebalik tudung.

Matanya terpejam. Jijik. Kakinya menggigil. Dia cuba melarikan diri namun sia sia. Dia dikepung oleh Farhan yang jelas lebih kuat berbanding dia.

"Le...lepaskan aku Farhan" rayunya cuba merungkaikan pegangan kejap di pergelangan tangannya.

Farhan ketawa. Rayuan Iffah seakan melodi indah di telinga.

"Buat apa aku nak lepaskan makanan aku Iffah, aku lapar gila sekarang. Tak sabar nak makan"

"Tolong, Farhan"

"Apa? Aku tak dengar" hidungnya didekatkan pada leher Iffah. Dihidu haruman leher di sebalik tudung Iffah.

"Jangan buat aku begini Farhan. Aku tak nak!"

"Tipu! Kau pun suka kan?" Farhan mula berang. Sanggul Iffah ditarik kasar.

"Sebab apa? Sebab kau ni murah! Semurah Mak kau!" tubuh Iffah kemudian ditolak kasar ke atas katil lalu ditindih. Tidak memberi peluang pada tubuh genit itu untuk melepaskan diri.

Iffah meronta ronta bersama linangan air mata. Tak! Dia tak mahu disetubuhi buat kali kedua. Dia jijik!

"Tak! Kau tak boleh!" halang Iffah keras. Perutnya dipegang cuba melindungi jasad kecil itu dari diapa apakan.

"Aku mengandung!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience