Usai siap menyudahkan kerjanya, Iffah lebih banyak termenung bersendirian di pantri. Fikirannya bercelaru. Ditambah lagi kejadian pagi tadi, sungguh memalukan!
Manalah dia nak letak muka bila berjumpa Luthfi nanti! Haih...
"Jauh termenung, sedap eh bekerja makan gaji buta ni. Duduk goyang goyang kaki aje, dapat duit".
Iffah mencebik. Apa hal pula kali ini?
Tak boleh nampak orang senang sikit, mulalah nak memerli.
"Aku cakap dengan kau ni", Huffaz memaksa Iffah menoleh ke arahnya. Sakit hati bila Iffah lebih memilih untuk pandang lantai. Buat macam dia tunggul pula.
"Apa yang awak nak?", balas Iffah malas. Dengan lembut dia menolak tangan Huffaz yang mencengkam erat dagunya.
Hari ini, tenaga dia hilang. Tak terdaya nak bergaduh!
Kalau itu tujuan utama Huffaz, lelaki itu terpaksa pergi, sebab dia malas nak berlawan mulut.
"Aku ni Boss kau, patutnya aku yang tanya kau, nak apa? Sedap pula goyang kaki. Kalau kau guna tiket isteri aku untuk bersenang lenang, baik kau berambus. Aku tak perlukan pekerja pemalas macam kau ni. Merosakkan imej syarikat!", perli Huffaz kasar.
Biar Iffah sakit hati. Kerana memang itu tujuan utama dia memperkerjakan Iffah. Untuk dia buktikan yang dia takkan tunduk dengan cinta palsu wanita itu.
Namun lain pula bagi Iffah. Dia hanya memandang kosong wajah Huffaz. Langsung tidak memberi reaksi berang seperti yang diharapkan Huffaz.
Marah? Ketawa? Atau menangis?
Itu semua tak berguna. Hati Huffaz terlalu dingin untuk dicairkan. Dan dia juga tak mengharapkan apa apa lagi.
"Saya pergi kemas pejabat Boss sekarang", Iffah bangun dari duduk. Tak betah lagi berlama dengan Huffaz. Buatnya nampak dek pekerja yang lain, datang pula masalah pada dia nanti.
Lengan Iffah dicengkam Huffaz.
Terus mati langkah Iffah. Dengan malas dia merenung wajah Huffaz.
"Kau dah kenapa? Ada masalah apa lagi?", tanpa sedar soalan itu meluncur laju dari mulut Huffaz tanpa dia sendiri sedar.
Sedar dek keterlanjuran sendiri, Huffaz hampir menampar mulut sendiri, tapi ditahan.
"Saya okey atau tidak, itu bukan urusan Boss. Masalah saya, bukan masalah Boss".
Bagai tertampar realiti, Huffaz cuma mampu menahan rasa malu dibalas begitu oleh Iffah.
"Seminggu ni aku nak kau ikut aku outstation. Aku tak nak dengar sebarang bantahan", ujar Huffaz spontan. Cubaan untuk melindungi kesilapan dia tadi.
"Esok kita bertolak." Laju Huffaz menonong laju sebaik berkata begitu.
Iffah menyoroti langkah Huffaz. Satu keluhan terlepas dari bibir.
Bila agaknya dia mampu terlepas dari semua penyeksaan ini?
"Aku betul betul tak boleh Aqiis. Kau pun tahu aku sibuk sikit kebelakangan ni. Untuk jaga Nufael waktu malam, bolehlah. Tapi kalau siang, aku tak boleh. Itupun kekadang aku kena stay office", ucap Hawa serba salah.
"Boss kau pun satu, kenapa nak heret kau sekali? Kau ni cleaner aje. Apa hal dia nak angkut kau macam isteri dia pulak?", soal Hawa.
"Aku pun tak tahu. Katanya dekat sana, dia perlukan khidmat aku", bohong Iffah.
'Maafkan aku Hawa sebab menipu. Aku tak mampu beritahu kau perkara yang sebenar', rintih hatinya sendiri.
Hawa cuma angguk walau masih meragui kenyataan Iffah.
"Kita cuba minta tolong Puan Khadijah boleh kan?", soal Iffah tiba tiba. Dia memandang penuh mengharap ke arah Hawa supaya menyokong cadangannya.
"Aku rasa macam tak boleh. Sebab setahu aku, makcik Khadijah ada bagitahu yang dia nak ke rumah anak dia minggu ni. Menantu dia bersalin. Mungkin kita boleh minta tolong dengan lelaki tu".
