BAB 41

Romance Completed 50320

"Bos!"

"What do you want, Aiden?", soal Huffaz malas. Terpaksa dia soal.

Sudah sejam Aiden berdiri depan pintu bilik dia dengan wajah tersenyum senyum kambing. Geram dia nak hempuk kepala Aiden!

"Handsome Bos harini. Se'handsome' pelakon pelakon Turki tu".

"Sebelum fail ni terbang atas muka kau, better kau cakap apa kau nak", balas Huffaz mematikan bunga bunga di hati Aiden.

Garang la Huffaz ni! Dasar bapak singa! Namun bibirnya masih menguntum senyum. Dengan tak tahu malunya, Aiden berlompat lompat riang masuk ke dalam ruangan Huffaz.

Huffaz picit kepala. Sejak dua tiga hari ni Aiden mula menunjukkan tanda tanda kurang gerun akannya. Malah terlebih terencat pun ada!

"Bos, saya tahu saya ni menyusahkan"....

"Apa yang you nak cakap ni?", Huffaz kembali bersikap profesional.

"Saya nak apply jawatan cleaner untuk kawan saya boleh?"

"Kau ingat aku ni apa? Sesuka hati pulak engkau buat company aku ni", bidas Huffaz lantang. Dengan geram dia baling pen berharga 200 ringgit ke kepala Aiden.

"Tolong la Boss. Kali ni aje. Saya dah janji nak tolong dia dapatkan kerja", rayu Aiden. Lebih serius. Tiada lagi senyuman nakal bergayut dibibirnya.

"Apa yang aku dapat kalau aku tolong dia?"

"Mesti la Boss dapat pahala, takkan dapat dosa pulak kan?", seloroh Aiden kembali. Bukan apa, dia dah nampak sinar sinar greenlight dari Huffaz.

Kalau betul Huffaz tak setuju, dari awal lagi suaranya dibantah namun sebaliknya Huffaz masih bermain tarik tali.

"Alaa, kali ini aje Boss tolong saya. Saya kesiankan dia. Bukan main dia pertaruhkan nyawa nak selamatkan saya dari digilis lori. Dia ibarat bidadari saya tau Boss. Takkan Boss tak kesiankan dia?"

"Tak".

"Boss!", jerit Aiden.

Huffaz julingkan mata ke atas. "Fine! Do as you want. This time only. I won't tolerate anymore for anybody else".

"Ok Boss. So sebagai ucapan terima kasih saya, saya akan arrange dia untuk Boss. Saya dengar Boss tak puas hati dengan kerja cleaner sebelum ni. Sebab tu Boss suka tukar cleaner. Tapi kali ni saya pasti kerja dia akan memuaskan hati Boss", ucap Aiden penuh yakin.

Huffaz hanya layankan sahaja. Malas sudah dia membalas kata kata Aiden. Banyak lagi kerja yang perlu dia buat.

"Saya keluar dulu ya Boss?"

"Keluarlah. Pintu tu dari tadi lagi tunggu ketibaan kau untuk berambus".

Aiden mencebik. Namun dia tetap keluar dengan rasa puas hati.

"Sepanjang awak berada di sini, skop kerja awak hanyalah membersih di ruang pejabat dan penthouse Boss. Untuk ke dua tempat itu, awak memerlukan access card yang nanti akan diserahkan oleh Encik Aiden. Untuk butiran selebihnya, Encik Aiden yang akan sampaikan".

Iffah angguk faham. Uniform berwarna coklat ditangannya digosok perlahan. Sudah sekian lama dia tidak menyentuh pakaian berwarna terang dan baharu. Kebiasaannya dia akan memakai baju berwarna lusuh. Luluh terasa hati memikirkan apa yang dia lalui untuk sampai ke tahap ini.

"Terima kasih Puan", ucapnya sebak.

Wanita sedikit berusia itu hairan namun dibiarkan sahaja.

"Awak tunggu di sini. Sekejap lagi Encik Aiden akan turun".

Iffah angguk membiarkan wanita itu pergi.

Buat seketika dia merenungi diri sendiri. Adakah ini penamatnya?

Dia di sini tanpa keadilan yang terbela? Benarkah ini yang dia mahukan? Kematian Mak langsung tiada pembelaan.

Katakan dia kejam, benar! Tapi itu semua untuk melindungi Nufael. Cukuplah Mak. Dia tak mampu lagi kehilangan insan tersayang. Kehilangan Mak, sudah cukup meninggalkan kesan yang dalam pada dirinya.

Iffah duduk sementara menanti Aiden. Sejak kebelakangan ini hatinya seringkali berdetak kurang enak. Malah, sakit kepalanya semakin menjadi jadi.