"Lelaki mana pulak ni Hawa?"
Hawa mula duduk bersila sambil tersengih ke arah Iffah.
"Alah, lelaki yang tolong Nufael itulah. Dari yang aku dengar, kerap juga dia keluar dengan Nufael bila Nufael di bawah jagaan makcik Khadijah."
Wajah Iffah mula menegang. "Apa maksud kau? Kenapa aku tak tahu menahu pasal Nufael keluar dengan lelaki yang tak kita kenal ni?"
Hawa meneguk liur kesat. Gerun pula lihat wajah tegang Iffah.
"Alah Aqiis. Bawa bertenang dulu. Jangan risau sangatlah. Lelaki itu baik. Kalau betul dia jahat, takkan lah dia sudi nak tolong Nufael. Lagipun hari hari Nufael bercerita dekat aku tentang lelaki itu. Nufael panggil dia ayah pulak tu", jelas Hawa cuba menenangkan hati Iffah.
"Bukan niat aku untuk sorok benda ni dari kau, tapi kau sendiri selalu sangat sibuk. Nufael pun dah banyak sangat menangis nakkan kau. Tapi sejak kenal dengan lelaki tu, aku tengok Nufael okey dah. Dia mula faham kerja kau".
Iffah tarik nafas dalam sedalamnya.
"Kita minta tolong dengan dia okey?"
Iffah diam. Hawa pula gelisah dengan kebisuan Iffah.
"Bukan selalu. Kali ini aje".
"Menyusahkan dialah Hawa. Entah entah lelaki itu banyak kerja", Iffah mengutarakan apa yang ada di akal fikirannya.
"Aku yakin punya dia tak kesah. Dari cerita makcik Khadijah, aku yakin yang lelaki itu sayang sangat dekat Nufael", pujuk Hawa lagi. Tersengih sengih dia ke arah Iffah.
"Mana tahu mungkin dia boleh jadi ayah Nufael", usik Hawa nakal.
Terjegil biji mata Iffah, "Kau gila ke? Aku ni masih isteri orang tahu?"
"Aku cuma cakap. Mana tahu kan?", ucap Hawa seraya bangun.
"Memang tak akan punya! No more men in my life!", pangkas Iffah mengejar langkah Hawa.
Hawa tertawa disaat bahunya dipaut erat oleh Iffah. Melepas geram lerr tu!
Seperti yang diarahkan Huffaz, Iffah kini berdiri di depan rumah sewanya bersama beg galas yang berisi pakaian dan keperluannya.
Sebuah kereta BMW berwarna hitam pekat berhenti di tepi. Iffah memandang dengan kening yang berkerut.
Hampir ternganga mulut Iffah sebaik cermin hitam kereta tersebut diturunkan.
"Cepatlah masuk! Lambat dah ni!", pekik Huffaz dari dalam kereta.
Biarpun dia masih di dalam perasaan tidak percaya, Iffah gagahkan jua kaki menapak ke dalam kereta Huffaz. Haruman lelaki itu semerbak menerjah ke dalam hidungnya.
Bau ini, bau yang dia rindui hampir setiap hari.
"Pakailah seatbelt! Itu pun nak kena ajar ke?", perli Huffaz melihat dia yang masih kaku.
"Sorry, saya lupa", balas Iffah seraya menarik tali pinggang keselamatan. Tapi boleh pula benda itu buat hal. Tersangkut!
"Lecehlah kau ni", bebel Huffaz. Dengan itu, tangannya laju menjangkau tubuh Iffah, dengan sekali rentapan sahaja, dia selesai memakaikan Iffah seatbelt.
Mata Huffaz naik memandang Iffah. Saat itu, baru dia sedar betapa dekat dan intimnya kedudukan mereka. Wajah hanya berjarak beberapa inci. Malah hembusan hangat nafas Iffah menampar pipinya.
Huffaz disapa debaran menggila. Perlahan lahan dia kembali ke tempatnya dan memulakan pemanduan tanpa menoleh ke arah Iffah lagi. Debaran itu masih lagi terasa!
Tak mahu memikirkan sebarang masalah, Iffah memilih untuk tidur tanpa sedar apa yang bakal menantinya.
Huffaz mengambil peluang itu untuk menilik wajah cantik Iffah. Tanpa dipinta, hujung bibirnya terjongket membentuk senyuman.
Share this novel