"Cik okey?", muncul Aiden bersama ice americano di tangannya. Lalu disua pada Iffah. Sengaja dia beli untuk bidadarinya itu.

"Call me Aqiis. Okey. Cuma pening sedikit. Tak cukup tidur", balas Iffah sambil menyisip ice americano yang diberi Aiden tadi.

"Ready dah nak kerja?"

Iffah senyum teruja dengan anggukan kecil.

"Jom kita naik tingkat atas. Saya nak Aqiis tengok sekeliling dulu".

Iffah mula membontoti langkah Aiden sambil sempat mematikan telefon pintar yang dibeli Hawa untuknya sepanjang bekerja di sini.

Katanya mudah nanti sekiranya ada apa apa yang berlaku. Iffah hanya iyakan. Untuk menolak, Hawa sudah berhabus duit membeli telefon itu untuknya. Jadi dia pilih untuk terima tanpa banyak tingkah lagi.

Sempat telefonnya berdering meminta diangkat. Dari nombor tak dikenal. Tahu dah dia siapa gerangan pemanggil. Tak serik serik sungguh wanita itu mengganggu dia.

"Aqiis?"

"Hah! Iya. Saya datang", balasnya berlari lari anak ke arah Aiden.

Mereka tiba di tingkat 50 yang dia yakin tempat Boss mereka ditempatkan. Kagum terasa saat matanya menangkap hiasan pejabat di tingkat itu yang agak extra berbanding tingkat tingkat yang lain.

Tempat Boss kut! Mestilah extra gitu!

Kehulu kehilir pekerja bertungkus lumus melakukan kerja masing masing.

'.......... CEO ENZ'R'

Belum sempat Iffah baca nama tertera di pintu pejabat, tubuhnya sudah ditolak masuk ke dalam oleh Aiden.

Geram jugak lah. Entah tapi ada yang tak kena aje.

Iffah pandang Aiden dari tepi sahaja. Manakala Aiden memandang lurus ke depan.

"Boss, ini dia kawan yang saya cakapkan tu".

Gugup! Ya! Jantung Iffah seakan akan ingin pecah di situ kerana gementar namun haruman yang menusuk hidungnya buatkan laju mata memandang gerangan yang dipanggil Boss.

"Kau ni memang tak ada kerja ke.....",terus mati kata katanya. Mata hazelnya itu tajam bak helang memanah ke Iffah saat mereka saling berlaga pandangan.

Nafas Iffah mula tertahan tahan. Bunyi guruh seakan berirama rancak dalam dadanya. Memberi peringatan, itu bukanlah petanda yang baik langsung.

"Ini kawan kau?", soal Huffaz. Bibirnya terjongket sinis.

Aiden yang tidak mengetahui apa apa hanya mengangguk.

"Not bad", sinis Huffaz.

"Sorry, apa Boss cakap?", soal Aiden. Kata kata Huffaz sebentar tadi cukup perlahan sehingga tak sempat dia tangkap.

"Nothing. Kau boleh pergi. And kau, aku nak kau kemas pejabat ni", arah Huffaz. Matanya tak terkalih dari memanah muka putih kemerahan Iffah yang kelihatan sedikit kusam.

Biasalah! Suka sangat hidup menumpang harta orang. Bila jatuh tersungkur, baru tahu langit itu tinggi atau rendah.

Keadaan Iffah cukup memberi kepuasan dihatinya.

"Goodluck Aqiis. Don't worry, Boss memang dingin tapi dia tak makan orang", pesan Aiden sebelum berlalu keluar.

Iffah cuba menahan getaran dengan menggenggam kemas baju sendiri. Dia lebih tahu siapa itu Huffaz!

"Long time no see. Aku ingat kau dah mereput dekat mana mana tepi jalan", pedas sekali kata kata Huffaz.

Tak! Iffah tak tahan sekiranya maruah dia terus dipijak!

Tanpa hiraukan kata kata Huffaz dia berpaling ingin keluar. Cukuplah! Hati dia sudah terlalu penat.

Sesaat cuma, badannya disauk kemas ke dalam pelukan Huffaz sebelum dia dihentak sedikit kasar ke dinding pejabat Huffaz.

Hangat terasa nafas Huffaz dicuping telinganya sedikit sebanyak membuatkan dia menggigil ketakutan.

"Ingat balik Eyfa! Aku pernah bersumpah, andai kau muncul depan aku lagi, neraka yang akan aku berikan!", ujar Huffaz kasar. Badan Iffah makin ditekan ke dinding. Langsung tak memberi peluang untuk wanita itu melarikan diri.

"So say hi, welcome to my hell !"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience